1 August 2017

HELLO!! SAYA BUDAK BARU DEKAT SINI!

"TAJUK DI ATAS ADALAH SANGAT BUTO!"


BTW, assalamualaikum dan hai semua! Nama saya Naquib, tapi boleh panggil Gibb je. Arwah ayah yang bagi nama tu. Aku start berblogging dari tahun 2013 dan kini aku menyepi.

Hari ini tiba-tiba aku dapat cahaya nak berblog balik. Aku ada juga intai-intai, dan macam sudah ramai sahaja blogger yang sudah mendiamkan diri. Hurm... Kenapa eh? Aku baru macam nak start "hello hello" balik, tapi tak mengapalah.

Tujuan aku hadirkan diri balik ini bukannya sebab aku dah nak mati, cuma aku macam sedikit rindu dengan dunia blog ini. Kebetulan sebelum aku hendak start menulis tadi, aku terchat pula dengan seorang pembaca lama aku. Ya Allah, terus memori throwback kejap. Rindu juga lah. Aku tak sangka aku boleh buat kawan dengan hanya menjadi penulis blog yang acah-acah rahsia ini.

Bercakap pasal kawan, aku ada juga buat orang rasa marah dekat sini. Keadaan ini berlaku berikutan perangai aku yang agak judgemental. Aku ini sedikit aneh, aku suka sangat judge orang tanpa mengenali orang tersebut dengan lebih dalam. Akan tetapi, aku ini sejenis pemaaf orangnya. Aku harap orang-orang yang marah atau benci dekat aku tak simpan dalam hati lama-lama. Kesianlah dekat aku, sudah banyak kifarah dan ujian yang Allah beri. Aku rasa pun benda-benda tu berlaku atas sikap aku juga. Sebab sebenarnya aku ini tidaklah sebaik mana pun. So, aku berharap agar aku dimaafkan, sebelum Allah cabut nyawa aku secara tiba-tiba. Aku seperti letih juga bila diuji, namun insyaallah aku akan terus tabah menghadapi segalanya.

Nowadays pun aku dah cuba sedikit mengawal perasaan marah aku, dah kurang sikit bergaduh dengan emak. Sebab bila fikir balik, emak aku itu semakin tua. Mungkin sudah sampai masanya dia berehat dan buat benda-benda yang dia suka. Tak mengapalah kalau dia nak sepahkan rumah ke apa. Lagi pun, itu je yang aku ada buat masa sekarang ini. Takut juga bila suatu hari nanti tiba-tiba Allah ambil dia dari aku, tak dapat nak dibayangkan. Namun aku tetap bersedia.

Apa lagi ya? Hah, aku sudah break dengan boyfriend aku, or should I call ex-boyfriend! Aku macam tak tahan dengan perangai dia yang super clingy. Alhamdulillah, aku selesa menyendiri. Mencari? tidak sama sekali. Tapi kalau ada yang mendatang, aku sahut sahaja cabaran itu.

Akhir kata, aku bersedia menerima sebarang chat melalui hangout ataupun e-mail. Kalau kau rasa kau tu weirdo ke, lonely AF ke, marilah chat dengan aku. Mana tahu boleh join squad aku dengan abang Dominic Unknown. Bapak la ada squad sendiri! Propa sahaja, abang Dom tak approve lagi tentang ini.

Later-later aku akan check balik slot #ASK GIBB. Ya, aku tahu slot tu dah berpuaka, sampai ada orang minta pendapat sudah lebih setahun, tapi aku tak jawab-jawab. Perihal itu pun aku hendak minta maaf juga.

Okay lah, sayonara!
Assalamualaikum.


10 January 2017

ADAKAH INI CINTA?

Cinta
Apa itu cinta?
Terang-terang ia masih baru buatku
Pernahkah aku jatuh cinta? Sudah tentu ya
Pernahkah aku dicintai? Mungkin juga ya
Namunya sambungan dan perasaan mutual itu amat jarang muncul mahupun ditemui

Cinta
Adakah ini cinta?
Perasaan suka, sayang, ghairah, ambil berat, risau
Berkorban apa sahaja
Adakah semuanya akan kualami saat aku mula menyinta?
Aku mula takut untuk bertembung dengan semua ini

Cinta
Sudah lebih seabad aku mencari dikau
Dari bandar ke bandar
Pelusuk aplikasi maya aku ceroboh
Setiap kilobytes aku cuba terokai
Pelbagai suka yang sementara
Tangisan derita penuh kecewa
Sehingga kuputuskan yang cinta bukan untukku lagi
Di mana dikau?

Namun, tiba-tiba engkau hadir
Bagaikan mimpi sekelip mata
Walaupun perasaan ini mahu
Akan tetapi hatiku sepertinya sukar menerima
Buatkan diriku takut
Takut jikalau ini hanyalah permainan dunia
Ilusi semata-mata

Cinta
Setiap kali kita bersama
Aku rasa bahagia
Tapi perasaanku masih sangsi
Masih rasa bersalah, masih takut
Benarkah dikau sudah bersamaku?
Perlukah aku mencintaimu?
Walaupun kutahu ia hanya kebahagiaan sementara

Cinta
Adakah ini cinta yang aku cari?