Pages

16 March 2015

#ASKGIBB : TERLANJUR CINTA DENGAN ABANG SENDIRI


Hi abang Gibb,

Saya nak minta tolong abang advice sikit.

Saya dah jadi PLU ni masa saya masuk sekolah menengah. Ada seorang kawan saya, saya gelar dia V. V sangat ganas dan orang semua takut pada dia, including me. Kalau boleh saya nak jauhkan diri dari dia lah, tak mahu jadi mangsa tetak dia, padahal dia baru Form 5. Saya pulak muda setahun je dari dia.

Satu hari tu, dia tiba-tiba panggil saya. I have no idea mana dia tahu nama saya. Saya pergi la pada dia, dia senyum dan usap kepala saya. Dia cakap saya sangat cute. Saya lelaki kot? Haha! First time tengok dia senyum, saya mula rasa dupdap-dupdap. Kacau betul la time tu, ade ke saya rasa macam tu. Sejak tu, saya dengan dia bersama. Orang nak cakap ape pun saya tak kisah. Saya mula ada perasaan pada dia, abang Gibb.

Suatu hari, saya dapat call yang V dekat hospital. Time tu saya ada projek dekat Cameron Highlands, jauh nak balik KL. Tapi sebab sayang, saya balik jugak. Tapi saya sampai lewat dekat hospital.

Sampai sana, doktor cakap V hilang memori. Lebih mengejutkan, family dia is my family! Kami berdua sebenarnya adik beradik, lain bapa! Dia darah daging saya.

Abang Gibb, parents saya tahu hubungan saya dengan V. Dorang nak jauhkan saya dari dia. Saya cakap terus terang yang saya kerap terlanjur dengan V.

Kini, sekarang, V dah nak kahwin. Sudah 3 tahun dah, V still tak ingat saya. Siapa nak lindungi saya? Saya rasa macam nak mati je. Dulu saya gemuk, sekarang saya kurus sangat. Sebab V, saya tak makan pun, just makan sikit sangat. Abang Gibb, tolong nasihatkan saya untuk jangan bunuh diri. Saya sayang parents saya. Saya nak berjaya dalam hidup. Saya gay tapi hanya untuk V seorang. Tolong abang Gibb, nasihatkanlah saya. Saya sekarang kat rumah, tak study, tak dapat masuk U or Form 6 pun sebab SPM saya fail.

Abang Gibb, tolong nasihatkan saya, bagi kata-kata semangat dekat saya. Please...

(LEAVING)


**********


Hi LEAVING,

Gibb rasa simpati dengan situasi yang sedang awak lalui. Memang agak sukar untuk melupakan insan yang kita hargai. Gibb pun agak terkejut lepas mengetahui yang V adalah abang seibu awak. Memang agak rumit di situ. Memang agak sukar untuk awak berpatah balik.

Bagi Gibb, bukanlah salah awak kerana telah jatuh cinta dengan abang sendiri. Family awak, terutama ibu sangat bertanggungjawab dalam hal ini. Sebab hal darah daging ini bukannya boleh dibawak main, dan bukannya boleh disorok-sorok. Mungkin ibu awak ada tujuan sendiri mengapa dia menyembunyikan rahsia ini daripada awak, tapi dia juga harus memandang rasional dan serius tentang hal ini. Gibb bukan nak salahkan ibu awak 100%, mungkin dia ingin melindungi awak.

Gibb rasa, mungkin Tuhan takdirkan V hilang ingatan untuk menguji awak sekeluarga. Keadaan V sekarang mungkin ada sisi positif dan negatifnya sendiri. Mungkin bagi awak, ia umpama malapetaka kerana awak kehilangan seorang yang betul-betul boleh melindungi awak. Tapi bagi Gibb, ada baiknya ia kekal begitu. Gibb tahu awak merana, nak-nak si V pula bakal mendirikan rumah tangga. Namun Gibb rasa mungkin keadaan akan bertambah rumit jika V tidak hilang ingatan.

Kalau awak sayangkan parents awak, kalau awak nak berjaya dalam hidup, tolonglah fikir secara rasional. Bunuh diri bukanlah jalan terbaik, masih banyak yang perlu awak terokai di dalam dunia ini. Walaupun awak gagal dalam SPM, tak mengapa. Dunia ini terbentang luas, awak pasti berjaya suatu hari nanti.

Tentang V, walaupun Gibb tahu memang sukar untuk awak hadapi semua ini, tapi yakinlah, pasti ada sesuatu yang baik menanti awak di hadapan kelak. Tuhan hanya menduga insannya yang mampu menempuhi dugaan. Stay strong okay.

Gibb tahu yang Gibb tak mampu tawarkan apa-apa pertolongan pada awak, hanya kata-kata semangat sahaja yang mampu Gibb beri. Gibb du'akan agar awak kembali bangun untuk menghadapi semua ini dengan tabah. Insyaallah.

Never lose hope.

8 comments:

  1. sangat tragedis sekali. bukan salah si leaving sepenuhnya. Kalau dia tahu tu abang dia semestinya dia tak akan bersama. Dan Tuhan mempunyai perancangannya yang tersendiri bila abang dia hilang memori. Kepada leaving teruskan kehidupan, buka lembaran baru, lupakan kisah lama, hidup ini sangat indah sekirannya kita pandai menghargainya. Sentiasa berfikiran positive dan jauhkan diri daripada benda-benda yang boleh membuatkan diri anda down..

    ReplyDelete
  2. Open your heart.

    Doakan kebahagiaan untuk V. Ya, sakit memang sakit. Tapi apa lagi yang bisa dibuat. Seiring masa, engkau akan jumpa seseorang yang akan bisa melindungi engkau. Way better.

    Jangan sesekali terlintas rasa mahu mati. Engkau tak tahu apa yang akan berlaku esok. Just be strong.



    ReplyDelete
  3. ayiyoyo.. mcm movie become reality.. hope budak ni cpt sedo.. hidup ni indah.. wakpe ler nk bunuh diri.. ingat Tuhan.. ingat family.. hope kat situ ada kekuatan..

    ReplyDelete
  4. Gagal Spm tak bermakna gagal dalam hidup, keluar cari pengalaman. Boleh punya hidup. Tak perlu nak bunuh diri untuk keluar dari masalah. Anyway tak semua kisah cinta berakhir bahagia. Renung2 kan lah.

    ReplyDelete
  5. hope budak ni tabah. tuhan dah bagi abang dye peluang untuk berubah, sekarang adik dye plak kene bagi lah abang dia chance nak berubah. try lupakan abang dia. berhijrah ke tempat lain. mulakan hidup baru, try lupakan orang tu. takguna nak harapkan cinta pada orang yang dh tak ingat ape2.

    ReplyDelete
  6. Dear Leaving,

    Kau diuji begini sebab kau mampu hadapi. Perihal untuk mempercayai perkara yang kita tidak nampak bukan mudah, tapi percayalah Allah ada rancangan yang lebih baik untuk kau...

    ReplyDelete
  7. Sinetron sangat ni. Oh my.
    Harap tabah hadapi semua ini.

    ReplyDelete