Pages

12 October 2016

PERJALANAN KECIL BERSAMA ABANG

Salam Gibbonizer!

Entry ini merupakan sambungan daripada entry DATING YOUR SENIOR BE LIKE, kerana ia berlaku pada hari yang sama.

Balik sahaja daripada aktiviti dating, aku masuk rumah, minum air sikit, then duduk kejap dekat ruang tamu. Waktu itu, aku ternampak abang aku turun dari tingkat atas. Secara spontan, aku pun mengajak dia keluar minum-minum. Dia pun on je. So, kami pun keluar dengan bertejuan untuk mencari Cikedut. Tahu tak Cikedut itu apa benda?

Rupa paras Cikedut.
Seperti ayat dalam gambar rajah, itulah istilah Cikedut ini. Bagi aku pula, Cikedut ini adalah dadih berperisa yang dilapiskan untuk mendapatkan effect ala-ala aiskrim paddlepop itu. Pada pandangan aku, apa yang bestnya tentang benda ini adalah kerana ia dimakan dengan menyedut menggunakan penyedut minuman. Memang sedap menyedut benda alah ini ketika tekak kekeringan. Huhuhu!

Yang berminat untuk membuat tempahan atau ingin tahu lebih lanjut tentang produk ini, bolehlah jenguk-jenguk Facebook mereka CIKEDUT BY SARIP DOL. Brand Sarip Dol ini paling popular!

Maaf, iklan sekejap.

Okay, sambung cerita. So, aku dengan abang aku pun bergegas ke Dataran Shah Alam untuk mencari kereta seorang abang yang menjual benda alah ini. Sampai sahaja di dataran tersebut, malangnya kereta abang tersebut tidak dijumpai. Jadi, abang aku mengajak aku jalan-jalan ke Bundle Jalan Raja Bot, Kuala Lumpur. Aku terus je on, walaupun aku sebenarnya tak tahu pun dekat mana bundle itu berlokasi.

Setibanya di lokasi, baru aku tahu yang bundle tu terletak berhampiran dengan Pasar Chowkit. Mostly apa yang aku nampak dekat pasar itu merupakan pisang dan petai, hahaha! Terasa lapar, tapi waktu itu masih belum tiba lagi di lokasi sebenar. Kami perlu menempuh terlebih dahulu jalan-jalan kecil di celah-celah pasar tersebut. Dalam 10 minit menempuh jalan-jalan kecil itu, akhirnya tiba di lokasi sebenar. So, park la kereta itu.

Not your typical everyday bundle.
Bundle ini tak macam bundle-bundle yang pernah aku pergi. Mostly para penjual hanya membentang tarp and lay down whatever they wanna sell. Kalau yang up sikit, mereka belilah rak untuk sangkut baju, or beli khemah mini as bumbung untuk tapak perniagaan mereka. But mostly, apa yang aku tengok, kebanyakannya hanyalah berbumbungkan langit malam sahaja.




Actually, aku tak ada niat pun nak beli apa-apa sebab aku tak ada duit. Namun, ada beberapa barang yang menarik perhatian aku seperti kaset dan telefon bimbit retro. Malangnya, aku tak ada duit! Hahaha! Abang aku pun tak beli apa-apa sebab tak ada benda yang berkenan. Jadi kesudahannya, cuci-cuci mata sahaja.

Bagi aku, tempat itu agak menarik juga. Pertama, sebab aku dapat lihat satu bentuk urusniaga yang agak berbeza. Di mana kau masuk sesuatu kedai, kau tengok-tengok barang, tuan kedai akan buat hal dia sahaja, kau tanya harga, tuan kedai jawab, kalau kau tak mahu, kau senyum dan berlalu pergi. Apa yang berbezanya? Penjual itu tak memaksa, dan most of them pendiam dan mungkin pemalu. Kedua, Aku seolah-olah masuk ke dalam sesuatu jenis pasar gelap. Sebab mostly kedai-kedai dekat situ tidak berlampu. Mereka hanya menggunakan sistem pencahayaan daripada lampu-lampu jalan yang berwarna jingga itu.

Lepas sudah habis pusing-pusing, kami singgah sebentar ke kedai minuman dan dapatkan air soda untuk membasahkan tekak. Almaklumlah, tak dapat Cikedut kan.

Air soda ini kalau balik kampung selalu ada time orang meninggal je.
Kesimpulannya, Kalau anda seseorang hippie, ataupun anda seperti Gibb yang sukakan custom fashion ataupun sesuatu yang unik, bundle adalah tempat paling best untuk shopping. Okay, habis cerita Bundle Jalan Raja Bot.

Seterusnya, before pulang ke bandar Shah Alam, kami singgah sebentar ke SS15 Subang Jaya untuk mendapatkan takoyaki. Beli 3 pack, then terus pulang ke rumah.

Harganya RM5.00 untuk 6 bebola takoyaki, dan wasabinya tidak menyengat sangat.

6 comments:

  1. satu hari penuh dengan aktiviti, bestkan bila pergi ke tempat kita tak pernah pergi, dapat cuci mata dengan pengalaman...air soda tu bila setiap kali nak raya mesti family beli 2 box kayu, kalau kat sini panggil air longcan lebih kurang macam tu nama dia...hahahha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, air tu dijual dalam box kayu, i remember now...
      lama sangat tak balik kampung sebab dah xde sape kat sana.

      Delete
  2. X penah pon la try cikedut tue. Tengok gaya macam menghairahkan. Huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xde la mengghairahkan, cuma sebab dia ala2 rainbow gitu.
      and rainbow equal to LGBT.

      minuman jelly utama cik gayah!

      Delete
  3. Cikedut? Pelik2 nama makanan hipster sekarang ni..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia macam dadih je, ataupun macam flan... cuma berperisa...

      Gibb ni kan ala2 hipster, cuma seorang hipster yang suke makan junk food...

      Delete