21 October 2017

4 YEARS ANNIVERSARY


Assalamualaikum semua.

Wah! Blog hambar Gibb sudah berumur 4 tahun (actually sudah 4 tahun 5 hari). Setiap tahun pun aku duduk ulang ayat pembuka bicara yang sama.

Actually, aku memang macam langsung tak update apa-apa sangat dekat sini. Namun aku masih sayang dengan blog ini. Rasa macam mahu delete, tapi kau tahu sajalah, rasa sayang itu masih ada (drama sangat). So, kiranya perhubungan aku dengan blog ini hanyalah seperti bertarik tali.

Aku nak tulis sedikit tentang apa yang aku masih cari. Kalau kalian ada terbaca entry Encik Nu'man bertajuk CARI, memang entry tersebut datang tepat pada masanya di dalam kehidupan aku.

"Sesetengah gay pula... mereka confused. Tak tahu apa yang dicari tetapi menuruti hawa nafsu."

"Putaran roda kehidupan ini diulang-ulang, entah sampai bila. Apa yang dicari... tidak juga ketemui."

Ya, ayat-ayat tersebut agak "makan dalam" juga buat aku. Aku sudah jumpa ratusan orang, pelbagai ragam, namun aku masih tidak jumpa apa yang aku mahu. Walaupun awal tahun ini aku seakan-akan telah bertemu dengan "cinta sejati", namun aku tidak mampu teruskan permainan perasaan itu. Aku seolah-olah terkongkong dalam dunia yang aku cipta sendiri.


**********


Seorang lelaki dalam lingkunga pertengahan 30-an pernah berkata kepadaku, "Range umur antara 27 ke 30 tahun ini biasanya hendak explore je, dan tak nak terikat pada perhubungan serius."

Aku mengaku, pada awalnya aku menidakkan kata-kata itu. Namun, selepas beberapa ketika, aku sedar tentang apa yang diperkatakannya itu adalah 90% benar pada diri aku. Aku kerap berjumpa orang sana-sini. Kondom dan pelincir sentiasa aku bawa saat aku bertemu dengan seseorang, hanyalah sebagai persediaan jika berlaku apa-apa yang tidak diingini, mahupun diingini. Segalanya hanyalah permainan bagi aku. Aku sudah seperti manusia yang tiada apa-apa perasaan. Yang ada hanyalah nafsu yang menguasai diri.


**********


Pada awal bulan September yang lalu, aku telah bertemu dengan seorang jejaka yang aku kenali melalui aplikasi Grindr. Walaupun tidak sampai 24 jam tempoh perkenalan kami, aku merasakan seolah-olah dia mampu membaca diri aku. Pada mulanya, aku seperti tidak mahu berjumpa dengannya, tetapi setelah berfikir panjang, aku menguatkan diri dan mengajaknya untuk berjumpa di pertengahan malam itu.

Masyaallah! Aku disambut oleh seorang lelaki yang sungguh aggresif dalam percakapannya. Selepas beberapa ketika aku melihatnya, gaya tuturnya, lelaki ini sepertinya sudah aku temui 5 tahun yang lepas. Namanya juga sama, namun aku seperti tidak mahu berterus-terang padanya. Tapi jika betul, masakan dia boleh berubah sedemikian rupa? Dahulunya manis dan penyayang, sekarang seperti kilat bertemu besi. Segala percakapannya amatlah tajam tanpa penapis.

Sepanjang perbualan kami, akhirnya sampai ke satu soalan yang ditujukan kepada aku, "What do you really want?" Aku terkedu, diam seribu bahasa, terpinga-pinga. Aku seperti tidak mampu menjawab soalan itu. Aku hanya berkatakan yang aku tidak tahu apa yang aku mahukan, kepadanya. Walhal aku tahu apa yang aku mahu, tetapi setelah berfikir sejenak, aku kembali tidak tahu. Bingungnya!!!

Mungkin pada masa itu, aku tidak mampu bercerita kepadanya kerana aku kurang yakin dengan dirinya. Almaklumlah, orang baru dikenali, tidak akanlah aku ingin meluahkan semuanya. Aku terpaksa menghabiskan masa hampir 2 jam dalam kehidupan aku bersama dengan si tolol itu kerana aku menaiki keretanya. Baiklah, aku merasa sedikit kesal. Mana tidaknya, aku dinilai secara negatif, walhal dia tidak tahu pahit derita aku selama ini. Dari segi kehidupan, keluarga, kerjaya, perhubungan, keagamaan, semuanya aku dipandang salah olehnya. Aku hanya mampu berdiam dan menganggukkan kepalaku. Kerana manusia sepertinya seolah-olah dia yang pandai semua. Insyaallah, I'm not gonna date any lawyer in the future, cakap semuanya dia sahaja hendak menang. Menyakitkan hati!


**********


Selepas daripada kejadian itu, aku adalah berjumpa dengan beberapa orang just for date dan keriangan ringan. Mungkin benar, lingkungan umur seperti aku ini hanyalah mahu mengeksploitasi keriangan dunia. Hurmmm... Life goes on.



4 comments:

  1. Happy birthday to you..mmuaahhh i kasi kiss sikit. Teruskan update blog k, tahun ni banyak blogger yang kurang update blog termasuklah saya. Ok take care bang Gibb.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa lah...
      Masing-masing dah busy kan...
      gibb pun baca je blog mana yang sempat je...
      btw, thanks sebab still singgah blog Gibb.

      Delete