Pages

27 May 2014

SELAMAT TINGGAL ARIL BUAT SELAMANYA

Salam sayang daripada Gibb kepada semua yang rajin membaca dan membelek blog saya. Okay lah, entry kali ini still pasal Aril (kalo korang baca entry-entry sebelum ni, korang tahu le kisahnye).

Kisahnye Aril dah decide dah tak nak contact Gibb dan die nak move on dengan kehidupan die. Gibb respect dengan apa yang die nak buat and Gibb pon rase dah tak perlukan die lagi.

Mule-mule kenal dulu, Aril memang bagi angan-angan indah kat aku. Time tu aku rase happy gile. Tapi second time aku kenal die, kotorang dah macam tak sehaluan. Masing-masing macam ade sikap tidak puas hati. Macam ade je yang tak kena. Sampai la pada suatu hari, aku terime message terakhir daripada Aril:

Goodbye message.
Lepas ni memang aku takde la nak cari Aril dah. Rasenye ni yang terakhir. Ape-ape pon aku doa Aril sentiasa happy dalam ape yang die lakukan.

Kat bawah ni aku rumuskan sedikit sejarah aku kenal Aril:

* 16 Februari 2014 - First time Aril tegur aku kat PR. Die salah seorang pembaca blog aku.
* 11 Mac 2014 - Aril delete account PR.
* 13 Mei 2014 - Lepas aku buat entry MENCARI ARIL (19 april 2014), aku saje search username Aril kat PR, sekali jumpa plak. So aku pon text, dan die reply balik.
* 19 Mei 2014 - Aril send last message kat PR dan decide nak delete accout PR die. Die gak decide tak nak contact aku dah.

Kesimpulannya aku memang selalu tak berjaya bile diberi peluang kedua. Takde rezeki kot nak kawan ngan die. Maybe salah aku gak pegi publish pasal die. Takpe la, aku redha je.

13 May 2014

ARIL WAS FOUND!

Hi semua! Gibb ade berita gembira nak share! Gibb dah jumpa Aril balik! Bersyukur sangat. Dalam pukul 3:30pagi, bertarikh 13 Mei 2014, time Gibb check e-mail, terdetik plak nak cari Aril kat PR. So Gibb enter la username die yang lama. Sekali appear pulak. Lantas Gibb pun terus send message ringkas untuk confirmation.

Eh, it's Aril? Could it be?
Hampir pukul 7:00pagi, Aril pon reply and told me that he's the one. Gembira gila hati Gibb. I know Tuhan pinjamkan sekejap je perhubungan aku dengan dia, tapi aku masih bersyukur dengan apa yang dikurniakan oleh-Nya padaku.

Kepada Aril, Gibb tahu kau mesti kecewa sebab Gibb buat entry ni. Maafkan Gibb, I can't help it. I hope perhubungan kita ni mampu berkekalan walaupun sebagai sahabat.

Tetiba Gibb rasa macam nak share video PlanetRomeo App ni. Agak kreatif sebenarnya. Enjoy. Assalamualaikum.

 
PlanetRomeo App.

19 April 2014

MENCARI ARIL DAN KISAH FAKE ACCOUNT AKU

Hi semua! Welcome to GGE. (Minta maaf Gibb lama tak update blog ini)

Bagi yang dah sedia maklum, aku ade create account kat PlanetRomeo (PR). Tapi for a hundred time aku nak bagi tahu kat semua orang yang account tu fake je. The details might be right, but the pictures are all lies. Itu bukan pic aku pon.

My ID: gibbzernow
Aku sebenarnya nak minta maaf kalau ade orang cakap aku ni penipu sebab gune pic orang lain. Actually aku buat account tu bukannye ade niat nak menipu, cume aku nak gain reader je. On the other hand, mungkin reader boleh interact ngan aku, chat pasal kehidupan ke, masalah ke. Lagi pon aku ni suke berkenalan ngan ramai orang, sebab dalam dunia realiti, aku takde kebolehan untuk berbuat demikian. Aku ni sangatlah pemalu orangnya.

Since first time aku buat account ni, berduyun-duyun gak message masuk. tak henti-henti. Even aku dah mention yang itu adalah fake account, but still ramai gak yang menegur. Ade yang nak berkenalan (which is great), ade yang ajak minum-minum, ade yang bagi no phone, dan ade jugak yang ajak seks (which is not so great).  Aku just reply yang aku kat situ hanya untuk chat je.

I know, dorang tak baca pon ape yang aku tulis kat profile tu. "THIS IS A FAKE PROFILE". Kat situ aku dah dapat tengok yang PLU ni mostly is very superficial. Bile tengok pic hansome sikit, terus je ajak itu ini. Aku macam kecewa gak la ngan sikap segelintir manusia yang memilih rupa dalam persahabatan. Sebab kalau aku message balik manusia tersebut gune account yang real, sepatah haram pon tak reply. Nampak sangat aku ni loser kan.

Creadit to all the people yang clearly read my blog and say hello to me. Aku hargai sangat. Ade yang nak berkenalan, tapi aku macam takun nak tunjuk identiti sebenar. I'm just not ready guys. Sorry sangat-sangat. I still wanna hide my true identitiy.

Actually, entry ni aku karang sebab nak cari Aril. Aril ni aku kenal kat PR la. Die bagi aku sangat attractive dan very supportive. Die yang memulakan bual bicara kat PR since I create that fake account. Dia salah sorang pembaca blog ni.

Since 16th February 2014, kitorang start chatting. Aku sebenarnye takde niat pon nak jatuh cinta dengan pembaca, but something about this Aril seems so special. I feel really connecting. Even I don't know how he is look like. Dia sangat istimewa bagi aku.

Perkenalan kami berakhir selepas dia putuskan nak delete account PR dia, dasar sebab selalu diganggu dan dapat mesej-mesej "sex invitation". Aku sebenarnye agak kecewa gak masa tu sebab mungkin sebab perasaan cinta macam ala-ala dah berputik, tapi aku relakan aje. Dia ada minta nak add aku kat Facebook tapi sebab aku tersangat nak merahsiakan identiti, aku hanya meninggalkan nombor telefon aku kat dia.

He thinks I am so exclusive. Oh gosh!
He is falling in love with me. This is bad!
He has a girlfriend? It's getting worst!
Lepas aku bagi je no phone aku, aku terus block dia sebab tak sanggup menahan kesedihan dalam hati. Lepas tu, Aril pon dah lenyap dan tiada lagi mesej diterima darinya. Aku ade gak tunggu kalau-kalau Aril ade hantar mesej kat phone aku, tapi malangnya nombor yang aku bagi tu dah expired sebab aku tak top-up lebih dari 3 bulan. Inilah bahananya, fake account akhirnya memakan diri aku sendiri.

Kepada Aril, walaupun Gibb tak pernah jumpa Aril, tak tahu pon wajah Aril macam mana rupanya, tapi Gibb berharap sangat dapat dengar khabar berita daripada Aril. Gibb tahu nasib Gibb memang selalu jatuh cinta pada milik orang lain. Gibb minta maaf sangat kat Aril. Lepas Aril dah tak ada, serius Gibb macam malas je nak update blog ni.

Hope Aril ade baca entry ni. If you do, e-mail lah khabar beritamu padaku. Gibb rindu sangat kat Aril (sambil menitis air mata dan mendengar lagu Kau Pergi Jua), drama sikit. Hehehe...

Ni e-mail Gibb: naquibzernow@gmail.com

Dan maaf Gibb mungkir janji sebab paparkan mesej-mesej kita kat entry ni. Harap Aril maafkan Gibb eh. Gibb sentiasa doakan Aril dan happy ngan wanita pilihan hati Aril. You will be a great dad and lovely husband. Insyaallah.

 
"Pulang ke dakapanku, aku ingin kau selalunya di sini"

Pada sesiapa yang tertunggu-tunggu kisah Budak Gerai, Gibb minta maaf sangat sebab kurangnye inspirasi lepas Aril hilang. Kononnya muse dah takde. Insyaallah saya akan cuba sedaya upaya untuk menyudahkan kisah tersebut. Segala kesulitan amat dikesali.