Pages

6 September 2014

#20FACTSABOUTME

Okay, first of all aku nak ucapkan merci beaucoup kepada F.I. sebab tag aku kat entry die. Actually aku memang nak buat entry ni, tapi bertangguh-tangguh. Since dah kene request, so aku pun buatlah (and sorry sangat-sangat sebab aku memang tak tahu berdialect Kelantan ye encik F.I.). Berikut adalah 20 fakta tentang diri aku yang mungkin korang boleh buat garis panduan sebelum berkawan dengan aku. So, here we go...

Nama dia Safwan Ahmedmia. Dia merupakan seorang gadgets youtuber, yang paling penting dia seorang Muslim. Aku sangat hormat pada dia, dan dia pernah reply comment aku. Happy giler time tu!

Okay, lets start now:

1) Bayi Disember, berzodiak Sagittarius, dan aku dilahirkan secara pembedahan Caesarean.

2) Aku suka bercakap depan cermin, in English using British and American accents. Untuk membina keyakinan diri kononnya.

3) Suka menyanyi, tapi tak berapa gemar untuk berkaraoke. Sebab suara aku akan ditenggelamkan oleh muzik. Kononnya dulu bercita-cita nak buat band sendiri.

4) Tak minat membaca, senang mengantok kalau tengok tulisan banyak sangat.

5) Seorang yang susah dikawal, even my parents can't control me sebab aku ni kuat menjawab. Namun sangat berhemah di tempat kerja.

6) Selalu bercakap dengan diri sendiri bertujuan untuk memotivasi diri.

7) Aku tak pernah minum any beverages from Starbucks.

8) I'm easily making good friends, yet also easily making enemies.

9) Mempunyai raut wajah yang sombong tetapi sebenarnya seorang yang easy going.

10) Seorang yang jujur dan susah untuk menipu.

11) Mudah simpati dengan kesusahan orang lain dan juga mudah memaafkan kesalahan orang.

12) Tak suka tempat yang bising dan riuh, that's why aku tak pernah attend to any concerts nor clubs.

13) Tidak suka menggunakan nada dering pada telefon bimbit, sebab I feel annoy and I hate noisy ringtone. Often silent my phone kalau keluar dari rumah. Kalau kat rumah pun, ringtone aku bunyi basic je which is "Kring kring".

14) My favourite breakfast since I was little is telur 3 suku masak, 2 ke 4 biji sehari.

15) Walaupun aku takut tengok darah, but so far aku dah jalani 5 operation termasuk membuang appendix. Lebih prefer bius penuh daripada bius separuh time pembedahan sebab takut pitam.

16) Mudah menangis, mudah tersentuh, namun seorang yang kuat menempuh cabaran dan dugaan Tuhan.

17) Aku tak ade skill yang khusus, semuanya minima. Aku boleh memasak, buat kerja electrical yang simple, membaiki paip bocor, buat kerja pertukangan dan kerja kayu, berkebun, membaiki komputer, dan pengetahuan aku tentang telefon bimbit sangat tinggi (kononnya). Hahahaha.

18) Kehidupan aku banyak dipengaruhi oleh drama-drama tv. Aku mengambil setiap moral dan pengajaran daripada setiap apa yang aku tonton dan mengaplikasikannya dalam kehidupan aku sehari-hari. Aku ni juga seorang yang agak dramatik dan kelakar.

19) Walaupun orang tengok aku ni macam orang yang tak ade pedoman hidup, tapi setiap hari aku cube mendalami ilmu agama dalam mencari ketenangan hidup. Walaupun aku tak membaca al-Quran, tapi aku masih mencuri masa untuk mendengar bacaan-bacaannya yang indah dan menenangkan itu.

20) Aku nak reveal something, aku pernah kene VD (venereal disease) couple years ago. Serius time tu aku takut gile and don't have someone to talk too. Kulit aku menggelupas, rambut dan bulu-bulu kat badan banyak gugur. Badan sangat tak bermaya dan mudah dijangkiti penyakit seperti selsema, batuk dan juga demam. Antibodi badan aku jadi lemah dan lambat sembuh daripada penyakit-penyakit kecil tersebut. Berat badan pun makin menurun. Bile aku send gambar yang badan aku ade bintik-bintik kat boyfriend aku time tu, beberapa minggu lepas tu die macam diam dan hilang macam tu je. Banyak gak orang tanya tentang keadaan aku, tapi aku bagi alasan stress dengan kerja dan berikutan ayah yang sedang sakit tenat ketika itu. Seriously aku tak berjumpa doktor dan hanya membuat kajian sendiri daripada sumber-sumber kat internet. Setelah 9 bulan menderita, alhamdulillah I am healthy now. Dan kini aku mula belajar menghargai diri sendiri dan kehidupan ini

Kalau dibaca balik, rasanya bukan 20 facts sebab banyak perkataan "dan". Hahahaha. Kalau suruh buat seribu facts baru cukup agaknya, tapi nanti so revealing plak, tak jadi lah mysterious guy lagi.  Terima kasih sebab sudi membaca. You can judge me all you want but you never can't stop me. Love the haters, just keep it coming because you guys always makes me stronger!

Sekian.

5 September 2014

PERSOALAN MENGENAI HARD DISC YANG CORRUPTED

Mengenai entry aku yang bertajuk HARD DISC HACK, aku tertarik untuk mengulas sedikit pandangan yang telah diterima daripada mereka ini.

Thank you for your feedback.

Sebenarnya, merujuk kepada demonstration yang aku lakukan, hard disc yang dikeluarkan daripada laptop asal memang masih elok, even laptop tu pun masih elok lagi. So, jika korang yakin yang hard disc korang masih elok, cume laptop je rosak, bleh la apply cara tersebut, Kalau hard disc tu dah rosak misalnya, so segala usaha korang nak berexternal hard disc bagai adalah sia-sia.

Kalau hard disc korang corrupted, better try hantar kedai untuk reformat semula. Biasanye maybe operation system (OS) korang diserang virus. Reformat biasenye dikenakan bayaran dalam RM30.00 ke RM50.00. Setahu aku lah, hard disc dalam laptop jarang nak rosak, paling teruk pun kene virus dan OS corrupted je. Sebab jarang aku dengar kat kedai komputer orang nak repair hard disc. Normally komponen lain dalam laptop yang rosak misalnye fan tak running (sebab online je 24 jam tak tutup-tutup laptop tu) ataupun DVD burner rosak (sebab hari-hari burn CD).

Kenapa hard disc dalam laptop tahan lama berbanding external hard disc sejuta gigabytes korang? Sebabnya hard disc laptop stick satu tempat je, die tak bawak penyakit. berbanding external hard disc yang korang usung merata-rata dan main cucuk je kat mana yang sempat, then bile balik rumah bawak penyakit. Renung-renungkan lah.

Nasihat aku kepada korang yang hard disc diserang virus dan nak reformat semula, better minta orang kedai repair tu buat partition kat hard disk korang. Contonya hard disc korang mempunyai 500 gigabytes, so buatlah 2 partition whish is one side (C:) kau buat 150 gigabytes and the other one (D:) kau buat 350 gigabytes. Kenapa? Sebab bila kau reformat laptop, seluruh isi kandungan dalam laptop itu akan hilang (which is termasuklah gambar, lagu, dan movie). So, in case laptop korang diserang virus lagi dan perlu diformat semula, better korang buat partition which is fail-fail kesayangan tu korang boleh simpan kat (D:). Ini kerana time format laptop, hanya bahagian (C:) sahaja diformat, bahagian (D:), (E:), (F:) korang akan selamat. So after format tu, at least korang akan tersenyum sedikit sebab fail-fail kesayangan korang still ade.

(Post script: Ingin diingatkan sekali lagi yang aku memang takde ape-ape kelulusan dalam bidang komputer. Benda-benda ni semua aku belajar daripada pengalaman dan pengetahuan yang nipis. Kalau ada info yang salah, sila tegur dan saya rela mendengar dan memperbaiki kelemahan diri.)

4 September 2014

HARD DISC HACK

Korang ade tak laptop-laptop lama yang dah rosak? Kalau ade lagi mesti korang simpan sebab ade sentimental value kan. Pernah tak terfikir nak on balik laptop tu dan nak selongkar semula memori-memori indah yang masih terpahat di dalam hard disc?

Okay, kali ni aku nak ajar korang cara-caranya. Apa yang korang perlukan adalah sebuah laptop usang dan beberapa peralatan di bawah ni:

Laptop usang (2005)
External hard disc case. Aku beli kat Plaza Alam Sentral berharga dalam lingkungan RM30.00++.
Inilah isi kandungan daripada kotak di atas. Aku diberi case, USB cable wire, skru, dan pemutar skru.

Okay, barang semua dah ade. Jom kita mule buat kerja. Gambate!

Pertama sekali, korang terbalikkan laptop korang. Cari bahagian hard disc, then buka skru-skrunya satu-persatu.
Bila semua skru dah dibuka, buka lah penutup tupperwear tu. Now korang akan nampak bende petak yang berongga-rongga, bende alah ni lah yang memegang hard disc di dalam laptop korang.
Bende ni biasenye berskru, tapi kat laptop aku ni tak ade plak. Kalau ade tu korang bukak jelah skrunye ye. Then keluarkan macam aku buat ni.
Bile dah keluarkan tu, korang kene pulak bukak skru kat tepi die satu-persatu dengan sabar.
Now barulah dapat hard disc tu, banyak betul perisai yang menjaga die ni.
Sekarang ni, korang pegi amik bahagian case yang ade papan elektronik tu, then connectkan bersama-sama hard disc tadi. Kalau dah ketat, maksudnye korang sambungkan dengan betul.
Apa yang korang sambungkan tadi now jadilah macam dalam gambar ni.
Now, korang amik semula bahagian yang dah korang sambungkan tadi dan bahagian case seperti dalam rajah. Kemudain gabungkan.
Lepas dah gabungkan, ketatkan bahagian yang longgar bersama-sama skru yang telah diberi.
Bile semuanya dah selesai, amik USB cable wire dan connectkan kat hard disk tersebut. Now lahirlah external hard disc korang yang baru! Tahniah untuk diri korang!
Senang je kan? Actually aku belajar buat bende ni melalui sorang mamat cina kat Plaza Alam Sentral tu. Time tu aku nak repair laptop aku, rasenye chipset die dah terbakar, tak silap aku pada tahun 2011. So mamat ni cakaplah kat aku yang laptop aku ni kalau nak repair, harga die serupa je macam beli baru (aku dah banyak kali dengar alasan tu). So die pun cadangkan kat aku yang hard disc dalam laptop tu bleh buat jadi external hard disc. Aku pun on je lah, time tu harga case tu dalam RM45.00.

Alhamdulillah, semua fail-fail aku dalam laptop tu semua ade, even yang aku letak kat desktop dan kat (C:). Gembira jugaklah sebab kenangan-kenangan aku time study semuanya ade kat dalam tu, Gambar-gambar, lagu-lagu, assignments and everything sume ade.

Demonstrasi kat atas ni merupak external hard disc aku yang kedua. Dan sebenarnye aku pinjam laptop lama kakak aku since hard disc die rosak, dan aku punye elok (lagipun aku already have install Microsoft Windows 7 dalam hard disc tu), aku pun sumbat lah hard disc tu dalam laptop die. Beberapa tahun kemudian (tahun 2013), aku pun beli laptop baru. Since aku penat nak back and forth dengan 2 laptop, so aku decide baik aku keluarkan je hard disc daripada laptop lama and play using 1 laptop only. So lahirlah new external hard disc.

**********

Peringatan dan fakta:

Cara-cara di atas mungkin berlainan mengikut jenis dan jenama laptop yang anda miliki.

Hard disc case juga dijual dalam pelbagai jenis. Ada juga jenis slide dan jeniss berskru. Cara pemasangannya mungkin juga berbaza.

USB specification pada hard disc juga berbeza-beza. Ada yang menggunakan USB 2.0 dan mungkin juga USB 3.0 (yang terdapat pada kebanyakkan external hard disc yang dijual masa kini). Jadi pastikan anda tahu apa yang anda ada dan apa yang anda perlu beli.

Perkataan "DISC" dan "DISK" mempunyai maksud yang sama dan kedua-duanya boleh diterima pakai di dalam urusan rasmi. "DISC" merupakan ejaan dari United Kingdom, manakala "DISK" pula dari Amerika.

External hard disc juga dikenali dengan nama portable hard disc.