Pages

4 September 2014

HARD DISC HACK

Korang ade tak laptop-laptop lama yang dah rosak? Kalau ade lagi mesti korang simpan sebab ade sentimental value kan. Pernah tak terfikir nak on balik laptop tu dan nak selongkar semula memori-memori indah yang masih terpahat di dalam hard disc?

Okay, kali ni aku nak ajar korang cara-caranya. Apa yang korang perlukan adalah sebuah laptop usang dan beberapa peralatan di bawah ni:

Laptop usang (2005)
External hard disc case. Aku beli kat Plaza Alam Sentral berharga dalam lingkungan RM30.00++.
Inilah isi kandungan daripada kotak di atas. Aku diberi case, USB cable wire, skru, dan pemutar skru.

Okay, barang semua dah ade. Jom kita mule buat kerja. Gambate!

Pertama sekali, korang terbalikkan laptop korang. Cari bahagian hard disc, then buka skru-skrunya satu-persatu.
Bila semua skru dah dibuka, buka lah penutup tupperwear tu. Now korang akan nampak bende petak yang berongga-rongga, bende alah ni lah yang memegang hard disc di dalam laptop korang.
Bende ni biasenye berskru, tapi kat laptop aku ni tak ade plak. Kalau ade tu korang bukak jelah skrunye ye. Then keluarkan macam aku buat ni.
Bile dah keluarkan tu, korang kene pulak bukak skru kat tepi die satu-persatu dengan sabar.
Now barulah dapat hard disc tu, banyak betul perisai yang menjaga die ni.
Sekarang ni, korang pegi amik bahagian case yang ade papan elektronik tu, then connectkan bersama-sama hard disc tadi. Kalau dah ketat, maksudnye korang sambungkan dengan betul.
Apa yang korang sambungkan tadi now jadilah macam dalam gambar ni.
Now, korang amik semula bahagian yang dah korang sambungkan tadi dan bahagian case seperti dalam rajah. Kemudain gabungkan.
Lepas dah gabungkan, ketatkan bahagian yang longgar bersama-sama skru yang telah diberi.
Bile semuanya dah selesai, amik USB cable wire dan connectkan kat hard disk tersebut. Now lahirlah external hard disc korang yang baru! Tahniah untuk diri korang!
Senang je kan? Actually aku belajar buat bende ni melalui sorang mamat cina kat Plaza Alam Sentral tu. Time tu aku nak repair laptop aku, rasenye chipset die dah terbakar, tak silap aku pada tahun 2011. So mamat ni cakaplah kat aku yang laptop aku ni kalau nak repair, harga die serupa je macam beli baru (aku dah banyak kali dengar alasan tu). So die pun cadangkan kat aku yang hard disc dalam laptop tu bleh buat jadi external hard disc. Aku pun on je lah, time tu harga case tu dalam RM45.00.

Alhamdulillah, semua fail-fail aku dalam laptop tu semua ade, even yang aku letak kat desktop dan kat (C:). Gembira jugaklah sebab kenangan-kenangan aku time study semuanya ade kat dalam tu, Gambar-gambar, lagu-lagu, assignments and everything sume ade.

Demonstrasi kat atas ni merupak external hard disc aku yang kedua. Dan sebenarnye aku pinjam laptop lama kakak aku since hard disc die rosak, dan aku punye elok (lagipun aku already have install Microsoft Windows 7 dalam hard disc tu), aku pun sumbat lah hard disc tu dalam laptop die. Beberapa tahun kemudian (tahun 2013), aku pun beli laptop baru. Since aku penat nak back and forth dengan 2 laptop, so aku decide baik aku keluarkan je hard disc daripada laptop lama and play using 1 laptop only. So lahirlah new external hard disc.

**********

Peringatan dan fakta:

Cara-cara di atas mungkin berlainan mengikut jenis dan jenama laptop yang anda miliki.

Hard disc case juga dijual dalam pelbagai jenis. Ada juga jenis slide dan jeniss berskru. Cara pemasangannya mungkin juga berbaza.

USB specification pada hard disc juga berbeza-beza. Ada yang menggunakan USB 2.0 dan mungkin juga USB 3.0 (yang terdapat pada kebanyakkan external hard disc yang dijual masa kini). Jadi pastikan anda tahu apa yang anda ada dan apa yang anda perlu beli.

Perkataan "DISC" dan "DISK" mempunyai maksud yang sama dan kedua-duanya boleh diterima pakai di dalam urusan rasmi. "DISC" merupakan ejaan dari United Kingdom, manakala "DISK" pula dari Amerika.

External hard disc juga dikenali dengan nama portable hard disc.

8 comments:

  1. awesome...thanks for this good sharing..muuah!

    ReplyDelete
  2. hehehe... x reti wat sendiri. suh org kedai buatkan..

    ReplyDelete
  3. Informative post, good. Thanks for the knowledge shared buddy...keep posting...

    ReplyDelete
  4. Abg Gibbs(cewah..haha).Benda ni apply utk hardisk laptop yg ok lg la?kalau da rosak mmg xbole la kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. If kalau the HDD dah corrupted then maybe xleh lah kot....kalau haya laptop yang rosak then should be fine. anyway, I'll let the expect to answer this....

      Delete
    2. nanti aku try jawab kat entry berikutnya....

      Delete
  5. Kalau mother board rosak mcm mana plak eh? Kalau antar kedai mmg smua srh beli baru aje

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa nowadays memang dorang biasa suruh beli baru sebab kadang2 harga tak setimpal pon. i pernah berdegil nak repair jugal laptop rosak (rasanya ada cip yang terbakar), hantar kat kedai melayu. First time hantar, die elok sekejap je, then rosak balik. then hantar sekali lagi, result die still rosak jugak. total lost RM1100 mcm tu.

      so nasihat gibb better beli je baru, laptop nowadays banyak yang murah-murah.

      Delete