24 September 2014

AKU KENA BLOCK DENGAN SI PENDAKWAH

Bagi pembaca yang ade add Facebook account aku, mesti penah tengok status aku yang seperti di bawah ini:

 

Clearly status tu agak famous (famous ke?), sampailah ade seorang hamba Allah ni pergi share page dakwah kat status tu. Then aku pun bukalah page tu. Kemudian aku pun decide nak private message dengan si "Megat Haris" tu.

Perbualan singkat, tapi cube tengok perkataan kecil dekat belah bawah kanan. Eh, aku ni dah kene block ke?

Actually time aku suruh die remove comment die tu, aku dah rasa sedikit bersalah. Tapi lepas die block je aku, I was like "WHAT THE FUCK DUDE!". Like seriously?

Aku memang tersangat okay kalau ade kawan-kawan yang nak sebarkan ilmu agama, tapi tolonglah sebarkannya di tempat yang betul. Dah tahu status aku tu agak kurang menyenangkan, kat situ jugaklah kau nak tunjuk alim. What your intention actually?

Message aku yang terakhir tu bukannye bermaksud yang dakwah ni salah, tapi bila berdakwah ni kite kene pandai allure manusia lain. Bukan main sergah macam tu je dan cakap kat public, "Aku betul, kau salah!" tanpa memikirkan air muka orang lain. Kalau korang pun, suke tak kalau boss marah korang kat depan pekerja lain? Mesti tak suka kan? Korang mesti prefer boss korang panggil masuk office die dan tegur in personal, takdelah jatuh air muka korang. Betul tak?

Aku tahu mungkin ramai pembaca akan membenci aku dengan adanya entry ini, tapi itu pilihan masing-masing. Kalau dia betul-betul nak berdakwah, dia takkan block aku, tapi sebaliknya memperbetulkan kesalahan aku.

Ingat, dakwah ni bukan perkara main-main. Kita kene yakin dengan apa yang kita nak sampaikan dan setiap perkara yang disampaikan haruslah jitu tanpa was-was. Kalau tak yakin dengan apa sekali ilmu yang ingin disampaikan, lebih baik kaji semula bagi memantapkan ilmu dan seterusnya membimbing insan-insan lain yang memerlukan bantuan.

Sekian.

9 comments:

  1. orang yang tegur kesalahan kita didepan khalayak orang ramai bermakna orang tersebut sengaja nak mengaibkan kita. Kalau niat dia betul niat nak membetulkan kita dia takkan memalukan kita.

    ReplyDelete
  2. Wey!! aku suke entry ko kali ni, sempoi kelakar dan bijak hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2 "awak"..
      Weird is unique right? Hahaha..

      Delete