3 March 2015

BONDA 59


Penghujung bulan Februari yang lalu, mak aku baru sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-59. Almost 3 years juga dia menjadi ibu tunggal. Tak celebrate pun, aku just wish je "Selamat Hari Jadi" dekat dia. Dia pun tersenyum dan mengucapkan "terima kasih" pada aku.

Then sebelah malamnya, mak aku berhajat nak belanja kitorang makan Domino's Pizza (mesti korang pelik kan, mak aku punya birthday tapi dia yang belanja makan). Jadi dia suruh lah aku buat pesanan. 6 jenis pizza aku order. 4 hari jugak la kitorang nak menghabiskannya.

Keesokan harinya, aku dengan adik aku keluar jalan-jalan pergi Alam Avenue. Aku just nak beli sticker je, adik aku lah nak shopping sakan. Then tetiba adik aku rasa macam nak beli powerbank untuk mak aku. Mula-mula aku macam mempersoalkan jugak, motif nak belikan mak aku powerbank? Tapi lepas berfikir sepintas lalu, aku pun setuju. Then kitorang share duit beli bende alah tu sebagai birthday gift.

Sampai je rumah, adik aku terus bagi powerbank tu pada mak aku. Mak aku pun menyambut pemberian itu. "Wah! Terima kasih!" katanya. Teruja gile muka dia masa tu. Lepas ni mak aku tak payahlah melekat kat plug lagi. Now dia boleh charge phone sambil baring atas katil. Dan sekarang tiada lagi alasan kalau keluar rumah bateri phone habis.


Tahun 2015 ini, dunia powerbank diceriakan lagi dengan cover sticker yang menarik supaya pengguna-pengguna di luar sana mempunyai pelbagai pilihan untuk membeli berlandaskan corak yang bersesuaian dengan jiwa mereka. Kalau korang berminat nak beli powerbank yang macam di atas ini, bolehlah jenguk-jenguk Instagram @GADGETSHAHRUL. Pelbagai corak menarik diperketengahkan untuk pilihan anda.


**********


Sebenarnya aku bukan nak cerita pasal powerbank ni, aku nak cerita pasal mak aku. Sebenarnya mak aku ni seorang ibu yang baik (cliché). Lepas ayah aku meninggal, she's seems vulnerable. Dia macam blur, tak tau naak buat ape. Kesian juga. Maklumlah, mati laki (aku yang kene reject ni pun menangis macam orang gile). Tapi mak aku seorang yang tabah, aku tak nampak pun die menangis sedikit pun, mungkin sebab die sudah redha dengan ketentuan Ilahi. Aku tak tahu lah kalau die nangis sembunyi-sembunyi ke.

Seperti yang aku pernah cerita sebelum ni, lepas ayah aku meninggal, aku yang banyak buat kerja rumah. Mungkin kadang-kadang berlaku role reversal antara aku dan mak di mana aku yang mengajar mak cara hidup. Memang susah juga, Apa yang aku cakap seperti masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Maklumlah, mengajar orang tua. Dilema aku bila mak selalu tak dengar cakap aku, rumah bersepah, selalu juga aku menengkingnya. Namun, aku selalu cakap dengan mak, kalau aku tengking tu, janganlah ambil hati. Aku ni marah sekejap je.

Dalam bulan Januari 2014, aku hadiahkan mak sebuah telefon bimbit. Aku tahu mak bosan duduk rumah. So aku mengajarlah dia main Facebook and Whatsapp. Tertekan juga la nak mengajar orang tua tu. Tapi alhamdulillah sekarang dah reti sikit, takde banyak masalah macam dulu. Seronok jugak aku tengok die, dapat berhubung dengan saudara-mara, kawan-kawan die time sekolah dulu. Happy je. Lepas tu pandai pulak tu cari resipi kat Youtube. Tapi keburukannya mak aku ni pandai stalker. So habis die selongkar akaun Facebook anak-anak. Since then aku and adik tak berapa nak aktif kat Facebook. Kami main Instagram je. Aku tengok, hebat giler die stalker girlfriend abang aku, tempat tinggal, pekerjaan, banyak yang die dapat tahu. No wonder la aku pun pandai stalker, genetik dari ibu. Hahahaha.

"Mak, tahun depan umur mak dah 60. Nanti bolehlah mendaftar jadi warga emas."

"Insyaallah. Du'a-du'akan lah mak supaya panjang umur."

"Amin."

Sebelum menutup tirai (aku ni dekat majlis ke ape?), marilah kita membaca du'a untuk kedua ibu bapa kita sama ada yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Mudah-mudahan mereka diampunkan dosa dan sentiasa dilindungi. Insyaallah.


(Post script: Ucapan takziah kepada Zacky "Confused Boy" atas pemergian bondanya yang tercinta pada 24 Februari 2015 yang lalu. Be strong kay, perjalanan kita masih jauh.)

22 comments:

  1. she seems like a great mom...and you too

    happy birthday to your mom btw :)

    ReplyDelete
  2. sayangi orang tua selagi mereka masih ada.

    happy birthday buat mak Gibb dari bakal menantu..:tetiba:

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.

      Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.

      Tetibe....

      Delete
  3. hepi bufday makcik... sama bulan dengan mak aku.. :D

    ReplyDelete
  4. Semoga ibu mu diberikan kesihatan yang baik, dirahmati Tuhan. Amin. Aku selalu baca doa tu after habis solat dan sebelum tidur. Bagi aku harta paling berharga kat dunia adalah mereka. Anyway selamat ulang tahun bonda. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agree, doa tu memang sentiasa aku baca selepas solat.... Dulu aku siap berlatih baca doa tu betul2 supaya sebutannya tak salah...

      Delete
  5. Thank you Gibb. I pray for your mom to be given good health, longevity, and dipermudahkan segala urusan. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah, i pray for yours too...

      Delete
  6. Happy Birthday Ibu .. :p
    Jaga elok2 ur mom .. sorang jer tue. Takde galang ganti.
    Jangan marah2 kat ibu .. biasa la bila dah semakin bertambah umur ..
    Dia nak kan perhatian .. :p

    Sayang semua ibu2 kat seluruh dunia ..

    ReplyDelete
  7. x leh bygkan kalo satu hari nnt mak shin dah xde hukkkk xmo laaaaaaa #nanges

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shin, cuba lah bayangkan.

      Sebab lepas kita dah bayangkan bila mak kita tiada, baru lah kita belajar macam mana nak menghargai dia.

      Sebab lepas mak kita dah meninggal, there's nothing left to do beside pray.

      Delete
  8. Selamat hari lahir to your mum...
    teringin nak makan air tangan your mum...*tetibe*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jemput lah datang rumah. Dialu-alukan.

      Delete
  9. Baru terbaca entri ni.. Selamat hari lahir buat mak Gibb.. Sama2 la kita menjaga mak kita selagi mereka masih ada.. Aku pun selalu juga termarah kat mak aku then lepas tu mesti rasa serba.. Tapi seboleh mungkin kalau kita ni jenis yg marah x ingt dunia,lebih baik diam je.. Sbb kalau bukak mulut mesti semua bnda tekeluar.. Aku tau ko ni ank yg baik.. Bnyk bnda ko bwt yg aku sendiri x mampu nk bwt.. Tp sebagai ank kita kn x bleh tinggikan suara.. So lebih baik buka mulut tym dah cool, ckp elok2..*nasihat tuk dri sendiri*

    ReplyDelete
    Replies
    1. kadang2 lepas marah mak tu, aku akan duduk dalam bilik n fikir balik yg aku just buat salah....

      now i'm working to be more calm, tapi agak sukar juga...

      Delete
  10. Shomelnyaaa entry ni.
    Happy birthday mak Gibb ! Ok sorry lambat sebulan baru nak wish

    ReplyDelete
    Replies
    1. xde lah comel mana...
      hahaha, have a great weekends with ur family Dom.

      Delete