Pages

21 February 2015

BUDAK GERAI - CHAPTER 09


Hari ini sudah masuk hari Khamis, hari ketiga Kamal bekerja di kediaman milik keluarga Tariq. Pagi itu kelihatan indah sekali. Kamal bangun dari katilnya dan berdiri di hadapan jendela, kelihatan sekawan burung merpati sedang bermain-main pada dahan pokok. Udara yang dihirupnya terasa nyaman, matahari juga memancar tidak terlalu terik.

"Sekarang baru jam 7:30 pagi, agak-agaknya si Tariq ni dah bangun ke belom?" Kamal bermonolog sendiri lalu segera ke bilik Tariq.

"(Tuk, tuk, tuk!) Tariq, kau dah bangun ke?" Kamal mengetuk pintu bilik milik Tariq.

"Aku dah bangun dah. Masuk la."

Kamal pun masuk ke dalam kamar milik Tariq. Kelihatan Tariq sedang berdiri di hadapan jendela menikmati keindahan pagi tersebut. Lalu Kamal terus berjalan ke arah Tariq dan segera memicit-micit bahunya.

"Hari ni tuan besar kelas pukul berapa?" tanya Kamal.

"Aku takde kelas hari ni. Pagi ni kau buat breakfast ape?"

"Aku tak buat lagi. Kau nak makan ape? Sebut je, nanti aku buatkan."

"Aku takde selera la pagi ni." kata Tariq, air mukanya berubah suram.

"La, kenapa ni? Kau risaukan nenek kau kat kampung ke?"

"Risau jugak. Pagi tadi lepas subuh ayah ade call, die cakap keadaan nenek macam dah nazak la. Aku risau." jelas Tariq.

"Ye ke. Kampung kau kat Kuala Selangor je kan?"

"Aah."

"Kalau macam tu kau pergi la siap-siap. Dalam pukul 8:15 pagi nanti kite gerak pergi balik kampung kau." kata Kamal.

Tariq pun lalu mencapai kain tualanya untuk mandi. Kamal pula terus ke biliknya untuk mengemas beg pakaiannya. Melihat si Tariq tadi, rasa kesian Kamal padanya mula timbul. Budak itu kelihatan seperti tiada arah tuju, seperti masih tercari-cari sesuatu. Setelah siap mengemas, Kamal pun segera ke dapur untuk membuat sedikit bekalan makanan untuk tuannya.

**********

"Hah Tariq, kau dah siap semuanya?" tanya Kamal yang sedang menunggunya di ruang tamu.

"Dah, jom le gerak." balas Tariq lesu.

"La, kenapa macam ni? Senyum la sikit. Kan nak balik kampung jumpa nenek kau ni."

"Aku okay je lah. Jom la gerak."

Mereka berdua pun masuk ke dalam kereta. Selepas Kamal menghidupkan enjin kereta, tali pinggang keledar dipakai kemas, lalu kamal menghulurkan bekalan makanan yang dibuatnya tadi pada Tariq.

"Nah, amik ni."

"Ape pulak ni?" tanya si Tariq.

"Makanan untuk kau la. Mana tahu kau lapar ke nanti, boleh la makan ni sikit." jelas Kamal sambil tersenyum.

"Thanks." kata Tariq sambil mengintai kandungan bekalan makanan itu.

"Egg Mayo Sandwiches. Suke tak?" tanya Kamal.

"Thank you Kamal."

"Before gerak ni, kau nak lalu Meru ke or masuk highway?"

"Lalu Meru la, then masuk Kapar."

"Okay boss!"

Mereka pun memulakan perjalanan meraka dari Subang Jaya menuju ke Kuala Selangor. Semasa dalam perjalanan, Tariq kelihatan termenung sahaja. Kadang-kadang air matanya menitis, tetapi Kamal di sebelah hanya buat-buat tak nampak sahaja. Bekalan makanan yang diterimanya itu langsung tidak dijamah. Lebih kurang sejam perjalanan, akhirnya mereka tiba di  destinasi.

"Eh, kenapa ramai orang ni?" tanya Kamal kebingungan.

Tariq tidak dapat menahan lagi, lantas dipeluknya Kamal dengan erat. Air matanya mengalir, dia kelihatan teresak-esak.

"Kamal, nenek aku dah takde..." jelas Tariq.

"Ya rabbi! Asal tak bagi tahu aku awal-awal?"

"Entahlah. Tadi lepas mandi, ayah aku ade hantar mesej, die cakap nenek dah tak ade..."

"Sudah le tu, pergi cepat naik, pegi jumpa nenek kau." kata Kamal sambil menenangkan keadaan Tariq.

Lantas Tariq keluar dari kereta, lalu terus berjalan naik ke dalam rumah sambil menahan air mata. Kelihatan sekujur badan seorang wanita tua di tengah rumah. Berhampiran jasad, kelihatan ayah, 2 orang abangnya serta kakak-kakak iparnya sedang meratapi si arwah.

"Ayah!" teriak Tariq memanggil ayahnya. Dia segera memeluk ayahnya dengan erat.

"Mujur kamu dah sampai. Nenek kamu baru je selamat dimandikan. Ni kami semua tengah tunggu kamu saja." kata ayahnya.

"Ini anak kamu Abbas?" tanya seorang lelaki berjubah kelabu, kelihatannya seperti seorang Imam.

"Yup, ini anak saya tok." jawab ayah Tariq.

"Adik, pergi cium nenek kamu tu. Lepas ni kami dah nak bawak die ke masjid, nak solatkan die." kata Imam tersebut dengan nada tenang.

Lantas Tariq pun segera mencium dahi neneknya, diratapi wajah neneknya buat kali terakhir. Setelah itu, jenazah diusung ke dalam van jenazah lalu dibawanya ke masjid. Kamal yang sedang menunggu di bawah rumah segera mendapatkan Tariq lalu dipeluknya.

"Sabar tau Tariq." ucap Kamal pada Tariq.

"Eh Kamal, ada kamu rupanya. Pakcik ingat si Tariq ni datang sorang je." tegur ayah Tariq.

"Ade je pakcik, saya yang drive tadi. Risau gak dekat si Tariq ni." jelas Kamal.

"Ah sudah la tu, mari kite ke masjid. Kamu bawaklah si Tariq tu." pinta ayah si Tariq.

"Erm, pakcik tak ikut kitorang sekali ke?"

"Takpe la, pakcik tumpang kereta abang si Tariq ni."

**********

Setibanya di masjid, jenazah pun segera disolatkan. Alhamdulillah, cuaca hari itu agak baik, tidak terlalu panas, tidak terlalu mendung. Selesai disolatkan, jenazah diusung semula ke tanah perkuburan yang terletak di sebelah masjid. Dengan lafaz bismillah, jenazah diturunkan perlahan-lahan ke dalam liang lahat. Ahli keluarga dan sahabat handai berkumpul di sekeliling pusara mendoakan kesejahteraan si mati.

Penghujungnya, air mawar disiram membasahi tanah tempat dikebumi. Pohon puding dipacak buat perlindung sinar sang matahari. Sedikit demi sedikit langkah manusia meninggalkan tanah perkuburan tersebut. Kamal masih berada di sisi Tariq. Dia turut berasa sedih dan simpati walaupun dia tidak mengenali si mati. Namun die sudah menganggap Tariq itu umpama adiknya sendiri, walaupun mereka baru sahaja kenal.

"Ayah, along ngan angah nak beransur dulu ye." kata abang sulong si Tariq sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan ayahnya.

"Eh, dah nak balik ke?" tanya si ayah.

"Kami minta maaf sangat-sangat. Kerja kami masih banyak lagi belom sattle." terang si angah.

"Kalau ye pun tunggu lah dulu, malam ni kan ade majlis tahlil." kata ayahnya.

"Tariq kan ade. Malam ni die boleh tolong ayah." kata si abang sulong sambil menepuk-nepuk perlahan belakang bahu Tariq.

"Takpe lah, along ngan angah balik la dulu. Malam ni Tariq bantu ayah uruskan majlis." jelas Tariq.

Selepas bersalaman, abang-abangnya pun mengundur diri bersama isteri-isteri mereka untuk pulang ke Kuala Lumpur. Kamal yang turut berada dalam situasi tersebut hanya mampu menyaksikan sahaja babak keluarga itu. Kemudian, dia bersama-sama Tariq dan ayahnya pulang semula ke teratak milik neneknya.

**********

"Tariq, ayah nak pegi rumah Mak Buyung kejap, nak order makanan untuk majlis malam ni." kata ayahnya.

"Mak Buyung? Ayah, minta tolong die buatkan masak lemak telur itik boleh?" pinta Tariq pada ayahnya.

"Kat kampung ni susah dapat telur itik. Tapi kalau ade nanti ayah suruh die masakkan. Lagipun arwah nenek kamu suke lauk tu. kamu berdua tolonglah kemas rumah ni dan buatlah ape yang patut." balas ayahnya. Kemudian orang tua itu terus menghidupkan enjin kereta untuk menuju ke rumah Mak Buyung.

"Siapa Mak Buyung tu Tariq?" tanya Kamal.

"Oh, Mak Buyung tu pembantu rumah kitorang, merangkap anak angkat nenek. Die jaga aku dari aku kecik sampailah aku berumur 10 tahun." jelas Tariq.

"Then?" tanya Kamal lagi.

"Then, after she got married, die pun berhenti la keje dan pulang ke kampung ni. Suami die tauke daging lembu, orang berada." sambung Tariq.

"Oh... Lepas tu die bukak business katering lah ek?"

"Aah. Sejak 4 tahun lepas. Die cakap kat nenek, die boring duduk rumah tak buat ape. Lagipun die memang pandai masak. So nenek suggest die bukak business katering yang sekarang ni." jelas Tariq lagi.

"Oh, macam tu rupenye. Tariq, sorry tau aku banyak tanya." kata Kamal.

"Eh, tak ape lah. Aku okay je. Beside, I really need someone to talk to. Kau ade ni pun aku dah sangat bersyukur." senyuman kecil terukir di wajah Tariq di penghujung katanya.

Kerisauan Kamal pada keadaan Tariq mula pudar selepas jejaka itu kembali tersenyum, Mereka berdua menyambung semula aktiviti mengemas rumah untuk persediaan majlis tahlil malam tersebut. Sejam kemudian, ayah Tariq pulang bersama-sama nasi bungkus dan beberapa jenis lauk-pauk untuk santapan mereka bertiga. Tikar mengkuang dibentang di permukaan gazebo kecil di laman hadapan rumah, lalu menjamu seleralah mereka bertiga sambil menghirup udara kampung.

**********

Selepas solat Isyak, majlis tahlil pun dilangsungkan. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Makanan yang ditempah juga kelihatan seperti tiada pembaziran. Majlis itu kelihatan sempurna. Biarpan bilangan ahli keluarga itu kecil, namun orang kampung yang datang menziarahi sudah cukup untuk menggembirakan semula keadaan yang suram.

"Alhamdulillah, semuanya dah selesai." kata si ayah menghembus nafas lega.

"Ye, pakcik. Ramai juga kenalan nenek ye." kata Kamal.

"Mak pakcik memang orang lama kat kampung ni. Die menetap di sini sejak die kecil lagi." jelas ayah Tariq sambil mengunci pintu rumah.

"Ayah, Tariq dah kemas bilik arwah nenek. Kalau ayah nak masuk tidur, pergi la." kata Tariq yang baru sahaja keluar dari bilik tidur arwah neneknya selepas siap mengemasnya.

"Takpe lah Tariq, kamu dan Kamal pergi la tidur dalam bilik tu. Ayah tidur kat depan ni je. Kamu pergi ambilkan ayah toto dengan bantal." kata ayahnya.

Mendengar kata-kata itu, Kamal yang sedang duduk berehat di atas kerusi rotan di ruang tamu menelan air liur. Mukanya merah padam. Tariq pula segera mengambil bantal dan keperluan lain untuk ayahnya tidur.

"Ayah, ni Tariq dah siapkan tempat tidur ayah."

Ayahnya segera melabuhkan tubuh dan mencari sisi yang selesa untuk beradu. Matanya ditutup perlahan-lahan. Kamal pula segera menuju ke billik tidur. Tariq pula memadamkan lampu utama di tengah rumah. Rumah yang terang-benderangnya tadi berubah menjadi sedikit malap, diterangi lampu mentol berwarna jingga, Tariq pun kemudiannya masuk ke dalam bilik tidur.

"Kamal, kau okay ke nak tido sekatil ngan aku?" tanya si Tariq.

"La, okay je la. Bukannya aku tak pernah tido ngan kau." Kamal ketawa kecil.

Tariq pun segera meletakkan kepalanya ke bantal. Kamal mengiringkan tubuhnya menghadap Tariq. Tariq pun mula tersenyum.

"Tariq, daripada riaksi kau dalam kereta tadi, I am sure yang kau sangat rapat ngan nenek kau." kata Kamal.

"Ye, Kamal. Kat sinilah aku melalui zaman remajaku."

"Tak nak cerita ape-ape kat aku ke?" tanya Kamal.

"Kau nak tahu pasal ape?"

"Pasal kau. Kampung ni. Macam mana kau boleh duduk sini? Ape jadi kat kau lepas Mak Buyung kawin?" ujar Kamal,

"Okay la, aku cerita sikit. Lepas Mak Buyung kawin, 2 tahun gak aku duduk ngan mak ayah aku tanpa penjaga. Time tu abang-abang aku sume sekolah berasrama. So everyday aku akan duduk rumah seorang diri sampailah mak balik kerja. Ayah aku pulak time tu tentera, jarang balik rumah. So lepas aku tamat sekolah rendah, ayah aku decide nak hantar aku balik kampung ni, tinggal ngan nenek. Sekurang-kurangnya ade orang nak tolong tengok-tengokkan aku. Lagipun Mak Buyung pun ade kat sini." jelas Tariq.

"So, kau sekolah kat sinilah ye?" tanya Kamal lagi.

"Yup, dan aku tinggal kat sini sampailah aku dapat tawaran sambung belajar."

"Patut la kau rapat ngan nenek kau. By the way, sorry la aku nak tanya sikit. Mak kau meninggal bila ye?"

"Dalam setahun yang lepas."

"Die sakit ke?" tanya Kamal dengan nada sayu.

"Yup, tumor." jawab Tariq, tenang.

"Sorry." Kamal simpati. So memang dalam tempoh 2 tahun lepas Mak Buyung kawin, tak ade siapa lah jaga kau?" tanya Kamal.

"Actually ade, tapi tak sampai seminggu pun. Arwah mak cakap die lari. Aku pun tak ingat nama die siapa." jelas Tariq.

"Oh, ye ke. Sadisnya, lari pulak. Hahahaha." Kamal ketawa kecil.

"Kamal, thanks for everything today. Kau banyak bantu aku hari ni." kata Tariq.

"La, tak ade ape la. Aku kan bodyguard kau. Kau pulak tuan putera aku, tak ade hal la."

Tiba-tiba, riaksi wajah Tariq berubah menjadi suram. Air mata kelihatan membasahi pipinya. Dia segera memalingkan wajahnya dari Kamal.

"Eh, Tariq. Kau okay tak ni?" tanya Kamal, gusar.

"Aku teringat kat mak, aku teringat kat nenek. Kenapa dorang harus pergi?" teriak Tariq.

"La, releks la. Jangan le sedih-sedih macam ni. Ayah kau ade lagi kan. Aku pun ade ni." Kamal segera memeluk Tariq, cuba untuk menenangkannya.

"Kamal, aku minta maaf. Aku tak bermaksud nak buat kau risau." ujar Tariq. Air matanya masih mengalir.

"Eh, tak de ape lah. Aku ade ni, untuk kau. Kan sekarang aku tengah peluk kau ni, jaga kau."

Tariq segera mengesat air matanya. Dia masih dalam dakapan Kamal. Kesian budak itu, Kamal tidak mampu berbuat apa-apa selain membuatkan tuannya itu berasa selamat. Dia mungkin tidak mengerti perasaan kehilangan orang tersayang, namun tugasnya adalah untuk menjaga Tariq, tetap harus dilaksanakannya.

Beberapa minit kemudian, Tariq pun terus nyenyak tidur dalam dakapan. Kamal perlahan-lahan melepaskan dakapannya, dan kemudian menyelimutkan tuannya itu.

"Tariq, Tariq. Aku harap hari esok akan lebih baik buat kau." Kamal bermonolog sendiri. Sebelum tidur, dengan perlahan dia mengucup dahi Tariq.

**********

"Selamat pagi, ayah!" ujar Tariq, ceria.

"Selamat pagi, anak ayah dah bangun rupanya. Pergi makan nasi lemak bawah tudung saji tu, ayah beli tadi." kata ayahnya.

"Ayah, Kamal mana?"

"Oh, die kat gazebo depan rumah tu." jawab si ayah.

Tariq pun segera berlari menuju ke gazebo itu. dilihatnya Kamal sedang duduk menikmati udara desa. Pagi Jumaat yang indah, jauh dari kesibukan kota.

"Hai Kamal!" sergah Tariq.

"Eh, hai! Tuan Putera dah bangun la. Meh duduk sini nagn aku." kata Kamal.

"Kamal dah breakfast?" tanya Tariq sambil tersenyum.

"Belom la." jawabnya.

"Aku pegi amik nasi lemak jap eh. Kita breakfast sama-sama kat sini." cadang Tariq.

"Okay gak. Pergi la ambik, aku tunggu."

Tariq pun kembali semula ke dalam rumah untuk mengambil nasi lemak yang dibeli ayahnya tadi. Dia juga sempat membancuh teh untuk mereka berdua minum. Sesudah itu, dia pun kembali semula ke gazebo tersebut.

"Lamanya cik abang oii!" sindir Kamal.

"Ni hah, aku buat air sekali, untuk kau jugak minum." jelas Tariq.

"Ye ke. thanks."

Mereka berdua pun menikmati sarapan pagi bersama-sama. Kamal gembira melihat Tariq kembali tersenyum. Perasaan dalam hatinya melahirkan rasa syukur, mujurlah budak itu kembali gembira. Mendengar kisah hidup Tariq semalam, sedikit sebanyak melahirkan rasa sayang Kamal pada tuannya. Tatkala itu, si ayah pun datang menyampuk.

"Ayah nak balik rumah dah ni. Korang berdua nak balik pukul berapa?" tanya si ayah.

"Erm , kejap lagi..." jawab Kamal.

"Kitorang balik Ahad ni!" lantas Tariq memotong ayat Kamal.

"Ahad?" ragu Kamal.

"Yup, Ahad. Tariq nak lepak-lepak lagi kat sini." ujar Tariq.

"Ikut kamu la, janji tak buat bende mengarut. Kamal, tolong tengokkan anak pakcik ni, kalau die degil, bagi tahu pakcik."

"Baiklah pakcik." kata Kamal.

"Jaga rumah ni elok-elok. Jangan lupa kunci pintu." pesan si ayah.

Mereka pun bersalaman. Kemudian, ayahnya pun beransur pulang ke rumah. Tariq hanya mampu tersenyum pada Kamal. Kamal pula mula menggeleng-gelengkan kepalanya. Lantas Tariq terus berbisik pada telinga Kamal, "Aku tahu kau cium dahi aku semalam."

..........to be continued

31 comments:

  1. "Aku tahu kau cium dahi aku semalam." ehem ehem.

    ReplyDelete
  2. semakin menarik hehe..cant wait for next chapter..hihi

    ReplyDelete
  3. Wahhh lama tunggu tapi berbaloi2... Sedih tapi sweet sgt si kamal niew... I've smell something is coming up next... Can't wait for the next chapter... Keep it up Gibbs honey... Heheheheeee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dont call me honey, pumpkin pie...Kamal tu sweet kn, i want a bf like Kamal. (tetibe)

      Delete
    2. Pumpkin pown boleh, still sedap n sweet... Why not, u should have 1 dear... Heheheheeee...

      Delete
    3. yeah, i should have one for myself.

      Delete
  4. rindu juga arwah nenek.. hmm

    hope shin leh jadi mcm Kamal.. sentiasa ada utk Tariq.. shin lebih suka pelok org bebanding kena pelok #eh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shin, i can be both, Kamal or Tariq... Either way works for me. Kikikiki

      Delete
    2. hurm shin lebih suka org rasa tenteram.. bahagia dan di rasa di lindungi.. Gemini mmg bersifat camni #cewah

      Delete
    3. Well shin, as a sagittarius, i might be easy to adapt with many kind of situations... Huhuhu

      Delete
  5. Gibb. U r a sagitarrius? Sama la kita!!

    Kamal is so sweettttt. Hope Tariq will appreciate him like i will!
    Anyway, x sabar nak tunggu apa akan Tariq buat sambil tunggu hari Ahad! Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. u ni mesti happy go lucky..

      i tahu bebudak sagittarius mmg riang ria...

      sabar tau, gibb ade masa gibb akan karang lagi... (ingat senang ke nak buat karangan) hahahaha...

      Delete
  6. Nice, kenapa kamal mesti belajar kos aku hahaha n kenapa dia mesti ddk ipoh nahahaha.. apa2 pun tahniah.. nice lain dri novel plu yg pernah baca starting paling menarik pasal tekateki tu.. Now i cant wait to read new chapter soon.. tq selamat berpuasa n selamat berkarya

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap sudi lah menunggu ye sebab buat masa ni aku takde mood nak menulis....

      Delete
  7. Sweet la kamal. Bagusnye die. Elok buat laki huhu. Siap peluk lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat laki? Think again my friend. Hahahahaha...

      Delete
  8. beslah crita ni.... mana sambungan seterusnya.?

    ReplyDelete
    Replies
    1. la... best ke? tak sangka ada orang still baca lagi... tapi sabarlah ye, aku xde mood sangat nak menulis buat masa ni...

      Delete
  9. Replies
    1. memang merancang nak sambung, tapi serius malas.

      Delete
  10. Mestila tk sabar ape yg akan terjadi.harap hubungan diorg kekal heee

    ReplyDelete
  11. Hi Gibb, haaa dapat pun khatab Budak Gerai ni, bila nak sambung? huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank talhah, gibb tak tahu nak sambung ke tak, but i try kay if ive got strength to do so...

      Delete
  12. Klau cpat tau..best tngok cita mcm nii

    ReplyDelete
    Replies
    1. encik nazim nasir, gibb x pasti la nak sambung or tak cerita ni...
      sebab dah lama sangat n gibb pun dah lupa jalan cerita dia...

      Delete