Pages

18 September 2015

KISAH-KISAH ANGKER DI ASRAMA

Hi! Well, semalam aku keluar lepak menjamu selera di Pizza Hut bersama 2 orang besties aku yang straight, jadi perbulan kitorang sudah semestinya not about boys. Kitorang just chill, cerita pasal kenangan manis time study dulu, and all about good old days. Suddenly we talked about cerita-cerita hantu yang agak tipikal di asrama, cerita hantu yang aku rasa kebanyakan daripada rakyat Malaysia yang pernah menetap di asrama pasti tahu.


Korang tak payah nak buang masa zoom gambar di atas ini dan cuba intai-intai dekat tingkap tu kot-kot ada hantu yang menyelit. Gambar di atas hanyalah sebagai penyeri entry ini.

So, memandangakan kebanyakan daripada korang yang baru sahaja melaporkan diri (tak kisahlah masuk asrama ke, kolej ke, rumah sewa ke), apa kata aku nak kongsi sikit kisah-kisah angker yang agak tipikal di Malaysia.



TOLONG TUTUPKAN LAMPU


Kisah ni pendek je, dan aku rasa mungkin kurang menakutkan kalau benda ni tak berlaku depan mata kepala korang sendiri.

Kisahnya macam ni, kebiasaan bagi pelajar-pelajar kolej suka tidur lambat, lepak-lepak atas katil masing-masing sambil berborak tentang rutin harian mereka dan sebagainya. Bila sumua dah mengantuk, masing-masing jadi malas nak bangun dari katil untuk menutup suis lampu. Kesudahannya, seseorang harus bersuara.

"Wey, tolong tutupkan lampu."

Tiba-tiba lengan seorang kawan di katil sebelah memanjang dan terus mencapai suis lampu yang jauh itu tanpa bangun dari katil. Kau rasa?



STUDY BERDUA


Kisah ni pun aku rasa sangat tipikal, tapi tak salahkan nak kongsi. Aku rasa kisah ni mungkin sedikit lebih seram daripada kisah yang sebelum ni sebab dorang "berdua" sahaja.

Pada suatu hari, Khairul telah berjanji dengan kawannya, Amir untuk mengulangkaji pelajaran bersama-sama pada malam hari di bilik study.

Malam tersebut, kebetulan pulak bilik study lengang. Jadi Khairul dan Amir study berdua sahaja. Waktu si Khairul ni tengah khusyuk menulis nota, tetiba pulak pen dia terjatuh. Lalu si Khairul ni terus tunduk ke bawah meja untuk mengambil pennya yang terjatuh tadi. Kemudian matanya terlihat bahagian bawah Amir yang tidak berkaki.

"Amir, aku naik dulu tau. Mata aku dah mengantuk la."

"Dah ngantuk ke, dah tahu?"



TEMAN PERGI TANDAS


Kisahnya seperti ini. Pada suatu malam, Johari telah terjaga daripada tidurnya dan berasa seperti ingin ke tandas untuk membuang air kecil. Kerana berasa sedikit takut, dia pun mengejut teman sebiliknya, Ramli untuk menemaninya ke tandas.

Semasa di tandas...

"Ramli, kau tunggu kejap tau. Aku nak kencing kejap."

Setelah membuang air, Johari membuka pintu tandasnya dan bayang si Ramli sudah tidak kelihatan. Lantas dia terus berlari menuju ke biliknya.

Sesudah sampai di bilik, Johari terus mengejut Ramli yang kelihatan sedang tidur di katilnya.

"Ramli, pasal kau tak tunggu aku?"

"Tunggu kau? Aku baru je bangun ni sebab kau kejutkan aku."



TOLONG BUKA IKATAN


Kisah ni pada asalnya senior aku yang ceritakan. Aku rasa macam nak kongsi jugak kisah ni sebab aku rasa ia agak seram jugak.

Kisahnya si Zamir ni tengah buat assignment malam-malam buta seorang diri. Rakan-rakan sebiliknya semuanya sudah melelapkan mata. Almaklumlah, pelajar universiti ni kan suka buat assignment last minutes, jadi si Zamir ni terpaksalah bersengkang mata.

Ketika dia sedang leka menyiapkan tugasannya, tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Satu mesej diterima. Zamir pun terus membuka mesej tersebut tanpa ragu-ragu.

"Awak, saya dekat luar tingkap ni. Tolong bukakan ikatan saya."

Zamir pun lantas mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Kelihatan satu lembaga putih sedang melompat-lompat di luar.



SATU DAH BANGUN


Kisah ni paling aku benci sekali sebab macam tak ada jalan keluar. Aku harap benda ni takkan berlaku dekat aku.

Dalam satu bilik ni ade 4 orang penghuni (ataupun mungkin 6, 8, ataupun 12 orang). Kejadian ni sudah tentu berlaku pada lewat malam.

Sewaktu semua penghuni sedang nyenyak tidur, tiba-tiba salah seorang daripada mereka terjaga dari tidur. Matanya celik sebentar, lantas menarik selimutnya dan mula berselubung.

"Satu dah bangun..."

Kedengaran seseorang sedang mengira. Kemudian, seorang lagi penghuni bilik itu terjaga. Dia juga kemudian terus menyelubungkan dirinya di bawah selimut.

"Dua dah bangun..."

Suara seorang perempuan tua, masih sedang mengira. Seterusnya, seorang lagi penghuni terjaga daripada tidurnya.

"Tiga dah bangun..."

Kejadian yang sama berulang semula. Kelihatan satu kelibat seperti wanita tua sedang bertenggek di atas almari. Ia duduk sambil mengira setiap orang yang terjaga daripada tidur.


**********


Kebanyakan kisah-kisah di atas ini mungkin hanyalah rekaan semata-mata. Namun ia mungkin pernah berlaku, boleh berlaku, atau akan berlaku pada kita semua. Nama-nama di atas juga adalah digunakan sebagai contoh sahaja.

Bagi aku lah, aku ni memang suke amik tahu perkara-perkara anih yang berlaku dekat sesuatu kawasan. Kalau boleh, aku mesti nak korek kisah-kisah hantu terlebih dahulu. Almaklumlah, aku ni jenis suke sangat huha-huha macam budak takde pedoman. Sedar-sedar je nanti terus demam seminggu (sebab pernah kene dulu).

Time aku study dulu pun, selalu korek cerita-cerita hantu daripada lecturer-lecture yang lama. Alhamdulillah, kisah-kisah tu mengajar aku untuk kawal diri dan tidak melakukan perkara-perkara di luar kawalan.

Syaitan-syaitan dah berjanji akan menyesatkan anak cucu Adam. Jadi benda-benda di luar kawalan ini boleh berlaku bila-bila masa sahaja, dan pada sesiapa sahaja. Pada yang kurang percaya pada benda-benda ghaib ni, aku harap korang boleh mula untuk percaya. Jangan bila dah kena nanti, baru mulut tu terdiam terkunci. Jaga-jaga, benda-benda ghaib ni ada dekat mana-mana sahaja.

Pesanan aku buat umat Islam, sebelum tidur tu baca du'a sebelum tidur, baca surah al-Fatihah, baca 3 Qul, baca ayat Kursi, dan baca bismillah 21 kali. Insyaallah kita akan dilindungi sewaktu kita sedang tidur.

Hope malam ni korang boleh tidur dengan nyenyak. Sweet dream, sucker!

(Post script: Kepada adik-adik yang baru nak masuk universiti mahupun kolej, jaga diri dan perangai tu elok-elok. Stay humble and jangan nak tunjuk bagus sangat, nanti orang tak suka. Yang penting, beware dengan kisah-kisah angker. Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri.)

9 September 2015

BANANA CAKE


Salam semua.

Entry aku kali ini mungkin singkat sahaja. Beberapa minggu lepas aku telah dicabar oleh Mr. Dominic Unknown untuk membuat kek pisang. Tatkala kami berchatting, dia pun menyelitkan resipi kek pisang untuk aku. Resipinya seperti di bawah ini...


Well, challenge accepted! Aku ikut resepi ni sebijik seketul. Sambil menunggu kek siap dibakar, aku pergilah mandi. Mak aku pun dok perhati je kek tu yang sedang dibakar di dalam oven, katanya nampak sedap. Lepas mandi, aku pun pergilah solat. Sesudah itu, aku pun pergi duduk-duduk santai sambil main game. Guess what? Aku terlupa pasal kek tu.

Apa boleh buat, nasi dah jadi bubur. Walau bagaimanapun, alhamdulillah kek tu hangit sesikit je. Jadi aku pun discard bahagian yang hangit tu dan share dengan kucing sikit. Hasilnya setelah dipotong adalah seperti rajah di bawah ini...


Bila first time aku rasa kek ni, aku happy giler. "Yes! Rasa kek pisang!" Batak sangat masa tu. Almaklumlah, ini pertama kali aku buat kek pisang from scratch dan hasilnya memberangsangkan.

"Kek ni boleh jual ni!"
- Komen mak -

So, kepada pembaca semua yang nak cuba buat kek pisang untuk parents korang ke, kawan-kawan mahupun buah hati, dipersilakan untuk mencuba resipi di atas. Confirm 200% jadi!

(Post script: Semperna ulang tahun ke-2 blog GGE, Gibb akan buat satu slot baru untuk para pembaca mengenali diri ini. Slot tu slot bodoh-bodoh je. I just do it for fun. Hahahaha. BTW, slot #ASKGIBB masih berjalan seperti biasa, cuma late response je.)