Pages

9 September 2015

BANANA CAKE


Salam semua.

Entry aku kali ini mungkin singkat sahaja. Beberapa minggu lepas aku telah dicabar oleh Mr. Dominic Unknown untuk membuat kek pisang. Tatkala kami berchatting, dia pun menyelitkan resipi kek pisang untuk aku. Resipinya seperti di bawah ini...


Well, challenge accepted! Aku ikut resepi ni sebijik seketul. Sambil menunggu kek siap dibakar, aku pergilah mandi. Mak aku pun dok perhati je kek tu yang sedang dibakar di dalam oven, katanya nampak sedap. Lepas mandi, aku pun pergilah solat. Sesudah itu, aku pun pergi duduk-duduk santai sambil main game. Guess what? Aku terlupa pasal kek tu.

Apa boleh buat, nasi dah jadi bubur. Walau bagaimanapun, alhamdulillah kek tu hangit sesikit je. Jadi aku pun discard bahagian yang hangit tu dan share dengan kucing sikit. Hasilnya setelah dipotong adalah seperti rajah di bawah ini...


Bila first time aku rasa kek ni, aku happy giler. "Yes! Rasa kek pisang!" Batak sangat masa tu. Almaklumlah, ini pertama kali aku buat kek pisang from scratch dan hasilnya memberangsangkan.

"Kek ni boleh jual ni!"
- Komen mak -

So, kepada pembaca semua yang nak cuba buat kek pisang untuk parents korang ke, kawan-kawan mahupun buah hati, dipersilakan untuk mencuba resipi di atas. Confirm 200% jadi!

(Post script: Semperna ulang tahun ke-2 blog GGE, Gibb akan buat satu slot baru untuk para pembaca mengenali diri ini. Slot tu slot bodoh-bodoh je. I just do it for fun. Hahahaha. BTW, slot #ASKGIBB masih berjalan seperti biasa, cuma late response je.)

10 comments:

  1. Boleh jual ni !
    Try la mana tahu ada rezeki untuk bukak bisnes kek !

    ReplyDelete
  2. Klu nk wat guna pisang raja or awak lehh tak? Hehe
    Wat le kt aku sebijik and pos mai penang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Guna pisang saya? Ewww...
      Scarynye...
      Ini bukan filem Saw okay. Hahaha.

      Delete
  3. Kalau laa kucing tu boleh berkata-kata aku pasti dia akan cakap

    "Ciss..part hangus kau kasi aku,part gebu ko bedal..aum!" ekekeke....kidding.

    BTW..kek pisang ditemani secawan kopi panas....terbaik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi kan encik, saya ade bagi part yg elok punye, tapi die xnk. Die still nak part yg hangit. Huhuhu...

      Delete
  4. Replies
    1. Boleh la sikit2 shin, masih dalam proses pembelajaran.

      Delete