Pages

18 September 2015

KISAH-KISAH ANGKER DI ASRAMA

Hi! Well, semalam aku keluar lepak menjamu selera di Pizza Hut bersama 2 orang besties aku yang straight, jadi perbulan kitorang sudah semestinya not about boys. Kitorang just chill, cerita pasal kenangan manis time study dulu, and all about good old days. Suddenly we talked about cerita-cerita hantu yang agak tipikal di asrama, cerita hantu yang aku rasa kebanyakan daripada rakyat Malaysia yang pernah menetap di asrama pasti tahu.


Korang tak payah nak buang masa zoom gambar di atas ini dan cuba intai-intai dekat tingkap tu kot-kot ada hantu yang menyelit. Gambar di atas hanyalah sebagai penyeri entry ini.

So, memandangakan kebanyakan daripada korang yang baru sahaja melaporkan diri (tak kisahlah masuk asrama ke, kolej ke, rumah sewa ke), apa kata aku nak kongsi sikit kisah-kisah angker yang agak tipikal di Malaysia.



TOLONG TUTUPKAN LAMPU


Kisah ni pendek je, dan aku rasa mungkin kurang menakutkan kalau benda ni tak berlaku depan mata kepala korang sendiri.

Kisahnya macam ni, kebiasaan bagi pelajar-pelajar kolej suka tidur lambat, lepak-lepak atas katil masing-masing sambil berborak tentang rutin harian mereka dan sebagainya. Bila sumua dah mengantuk, masing-masing jadi malas nak bangun dari katil untuk menutup suis lampu. Kesudahannya, seseorang harus bersuara.

"Wey, tolong tutupkan lampu."

Tiba-tiba lengan seorang kawan di katil sebelah memanjang dan terus mencapai suis lampu yang jauh itu tanpa bangun dari katil. Kau rasa?



STUDY BERDUA


Kisah ni pun aku rasa sangat tipikal, tapi tak salahkan nak kongsi. Aku rasa kisah ni mungkin sedikit lebih seram daripada kisah yang sebelum ni sebab dorang "berdua" sahaja.

Pada suatu hari, Khairul telah berjanji dengan kawannya, Amir untuk mengulangkaji pelajaran bersama-sama pada malam hari di bilik study.

Malam tersebut, kebetulan pulak bilik study lengang. Jadi Khairul dan Amir study berdua sahaja. Waktu si Khairul ni tengah khusyuk menulis nota, tetiba pulak pen dia terjatuh. Lalu si Khairul ni terus tunduk ke bawah meja untuk mengambil pennya yang terjatuh tadi. Kemudian matanya terlihat bahagian bawah Amir yang tidak berkaki.

"Amir, aku naik dulu tau. Mata aku dah mengantuk la."

"Dah ngantuk ke, dah tahu?"



TEMAN PERGI TANDAS


Kisahnya seperti ini. Pada suatu malam, Johari telah terjaga daripada tidurnya dan berasa seperti ingin ke tandas untuk membuang air kecil. Kerana berasa sedikit takut, dia pun mengejut teman sebiliknya, Ramli untuk menemaninya ke tandas.

Semasa di tandas...

"Ramli, kau tunggu kejap tau. Aku nak kencing kejap."

Setelah membuang air, Johari membuka pintu tandasnya dan bayang si Ramli sudah tidak kelihatan. Lantas dia terus berlari menuju ke biliknya.

Sesudah sampai di bilik, Johari terus mengejut Ramli yang kelihatan sedang tidur di katilnya.

"Ramli, pasal kau tak tunggu aku?"

"Tunggu kau? Aku baru je bangun ni sebab kau kejutkan aku."



TOLONG BUKA IKATAN


Kisah ni pada asalnya senior aku yang ceritakan. Aku rasa macam nak kongsi jugak kisah ni sebab aku rasa ia agak seram jugak.

Kisahnya si Zamir ni tengah buat assignment malam-malam buta seorang diri. Rakan-rakan sebiliknya semuanya sudah melelapkan mata. Almaklumlah, pelajar universiti ni kan suka buat assignment last minutes, jadi si Zamir ni terpaksalah bersengkang mata.

Ketika dia sedang leka menyiapkan tugasannya, tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Satu mesej diterima. Zamir pun terus membuka mesej tersebut tanpa ragu-ragu.

"Awak, saya dekat luar tingkap ni. Tolong bukakan ikatan saya."

Zamir pun lantas mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Kelihatan satu lembaga putih sedang melompat-lompat di luar.



SATU DAH BANGUN


Kisah ni paling aku benci sekali sebab macam tak ada jalan keluar. Aku harap benda ni takkan berlaku dekat aku.

Dalam satu bilik ni ade 4 orang penghuni (ataupun mungkin 6, 8, ataupun 12 orang). Kejadian ni sudah tentu berlaku pada lewat malam.

Sewaktu semua penghuni sedang nyenyak tidur, tiba-tiba salah seorang daripada mereka terjaga dari tidur. Matanya celik sebentar, lantas menarik selimutnya dan mula berselubung.

"Satu dah bangun..."

Kedengaran seseorang sedang mengira. Kemudian, seorang lagi penghuni bilik itu terjaga. Dia juga kemudian terus menyelubungkan dirinya di bawah selimut.

"Dua dah bangun..."

Suara seorang perempuan tua, masih sedang mengira. Seterusnya, seorang lagi penghuni terjaga daripada tidurnya.

"Tiga dah bangun..."

Kejadian yang sama berulang semula. Kelihatan satu kelibat seperti wanita tua sedang bertenggek di atas almari. Ia duduk sambil mengira setiap orang yang terjaga daripada tidur.


**********


Kebanyakan kisah-kisah di atas ini mungkin hanyalah rekaan semata-mata. Namun ia mungkin pernah berlaku, boleh berlaku, atau akan berlaku pada kita semua. Nama-nama di atas juga adalah digunakan sebagai contoh sahaja.

Bagi aku lah, aku ni memang suke amik tahu perkara-perkara anih yang berlaku dekat sesuatu kawasan. Kalau boleh, aku mesti nak korek kisah-kisah hantu terlebih dahulu. Almaklumlah, aku ni jenis suke sangat huha-huha macam budak takde pedoman. Sedar-sedar je nanti terus demam seminggu (sebab pernah kene dulu).

Time aku study dulu pun, selalu korek cerita-cerita hantu daripada lecturer-lecture yang lama. Alhamdulillah, kisah-kisah tu mengajar aku untuk kawal diri dan tidak melakukan perkara-perkara di luar kawalan.

Syaitan-syaitan dah berjanji akan menyesatkan anak cucu Adam. Jadi benda-benda di luar kawalan ini boleh berlaku bila-bila masa sahaja, dan pada sesiapa sahaja. Pada yang kurang percaya pada benda-benda ghaib ni, aku harap korang boleh mula untuk percaya. Jangan bila dah kena nanti, baru mulut tu terdiam terkunci. Jaga-jaga, benda-benda ghaib ni ada dekat mana-mana sahaja.

Pesanan aku buat umat Islam, sebelum tidur tu baca du'a sebelum tidur, baca surah al-Fatihah, baca 3 Qul, baca ayat Kursi, dan baca bismillah 21 kali. Insyaallah kita akan dilindungi sewaktu kita sedang tidur.

Hope malam ni korang boleh tidur dengan nyenyak. Sweet dream, sucker!

(Post script: Kepada adik-adik yang baru nak masuk universiti mahupun kolej, jaga diri dan perangai tu elok-elok. Stay humble and jangan nak tunjuk bagus sangat, nanti orang tak suka. Yang penting, beware dengan kisah-kisah angker. Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri.)

18 comments:

  1. Semua ceriter dah pernah dengar kecuali yang last tu..hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Well, ni semua kan kisah tipikal di asrama. Huhuhu...

      Delete
  2. Ada satu story tu pasa; makcik karipap yang jual karipap tiap2 malam kat tingkap. Masalahnya kalau dah tingkat 3 mana datangnya makcik jual karipap kat tingkap ? Pengsannn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cerita tu byk versi, versi kawan aku die jual nasi lemak.

      Delete
  3. Citer hantu plu takde ker ... wish to hear one ...kehkeh

    ReplyDelete
  4. Huhuhu...semua citer 'Urban Legend' tu...and I Like it...

    Nak kongsi kat Gibb citer pendek skit maser Amir blaja Kat U di pantai timur dulu...

    Ade seorang kawan Amir kene masa kat U dulu, die mandi malam2 kat bilik air and as typical it is, bilik madi kat kolej nie hanya separate dengan partition ajer...so maser die tengah mandi sorang-sorang, and utk ilangkan takut die mandi sambil menyanyi la...and suddenly die dengar bilik mandi sebelah ader orang masuk and bukak shower...so die ingat ader lah student lain mandi and die teruskan lah menyanyi tu...after that, org sebelah pun ikut naynyi bersama...tapi yang pelik, suara budak tu macam kedengaran jauh jerk...tengah syok2 nyanyi tetiba orang sebelah cakap, "kepala saya makin memanjang"...and kepala 'orang sebelah' tu dah ader kat syiling bilik air...so aper lagi, pengsan la kawan Amir tu...;P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok, serius seram. Kalau berlaku depan mata i sure tak tahu nak buat ape. Gibb dulu time study pun suke pergi toilet malam2, kononnya berani sgt, kononnya mana tahu ade jumpa ape2 ke. Tapi dalam hati ni tuhan je tahu betapa nak terkencingnya diri ini. Keadaan sometimes memaksa kita untuk melakukan sesuatu yg kita tidak mahu lakukan.

      Delete
  5. Citer last tu agak seram...nasib baik baca waktu petang,kalau malam sure x bleh tido...ekekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah kamen. Lepas aku tulis entry ni pun, malam tu aku asyik tengok atas almari je...

      Delete
    2. Eh eh, kat skola asrama pon ade cite ni, tapi kitorang panggil dia nenek locker dan nenek tu suka hayun2 kaki hentak kat pintu locker dan memang penah jadi pon..seramm
      Btw, sorry menyampuk hehe

      Delete
    3. amyrul< kalau benda tu kisah yang pernah berlaku, serius seram...

      Delete
  6. masa sekolah budak budak pancaragam aku kene sampuk sampai 4 orang masa stay kat asrama weekend...meriah masing masing buat majlis baca yassin sambil letak yang kene sampuk tu tgh tgh dorm...sebab cikgu takde semua cikgu balik rumah...hahaha...btw salam kenal...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cerita kene sampuk ni pun best tau. Gibb pun pernah tgk org kene sampuk. Kesian jugak lah. Bende ni berlaku kat kampung belah ayah. Dapat tgk dari jauh je sbb time tu gibb kecik lagi.

      Salam kenal crescent moon!

      Delete
  7. Yg last tu dgr versi lain.yg ats dia smua ta penah dgr. Tp ad lg seram..

    Pg td da kna sedas..terjaga pkul 5 pg tgk stu rmh x bgn lg. msuk bilik blik then baring, tutup mata sbb nk pjuk mata tdo blik then tetiba tercium something yg alamak...da la ta penah tutup tgkp bilik tu mlm2.spnjg duk situ dekat sbulan ader kot 2,3 kali je tutup tu pn sbb klua. bau tu mula2 mmg kuat then berubah..eh..ni bau asap mende ni..tp still aku takut nk bukak mata.karang btul2 mende tu ta psl2 aku histeria.da la nk blik beraya kpg.stres aku nak balik pun mcm2 hal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seram jugak dengar. Tapi lain kali biasakan tutup tingkap. Khuatir binatang masuk.
      Dan kebaikan tutup tingkap ni untuk mengelakkan sihir masuk ke rumah.

      Gibb pun pernah hadapi perasaan seram kat rumah lama gibb. Apa2 pun kita kene kuat semangat kay.

      Delete
  8. "Dah ngantuk ke, dah tahu?"

    perghhh serammm.. takotnya.. nak pelokkkkkk

    ReplyDelete