Pages

14 December 2014

SUKU ABAD HIDUPKU

Hai semua! Aku baru je menjangkau umur 25 tahun (cliché, setiap blogger mesti nak cerita pasal hari jadi). Kat sini aku takde la nak cerita impian-impian aku, ape yang aku nak time birthday, boring la topik tu. So, kat sini aku nak ubah sikit (rasanya banyak kot) topik "birthday" ni supaya ia menjadi sedikit menarik.

Inilah cerita bagaimana aku dilahirkan ke dunia.

How my parents knew each other? Actually mak aku ade cerita yang dorang kenal melalui kawan masing-masing. Bapak aku punye kawan punye girlfriend, dan girlfriend die ni kawan mak aku. So dorang pun berkenalan. Mak aku ni datang dari keluarga yang berada, manakala bapak aku pula datang dari keluarga yang sangat daif. Aku ingat lagi bapak aku pernah cerita, telur goreng tu 2 biji je untuk 14 orang makan. Walaupun bapak aku sekolah sampai darjah 4 je, tapi die tetap berusaha untuk memajukan diri. So die pun berhijrah ke Kuala Lumpur.

Jalan Tun Perak, Kuala Lumpur pada akhir 70-an.

Mungkin sebab kecekalan dan sifat leadership, bapak aku berjaya memikat hati mak. Maklumlah, mak aku anak bongsu, bapak aku pula anak lelaki sulong. Bila aku dengar mak aku bercerita time dorang bercinta, macam lawak pula. Mak aku ni jenis takut naik motor. Jadi setiap kali keluar date, dorang akan naik bas aje. Lepas tu kalau shopping, mesti pergi kat Petaling Street.

Aku tak sure pulak dorang bercinta berapa lama, tapi for sure akhirnya dorang kahwin. Tak silap aku, time tu bapak aku mula bekerja kat Pulau Pinang, mak aku pula kerja kat Seremban. Time tu bapak aku dah ade kereta. Walaupun kerja jauh, tapi incredibly dorang leh duduk bersama. Time tu bapak aku kerja dengan Malaysia Airlines, so mak aku akan pergi kerja naik flight sampai Airport Subang Jaya, then naik bas sampai ke Seremban. Kalau dengar balik memang macam tak masuk akal, tapi possibility is definitely there. Dulu jalan raya tak la sesak macam sekarang. Lepas setahun kahwin, akhirnya kakak aku dilahirkan.

Dalam lebih kurang 2 tahun kemudian, bapak aku dipindahkan tempat bertugas ke Airport Subang Jaya. So family aku berhijrah ke Pantai Dalam, Kuala Lumpur. Time tu dorang duduk rumah setinggan je. Then abang aku yang pertama dilahirkan. Bile aku dengar balik cerita mak aku, susah gak kehidupan dorang time tu, rumah yang didiami tu selalu bocor tatkala hari hujan. Abang aku time tu pulak demam panas. Sebab kekurangan wang, dan tempat tinggal yang kurang selamat, akhirnya dia meninggal dunia.

Lepas kejadian tu, tak silap aku pihak kerajaan nak naik taraf rumah penduduk setinggan tu ke rumah pangsa 2 bilik. Alhamdulillah, lepas tu kehidupan keluarga aku semakin selesa, dan seterusnya abang aku yang kedua pun dilahirkan. Time tu ekonomi keluarga aku dah sedikit stabil. Dengan duit simpanan bersama, akhirnya parents aku membeli sebuah rumah pangsapuri kat Shah Alam. Rumah tu selesa, lebih besar daripada rumah sebelum ni. Harga dalam RM39000 (oh my, murahnye rumah zama dulu). Rumah yang kat Pantai Dalam tu bapak aku decide nak jual je.

Berikutan ekonomi keluarga dah stabil, dan mak aku pun dah dapat transfer kerja kat Shah Alam, so dorang decide to have another baby. Jadi wujudnya aku. Time mengandungkan aku, mak aku mengidam nak makan kuey teow goreng, so selalulah dia dan seorang kawan die yang mengandung jugak beli kuey teow goreng tu.

Mak aku cerita, time mengandungkan aku, kandungannya sedikit berat berbanding yang sebelumnya. So mak aku expect yang mungkin kali ni die akan dapat anak kembar (berikutan yang mak aku dulu pun kembar). Mak aku berharap sangat nak dapat anak kembar lelaki perempuan. Tapi hampa, tanggapan mak aku salah. Mak aku tahu sebab doktor mengesahkan yang kandungannya songsang. So in order nak mengeluarkan aku, mak aku perlu menjalankan pembedahan caesarean.

Kedudukan bayi songsang dan normal dalam kandungan ibu.

Kelebihan bersalin secara pembedahan ni adalah si ibu boleh memilih tarikh untuk bersalin. So mak aku mempercepatkan due date dari 8hb Disember ke 1hb Disember. Lepas tarikh ditetapkan, aku pun selamat dilahirkan pada jam 11:29 pagi, pada hari Jumaat bersamaan 3 Jamadil Awal 1410 Hijriah, dengan berat sebanyak 3.15kg. Pada awalnya, bapak aku nak namakan aku dengan nama Mohd Naquib, tapi sebab mak aku kata nama tu macam payah nak sebut, so ayah aku tukar la nama lain. Aku dilahirkan di Hospital Ampuan Rahimah, Klang.

Hospital Ampuan Rahimah, Klang.

Aku dibesarkan dengan baik time tu, kehidupan pun sederhana tapi sempurna. Walaupun mak aku cerita yang aku ni banyak sangat alahan, kulit pun sensitif, susu lembu tak boleh minum, tambahan pula aku ada lelah, so aku dijaga dengan sepenuh perhatian. Bila aku dah mula boleh berjalan, bapak aku selalu bawak kami sekeluarga melancong. Even melancong dalam Malaysia je, tapi alhamdulillah anak-anak diberi peluang membuka mata melihat tempat orang. Paling jauh kitorang pergi pun Thailand je.

Sampai aku berumur 5 tahun, then mak aku melahirkan lagi seorang bayi perempuan. Time tu aku dah tak boleh nak manja-manja sangat dah. Kitorang dibesarkan dalam 3 rumah berbeza sampailah aku masuk universiti. Time tu ayah aku dah bersara dan decide nak beli rumah baru yang lebih besar dan selesa. Walaupun just rumah teres, tapi bersyukur la aku dapat bilik sendiri.

Sampai umur aku 22 tahun, bapak aku pun meninggal dunia sebab sakit barah hati. Time tu aku tengah kerja, siap gelak tawa lagi dengan kawan-kawan. Sekali adik aku call aku, cakap bapak aku dah takde. Aku blur kejap time tu. Then aku terus bagi tahu pengurus aku, cakap yang bapak aku dah meninggal. Then die pun suruh aku balik. Berikutan tempat kerja aku yang hanya 5 minit je dari rumah, aku pun bergegas pulang naik teksi.

Tiba je kat depan rumah, aku pun segera tengok jenazah bapak. Tiada apa yang dapat aku ungkapkan. Aku tak menangis setitik pun, perasaan bercampur aduk. Sebab bapak aku meninggal lepas Asar, jadi pihak masjid mencadangkan agar jenazah dikebumikan pada esok pagi. Ramai jugak orang datang time tu sebab bapak aku merupakan salah seorang ahli jawatankuasa masjid. Then esoknya jenazah bapak selamat dikebumikan.

Tanah Perkuburan Seksyen 21, Shah Alam.

Mungkin aku tak berasa amat sedih sebab hubungan aku dan bapak tidaklah terlalu akrab. Tapi lepas ketiadaannya, baru aku sedar apa yang dimarahinya pada aku selama ini adalah sesuatu yang betul. Dan aku rasa kami selalu berkelahi dulu sebab sebenarnya perangai kami sama sahaja. Aku dapat lihat pada hari ini yang perangai aku mostly serupa dengan arwah bapak, even mak aku pun cakap macam tu.

Kadang-kadang teringat arwah ayah, aku pergi ziarah pusaranya selepas waktu kerja. Kadang-kadang tu menangis jugak bila teringat kat dia, tapi apakan daya, die sudah pun tiada. Alhamdulillah sebelum dia pergi aku dapat menjaga dia, suapkan dia makan, sapukan minyak kat belakang badan dia. Dia pernah cakap kat mak aku yang aku ni pandai sapu minyak, tak kasar macam anak-anak dia yang lain (menagis kejap). Tersenyum aku bila dengar dia cakap macam tu.

Lepas bapak dah takde, memang aku berasa sangat bebas. Keluar sana-sini (korang jangan jadi macam aku). Tapi aku tak pernah tinggalkan mak duduk seorang kat rumah. Bila balik kerja, aku masakan untuk mak, kemas rumah sikit-sikit. Walaupun aku selalu bergaduh dengan mak, tapi kitorang gaduh kejap je. Sampailah sekarang, aku bersyukur sebab dapat seorang mak yang penyabar dengan sikap aku.

Walaupun aku tak cerita semua bende kat sini, tapi inilah kisah bagaimana wujudnya aku yang sekarang ni. Walaupun aku tak seberjaya mana, sekurang-kurangnya aku tak menyusahkan orang lain. Dan yang penting, aku happy dengan kehidupan aku yang sekarang.

(Post script: Korang yang masih ada mak bapak, jagalah dorang dengan baik kay. Biasalah tu kalau korang tak bersefahaman dengan mak bapak korang. Tapi bila dorang dah takde esok, baru korang sedar betapa pentingnya nasihat-nasihat mak bapak kita itu.)

1 December 2014

1 DISEMBER 2014

Aku rasa dah 12 tahun aku tak celebrate birthday sendiri. So hari ni aku decide nak buat birthday cake sendiri, nak bagi mak makan.

Birthday boy making his own birthday cake on his own birthday.

Alhamdulillah, mak kata sedap. "Ini barulah kek!" kata emak. Sebab before this aku buat kek bantat, Hahahaha.

Seronok tengok mak happy.

24 November 2014

#ASKGIBB : SYAK KELUARGA TAHU TENTANG IDENTITI SEBENAR


Hai Gibb,

Saya seorang remaja yang entah la, saya dulu memang ramai girlfriend. Putus couple, Putus couple dah jadi perkara normal. Kekadang couple untuk isi masa lapang je, and tak fikir pasal perempuan tu punya perasaan. 

Saya terlibat dalam dunia PLU ni sejak umur 13 tahun (sekarang 14) dimana masa tu saya jumpa seorang abang angkat yang sangat baik, ambil berat pasal saya melalui social network. Sejak itulah, saya dengan suka hatinya, pergi join group-group gay kat Facebook untuk cari abang angkat yang lebih ramai (saya cari abang angkat dekat situ sebab abg angkat saya tu mengaku dia gay) untuk layan saya yang kehausan kasih sayang seorang abang. Sebab saya memang suka abang PLU layan saya (saya ada abang kandung, tapi tak macm apa yang saya harapkan).

Sampai la satu ketika saya terjoin group gay dekat Facebook yang open. Saya promote diri sendiri untuk ada abang angkat (kalau kita post something dekat group open semua bole nampak right?) and saya syak a few family member and kawan saya tahu saya gay. What should I do? Saya rasa takut kalau dorang bercerita dekat orang lain pasal saya ni gay, and macam mana saya nak hadapi semua ini? Saya takut semua orang menjauhkan diri daripada saya. I'm just 14. Harap abang Gibb bagi pandangan macam mana saya nak hadapi semua benda yang bakal berlaku. 

Terima kasih,

(AKZ)



**********


Hai AKZ,

First sekali Gibb nak ucapkan terima kasih kerana sudi berkongsikan masalah ini dengan saya. Masalah adik ni agak rumit juga, tapi jangan risau sebab abang akan cuba membantu.

Dekat sini saya ingin menegaskan bahawa menyertai mana-mana gay group di Facebook adalah tindakan yang tak wajar jika akaun Facebook anda berbentuk terbuka, yakni rakan-rakan anda terdiri daripada ahli keluarga dan sahabat terdekat, mahupun kenalan yang anda kenali di dunia nyata.

Sebab apa tak wajar? Sebab nanti senang kantoi. Actually abang pun ade je akaun Facebook yang friendlist abang terdiri daripada family members dan kawan-kawan terdekat. Dan tak dinafikan banyak jugak budak-budak gay yang abang add menerusi Facebook tu. Abang rasa memang aku dah terkantoi lama dah sebab friendlist abang banyak sangat lelaki, lepas tu siap bersayang-sayang dekat ruangan comment. Kadang-kadang abang takut gak, tapi buat cool je.

Macam masalah adik, abang rasa menyertai gay group yang open dalam Facebook adalah sangat berisiko. Sebabnya tak silap abang, ape yang kita post dekat group tu akan appeared pada timeline. Sekarang ni perkara tu dah berlaku, apa adik patut buat? Mula-mula tenangkan diri dulu, jangan mudah melatah. Lepas tu adik delete la ape yang adik dah post kat group tadi, then leave that group.

Kalau adik still nak cari abang angkat juga, pergi la join group yang berstatus "closed group", mungkin lebih selamat sebab segala yang adik post kat dalam group tu akan sentiasa kekal dalam group tu. Kalau nak selamat lagi, buat je akaun Facebook yang baru dan khususkan akaun tu untuk member-member gay je, lebih kurang berisiko.

About your family members dan kawan-kawan yang adik syak mungkin tahu pasal identiti sebenar adik, just buat cool aje. Dorang bukannya boleh buat ape pun. Kalau tak nak dorang mengata belakang, bolehlah mula menghentikan aktiviti gay adik buat beberapa ketika. Kalau adik rasa macam mereka dah mula lupa tentang apa yang mungkin mereka tahu, bolehlah beraktiviti seperti biasa.

Tentang isu adik yang selalu couple dan putus dengan perempuan, itu mungkin perkara biasa dalam kehidupan seorang remaja. Tapi tak baik tau mempermainkan perasaan perempuan. Abang tahu memang best bercouple untuk mengisi masa lapang, tapi biarlah perpisahan itu berlaku secara baik supaya tidak memakan diri sendiri di masa akan datang.

Abang tahu adik ni masih muda, perasaan ingin tahu tu memuncah-muncah. Tapi ingatlah, identiti kita ni sebagai insan yang bergelar PLU sangat penting untuk dilindungi. Sebab bila orang awam mula mengetahui siapa diri kita yang sebenar, kita akan mudah rasa dipinggirkan dan perasaan paranoid itu akan mudah hadir. Tak semua orang boleh terima siapa diri kita ini.

Lagi satu abang nak beri tahu, memang menjadi perkara biasa bagi seorang remaja yang merasakan dirinya seolah-olah kurang kasih sayang. Time abang seusia adik, abang selalu rasa yang family seolah-olah tak sayang pada abang. Tapi bila dah besar, dah boleh berfikir secara matang, barulah abang sedar yang semua tu hanyalah perkara biasa yang perlu kita tempuhi bagi membentuk diri abang yang sekarang ini.

To be honest, abang pun dulu sangat tak rapat dengan my big brother, tapi now dah okay dah. Time will change everything, just wait and see.

Never lose hope.

20 November 2014

TERKANTOI DENGAN KAWAN BAIK SENDIRI , SEBENARNYA SAYA INI GAY

Ah, 20 hari aku tak bukak blog! Survivor review tertangguh, Budak Gerai tertangguh, banyaknye nak kene update balik. Gibb minta maaf sangat-sangat. Mungkin ade segelintir pembaca yang tertunggu-tunggu entry baru dari aku (ade ke?). Namun apakan daya, masa mencemburui aku untuk melekat pada komputer riba.

So, apa yang aku nak bincangkan dalam entry kali ini? Entah la, aku pun tak tahu nak tulis apa...





(Lebih kurang 5 minit kemudian selepas mengelamun)





Okay lah, ape kata aku share sikit tentang cara aku handle persahabatan aku dengan kawan baik aku yang straight lepas die tahu aku ni gay.

Aku kenal die time study dulu dalam tahun 2008. Masa tu kitorang baru balik dari perjumpaan ahli-ahli fakulti. Aku tak pernah pun bercakap dengan die time semester 1 sebab maybe kitorang lain-lain kelas. Tiba semester 2, bilik-bilik kitorang pulak sebelah-menyebelah. So start dari situ la kitorang mula sapa-menyapa. Dipendekkan cerita, time balik dari perjumpaan fakulti tu, kitorang bersembang dalam perjalanan ke bilik. Entah macam mana tah kitorang boleh bersembang tentang kampung masing-masing. Surprisingly kampung kitorang sama, dan kitorang mempunyai darah keturunan yang sama. Ya, kami berdarah Banjar.

Since that die rajin lepak bilik aku, aku pun rajin lepak bilik die. Banyak masa kitorang habiskan bersama, sharing background, dan taste of music pun kitorang sama. Sampai time praktikal pun, aku ajak die praktikal kat  Shah Alam dengan aku, dan die setuju. BTW, die ni tinggal kat Hulu Selangor. Sampailah tamat pengajian diploma, kitorang still keep in touch.


Macam mana die boleh tahu aku gay? Semuanya sebab mulut tempayan seorang pondan. Actually aku ade terkantoi dengan kawan pondan aku ni setelah die ternampak aku berdating dengan seorang lelaki dekat taman permainan area tempat tinggal die. So, lepas dating tu aku terus lepak rumah die. Sampai je rumah die, aku terus diacu dengan pelbagai soalan cepu emas. Aku yang dah tak berdaya berbohong lagi dengan serta-merta mengaku yang aku ni gay (actually time study dulu ade jugak terkantoi, tapi mungkin bukti tak cukup kukuh). Aku pun turut mengaku kat die yang aku dah lama hilang teruna. Kawan aku yang pondan ni agak terkejut sebab die kata aku ni agak hebat juga sorok identiti sebenar aku, chewah. Nampak baik je time study dulu, solat pun tak tinggal. Tapi rupa-rupanya gay jugak, hahaha.

Sebab si pondan ni pun turut berkawan baik dengan kawan aku tu, die pun selambe je pegi cerita perihal sex orientation aku. Lepas dah membongkar rahsia aku, die boleh pulak mesej aku dan minta maaf. Dalam hati aku rasa geram sangat. Namun, aku still keep calm, capai handphone, dan terus mesej kawan aku yang straight tu.

"Eh, kau dah tahu eh?"

"Yup."

Aku pun minta maaf kat die. Dan alhamdulillah, die pun maafkan aku dan boleh terima situasi aku. Die hanya berpesan pada aku yang die tak mahu aku jadi macam typical gay yang lain, yang suke show off about being gay. Die juga selalu berpesan agar aku selalu ingat pada Tuhan. Time tu, aku bersyukur sangat-sangat sebab aku dikurniakan seorang sahabat yang baik.

Tentang si pondan tu, aku akhirnya maafkan die dan die janji akan belanja aku makan (senang-senang je kan aku maafkan orang). Sebab bagi aku tak perlu kot nak gaduh-gaduh. Lagi pun kawan aku tu boleh terima aku seadannya, tiada gunanya untuk bermasam muka.


Couple of weeks later, kitorang keluar hangout sama-sama termasuklah kawan aku yang pondan tu dan beberapa kawan baik aku yang bergenre straight. Mula-mula aku jumpe kawan aku tu, memang rasa akward giler. Tapi lama-kelamaan dah okay la, boleh sembang balik macam sembang dengan manusia biasa. Yang gay side tu, kitorang tolak tepi.

Since that, aku dah tak rasa janggal lagi dengan die. Kalau kuar hangout, mesti keluar sama-sama, Dah takde benda lagi yang aku perlu sembunyi daripada die. Cume kalau aku keluar dengan die, takde lah aku nak sembang pasal diri aku yang gay ni, just act normal je macam die tak pernah tahu yang aku ni gay.

Pada pendapat aku, aku rasa die dapat terima aku sebab mungkin latar belakang dan cara die dibesarkan dengan cara pemikiran terbuka. Ayah die seorang ustaz dan ibunya seorang guru. Lagipun adik-beradik die semua perempuan, so I think die senang nak adapt dengan pelbagai situasi. He also very likable person. Kawan-kawan die semuanya daripada pelbagai genre. Alhamdulillah, sekarang dah 6 tahun aku berkawan baik dengan die dan berharap agar persahabatan ini kekal abadi.

Nasihat aku kepada mereka yang nak come out from the closet, pastikan kau memilih seorang kawan yang betul. Sebab tak semua orang boleh terima situasi kita ini. Kau mungkin diterima dengan mudah, ataupun dibuang jauh-jauh.

Once kau dah came out pada orang yang betul, kau akan rasa lebih confidence disamping beban yang dipikul menjadi lebih ringan. Lagi satu don't take anythings for granted. Bila kau dah mengaku yang kau ni gay, ia bukanlah tiket percuma untuk kau menjadi lebih gay dan start exposing everything about your life. Tapi ambillah peluang ini untuk memperbaiki diri dan lebih berhati-hati tentang menyembunyikan identiti diri di masa akan datang.

30 October 2014

AWAK , SAYA MINTA MAAF


Baru-baru ni aku ade bercanggah sedikit pendapat dengan seorang kenalan di Facebook. Percanggahan tersebut membuatkan aku tergerak hati untuk block akaun Facebook dia (first time block orang ni, rasa excited) atas sebab-sebab tertentu.

Seriously aku tak tahu pulak yang dia sayang aku dan betul-betul minta maaf atas kata-katanya. Kerana aku ni pembuli cyber, aku paksa dia untuk membuat satu sajak (topik bebas) untuk aku.



-KAMAR JIWAMU-

DISEBALIK KAMAR JIWAMU
KUPERHATIKAN SEAKAN BISIKAN CINTA
MELIRIK INDAH DIKELOPAK MATAMU
HINGGA MENGGETAR JIWA MUDAKU
BIARPUN AKU TIDAK MENYEDARI HADIRMU
NAMUN ENGKAU AMAT PRIHATIN TERHADAPKU

DISEBALIK KAMAR JIWAMU
TERPAHATNYA KEMAAFAN
YANG INDAH MEMPESONA
SEAKAN MENGERTI KELUHANKU
MENGISI KEKOSONGAN JIWAKU
YANG HADIR MENEMANIKU

KERNA ENGKAU BUKANLAH SANDIWARA
YANG HANYA LAKONAN DAN REKAAN SEMATA


Aku pun cakaplah kat dia yang sajak ni tergantung dan jalan cerita dia tak habis (jahatkan aku). Dan setelah berfikir panjang, akhir sekali aku e-mail kat dia dan menyatakan yang aku berasa kurang selesa berkawan dengannya. Aku tak mahu dia hubungi aku lagi.

"Kepada awak, kalau awak terbaca entry ni, I minta maaf kay. I sebenarnya sayang kat awak, tapi I rasa ini mungkin jalan yang terbaik untuk diri I. Setiap hari I du'akan supaya awak bahagia dan jangan lupa solat kay. I harap awak berjaya dalam apa yang awak ceburi. Insyaallah, kalau ada umur yang panjang, you will meet the real me somewhere else."

Sekian.

27 October 2014

#ASKGIBB : DUNIAKU GELAP SETELAH MENGETAHUI KAWAN BAIK MEMPUNYAI KEKASIH


Hai Gibb,

Sajalah nak bercerita. Saya seorang remaja berumur 18 tahun. Mula masuk ke alam yang salah ini sejak berusia 13 tahun. Tiada faktor yang membawa saya ke alam ini cuma ianya datang dengan sendirinya. Bukannya datang dengan sendirinya cuma ianya bermula sejak berkenalan dengan seorang rakan kelas yang baru sebab baru masuk sekolah asrama. Kami sentiasa bersama sejak dari masa itu. Dia jenis seorang yang ambil berat, tanya "dah makan belum?", suka ajak belajar sesama, suka bercerita dan berkongsi masalah dan kekadang dia saja cakap  kan best kalau dapat kahwin dengan kau".

Jadi dengan semua benda yang dia lakukan, saya rasa sangat selesa dengan dia, rasa macam nak hidup dengan dia, dan perasaan suka dan cinta itu terhadapnya terlahir. Tapi saya tak berani nak cakap yang saya suka dia sebab saya takut dengan luahan seperti itu dia akan menjauhkan diri dia dengan saya. Sampai satu hari, dia cerita yang dia sudah ada kekasih hati. Perlahan-lahan saya merasakan hidup ni seperti gelap. Saya dengan perlahan-lahan beransur keluar dari hidup dia. SPM saya dah tak ambil kisah, saya buat saja cincai-cincai dan akhirnya keputusan saya memang teruk dengan mendapat kecacatan result iaitu ada gred C.

Saya timbulkan rasa benci terhadap dia dan sekarang saya seorang yang seperti tiada perasaan melihat lelaki dan perempuan, sebabnya saya takut akan disakiti lagi. Apapun saya sedar yang kisah itu tadi memang salah saya sebab saya yang salah tafsir. Kini saya bergerak ke hadapan. Memang fitrah hidup, lekaki pasangannya perempuan. Cuma perasaan yang tak guna ini yang salah. Whatever it is, I hate my life. Keep wonder why God let me live in this world :( .

Terima kasih mendengar luahan isi hati. Harap beri sedikit motivasi nasihat teguran.
Terima kasih membaca

(EncikAB)


**********


Hi EncikAB,

Terima kasih kerana sudi berkongsikan masalah anda. Insyaallah, saya akan cuba memberi pandangan saya.

Dalam pengalaman Gibb, jatuh cinta dengan lelaki lurus (straight) ni memang satu masalah yang akan dihadapi oleh semua insan yang bergelar PLU. Gibb sendiri mengaku yang diri ini juga pernah berhadapan dengan situasi yang sama (boleh rujuk kisah BROMANCE Gibb).

Bagi Gibb dalam membina persahabatan dengan seorang lelaki normal, kita kene wujudkan satu garis sempadan supaya kita tak hanyut jauh dengan perasaan. Sebenarnya, apabila rakan EncikAB menyatakan yang dia sudah mempunyai kekasih hati, kita sebagai seorang sahabat patut gembira dan bagi sokongan padanya, bukannya membencinya. Gibb tahu memang pedih sikit rasanya, tapi itulah kehidupan. Tuhan boleh tarik apa yang dipinjamkan itu bila-bila masa sahaja. Sekurang-kurangnya bersyukurlah kerana Dia memberi peluang kepada kita untuk merasakan kasih sayang daripada insan lain.

Bila EncikAB mula menjauhkan diri dan merasakan dunia sudah gelap, bagi Gibb itu memang situasi yang biasa bagi seorang remaja yang berada dalam kekecewaan. Seorang remaja ini umpama suatu kuasa yang ingin direbut oleh elemen cahaya dan kegelapan. Jika kita memilih untuk menjurus ke arah kegelapan, maka gelaplah jadinya dunia kita. Kalau boleh, padamkan rasa benci pada rakan saudara itu, belajar memaafkan diri sendiri dan belajar cara untuk menyesuaikan diri dengan keadaan yang dihadapkan pada kita.

Gibb tahu EncikAB masih muda, umur pun baru 18 tahun. Jika result SPM tu teruk, tak bermakna kita tak akan berjaya dalam hidup. Result Gibb dulu pun teruk juga, siap ada D lagi. SPM ni bukan pengakhiran, tapi titik permulaan dalam kehidupan kita. Apa yang penting sekali kita berusaha, jangan lupa solat, berdu'a dan tawakal kepada-Nya. Insyaallah kita akan diberi pertolongan.

Tentang perasaan saudara yang seperti tiada perasaan untuk bercinta kerana takut disakiti, itu adalah perkara yang normal selepas situasi yang berlaku pada saudara. Mungkin hati yang remuk itu akan pulih semula walaupun memakan masa berpuluh-puluh tahun. Jangan kerana satu tragedi, kita menyalahkan satu dunia. Masa yang berlalu bakal memulihkan semula keadaan. Mungkin satu hari nanti akan muncul seorang insan yang boleh membimbing saudara, seorang yang boleh dipanggil kekasih hati.

Beringatlah, Tuhan memberi kita ujian kerana Dia yakin yang kita mampu menempuhi ujian tersebut. Jangan pernah menganggap ujian itu satu bala, tapi anggaplah ianya satu anugerah. Ujian yang kita tempuhi akan mendewasakan kita, insyaallah.

Never lose hope.


(Post script: Sebarang perkongsian masalah, bolehlah klik di sini >>>ASK GIBB<<< untuk dikongsikan. Sekian.)

26 October 2014

#ASKGIBB : JATUH CINTA DI LAMAN SOSIAL , WHAT SHOULD I DO?


Baru-baru ni aku terima satu soalan daripada seorang pembaca tentang satu masalah yang die ni mungkin dah jatuh cinta dengan seorang lelaki yang dikenalinya di lama sosial. Soalannya berbunyi seperti berikut:


Dear Gibb,

Aku nak tanya pendapat kat kau ni.
Haha segan pulak nak tanya.
Okay cerita bermula begini. A few days ago aku ada kenal seorang mamat ni kat online site. Dia charming gak la, easy going and sekepala dengan aku. So bermula la sesi chat dengan beliau. Kinda fun jugak kenal dengan dia. After that betukar-tukar nombor phone, Instagram, Facebook bagai, okay la. But lepas beberapa hari ada timbul perasaan lain kat dia. Jadi berdebar, rasa macam rindu, asyik tengok gambar dia, and aku menanti Whatsapp dia! Parah dah! Aku rasa macam dah jatuh hati dekat dia weh. Macam tak logik la, baru kenal je kot. Fuck

So Gibb yang berpengalaman, what should I do? Tell him or what? Sebab aku ni tak pernah deal dengan benda macam ni. Oh ya, dia pun tak straight jugak. Haha

(MrSmile)


**********


Hello MrSmile,

Bagi aku, ada 2 kemungkinan yang mungkin berlaku pada kau. Sama ada kau dah jatuh cinta dengan dia, ataupun kau rasa sunyi.

Jatuh cinta melalui internet ni perkara biasa bagi aku sebab aku pun pernah jatuh cinta lebih daripada 100 kali hanya melalui chatting je. Mungkin bila kita berjiwa muda, masih mentah dengan dunia percintaan, masih buta dan tak pandai menilai, kita akan mudah jatuh dalam perangkap jiwa. Tapi tak mengapa, aku sangat faham perasaan kau.

Sebelum kau nak luahkan apa-apa perasaan cinta kat dia, tanya balik pada diri kau., betul ke dia ni orang yang boleh bahagiakan kau? Aku tahu percintaan PLU ni memang tak tahan lama. Mungkin mula-mula je gembira, tapi seminggu kemudian? Sebulan kemudian? Setahun kemudian?

Kalau kau yakin yang dia adalah orangnya, jangan luahkan lagi perasaan itu. Ambil masa paling kurang pun sebulan untuk mengenali dia. Teruskan sesi chatting itu, nilai semula feedbacks yang diberi olehnya. Kalau kau rasa perkenalan korang tu stabil, boleh la mula untuk berjumpa. Kalau kau rasa setiap kali mesej je, dia reply macam nak tak nak, aku rasa his not the one. Sebab PLU ni mudah berasa bosan. Mula-mula je beria-ria, minggu kedua dah tak mesej langsung (aku akui yang aku pun perangai macam tu jugak).

Kemungkinan kedua mungkin kau rasa sunyi, inginkan perhatian. Mungkin dia sekadar membantu menceriakan kau semula. Bila kita sunyi, kita mudah berasa tak selamat. Jadi pelbagai aura sekeliling sama ada yag baik ataupun buruk akan mudah menghanyutkan jiwa kita. Berhati-hatilah dengan perasaan anda.

Tapi kalau kau yakin dan kau jenis tak takut mengambil risiko (macam aku), just luahkan je perasaan kau kat dia. Kalau die boleh terima kau seadanya, berita baik buat kau. Kalau dia tolak cinta kau, just keep in your mind that he just miss a great thing.

Diingatkan juga di sini bahawa cinta PLU ni bukan kerana sex sahaja, ia merangkumi pelbagai aspek. Bukan sekadar memberi, tapi juga menerima dan tidak berat sebelah. Anggaplah orang yang mungkin akan bersama kita itu umpama kawan baik kita sendiri, bukan dilabel dengan nama suami atau isteri. Always keep in mind yang kita ni buat bende yang dilaknat Tuhan. Kalau Dia rampas kebahagiaan kita, jangan pernah menangis,. Ukirkan senyuman dan anggaplah ia sebagai satu pertolongan untuk kita dijauhi dengan lautan dosa.

Never lose hope.


(Post Script: Anda tersangkut dalam jerat percintaan? Hidup anda terumbang-ambing? Got no way to turn? Sudikanlah berkongsi masalah anda dengan saya. Insyaallah dengan anugerah yang Allah bagi ni, saya sedia membantu memberikan nasihat dan kata-kata semangat. Mungkin sedikit sebanyak boleh membantu anda. Boleh klik sini >>>ASK GIBB<<< untuk proceed. Sekian.)

25 October 2014

MEMBELI-BELAH DI ZALORA

Hai! Kali ni aku nak cerita sikit pengalaman aku membeli-belah di Zalora buat pertama kalinye. Aku rasa satu Malaysia dah kenal dengan company ni. Zalora ni merupakan antara syarikat terbesar di Malaysia yang menjalankan urusan jual beli secara atas talian.


Apakah yang dimaksudkan dengan jual beli atas talian? Jual beli atas talian (online shopping) merupakan urusniaga yang dilakukan secara atas talian (internet ataupun telefon) tanpa melibatkan pertemuan secara langsung antara si penjual dengan si pembeli. Ia terbukti menjimatkan masa, kos, tenaga, dan kebiasaannya harga barangan yang dijual secara atas talian adalah jauh lebih murah jika dibandingkan dengan harga di pasaran. Namun, cara membeli-belah ini tidak lari daripada wujudnya pro dan kontra.

Actually, aku dah sign-up account dengan Zalora since tahun lepas (2013). Time tu konon-kononnya aku nak survey tank top and undies, tapi tak beli-beli pun. Okay lah, mari kita pertontonkan hasil tangkapan aku kat Zalora ni.

Menggunakan perkhidmatan GDEX sebagai kourier.

Hasil tangkapan, 2 tank top dan 1 T-shirt.

Before aku submit order, aku ade belek-belek e-mail aku. Sekali aku terjumpa voucher code less 18% yang Zalora hantar semena Deepavali. Aku pun dengan happynye mengunakan voucher itu. Dengan jumlah harga RM79.30, aku dapat beli 3 helai baju.

Untuk pengetahuan semua, aku menggunakan sistem COD (cash on delivery) sebab cara ni lebih mudah dan paling meyakinkan. Sejurus aku membuka bungkusan, pihak Zalora turut menyediakan Return Slip dan sehelai borang Poslaju bagi pembeli yang mahu memulang atau menukar barang mereka atas sebab-sebab yang munasabah. Dalam kes aku ni, aku rasa semua barang okay je kot. So rasanye aku tak perlukan borang-borang tersebut.

Return Slip dan borang Poslaju untuk pemulangan atau penukaran barang.

Dalam Return Slip tu, pihak Zalora telah menyediakan prosedur pemulangan barang secara terperinci. Yang borang Poslaju tu pulak, korang hanya perlu mengisi butir-butir pengirim je, yang lain semua Zalora dah isikan secara cetakan berkomputer. Surprisingly bile aku tengok alamat gudang dorang, alahai, sangat dekat ngan rumah aku, Naik basikal aje pon boleh.


Tip-tip untuk membeli-belah di Zalora:

* Daftar akaun di ZALORA.
* Langgani newsletter untuk mendapatkan info tentang promosi dan diskaun terkini.
* Jika ragu-ragu dalam pemilihan saiz, Google tentang jenama pakaian yang ingin anda beli. Jika jenama berasal dari negara-negara Eropah, kebiasaannya saiznya agak besar berbanding jenama dari negara-negara Asia di mana saiznya agak kecil.
* Baca penerangan tentang barang sebelum membeli untuk mengelakkan kesilapan berlaku.
* Belian secara COD amat digalakkan untuk mengelakkan perselisihan jika berlaku masalah di kemudian hari.


Komen tentang Zalora:

Aku rasa happy kot time barang tu sampai. Mak aku yang tolong sattlekan pembayaran. Hari aku terima barang tu, Zalora asyik hantar reminder suruh sediakan duit via SMS sampai 3 kali. Agak annoying gak sebenarnya even it helps. Kualiti kain sangat memuaskan, tapi tank top warna jingga tu agak ketat sikit even saiz die same je macam baju yang lain, which is M. Yang baju Ninja Turtles tu pulak macam agak longgor maybe dalam satu inci je kot, but still selesa dipakai. Overall aku rasa okay dan berbaloi dengan harga. Lepas ni boleh le aku nak shopping lagi.

22 October 2014

TUTORIAL CARA MELETAKKAN KOTAK SOALAN PADA BLOGSPOT

Hi semua pembaca-pembaca yang dikasihi sekalian. Harap semuanya sihat-sihat, happy-happy dan sentiasa ceria selalu.

Aku ada terima soalan daripada seorang pembaca tentang macam mana nak letak kotak soalan pada blogspot. Aku rasa agak menarik juga kalau aku share sedikit ilmu yang boleh diguna pakai oleh semua lapisan masyarakat.


Okay lah, kat sini kau perlukan 3 asas penting:

1) Blog Account (aku akan gunakan akaun Blogspot)
2) Google Account (sebab aku akan menggunakan khidmat Google Drive)
3) Internet connection (kalau tak ada, tak boleh la nak teruskan misi)

**********

Langkah pertama sekali, kau log masuk akaun blog. Then in another tab kau pergi ke laman web Google Drive which is www.drive.google.com (peringatan, perlu ada akaun Google untuk log in akaun Google Drive).


**********

Langkah kedua, kau klick butang "CREATE" (rujuk rajah di bawah) yang berada di sebelah kiri page (warna merah), nanti akan muncul beberapa options, dan kemudiannya pilih option "FORM" (sebab kat sini kite nak buat form untuk soalan).


Lepas dah klik "FORM", satu tab baru akan terbuka dan kau boleh mula buat satu form kat situ. Try to explore your options and have fun with it!


**********

Langkah ketiga, mulalah mengisi form tu. Okay, sekarang ni kau berada kat bahagian "EDIT QUESTION". Kat sini kau ade 3 pecahan yang diperlihatkan which are Form Settings, Page 1 of 1, and Comfirmation Page.

Yang pecahan Form Settings tu, abaikan je. Kau terus skip kat pecahan kedua which is Page 1 of 1. Bende ni yang penting sekali sebab kat sini lah misi kau nak buat kotak soalan bermula. So mulalah mengisi borang tu.


Merujuk rajah di atas, ini yang telah aku isikan:

* Pada bahagian Untitle form, aku telah namakan form ni "SURAT CINTA BUATKU".

* Pada bahagian Form Description, kau boleh pilih untuk mengabaikannya atau merepeklah dengan apa yang kau suke. It's your form, make it your own way. Kat sini aku pilih untuk abaikan je.

* Pada bahagian Question Title, aku buat point ringkas je which is "Ajukan sebarang soalan mahupun cadangan daripada anda di sini!"

* Pada bahagian Help Text, kau boleh lah buat ape-ape ayat yang kononnya akan membantu merangsang minda pembaca agar bertanyakan soalan pada kau. Kat sini aku just tulis "(Identiti anda akan dirahsiakan oleh pihak Google)". So konon-kononnye pembaca or stalker kau takde lah takut nak ajukan soalan or nak maki korang.

* Pada bahagian Question Type, aku telah memilih option "Paragraph text" so that pembaca sume leh mengarang berjela-jela sampai pitam.

* Pada bahagian Advanced settings, Required question, dan Add item tu aku abaikan aje lah sebab macam tak penting je. Tapi buat orang yang rasa bende tu macam penting, korang edit la mana-mana yang patut. Tak rugi sesen pun.

So bile dah siap form tu, klik la butang "DONE" yang berwarna biru tu. Nanti lepas dah klik, form korang akan jadi macam yang kat bawah ini.

 

**********

Langkah keempat, kau scroll down ke bawah sikit, kau akan nampak pecahan ketiga untuk bahagian "EDIT QUESTION" iaitu Comfirmation Page. Pada pecahan ni aku just tick pada option "Show link to submit another response". Yang pilihan lain tu abaikan aje.


**********

Langkah kelima (optional), kau boleh pergi ke bahagian "CHANGE THEME" di mana kau boleh setkan tema untuk kotak soalan korang. So now kau boleh klik butang "CHANGE THEME" yang terletak bersebelahan dengan butang "EDIT QUESTION".


Lepas tu akan muncul la page yang seperti rajah di atas. Kau dapat lihat yang kotak soalan kau putih bersih je. Kat belah kanan page pulak kau dapat lihat beberapa themes yang disediakan oleh pihak Google. Kau boleh pilih tema yang disediakan or kau boleh customize sendiri tema kotak soalan kau mengikut kehendak nafsu kau. Kat sini aku just pilih je ape yang disediakan sebab cara tu lebih mudah (tak payah la aku nak terangkan panjang berjela). Hasilnya adalah seperti rajah di bawah ini.


 **********

Langkah keenam, sila klik bahagian "VIEW LIVE FORM" dan satu tab baru akan terbuka. Kat sini kau akan dipaparkan dengan contoh kotak soalan yang telah kau buat. Jika kau tak berpuas hati, jangan segan silu untuk mengeditnya semula.


**********

Langkah ketujuh, jika kau sudah berpuas hati dengan kotak soalan tersebut, tutup tab tersebut dan kembali pada bahagian " EDIT QUESTION". Scroll pada bahagian paling bawah dan klik "SEND FORM". Kemudian satu pop-up box akan keluar seperti dalam rajah di bawah.


Sila klik "EMBED" dan pop-up box baru akan muncul seperti rajah di bawah.


Pada bahagian Custom size, aku telah menetapkan 500 pixels untuk width dan 800 pixels untuk height. Kau kene adjust bende-bende ni according to your blog templet dan mungkin ia memerlukan kerja berulang-ulang kali. Bila kau dah berasa yakin dengan saiz yang telah ditetapkan, now kau copy HTML yang tersedia itu.

**********

Langkah kelapan, pergi pada blog homepage dan klik pada option "PAGES" yang berada kat belah kiri page.


Lepas page kat atas ni appeared, kau klik kat butang "NEW PAGES". Then page kat bawah ni akan muncul dan segera klik "HTML"


Then now kau paste la ape yang kau dah copy tadi kat ruangan yang disediakan. Lagi satu, jangan lupa bubuh page title kay. Contoh macam kat rajah di bawah ni.


Lepas tu sila klik butang "PREVIEW" untuk melihat rupa paras sebenar kotak soalan kau bile dah bergabung dengan blog.


Kalau kau rasa dah cantik, dah molek, boleh la terus klik butang "PUBLISH". Tapi kalau buruk dan terjojol macam contoh kat bawah ni, sile edit semula width and height untuk kotak soalan korang pada ruangan "EMBED" sebelum ini untuk mendapatkan HTML yang baru.


Kalau jadi macam gambar rajah di atas ni, silalah berusaha untuk mendapatkan saiz yang ideal.

**********

Langkah kesembilan, lepas dah publish, sila pergi ke option "LAYOUT" dan seterusnya klik "ADD A GADGET". Yang ni kalau tak tahu juga, aku ketuk kepala korang. Then pelbagai gadget yang panas akan muncul. So now korang pilih le gadget yang bernama "PAGES". Die berwarna merah, kalau korang tak jumpa, maksudnya korang rabun warna. Sila jumpa pakar mata.


Lepas tu muncul la page bertajuk Configure Page List seperti di bawah ini. Then kau pergi kat bahagian Page to show, kau klik je semua. Kau juga boleh arrange susunan kat List Order.


Lepas dah siap and puas hati, klik "SAVE". Lepas kau dah arrange kasi baik punye kat layout, then klik le "SAVE ARRANGEMENT". Then kau boleh view blog kau. Hah, cantik ke tidak? Kelas ke tidak?


As you can see kat gambar rajah di atas, kat bahagian atas sekali dah ade 3 menu di mana sebelum ni ade 2 je. Ade menu Home, Ask Gibb, dan Surat Cinta. So, mission accomplished.

**********

Actually, tak selesai lagi. Kau kene uji kotak soalan tersebut sama ada ianya berfungi atau tidak. So kat sini aku akan tulis sedikit note dan klik "SUBMIT".


Lepas dah submit tu akan muncul la kotak macam kat bawah ni.


Then kau pegi balik kat page Google Drive kau, klik pada file "SURAT CINTA BUATKU (Responses)".


Lepas tu tab baru akan terbuka dan akan keluar lah page berbentuk excel seperti di bawah ini. Kalau apa yang kau submit tadi appeared, maknanya kotak soalan yang kau buat tu telah berjaya.


**********

Harap korang semua enjoy dengan tutorial ni. Kalau rasa tak lengkap, ataupun kurang faham, boleh le komen kat bawah and sure aku akan reply. Tapi aku yakin korang mesti faham punye. Korang kan pandai-pandai, belajar sampai PhD. Kalau tak faham jugak sila makan Vitamin Champ banyak-banyak bagi cerdik sikit, tak pun makan kismis sebotol terak. Sekian

20 October 2014

AKU DAN KARAOKE


Kalau korang pernah baca entry aku yg bertajuk #20FACTSABOUTME, sure korang dah tahu yang aku ni kurang gemar berkaraoke. Namun, aku amat suke menyanyi sorang-sorang dalam bilik. Feeling gile.

So, aku buat keputusan yang kali ni aku nak bagi korang peluang mendengar sendiri nyanyian aku yang agak hambar. Di bawah ini desertakan sebuah audio berbentuk video yang aku rakam sendiri around 3:00 am. Time tu aku ade trouble sleeping.

Lagu bertajuk Safe and Sound originally dinyanyikan oleh Taylor Swift featuring The Civil Wars untuk soundtrack filem The Hunger Games (which is aku tak pernah tengok pun cerita tu). So, please enjoy this poor karaoke version of mine.

 

So, ape pendapat korang? Teruk kan? Rasa macam nak dengar lagi tak? Boleh tido malam tak lepas ni?

15 October 2014

1 YEAR ANNIVERSARY


Wah! Sedar tak sedar hari ni, bertarikh 15 Oktober 2014, maka genaplah blog aku ni berumur 1 tahun! Happy anniversary GGE!

Thank you for your support! Love you.
I must said that this is my first time sticking with the same blog for at least 1 year. Sebelum ni aku dah menulis dalam 4 blog yang berbeza dan semuanya kelihatan hambar je. Naharom. Tak sangka plak bile aku menulis topik pasal kehidupan gay aku, manusia mula memberi perhatian nak baca.

Walaupun susah nak menyembunyikan identiti sebenar ini dan aku tahu someday somehow ia pasti terbongkar jua, namun aku harap korang dapat kenal aku daripada penulisan aku. Aku jugak nak berterima kasih pada para pembaca mahupun blog walker yang sudi singgah menjamu entri-entri yang terhidang di dalam blog ni.

Kepada blogger-blogger lain yang memberi sokongan, terima kasih aku ucapkan. Tanpa korang aku mati kutu sebab aku tak boleh nak curi idea penulisan korang. Hahahaha!

Buat pembaca yang mengikuti manuskrip Budak Gerai, aku nak mohon maaf sebab aku terpaksa menghentikan penulisan sebab cerita tu dah melalut (tipu je), aku minta maaf sesangat.

Buat haters yang cakap aku ni poyo tak reti menulis dalam English, itu bukan masalah aku.

Dan bersempena hari ini, aku menghadiahkan diri aku dengan sebuah antologi bertajuk Bogel Menuju Tuhan karya Zahiril Adzim. Aku saje je beli sebab aku memang minat gila lakonan Zahiril. Since kemunculannya dalam siri Kami, aku dah fall in love dengan bakat die. Walaupun die ni tak super hensem, tapi bagi aku die superb!

Antologi nukilan Zahiril Adzim.

Paling best sebab dapat self autograph die. Basah lagi dakwat pen tu.

Aku dapat cek ni Isnin lepas, agak-agaknya nak buat ape eh?

(Post script: Sape yang nak bagi cadangan, soalan, mahupun ketidakpuashatian, boleh la klik slot "Ask Gibb" yang terletak kat header or leh je terus klik kat sini >>>ASK GIBB<<<. Sekian.)

6 October 2014

10 FASA PERCINTAAN GAY YANG MUNGKIN PERNAH ANDA ALAMI

Kisahnye aku telah berborak dengan seorang mamat yang selalu bercakaran dengan aku time chatting dan telah memberi aku idea untuk mengimplementasikannya menjadi sebuah entry.

Di bawah ini merupakan 10 fasa percintaan yang mungkin pernah dihadapi oleh rata-rata insan yang bernama gay di seluruh Malaysia:


FASA 1 : JATUH HATI

Kau mula jatuh cinta kat seorang mamat ni (tak kesah le kau kenal die kat mana sekalipun) dan kau berniat nak kenal die dengan lebih rapat lagi.



FASA 2 : ADIK-BERADIK ANGKAT

Now, korang dah rapat sangat tapi malu nak mengaku perasaan masing-masing. So korang decide nak berabang/beradik angkat je. So bile kawan-kawan lain nampak, korang tak la rasa janggal tentang relationship korang yang akward tu.



FASA 3 : BERCINTA

Korang rasa kawan-kawan dah macam tak kesah dah dengan perilaku adik-beradik angkat korang, jadi sekarang korang decide nak luahkan perasaan cinta yaang terpendam itu. Korang kelihatan bahagia disamping berjaya mengaburi mata-mata kawan-kawan sekeliling dengan status adik-beradik angkat itu sendiri.



FASA 4 : BERPISAH

Mahligai yang dilaknat Tuhan itu akhirnya musnah. Mungkin kerana sudah tidak bersefahaman lagi, bosan, mahupun muncul insan ketiga. Kau sukar melupakan memori indah yang terbina itu. Namun apakan daya, qada' dan qadar sudah menyatakan cinta kalian setakat itu sahaja.



FASA 5 : KEMURUNGAN

Kau rasa sedih teramat dan kau rasa dunia kau tak ceria tanpa dia di sisi. Kau tu pun bodoh berharap sangat pada cinta kau tu. So banyak masa kau dihabiskan dengan bersendirian. Makan tak mahu, mandi tak mahu, konek pun tak mahu. Kau hanya mahukan dia sahaja.



FASA 6 : MULA BERCAKAP TENTANG MASALAH 

Kau dah bosan duduk terperap dalam bilik, so kau mule bercerita masalah kau kat kawan repat kau, or kau mule bercerita dengan stranger yang baru seminit kau kenal kat laman sosial. Kau bercerita tentang kenangan indah tatkala bersama dia, kau hujahkan tentang kenapa kau putus dengan die, sampaikan kau cerita perkara yang sama berulang kali pun kau tetap tak perasan. Orang yang dok mendengar masalah kau tu pun mengiyakan aja dan cube bagi sokongan pada kau supaya kau happy semula.



FASA 7 : MAHUKAN DIA SEMULA

Selepas meluahkan segala-galanya rahsia perhubungan silam, kau berhasrat mahukan dia semula. Kau hanya anggap kawan kau tu hanyalah pusat rehabiliti supaya kau mendapat keberanian untuk mengiyakan perasaan sayang pada si dia walaupun sebelum ini kau amat kecewa dengan perpisahan itu. Kau mula mesej si dia semula, dan si dia mula melayan perasaan kau dengan baik. Namun, situasi kau sekarang umpama bermain tarik tali. Perasaan sayang itu muncul, tapi kau masih tidak pasti sama ada perasaan itu nyata atau sebaliknya.

 


FASA 8 : MINTA PENDAPAT

Kau mahukan sokongan supaya kau mendapat keberanian untuk bersama dengan si dia semula. Namun kawan kau ni macam terlalu pakar tentang perihal cinta, berkeras-kerasanan menyuruh kau melupakan si dia. Namun kau masih tak mampu. Walaupun pendapat kawan kau itu kelihatan bernas, namun syaitan nirrajim tetap menyokong kau meneruskan misi untuk bersama si dia.

 


FASA 9 : BUAT KEPUTUSAN

Dah tiba masanya kau buat keputusan untuk kebahagiaan diri kau. Kau akan ada sedikit dilema di mana kedua-dua keputusan akan memberi impak yang baik dan buruk. Kau dah tak boleh leka lagi, masa kau banyak terbuang sebab asyik memikirkan perihal hati sahaja. Setelah mendapat keyakinan, lantas kau pun membuat keputusan antara "epal beracun" ataupun "croissant berinti tuna" (Tetibe aku rasa lapar pulak).



FASA 10 : KAU KEMBALI CERIA

Fasa ini terbahagi kepada dua:
* Kau gembira kerana bersama dengan si dia semula, atau
* Kau gembira kerana berjaya melupakan si dia.



Tak kesah le kau buat pilihan macam mana sekalipun, aku berjanji yang kau tetap akan bahagia di pengakhirannya. Itu dua' aku pada kawan-kawan yang menghadapi masalah percintaan, baik buat yang lurus mahupun yang bengkang-bengkok.

"Jangan pernah takut untuk mengambil risiko dalam percintaan."

(Post script: Terima kasih pada abang Shark kerana telah mendatangkan idea penulisan saya pada kali ini. Entry kali ini mungkin menyampaikan mesej yang berbeza-beza kepada setiap individu yang membacanya. Apa yang baik dijadikan teladan, dan yang buruk itu dijadikan sempadan.)