Pages

27 October 2014

#ASKGIBB : DUNIAKU GELAP SETELAH MENGETAHUI KAWAN BAIK MEMPUNYAI KEKASIH


Hai Gibb,

Sajalah nak bercerita. Saya seorang remaja berumur 18 tahun. Mula masuk ke alam yang salah ini sejak berusia 13 tahun. Tiada faktor yang membawa saya ke alam ini cuma ianya datang dengan sendirinya. Bukannya datang dengan sendirinya cuma ianya bermula sejak berkenalan dengan seorang rakan kelas yang baru sebab baru masuk sekolah asrama. Kami sentiasa bersama sejak dari masa itu. Dia jenis seorang yang ambil berat, tanya "dah makan belum?", suka ajak belajar sesama, suka bercerita dan berkongsi masalah dan kekadang dia saja cakap  kan best kalau dapat kahwin dengan kau".

Jadi dengan semua benda yang dia lakukan, saya rasa sangat selesa dengan dia, rasa macam nak hidup dengan dia, dan perasaan suka dan cinta itu terhadapnya terlahir. Tapi saya tak berani nak cakap yang saya suka dia sebab saya takut dengan luahan seperti itu dia akan menjauhkan diri dia dengan saya. Sampai satu hari, dia cerita yang dia sudah ada kekasih hati. Perlahan-lahan saya merasakan hidup ni seperti gelap. Saya dengan perlahan-lahan beransur keluar dari hidup dia. SPM saya dah tak ambil kisah, saya buat saja cincai-cincai dan akhirnya keputusan saya memang teruk dengan mendapat kecacatan result iaitu ada gred C.

Saya timbulkan rasa benci terhadap dia dan sekarang saya seorang yang seperti tiada perasaan melihat lelaki dan perempuan, sebabnya saya takut akan disakiti lagi. Apapun saya sedar yang kisah itu tadi memang salah saya sebab saya yang salah tafsir. Kini saya bergerak ke hadapan. Memang fitrah hidup, lekaki pasangannya perempuan. Cuma perasaan yang tak guna ini yang salah. Whatever it is, I hate my life. Keep wonder why God let me live in this world :( .

Terima kasih mendengar luahan isi hati. Harap beri sedikit motivasi nasihat teguran.
Terima kasih membaca

(EncikAB)


**********


Hi EncikAB,

Terima kasih kerana sudi berkongsikan masalah anda. Insyaallah, saya akan cuba memberi pandangan saya.

Dalam pengalaman Gibb, jatuh cinta dengan lelaki lurus (straight) ni memang satu masalah yang akan dihadapi oleh semua insan yang bergelar PLU. Gibb sendiri mengaku yang diri ini juga pernah berhadapan dengan situasi yang sama (boleh rujuk kisah BROMANCE Gibb).

Bagi Gibb dalam membina persahabatan dengan seorang lelaki normal, kita kene wujudkan satu garis sempadan supaya kita tak hanyut jauh dengan perasaan. Sebenarnya, apabila rakan EncikAB menyatakan yang dia sudah mempunyai kekasih hati, kita sebagai seorang sahabat patut gembira dan bagi sokongan padanya, bukannya membencinya. Gibb tahu memang pedih sikit rasanya, tapi itulah kehidupan. Tuhan boleh tarik apa yang dipinjamkan itu bila-bila masa sahaja. Sekurang-kurangnya bersyukurlah kerana Dia memberi peluang kepada kita untuk merasakan kasih sayang daripada insan lain.

Bila EncikAB mula menjauhkan diri dan merasakan dunia sudah gelap, bagi Gibb itu memang situasi yang biasa bagi seorang remaja yang berada dalam kekecewaan. Seorang remaja ini umpama suatu kuasa yang ingin direbut oleh elemen cahaya dan kegelapan. Jika kita memilih untuk menjurus ke arah kegelapan, maka gelaplah jadinya dunia kita. Kalau boleh, padamkan rasa benci pada rakan saudara itu, belajar memaafkan diri sendiri dan belajar cara untuk menyesuaikan diri dengan keadaan yang dihadapkan pada kita.

Gibb tahu EncikAB masih muda, umur pun baru 18 tahun. Jika result SPM tu teruk, tak bermakna kita tak akan berjaya dalam hidup. Result Gibb dulu pun teruk juga, siap ada D lagi. SPM ni bukan pengakhiran, tapi titik permulaan dalam kehidupan kita. Apa yang penting sekali kita berusaha, jangan lupa solat, berdu'a dan tawakal kepada-Nya. Insyaallah kita akan diberi pertolongan.

Tentang perasaan saudara yang seperti tiada perasaan untuk bercinta kerana takut disakiti, itu adalah perkara yang normal selepas situasi yang berlaku pada saudara. Mungkin hati yang remuk itu akan pulih semula walaupun memakan masa berpuluh-puluh tahun. Jangan kerana satu tragedi, kita menyalahkan satu dunia. Masa yang berlalu bakal memulihkan semula keadaan. Mungkin satu hari nanti akan muncul seorang insan yang boleh membimbing saudara, seorang yang boleh dipanggil kekasih hati.

Beringatlah, Tuhan memberi kita ujian kerana Dia yakin yang kita mampu menempuhi ujian tersebut. Jangan pernah menganggap ujian itu satu bala, tapi anggaplah ianya satu anugerah. Ujian yang kita tempuhi akan mendewasakan kita, insyaallah.

Never lose hope.


(Post script: Sebarang perkongsian masalah, bolehlah klik di sini >>>ASK GIBB<<< untuk dikongsikan. Sekian.)

No comments:

Post a Comment