Pages

7 June 2014

GAY DAN GAME

Bila korang baca tajuk entry aku kali ni, mesti macam korang penah dengar, kan? Aku dapat idea nak tulis entry ni lepas aku terbaca blog di-satu-sudut.blogspot.com dengan tajuk yang sama.

Bagi jejaka straight kat luar sana, mesti pelik kan bile tengok budak-budak gay ni selalu hebat bile main game. Korang mesti tak sangka spesis macam kami ni sangat berkebolehan. Kalau korang nak tahu, kebanyakan daripada kitorang memang mempunyai zaman kanak-kanak yang agak sukar berbanding kanak-kanak lelaki sebaya yang lain. Okaylah, aku nak cerita sikit sejarah aku dengan game.

Kisahnya aku membesar sama je macam budak-budak sebaya yang lain, still bermain sama-sama dengan anak-anak jiran. Memang nampak gembira, tapi aku akan rasa sedih gile bila anak-anak jiran lain ejek aku "pondan". Walaupun aku nampak macam tak amik kesah hal tersebut, tapi emosi aku cukup tersentuh dan rasa macam nak nangis je, tapi kalau nangis, lagi lah dorang ejek. Korang bayangkan time tu aku baru umur 8 tahun, dah nak kene dealing dengan dunia yang penuh pancaroba ini.

Rasa tersisih, tapi masih tabah mengharungi.
Sampaikan pada suatu hari (time tu aku dalam umur 10 tahun), anak jiran sebelah rumah mandikan aku dengan sebotol air kencing. Time tu aku memang dah tak tahan, terus menangis balik rumah. Mak aku tanya kenapa pun, aku diam je. Rasa malas nak kecoh-kecoh sebab tak nak nanti bermasam muka dengan jiran pulak.

So lepas tu, memang aku dah tak tegur dah ngan budak tu, kuar rumah pon dah jarang. Aku pon cari inisiatif lain untuk gembirakan hati. Kebetulan parents aku baru je beli komputer sebab kakak aku nak masuk universiti, jadi aku pon explorelah komputer tu. Sekali ade game Daytona USA, almost everyday aku main game tu. Rasanya tu lah game pertama yang aku main. Kalau pergi game arcade ngan kawan-kawan kat shopping mall, aku mesti main game tu.

Inilah game Daytona USA. Pernah main tak korang?
Yang ini korang boleh main sampai 8 player. Aku pernah main bende alah ni kat Subang Parade dulu.
Bila aku naik Darjah 5, aku dah mula pandai menginstall game kat dalam PC (personal computer). Bukannye susah, masukkan CD game, klik "Next, Next, Next", klik "Install", then klik "Finish". terus boleh main. Kalo tak boleh main tu, aku terus delete sebab takut kakak aku marah install game banyak sangat. Kalo tak main game kat rumah, aku pon pegi la CC (cyber cafe). Gigih menapak sebab nak main game je. Kat bawah ni antara game-game yang aku kerap main sekitar umur 11 hingga 18 tahun:

SEGA Sonic the Hedgehog
Pokemon
SEGA Bubble bobble
Digimon - Digital Card Battle
The Sims
Chocobo Racing
Ragnarok Online
Need for Speed Underground 2
Need for Speed la game terakhir aku main time sekolah dulu. Lepas tu aku dah jarang main game sampailah ke zaman universiti. Maybe sebab time tu komputer rumah aku dah rosak dan hormon main game aku dah berkurangan. Hahaha. Time tu zaman Myspace, rajin gila aku melayan natang tu. Siap aku ade buat peruntukan duit saku khas untuk pegi CC je setiap minggu. Masa tu jugak lah hormon gay aku meningkat dengan mendadak.

Late 2007, aku pon melangkah masuk ke alam universiti. Time tu mak aku belikan laptop baru, brand Acer. Aku rasa memang terbaik lah laptop tu. Ram die support banyak game dan grafik kad die pon gempak. Aku pon mulelah membeli game-game yang berkenan di hati dan segera ku install ke dalam laptop. Walaupun mak aku dah pesan supaya gune laptop tu time perlu je (agak-agak mak korang pesan bende yang sama tak?), tapi apakan daya, kehidupan di universiti sangat membosankan. Laptop digunakan secara multi-purpose. Berikut adalah game-game yang aku khusyuk main time kat universiti:

Desperate Housewives the Game
Singles
Need for Speed Most Wanted
The Sims Life Stories
Diablo 2
Simcity 4
Spore
Paling aku tak sangka, aku gigih main Diablo tu ngan kawan-kawan aku. Biasanye strategy game aku lemah sikit, aku lebih suke main arcade or puzzle game. Sebab tu aku suke main game The Sims, game tu tak payah strategi, nyawa pon takde.

Time kat universiti la aku dapat tahu yang banyak pondan-pondan (dorang pon gay jugak) suke main game. Aku dengar dorang main game lagi epic daripada aku. So aku pon buat lah kajian mengapa golongan gay ni gemar main game. Antaranya sebab terlalu sunyi sebab dipinggirkan, mencari inisiatif lain untuk menggembirakan diri sambil mengurangkan stress, dan ingin membuktikan bahawa meraka lebih berkebolehan dalam bermain permainan komputer berbanding lelaki tulen. Mostly kaki game ni mesti ala-ala nerd dan berkaca mata. Aku ade sorang kawan yang suke main game online, aku panggil die "pondan game".

Umur sebenarnya tidak menjadi ukuran. Daripada kita duduk layan porno, baik kita main game!
Actually daripada game la aku start belajar banyak pasal computer. Aku kenal megabites, ram, hard disc, motherboard. Time remaja dulu rumah aku setakat ade PC je, Playstation ke, gameboy ke, sume takde. Satu hari Tuhan tu bagi anugerah, aku dapat CD game Digimon World 2. Korang mesti pernah dengar sesetengan game PC perlu dimainkan bersama-sama CD die sekali. Tidak aku sangka game Digimon tu menginstallkan PC rumah aku ngan installer Playstation. So aku boleh main game Playstation gune PC je.

Kan best kalau abang ni main game ngan aku.
Kesimpulannya jangan pandang lelaki gay takde mata. Kitorang pon pandai main game jugak la. Dengar cerita The Sims 4 baru aje dilancarkan bulan lepas. Bestnye, hope ade peluang nak main game tu. Okay lah, sampai di sini saje Gibb nak celoteh, ade umur yang panjang kita berjumpa kembali. Enjoy video kat bawah ni.

 
 The Sims 4

6 comments:

  1. Nanti nak share jugaklah pasal game ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. share la... n buat tajuk entry yang sama jugak.. baru havoc

      Delete
  2. aku primitif, x maen game2 ni... sbb byk masa aku hbs tgk anime dan melukis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku pon layan anime n siap buat komik lagi bagi kawan2 aku baca... tapi lukisan tu buruk sangat

      Delete
  3. hurm....mcm pelik je bile ckp golongan gay ni sunyi.....selalunya bukan korg akan melepak berkumpul bersama abiskan mase ke?such as dating tgk wayang ke..

    ReplyDelete
    Replies
    1. time ni umur sekolah rendah... mana ade kawan gay pon...

      Delete