Pages

28 June 2014

MY BROMANCE RELATIONSHIP


Fuh, akhirnya aku dapat gak curi klip video kat atas ni dari Facebook. Gigih aku study tutorial macam mana nak save video from facebook! Resultnya BERJAYA.

Actually aku tertarik ngan video kat atas ni sebab rase macam sweet je tengok dua orang sahabat ni bermesra bagai. Itulah dinamakan bromance. Perkataan bromance terbentuk daripada gabungan dua perkataan antara BROTHER dan ROMANCE.

Bromance bermaksud hubungan yang sangat rapat antara dua orang insan yang bernama lelaki tanpa membabitkan perasaan intimasi ataupun seksualiti. Kadang-kadang hubungan bromance ini dilihat tersangat rapat oleh orang sekeliling sehingga adakalanya mereka dituduh sebagai pasangan gay. Mana tidaknya, kau tengok dorang selamba je manja-manja, suap-menyuap dekat public, of course la kau akan cakap dorang tu gay. Kalau mandi kat air terjun tu, siap gosok-menggosok belakang badan masing-masing. Makan hati je mata ni tengok. Hahaha.

Ted dan Barney (How I Met Your Mother)
Aku ade je bromance relationship time aku study dulu. Walaupun die tahu aku ni gay, namun persahabatan kami still akrab. Aku pun tak tahu macam mana die dapat detect sex orientation aku. Maybe sebab die daripada boys school, so die biase kot bergaul ngan PLU.

Kitorang selalu lepak berdua-duaan bersama. Breakfast sama-sama, ponteng kelas sama-sama, even pagi pun aku akan kejut die bangun untuk pergi kelas sama-sama. Kitorang start clicking with each other time penghujung semester 2. Waktu tu aku feeling down sikit and he come to the rescue. Yang peliknye before this kitorang jarang nak bertegur sapa. Even die berasal dari mana, apa yang die minat, aku tak pernah nak amik kesah pon.

Tapi lepas kenal die, surprisingly kitorang banyak minat yang sama. Walaupun hidup die agak sosial, kaki clubbing, minum dan main perempuan (which is lelaki yang terakhir aku akan berkawan), tapi tak sangka deep down die lelaki yang baik, hormat orang tua, gentelman, dan yang paling penting jaga perasaan kawan-kawan.

Aku teringat pulak peristiwa first time aku lepak teman die hisap rokok kat tandas, die siap hulur rokok die kat mulut aku, dah la time tu aku puasa. Time tu jugaklah die cerita kat aku yang die malas nak pegi dinner fakulti (die ni memang pemalas sikit nak melibatkan diri dengan aktiviti fakulti, kecuali sukan). So aku pun pujuk la die supaya pergi. Aku cakap kat die, tak best lah kalau die tak pergi.

Malam dinner tu, die pun muncul  memakai kemeja putih, bertali leher hitam, and give a smile to me. Kitorang berkepit tangan dan berjalan masuk ke dalam dewan. Walaupun duduk berlainan meje (sebab die nak duduk dengan geng-geng die), he still look at me and flash a smile. Aku simpan lagi gambar kitorang selfie berdua dan pernah gune pic tu buat background kat laptop.

Perasaan aku boleh digambarkan macam dalam gambar ni bile die hadir pada malam itu.
Hari-hari berikutnya lepas dinner fakulti, aku dan die dah macam belangkas. Berlanjutan pula ke semester 3, kitorang super akrab, ke mana-mana sahaja bersama. Even kalau group assignment pon mostly aku buat dengan die. Sampaikan roommates aku kuar lepak pegi mana pon aku malas nak amik tahu. Kitorang dah bukan lagi bromance, tapi dah macam PDA (public display of affection) couple. Even kat library pun kitorang duduk kat ceruk-ceruk rak buku dan duduk side by side. Kalau naik kereta balik KL, aku sure akan tidur atas riba die kat sit belakang. His like my partner in crime for a little while. Kalau die tak datang kelas, orang mesti tanya aku kenapa die tak datang. Yang bestnye classmates aku tak pernah pun anggap kitorang ni gay.

Bromance paling awesome, Chuck dan Nate (Gossip Girl). Makan hati tengok dorang ni.
Alamak, banyak pulak nak cerita kan. Next entry la aku sambung. Hahaha...

..........to be continue
(nak jugak)

4 comments:

  1. Untungnya, serius untung. Cemburu ahh dengar. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. time tu memang aku rasa I am the luckiest guy in the whole planet! HAHAHAAH

      Delete
  2. SilentButFullMeanings12 August 2014 at 00:45

    Hahaha, pengalaman yg hampir sme dgn aq n mmber aq ni...tp aq senior dia junior, after graduate, we become business partner

    ReplyDelete
    Replies
    1. business partner ? wowoww..

      tp at least ko still jumpe muke die hari2

      Delete