Pages

5 June 2014

BUDAK GERAI - CHAPTER 04


Pagi Sabtu yang dingin, Kamal bangun daripada tidurnya lalu terus ke bilik mandi untuk membersihkan diri. Dipasangnya air pili lalu memenuhi tab mandi. Ternyata bilik mandi itu kelihatan eksklusif untuk seorang jejaka berumur 20 tahun. Kamal duduk sebentar di tepi tab mandi itu memerhatikan keadaan sekeliling. Semuanya dalam keadaan tersusun. Syampu, cecair mandian, 2 helai tuala berwarna hitam dilipat dan diletakkan di kabinet, jubah mandi juga digantung rapi, semuanya kelihatan sempurna. Setelah air penuh di dalam tab, Kamal pun masuk dan mula berendam, fikirannya masih memikirkan tentang seseorang yang pernah dicintainya dahulu.

Setelah puas berendam, Kamal pun membersihkan dirinya lalu mencapai tuala hitam yang sedia ada di dalam kamar mandi tersebut. Badannya dilap kering. Kemudian Kamal mencapai beg galasnya dan mengenakan dirinya sehelai baju-T hijau serta berseluar jeans hitam yang dibawanya dari rumah. Kelihatan Tariq masih nyenyak tidur. Kamal tersenyum seketika. Ingin dikejutnya budak itu namun Kamal tidak sampai hati. Kamal pun turun ke dapur untuk menyiapkan sarapan.

**********

"Morning Kamal. Kau buat ape ni?" Tariq masuk ke ruangan dapur. Matanya kelihatan mamai.

"Morning princess. Baru nak bangun ke? Ni aku ade buat sedikit sarapan untuk kau." sapa Kamal.

"Awalnye kau bangun. Asal tak kejut aku?"

"Aku kesian kat kau, biar je lah kau tido lama sikit. Tadi lepas mandi aku ade gune tuala kat dalam bilik air tu, harap kau tak kesah. Dan maaf la aku suke-suke je gune dapur ni." Kamal meminta maaf.

"Eh, tak ape la. Aku okay je. Bukan masalah besar pun. Lagi pun sepatutnya aku yang buatkan kau breakfast, ni terbalik pulak." jelas Tariq.

"No problem la. Okay semuanya aku dah hidang atas meja. Aku buat yang simple-simple je. Kau nak minum jus ke, atau kopi?" tanya Kamal.

"Jus la, aku tak minum kopi le. Eh, mana kau dapat pancake?" Tariq tertanya-tanya. Setahunya di rumah itu tiada bahan-bahan membuat pancake.

"Oh, aku bawak pancake mixed dari rumah la. Kat rumah aku ade banyak, aku buat stok." jelas Kamal sambil ketawa kecil.

Mereka berdua pun duduk di meja makan menikmati sarapan bersama-sama. Tariq kelihatan gembira kerana dia sudah lama tidak menikmati sarapan pagi. Kebiasaannya pagi-paginya dihabiskan dengan menunggu bas ataupun mengejar teksi untuk ke universiti. Memang tiada masa langsung untuk bersarapan pagi. Apatah lagi tinggal bersama seorang ayah yang jadual makannya sentiasa di restoran.

"Kamal, thanks tau sebab buatkan breakfast untuk aku." Tariq menghargai.

"Tak ade hal la. Aku okay je. Eh, cepatlah makan, lepas ni nak kemas bilik tetamu kat atas kan? Kan semalam aku dah janji nak tolong kau kemas." kata Kamal.

Tariq pun menyudahkan sarapannya, mencuci pinggan, dan seterusnya menuju ke bilik tamu bersama-sama Kamal. Mereka pun mula mengemas bilik tersebut. Kamal menyapu lantai, membuang sawang-sawang dan juga mengelap tingkap. Sementara itu Tariq pula menggantikan cadar katil dan sarung bantal. Langsir bilik itu juga turut digantinya. Sesudah siap dikemas, haruman sitrus disembur bagi menyenangkan udara dalam bilik tersebut. Kemudian, mereka berdua duduk di penjuru katil.

"Yes, akhirnya bersih jugak bilik ni. Kalau kau tak tolong aku, entah-entah bilik ni dah serupa stor kot. Thank you Kamal." kata Tariq.

"Alah, no hal la. Bende kecik je. Aku duduk rumah pon bukan ade buat ape. Lagi pon seronok dapat tolong kau, at least dapat penuhkan masa terluang." kata Kamal.

"Kamal, hari ni kau busy tak?" tanya Tariq.

"Tak pon, just malam ni je aku kerja. Kenapa?" bicara Kamal.

"Hurm, ingat nak ajak ko kuar jalan-jalan. Aku lama tak kuar tengok dunia luar. Tapi ko keje pulak, mungkin lain hari je lah." jelas Tariq sambil tersenyum.

"Tariq, aku ingat nak gerak dulu lah. Aku ada kerja sikit nak buat. Ape-ape hal nanti ko text aku kay." Kamal mengangkat punggungnya lalu berlalu pergi.

Tariq mengiringi Kamal ke pintu kereta miliknya. Kamal menghidupkan enjin keretanya lalu dipandunya pergi. Sifatnya dingin selepas Tariq mengajaknya untuk keluar bersama. Dia pergi begitu sahaja tanpa bersalam mahupun mengukir senyuman.

..........to be continue

2 comments:

  1. pendek lah..x puas baca..pape pon..gud job...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni pendek sebab saki baki yang ade dalam draft selama 2 bulan... btw, tq support

      Delete