28 June 2014

YEAY, RAMADHAN!


Assalamualaikum semua! Korang, esok kita sebagai umat Islam akan berpuasa! Excited tak? Atau kau dah buat muke tahi dan bermalas-malasan? Rileks la, kejap je. Puasa bukannya susah, dan bulan ni lah kau nak buktikan kuat ke tak ketahanan iman dan nafsu kau. Ingat, setan semue dah kene rantai, sekarang kau kene lawan satu bende je, si halimunan bernama NAFSU!

Sebelum berpuasa, aku nak kau mantapkan diri sambil melawan cuaca yang panas kat luar sana. Lepas tu aku nak kau minum air banyak-banyak supaya kau tak dehydrate time puasa nanti. Jangan lupa bangun sahur, sahur tu penting supaya kau tak mati kering dipertengahan hari. Untuk rakyat Malaysia yang duduk di tanah semenanjung, aku rase better kau set alarm jam dalam pukul 4:30 pagi. Time bangun tu kau sempat lah gak nak masak nasi goreng atau menu-menu segera yang lain. Kalau kau jenis nak makan nasi dan lauk sedap-sedap time sahur, better buat mice en place di malam hari before kau tidur. So pagi tu kau takde la terkejar-kejar nak masak.

Lepas kau dah kenyang makan, now kau boleh mula berniat puasa.

Niat berpuasa (sehari) Ramadhan.
Niat berpuasa Ramadhan untuk sebulan.
Kalau kau jenis banyak makan semut macam aku, aku sarankan kau niat je sebulan terus. So hati kau akan tenang dan takdelah rungsing bagai memikirkan yang kau ni dah niat puasa atau belum. 

Aku biasanya akan bangun sahur pukul 5:00 pagi kalau mak masak (untunglah mak masak). Tapi kalau mak macam ala-ala malas bersahur, aku akan bangun dalam pukul 4:30 pagi dan sediakan juadah yang simple-simple. Aku ni jenis tak kesah bersahur dengan juadah lain selain nasi. So sometimes aku akan goreng mee, buat roti sardin, atau sosej dan omelet. Tak pun makan je leftovers daripada waktu berbuka semalam.

After siap sahur, rutinnye aku akan berus gigi, then minum segelas air bagi melancarkan saki-baki makanan yang masih ade kat rongga tekak ni. Kemudian baru kemas dapur dan cuci pinggan sementara nak tunggu azan subuh. Biasanya kalau belum azan Subuh, aku akan curi-curi minum air sikit, hahaha. Bila azan dah dilaungkan, aku terus solat Subuh dan bersiap untuk ke tempat kerja.

Bagi mereka yang kadang-kadang terlajak tidur dan terjaga pukul 5:30 pagi, korang jangan risau. Segera tenangkan diri dan makan je ape yang ade dalam peti ais tu. Ingat, waktu Imsak itu wujud sebab taknak umat Islam terlajak makan waktu sahur sampai ke azan Subuh (setahu aku lah). So, tak batal pun puasa kau kalau kau nak melantak lepas time Imsak, janji kau tak terlajak sampai ke azan Subuh.

So, lepas kau dah seharian menahan nafsu, dahaga dan lapar, solat kau jaga, pancaindera dah kau disiplinkan diri dari buat perkara-perkara keji, sekarang kau boleh berbuka dengan hati yang riang sambil meraikan kemenangan kau pada hari tersebut. So time berbuka kau bolehlah baca niat kat bawah ni.

Niat berbuka puasa.
Time berbuka tu jangan plak melantak bagaikan jin, slow-slow makan tu. Anggap lah kau tengah dinner dengan kekasih hati, sopan je makan ayam goreng tu. Lepas tu solat Maghrib, and get ready for Tarawih!

(Post Script: Segala niat-niat di atas bersumberkan daripada Google search. Ada banyak lagi versi  niat berpuasa, ada juga yang pendek dan mudah dihafal. Niat dalam Bahasa Malaysia juga diterima pakai dalam Islam. Apa yang penting sekali niat itu datang daripada kesungguhan hati. Insyaallah puasa anda akan dirahmati oleh-Nya.)

4 comments:

  1. Replies
    1. selamat berpuasa juga buat cik adam hakim.

      Delete
  2. Banyak ilmu agama cik abang ... Mantappp ... Moga jadi rabbaniyyun bukan ramadhaniyyun ... Hee 😊😃

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya hanya berkongsi, banyak dengar ceramah agama untuk membetulkan apa yang masih salah pada diri.....

      Delete