"Ermm, ayah. Sebenarnye Tariq kene samun tadi. Ayah maafkan Tariq, kereta ayah dah kene samun." rayu Tariq sambil melutut pada kaki ayahnya.
"Nasib baik kau kene tumbuk je. Kalau bende lain jadi, kan susah." sayu seorang ayah melihat anaknya menangis.
"Macam mana ayah tahu?" Tariq hairan.
"Ayah ade seorang kenalan yang tinggal berhampiran gerai yang kau selalu pergi tu. Ayah selalu pesan pada dia supaya selalu perhatikan kau kalau kau ke sana. Alhamdulillah, lepas dia ternampak saje kejadian semalam, dia terus call ayah." jelas ayahnya tenang.
"Habis tu, penyamun tu macam mana?"
"Penyamun tu dah kene cekup dah. Kereta pon dah ada kat balai. Esok kita ke balai, ayah nak kau buat laporan lanjut." kata ayahnya.
Tariq menarik nafas lega. Keadaan dirinya kembali tenang setelah mendengar berita tersebut. Kadang-kadang dia berasa sangat beruntung menjadi anak orang kaya, di mana-mana ada sahaja mata-mata yang memerhatikan dirinya. Walaupun ayahnya tegas, namun perasaan risau seorang ayah pada anaknya masih terpahat. Tariq mencium tangan ayahnya sebelum mengundur diri untuk ke kamar tidurnya. Selepas selesai membersihkan diri dan bersolat Isyak, dia terus melayarkan dirinya di atas katil dan terus tidur.
**********
Pagi itu, ayahnya mengajak Tariq untuk solat Subuh bersama-sama. Ikutkan sudah lama mereka anak-beranak tidak solat bersama. Lain pula perangai ayahnya hari ini. Tariq ikutkan sahaja kehendak ayahnya.
"Tariq, lepas ni jom teman ayah pergi ke pasar. Ayah nak cari ikan haruan sikit."
"Ikan haruan? Buat pe ayah?" Tariq hairan.
"Ni, nenek kamu suruh ayah carikan ikan haruan. Katanya pasar kat sana cepat betul ikannya habis."
"Ayah, nenek okay ke?"
"Macam itu lah die, sakit orang tua. Kamu kalau ada kelapangan, jenguk lah dia." jawab ayahnya sayu.
"Insyaallah. Kelas saya minggu ini sampai hari Rabu je. Khamis kita pergi ye ayah."
"Dah la, pergi bersiap. Lepas pergi pasar, kite terus ke balai amik kereta tu."
Tariq pun terus menyalin pakaian dan menemani ayahnya ke pasar dengan menaiki kereta Kancil, yang juga dikenali sebagai kereta pergi pasar. Setibanya mereka di pasar, alhamdulillah ikan haruan yang dicari masih ada. 10 ekor diborong ayahnya, siap disiang. Kemudian, mereka anak-beranak singgah duduk di gerai kopi untuk bersarapan. Tariq membuka seleranya dengan sebungkus nasi lemak sambal kerang bersama segelas teh ais, manakala ayahnya pula cukup sekadar 2 biji telur separuh masak dan secawan kopi hitam. Sambil makan, mereka pun berbual-bual kosong.
"Macam mana sekolah kamu? Okay?" tanya ayahnya.
"Setakat ni sume okay, 2 sem lagi nak habis."
"Ayah bukan apa, risaukan kamu. Ayah tahu ayah paksa kamu belajar kos tu, tapi semuanya untuk kebaikan kamu juga."
"Insyaallah ayah, Tariq belajar sungguh-sungguh, tapi Tariq tak sedia nak handle business arwah mak lagi."
"Pasal tu kamu jangan risau, ayah dah aturkan semuanya untuk kamu."
"Atur?" Tariq tertanya-tanya. Ayahnya gemar sungguh membuat kejutan.
"Dah la, cepat habiskan nasi kamu. Lepas ni kita nak ke balai pulak." gegas ayahnya.
Setelah itu, mereka pun terus ke balai bagi berurusan dengan pihak polis berkenaan kes samun yang berlaku semalam.
**********
Setibanya mereka di hadapan balai polis...
"Ayah berentikan kamu kat sini." kata ayahnya.
"Ayah tak masuk sekali?" tanya Tariq.
"Tak, ayah nak kamu uruskan sendiri kes kamu ni. Ayah nak tengok kamu berdikari. Kamu pon bukan kecik lagi." ayahnya berkata tegas.
"Erm, boleh ke?" Tariq was-was.
"Ape pulak tak bolehnye. Ayah nak kene balik cepat ni, nanti busuk pulak ikan haruan nenek kamu ni. Lepas semuanya selesai, terus balik rumah. Ayah nak kenalkan kamu dengan seseorang."
Tariq bersalaman dengan ayahnya sebelum orang tua itu memandu pulang. Dia kemudian menyusun langkah dan kata-kata sebelum melangkah masuk ke pintu balai.
"Assalamualaikum, encik. Saya datang nak buat laporan tentang kes samun semalam." kata Tariq kepada salah seorang anggota polis yang sedang bertugas.
"Waalaikumussalam. Ni pasal kes samun kereta Mercedes hitam yang kat luar sana tu ke?" anggota polis itu menjawab salam sambil menunjukkan jarinya ke arah kereta Mecedes hitam yang berada di luar balai.
"Yup saya." Tariq mengangguk.
"Boleh adik ceritakan sedikit bagaimana kejadian itu boleh berlaku?"
"Sebenarnya saya sedang menunggu kawan saya kat taman permainan dalam pukul 8:00 malam. Dia janji nak jumpe kat taman tu. Bila saya dah sampai, die suruh saya tutup mata saya dengan kain hitam yang die tinggalkan kat buaian. Katanye nak buat surprise. Saya pon ikatlah kain tu kat mata saya. Lepas saya dah ikat, tiba-tiba saya ditumbuk dibahagian perut. Dompet saya diambiknya. Tapi selamat die amik duit je. Lepas tu penyamun tu terus lari dengan kereta sekali." jelas Tariq pada anggota yang bertugas tersebut.
"Nasib baik adik tak apa-apa. Boleh saya ingin tahu siapa nama kawan yang adik tunggu tu?"
"Nama penuhnya saya tak tahu, yang saya tahu namanya Kamal." jawab Tariq dengan hati yang geram.
"Okay, kami akan buat siasatan lanjut. Boleh saya tahu lagi, kereta yang adik pandu tu kepunyaan siapa?" tanya anggota polis itu lagi.
"Itu kereta ayah saya, tapi die suruh saya yang uruskan sendiri kes ni."
"Sebenarnya adik, kereta tu pemilik die je boleh tebus balik. Sepatutnya ayah adik kene datang ambik. Adik yakin yang ayah adik tiada buat pindaan nama?"
"Erm, rasanye takde." jawab Tariq yakin.
"Boleh adik berikan saya nombor kad pengenalan adik?"
"Boleh, 940916-10-6767."
"Erm, adik. Saya baru sahaja periksa dalam sistem Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), kereta ini 100% milik Muhammad Tariq Ziyaad Bin Abdul Abbas."
"Itu nama saya, encik." Tariq terkejut.
"Mungkin ayah adik sudah menukar nama kereta ini tanpa pengetahuan adik. Kalau macam tu tak menjadi masalah lah untuk adik mengambil kereta ini." anggota polis tersebut tersenyum sambil menghulurkan kunci kereta tersebut kepada Tariq.
"Oh, mungkin kot. Terima kasih encik. Kalau takde ape-ape lagi, saya minta diri dulu ye."
Sungguh Tariq tak sangka, dalam diam ayahnya telah menukar nama kereta yang selalu dipandunya itu ke atas namanya. Ayahnya memang tak boleh dijangka. Dalam tegasnya itu, tersembunyi sifat sayang pada anaknya itu. Tariq pun menghidupkan enjin kereta, lalu memandu pulang ke rumahnya. Teringat pesan ayahnya bahawa dia ingin mengenalkan seseorang kepada dirinya. Hatinya berdebar-debar, takut-takut ayahnya mahu berkahwin lagi, takut lagi kalau ayahnya sudah mencarikan jodoh untuk dirinya.
**********
"Assalamualaikum. Ayah, saya dah balik." Tariq memberi salam pada ayahnya sambil melihat seorang jejaka sedang duduk membelakangi dirinya di ruang tamu.
"Waalaikumussalam. Dah balik pun anak ayah. Mari sini, ayah nak kenalkan seseorang pada kamu." pelawa ayahnya.
Saat jejaka itu menoleh kebelakang sambil mengukir senyuman, Tariq berasa terperanjat. Air mukanya berubah, jantungnya berdegup kencang. Jejaka itu kemudiannya terus memberi salam.
"Assalamualaikum, Tariq."
..........to be continue
Huhu kamal yg baik.. tp hati dah terpikat kat budak gerai
ReplyDeletehati siapa yang terpikat?
DeleteTahniah...Semakin menarik cite nie, xsabar nk tunggu episod seterusnya
ReplyDeleteterima kasih...
Deleteni yang buat saya berkobar-kobar nak menulis ni..
BTW, chapter 07 in progress..
nantikan
bro,, ep kli nih pnuh kejutan,, nice story anyway,,,
ReplyDeletekejutannya chapter 7... nantikan.
Deletechapter ni saya nak terapkan nilai2 kasih sayang antara seorang ayah dan anak, chewah.
Pandai tulis cerita. Suke bace 😄
ReplyDeletepandai? huhuhu
Deletebolehla.. tapi nak mengarang sangat malas... idea memuncak-muncak...
btw, thank u sudi baca...
im waiting gibb haha
ReplyDeleteu need to wait just a little longer because i am too lazy right now... hahahaha.
ReplyDeleteminta maaf juga para pembaca yang lain.