"TAJUK DI ATAS ADALAH SANGAT BUTO!"
BTW, assalamualaikum dan hai semua! Nama saya Naquib, tapi boleh panggil Gibb je. Arwah ayah yang bagi nama tu. Aku start berblogging dari tahun 2013 dan kini aku menyepi.
Hari ini tiba-tiba aku dapat cahaya nak berblog balik. Aku ada juga intai-intai, dan macam sudah ramai sahaja blogger yang sudah mendiamkan diri. Hurm... Kenapa eh? Aku baru macam nak start "hello hello" balik, tapi tak mengapalah.
Tujuan aku hadirkan diri balik ini bukannya sebab aku dah nak mati, cuma aku macam sedikit rindu dengan dunia blog ini. Kebetulan sebelum aku hendak start menulis tadi, aku terchat pula dengan seorang pembaca lama aku. Ya Allah, terus memori throwback kejap. Rindu juga lah. Aku tak sangka aku boleh buat kawan dengan hanya menjadi penulis blog yang acah-acah rahsia ini.
Bercakap pasal kawan, aku ada juga buat orang rasa marah dekat sini. Keadaan ini berlaku berikutan perangai aku yang agak judgemental. Aku ini sedikit aneh, aku suka sangat judge orang tanpa mengenali orang tersebut dengan lebih dalam. Akan tetapi, aku ini sejenis pemaaf orangnya. Aku harap orang-orang yang marah atau benci dekat aku tak simpan dalam hati lama-lama. Kesianlah dekat aku, sudah banyak kifarah dan ujian yang Allah beri. Aku rasa pun benda-benda tu berlaku atas sikap aku juga. Sebab sebenarnya aku ini tidaklah sebaik mana pun. So, aku berharap agar aku dimaafkan, sebelum Allah cabut nyawa aku secara tiba-tiba. Aku seperti letih juga bila diuji, namun insyaallah aku akan terus tabah menghadapi segalanya.
Nowadays pun aku dah cuba sedikit mengawal perasaan marah aku, dah kurang sikit bergaduh dengan emak. Sebab bila fikir balik, emak aku itu semakin tua. Mungkin sudah sampai masanya dia berehat dan buat benda-benda yang dia suka. Tak mengapalah kalau dia nak sepahkan rumah ke apa. Lagi pun, itu je yang aku ada buat masa sekarang ini. Takut juga bila suatu hari nanti tiba-tiba Allah ambil dia dari aku, tak dapat nak dibayangkan. Namun aku tetap bersedia.
Apa lagi ya? Hah, aku sudah break dengan boyfriend aku, or should I call ex-boyfriend! Aku macam tak tahan dengan perangai dia yang super clingy. Alhamdulillah, aku selesa menyendiri. Mencari? tidak sama sekali. Tapi kalau ada yang mendatang, aku sahut sahaja cabaran itu.
Akhir kata, aku bersedia menerima sebarang chat melalui hangout ataupun e-mail. Kalau kau rasa kau tu weirdo ke, lonely AF ke, marilah chat dengan aku. Mana tahu boleh join squad aku dengan abang Dominic Unknown. Bapak la ada squad sendiri! Propa sahaja, abang Dom tak approve lagi tentang ini.
Later-later aku akan check balik slot #ASK GIBB. Ya, aku tahu slot tu dah berpuaka, sampai ada orang minta pendapat sudah lebih setahun, tapi aku tak jawab-jawab. Perihal itu pun aku hendak minta maaf juga.
Okay lah, sayonara!
Assalamualaikum.
Later-later aku akan check balik slot #ASK GIBB. Ya, aku tahu slot tu dah berpuaka, sampai ada orang minta pendapat sudah lebih setahun, tapi aku tak jawab-jawab. Perihal itu pun aku hendak minta maaf juga.
Okay lah, sayonara!
Assalamualaikum.
Ada ni haa sini. Busy tak sempat update
ReplyDeleteSquad apa ? Banana Squad ? HAHAHA
Ala awak ni, kita main-main je lah.
DeleteKita mana lah layak nak bersquad bagai dengan awak yang hot itu...