Cinta
Apa itu cinta?
Terang-terang ia masih baru buatku
Pernahkah aku jatuh cinta? Sudah tentu ya
Pernahkah aku dicintai? Mungkin juga ya
Namunya sambungan dan perasaan mutual itu amat jarang muncul mahupun ditemui
Cinta
Adakah ini cinta?
Perasaan suka, sayang, ghairah, ambil berat, risau
Berkorban apa sahaja
Adakah semuanya akan kualami saat aku mula menyinta?
Aku mula takut untuk bertembung dengan semua ini
Cinta
Sudah lebih seabad aku mencari dikau
Dari bandar ke bandar
Pelusuk aplikasi maya aku ceroboh
Setiap kilobytes aku cuba terokai
Pelbagai suka yang sementara
Tangisan derita penuh kecewa
Sehingga kuputuskan yang cinta bukan untukku lagi
Di mana dikau?
Namun, tiba-tiba engkau hadir
Bagaikan mimpi sekelip mata
Walaupun perasaan ini mahu
Akan tetapi hatiku sepertinya sukar menerima
Buatkan diriku takut
Takut jikalau ini hanyalah permainan dunia
Ilusi semata-mata
Cinta
Setiap kali kita bersama
Aku rasa bahagia
Tapi perasaanku masih sangsi
Masih rasa bersalah, masih takut
Benarkah dikau sudah bersamaku?
Perlukah aku mencintaimu?
Walaupun kutahu ia hanya kebahagiaan sementara
Cinta
Adakah ini cinta yang aku cari?
Puisi yang sungguh mencarik jiwa dan raga...
ReplyDeleteBut Gibb...my word of advice...if you are ready...go for it...dont wait any longer...himnaeseyo...
guess what? dah putuh dah pun...
Deletebut, now i feel happy and its like me finding myself again.
I loike puisi~😘 hehe
ReplyDeletethanks awak...
DeleteHey Gibb!..hai!.betul tu cakap amir tu, kalau dah ready teruskan sahaja usaha itu k..take care!..mmmmuuuuahhhh.
ReplyDeletedah teruskan, and dah berpisah...
Deletehaha, but im happy now...