30 June 2014

MY BROMANCE RELATIONSHIP (SEQUAL)

Okay, ni sambungan daripada entry yang lepas which is MY BROMANCE RELATINSHIP. Aku nak cerita lebih lanjut pasal kawan aku tu.

Bromance (Gossip Girl)
Kawan aku ni sebenarnye budak sport. Die main ragbi dan hoki untuk kolej (sebab tu bile aku baca cerita Asrama karya Inche Shark, aku macan terasa related sikit ngan watak Haikal). So obviously die ramai kawan dengan budak kos lain berbanding aku. Aku ingat lagi satu hari time baru balik dari library menuju ke kolej, aku jalan kaki ngan roommate aku. Before sampai kolej tu memang kitorang akan jumpe padang dulu. Kebetulan hari tu die ade praktis hoki, aku buat-buat tak nampak sebab segan la kalau aku nak melambai-lambai tangan, nanti member-member die cakap pe pulak. But surprisingly die yang senyum dan lambai tangan kat aku, then berlari kat aku dan tanya aku dari mana. Oh, how sweet, die x hiraukan langsung ape kawan-kawan die nak kata. Roommate aku ni dah biasa dah ngan keadaan macam tu, sebab die tahu I always have a boy crush to anyone (walaupun roommate aku tu straight, die tahu aku ni memang mereng dengan my sex orientation).

Tergoda tak dengan pemain hoki ni?
Even aku penah ajak die overnite together, then he ask me back, "Kira macam date la ni?". Then aku senyum. Malangnye malam "date" die x dapat hadir sebab die kene lepak ngan geng-geng die. Too shame. So malam tu aku lepak ngan kawan aku jelah isap rokok.

Kecewa kejap sebab die cancel date.
Kisah lain pulak time aku terseliuh masa main basketball. Aku terseliuh hari Rabu, so Khamis tu sehari suntuk aku tak pergi kelas. Nak suruh orang lain bawak pergi klinik, sume orang ade kelas. Kebetulan petang tu die takde kelas, jadi die lah bawak aku pergi klinik kerajaan (naik scooter ye). Sampai je klinik, doktor suruh aku pegi hospital sebab kat klinik tu xde perkhidmatan x-ray. Doktor nak call ambulan pon, dah pukul 5:00 petang time tu. Doktor kata ambulan takde dah time tu (mesti korang pelik kan, nape hospital tu xde khidmat ambulan lepas pukul 5:00 petang). So die lah tolong bawak aku pegi hospital ngan scooter die tu. Sampai je hospital, die lah papah aku ngan kaki aku yang tempang tu. Lepas tu die tolak aku ngan wheelchair pegi bilik x-ray, ambik ubat, sume die yang uruskan. Aku rasa bersalah gak sebab nyusahkan die petang tu (sebab aku ni jenis suka buat sendiri sume kerja, jenis yang jarang nak minta tolong kat orang), tapi I'm kinda enjoy spending a little private time with him. Even time kitorang kat hospital, die ade cakap kat aku ex-girlfriend die ajak die pergi pasar malam petang tu (pasar malam kan start around pukul 5:00 petang), aku siap cakap kat die tak payahlah pergi, gedik je perempuan tu. Die pun tergelak dengar aku cakap macam tu. Bile sume urusan dah sattle, alhamdulillah terseliuh biasa je. Aku sangat-sangat berterima kasih kat die. So bertambah rapat la hubungan persahabatan kitorang. Seminggu lepas tu aku dah kembali normal, boleh jalan macam biasa dah.

Masih tersenyum tatkala terkenangkan memori bersama dia.
Lagi memori best time aktiviti dinner fakulti, time tu die x dapat join sebab ade tournament hoki. Aku macam kecewa gak sebenarnya. Malam tu surprisingly die muncul singgah kejap depan dewan. Bile aku nampak je die aku terus jerit nama die, lari pada die dan terus peluk die. Ada je lecturer yang PLU jeling-jeling, but I didn't care less. Then I pulled him aside dan senyum kat die. soalan yang aku tanye, "How's the game?" dan aku serius x ingat die menang or kalah. Tapi tak kesah lah sebab malam tu die sangat sexy sebab pakai short and sleeveless shirt, dan kulit die gelap sikit sebab seharian berjemur kat padang. Aku simpan lagi gambar kitorang berdua time malam tu.

You could not saying NO to those legs.
Rapatkan hubungan kitorang? Everyday dalam kelas die akan duduk sebelah aku. Kalau lepas kelas pagi, sure kitorang akan pegi breakfast sama-sama kat gerai favourite (merempit je ngan scooter), makan roti canai, bitching and talk shit about people. Hahaha, mostly aku je,die gelak je dengar aku cerita. 

Roti canai telur bersama kuah dal sambal, kegemaran aku ni.
We are unsaperatable, unstoppable besties! I help him alot with his study. Die pernah mention kat aku, since die kawan dengan aku die dah jarang ponteng kelas. That's a good achivement. Die selalu gak put his arm around my back in class, make feel very safe. Time aku partner ngan die buat assignment kat library, itu pon best memory (rasa macam dah pernah mention kat entry sebelum ni). Kitorang duduk kat lantai (ade karpet la), boleh manja-manja ngan die, letak kepala kat bahu die sambil belek-belek buku cari info. Romantik tak? Hahaha. Dah la assignment tu aku dapat markah paling tinggi, bangga gile.

Ganjaran untuk tugasan yang cemerlang.
Okaylah, sambung lagi kat entry berikutnye. Ade 2 ke 3 memori indah lagi kot. Kalau buat list x best, So aku nak gak cerita panjang.

..........to be continue
(sabar ye)

28 June 2014

MY BROMANCE RELATIONSHIP


Fuh, akhirnya aku dapat gak curi klip video kat atas ni dari Facebook. Gigih aku study tutorial macam mana nak save video from facebook! Resultnya BERJAYA.

Actually aku tertarik ngan video kat atas ni sebab rase macam sweet je tengok dua orang sahabat ni bermesra bagai. Itulah dinamakan bromance. Perkataan bromance terbentuk daripada gabungan dua perkataan antara BROTHER dan ROMANCE.

Bromance bermaksud hubungan yang sangat rapat antara dua orang insan yang bernama lelaki tanpa membabitkan perasaan intimasi ataupun seksualiti. Kadang-kadang hubungan bromance ini dilihat tersangat rapat oleh orang sekeliling sehingga adakalanya mereka dituduh sebagai pasangan gay. Mana tidaknya, kau tengok dorang selamba je manja-manja, suap-menyuap dekat public, of course la kau akan cakap dorang tu gay. Kalau mandi kat air terjun tu, siap gosok-menggosok belakang badan masing-masing. Makan hati je mata ni tengok. Hahaha.

Ted dan Barney (How I Met Your Mother)
Aku ade je bromance relationship time aku study dulu. Walaupun die tahu aku ni gay, namun persahabatan kami still akrab. Aku pun tak tahu macam mana die dapat detect sex orientation aku. Maybe sebab die daripada boys school, so die biase kot bergaul ngan PLU.

Kitorang selalu lepak berdua-duaan bersama. Breakfast sama-sama, ponteng kelas sama-sama, even pagi pun aku akan kejut die bangun untuk pergi kelas sama-sama. Kitorang start clicking with each other time penghujung semester 2. Waktu tu aku feeling down sikit and he come to the rescue. Yang peliknye before this kitorang jarang nak bertegur sapa. Even die berasal dari mana, apa yang die minat, aku tak pernah nak amik kesah pon.

Tapi lepas kenal die, surprisingly kitorang banyak minat yang sama. Walaupun hidup die agak sosial, kaki clubbing, minum dan main perempuan (which is lelaki yang terakhir aku akan berkawan), tapi tak sangka deep down die lelaki yang baik, hormat orang tua, gentelman, dan yang paling penting jaga perasaan kawan-kawan.

Aku teringat pulak peristiwa first time aku lepak teman die hisap rokok kat tandas, die siap hulur rokok die kat mulut aku, dah la time tu aku puasa. Time tu jugaklah die cerita kat aku yang die malas nak pegi dinner fakulti (die ni memang pemalas sikit nak melibatkan diri dengan aktiviti fakulti, kecuali sukan). So aku pun pujuk la die supaya pergi. Aku cakap kat die, tak best lah kalau die tak pergi.

Malam dinner tu, die pun muncul  memakai kemeja putih, bertali leher hitam, and give a smile to me. Kitorang berkepit tangan dan berjalan masuk ke dalam dewan. Walaupun duduk berlainan meje (sebab die nak duduk dengan geng-geng die), he still look at me and flash a smile. Aku simpan lagi gambar kitorang selfie berdua dan pernah gune pic tu buat background kat laptop.

Perasaan aku boleh digambarkan macam dalam gambar ni bile die hadir pada malam itu.
Hari-hari berikutnya lepas dinner fakulti, aku dan die dah macam belangkas. Berlanjutan pula ke semester 3, kitorang super akrab, ke mana-mana sahaja bersama. Even kalau group assignment pon mostly aku buat dengan die. Sampaikan roommates aku kuar lepak pegi mana pon aku malas nak amik tahu. Kitorang dah bukan lagi bromance, tapi dah macam PDA (public display of affection) couple. Even kat library pun kitorang duduk kat ceruk-ceruk rak buku dan duduk side by side. Kalau naik kereta balik KL, aku sure akan tidur atas riba die kat sit belakang. His like my partner in crime for a little while. Kalau die tak datang kelas, orang mesti tanya aku kenapa die tak datang. Yang bestnye classmates aku tak pernah pun anggap kitorang ni gay.

Bromance paling awesome, Chuck dan Nate (Gossip Girl). Makan hati tengok dorang ni.
Alamak, banyak pulak nak cerita kan. Next entry la aku sambung. Hahaha...

..........to be continue
(nak jugak)

YEAY, RAMADHAN!


Assalamualaikum semua! Korang, esok kita sebagai umat Islam akan berpuasa! Excited tak? Atau kau dah buat muke tahi dan bermalas-malasan? Rileks la, kejap je. Puasa bukannya susah, dan bulan ni lah kau nak buktikan kuat ke tak ketahanan iman dan nafsu kau. Ingat, setan semue dah kene rantai, sekarang kau kene lawan satu bende je, si halimunan bernama NAFSU!

Sebelum berpuasa, aku nak kau mantapkan diri sambil melawan cuaca yang panas kat luar sana. Lepas tu aku nak kau minum air banyak-banyak supaya kau tak dehydrate time puasa nanti. Jangan lupa bangun sahur, sahur tu penting supaya kau tak mati kering dipertengahan hari. Untuk rakyat Malaysia yang duduk di tanah semenanjung, aku rase better kau set alarm jam dalam pukul 4:30 pagi. Time bangun tu kau sempat lah gak nak masak nasi goreng atau menu-menu segera yang lain. Kalau kau jenis nak makan nasi dan lauk sedap-sedap time sahur, better buat mice en place di malam hari before kau tidur. So pagi tu kau takde la terkejar-kejar nak masak.

Lepas kau dah kenyang makan, now kau boleh mula berniat puasa.

Niat berpuasa (sehari) Ramadhan.
Niat berpuasa Ramadhan untuk sebulan.
Kalau kau jenis banyak makan semut macam aku, aku sarankan kau niat je sebulan terus. So hati kau akan tenang dan takdelah rungsing bagai memikirkan yang kau ni dah niat puasa atau belum. 

Aku biasanya akan bangun sahur pukul 5:00 pagi kalau mak masak (untunglah mak masak). Tapi kalau mak macam ala-ala malas bersahur, aku akan bangun dalam pukul 4:30 pagi dan sediakan juadah yang simple-simple. Aku ni jenis tak kesah bersahur dengan juadah lain selain nasi. So sometimes aku akan goreng mee, buat roti sardin, atau sosej dan omelet. Tak pun makan je leftovers daripada waktu berbuka semalam.

After siap sahur, rutinnye aku akan berus gigi, then minum segelas air bagi melancarkan saki-baki makanan yang masih ade kat rongga tekak ni. Kemudian baru kemas dapur dan cuci pinggan sementara nak tunggu azan subuh. Biasanya kalau belum azan Subuh, aku akan curi-curi minum air sikit, hahaha. Bila azan dah dilaungkan, aku terus solat Subuh dan bersiap untuk ke tempat kerja.

Bagi mereka yang kadang-kadang terlajak tidur dan terjaga pukul 5:30 pagi, korang jangan risau. Segera tenangkan diri dan makan je ape yang ade dalam peti ais tu. Ingat, waktu Imsak itu wujud sebab taknak umat Islam terlajak makan waktu sahur sampai ke azan Subuh (setahu aku lah). So, tak batal pun puasa kau kalau kau nak melantak lepas time Imsak, janji kau tak terlajak sampai ke azan Subuh.

So, lepas kau dah seharian menahan nafsu, dahaga dan lapar, solat kau jaga, pancaindera dah kau disiplinkan diri dari buat perkara-perkara keji, sekarang kau boleh berbuka dengan hati yang riang sambil meraikan kemenangan kau pada hari tersebut. So time berbuka kau bolehlah baca niat kat bawah ni.

Niat berbuka puasa.
Time berbuka tu jangan plak melantak bagaikan jin, slow-slow makan tu. Anggap lah kau tengah dinner dengan kekasih hati, sopan je makan ayam goreng tu. Lepas tu solat Maghrib, and get ready for Tarawih!

(Post Script: Segala niat-niat di atas bersumberkan daripada Google search. Ada banyak lagi versi  niat berpuasa, ada juga yang pendek dan mudah dihafal. Niat dalam Bahasa Malaysia juga diterima pakai dalam Islam. Apa yang penting sekali niat itu datang daripada kesungguhan hati. Insyaallah puasa anda akan dirahmati oleh-Nya.)

27 June 2014

AKU STRESS

Aku stress sebab aku terdelete draft Budak Gerai chapter 07!

Kisahnye macam ni, aku sebenarnye tengah edit LABEL untuk cerita tu, then aku tertekan PUBLISH pulak. Walhal chapter tu tak siap lagi. Then aku pergi kat entry tu dan klik DELETE, which actually I suppose to click REVERT TO DRAFT. Sekali aku tengok entry tu dah hilang, dan aku sekarang sedang menangis tanpa air mata. Damn!


Dear blogspot, kenapalah kau takde recycle bin? Now aku kene tenangkan diri semula, dan cari balik idea yang sudah lenyap di alam maya. Ape-ape hal pun, jom kita layan lagu kat bawah ni.
 
Boyce Avenue - Unwritten (Cover) (Ft. Diamond White)

FANTASI DAN LAMPU NEON

Since aku dengar lagu Neon Lights yang dinyanyikan oleh Demi Lovato, aku macam suka plak dengan lampu-lampu neon. Warna-warna yang seolah-olah "glow in the dark" sungguh mistikal buat aku. Mostly warna-warna neon ni tergolong dalam warna-warna yang terang yakni striking colour. Ade juga sesetengah daripada kita memanggil ia dengan warna "fluorescence".

Fantasi.
Aku ade satu fantasi aku tentang lampu neon. Kononnya satu hari nanti aku dan si dia akan bercuti di sebuah cabin dalam hutan. Malam tu si dia akan buatkan beef lasagna kegemaran aku  dan aku pulak akan setting table and environment untuk dinner. Aku nak letak lampu neon banyak-banyak kat sekeliling meja dan kerusi, disamping pemandangan yang bertatahkan bintang di angkasa. Alahai, romantiknye. Sesudah makan, aku terus tarik tilam ke veranda dan kitorang baring bersama menikmati keindahan malam ciptaan Tuhan. Sambil tu kitorang akan mengimbau kisah-kisah lama dan ketawa tentangnya. Aku akan biarkan dia tidur kat atas lengan aku dan cium dahinya, rambutnya pula akan aku belai. (Ini hanyalah fantasi!)

Cabin in the woods.
Lagi bahagia kalau dapat kahwin style macam ni.
Sebenarnya lampu neon boleh mewujudkan intimasi di antara kau dan pasangan. Contohnya sebuah bilik gelap yang dihiasi dengan lampu neon. Kau tercari-cari bayangan si dia di dalam kegelapan yang berwarna-warni. Di dalam perasaan takut itu, tiba-tiba tangan si dia mencapai tanganmu dan kemudiannya memeluk dirimu dan berbisik, "Aku tidak akan membiarkan kau sesat lagi di dalam kegelapan. Biar lampu-lampu neon ini menjadi saksi cintaku padamu." Si dia pun kemudian mengucup bibirmu. Hah, kan romantik tu.

Contoh warna-warna neon.
Kebanyakan lampu neon boleh dilihat di bandar-bandar besar dan biasanya digunakan sebagai signboard, tapi kat Malaysia ni normally dorang hias pokok-pokok tepi jalan dengan lampu-lampu neon. Aku teringat masa dulu, waktu tu arwah nenek datang rumah dan dia jakun tengok pokok-pokok tepi jalan berwarna-warni. Waktu tu aku kecik lagi, tersenyum kat sebelah nenek lepas dengar die cakap macam tu. Memang teruja sebab dapat tengok lampu yang berwarna-warni. Ada juga yang menggunakan lampu neon untuk menghias kereta.

Di I-City Shah Alam, cantik tapi panas.
Floria Festival 2014 di Putrajaya. Walaupun tidak menggunakan lampu neon, tapi masih menggunakan warna-warna terang seakan-akan neon.

Chak Tu Chak Market, Bangkok, Thailand.
Bandar Osaka, Japan.
Muzium Neon di Las Vegas, USA.
Siapa tengok pokok ini, mesti mengimbau semula kenangan waktu bapak korang bawak korang pergi dinner sekeluarga dekat warung atau gerai berhampiran dengan rumah korang.
Penggunaan lampu neon yang minima untuk menghiasi bawah kereta.
Warna-warna neon juga tidak ketinggalan untuk turut serta bagi memainkan peranannya sendiri dalam dunia fashion. Warnanya yang sangat menyerlah juga mampu mengekspresikan jiwa ceria dan positif seseorang itu. Sometimes memang sakit mata tengok orang pakai baju berwarna terang. Aku ade seorang kawan ni, suke sangatlah beri barang-barang berwarna fluorescence. Contonya baju, kasut, laptop, tapi sekurang-kurangnye aku tahu die berada dalam keadaan gembira. Ye lah, kalau orang tengah sedih, mana mahu nak pakai baju warna terang-terang.

T-shirt, clutch, seluar, suit, shades dan topi berwarna fluorescence.
Kasut, beg dan swimming trunks berwarna fluorescence.
Kasut berlampu. Aku tahu time korang kecik-kecik mesti merengek kat parents korang sebab nak kasut macam ni. Sekarang berani tak nak pakai?
Rambut pon boleh dineonkan. Siape yang takde idea untuk fesyen rambut hari raya, ni aku bagi sample.
Warna-warna neon ini sesuai dipadankan dengan aksesori mahupun pakaian lain yang berwarna hitam, ataupun paling senang cerita ia sangat padan dengan orang yang berkulit tanned atau gelap. Tapi satu je lah aku nak bagi tahu, time aku pening memamg benci tengok bende-bende yang berwarna stricking. Rasa macam darah dalam otak ini berderu-deru je.

Agak-agak korang berani tak nak keluar jalan-jalan pakai macam ni?

20 June 2014

ALAMAK! KANTOI...

Salam satu Malaysia sang pujangga cinta! Aku doakan semua ceria-ceria di luar sana bak merpati putih yang terbang bebas menerokai dunia.

Berbalik pada tajuk di atas, aku nak ceritakan kisah aku terkantoi ngan family aku yang takde sivik kat rumah ni. Sebagai manusia, kita mesti pernah rasa suasana kantoi tu macam mana kan? Perasaan di mana kau rasa nak putar balik masa dan buat semula perkara yang betul supaya rahsia yang disimpan tak terbongkar.


Kisahnye abang aku nak pinjam barang aku pada pada mulanya. Die ade text aku pada pagi hari tersebut cakap nak pinjam barang tu. So, aku yang kedekut ni malas la nak reply sebab aku tak nak bagi die pinjam barang aku dah. Die setiap kali meminjam barang bukannye reti nak jaga. Semua buat macam harta sendiri. Yang menyakitkan hatinya, die pinjam sampai rosak.

Since abang aku tu tengah kerja, dan balik dalam pukul 9:00 malam, aku dah planning baik untuk elakkan diri aku dari bertembung dengan muka die yang tak tahu malu tu. Sebab malam tu aku rasa sangat mengantuk, so lepas solat Maghrib aku decide nak tidur terus.


Memandangkan aku ni jarang kunci pintu billik, so mamat ni selamba je masuk bilik aku dan kejut aku sebab nak pinjam barang tu. Aku macam malas-malas layan pun bagi tahu lah barang tu ade dalam laci. Dalam bilik aku tu lebih kurang ada 8 laci semuanya. So mamat ni pegi la selongkar laci aku yang barang dalamnya tersusun rapi tu satu-persatu. Dalam 10 minit gak lah die cari, dan akhirnya jumpe gak barang yang die nak pinjam sangat tu.

Barang dalam laci aku lebih kurang macam inilah tersusunya.
So dalam beberapa jam selepas kejadian tersebut berlaku, aku pun terjaga dan decide nak check barang-barang dalam laci aku. Time tu punye lah sakit hati tengok barang-barang dalam laci aku berselerak. Paling tak best sekali, bile aku tengok bekas kondom aku dah takde kat tempat asal. Biasanya aku akan simpan kondom aku kat laci undies dan aku selit kat bahagian bawah sekali. Tapi lepas aku bukak je laci tu, kondom tu ade kat atas. Time tu rase geram sangat, dan harap boleh putar balik masa. Aku buntu gile time tu. Then aku tenangkan diri dan kembali ke katil untuk tidur semula.


Kat atas ni lah contoh bekas kondom yang aku miliki. Actually aku ade 3 bende ni, tapi 1 aku dah bagi kat skandel aku sebab die kata cantik plak bekas tu. Rasanye edition ni pihak Durex dah tak keluarkan dah. Pernah member perempuan aku ingat ni bekas coklat, hahaha. Bongok minah tu, bajet suci. Padahal dah kene tebuk banyak kali dah sebab ex die cerita kat aku.

Even aku ade laci yang boleh dikunci, namun aku tak pernah kunci sebab aku tahu takde siapa pon nak selongkar sebab barang aku semuanya tersusun. Satu barang teralih sikit pon, aku boleh perasan. So, aku akan pura-pura je perkara "kantoi" ni tak pernah berlaku. Nasihat aku pada diri sendiri dan pada korang sume, better simpan barang-barang yang korang tak nak family korang jumpa kat tempat yang selamat, dan kalau boleh berkunci. Sebelum sorok sesuatu barang tu, letakkan diri korang sendiri di tempat seorang pencuri. Tanya diri sendiri soalan ni, "Kalau aku nak mencuri, rasanya aku akan cari tak barang itu kat sini?".

Ala, aku tahu budak-budak lelaki memang pandai nak sorok-sorok barang ni, lagi-lagi gay macam kau yang tengah baca ni. So, pandai-pandai la korang nak hidup okay.

Sesiapa yang tengah tunggu cerita Budak Gerai yang tak berapa nak popular tu, chapter 07 on the way. Sayang korang sebab bagi sokongan padu kat Gibb. Muah muah muah.

16 June 2014

BUDAK GERAI - CHAPTER 06


"Kau baru balik? Mana kau pergi sampai lewat macam ni?" tanya ayah Tariq dengan tegas.

"Ermm, ayah. Sebenarnye Tariq kene samun tadi. Ayah maafkan Tariq, kereta ayah dah kene samun." rayu Tariq sambil melutut pada kaki ayahnya.

"Nasib baik kau kene tumbuk je. Kalau bende lain jadi, kan susah." sayu seorang ayah melihat anaknya menangis.

"Macam mana ayah tahu?" Tariq hairan.

"Ayah ade seorang kenalan yang tinggal berhampiran gerai yang kau selalu pergi tu. Ayah selalu pesan pada dia supaya selalu perhatikan kau kalau kau ke sana. Alhamdulillah, lepas dia ternampak saje kejadian semalam, dia terus call ayah." jelas ayahnya tenang.

"Habis tu, penyamun tu macam mana?"

"Penyamun tu dah kene cekup dah. Kereta pon dah ada kat balai. Esok kita ke balai, ayah nak kau buat laporan lanjut." kata ayahnya.

Tariq menarik nafas lega. Keadaan dirinya kembali tenang setelah mendengar berita tersebut. Kadang-kadang dia berasa sangat beruntung menjadi anak orang kaya, di mana-mana ada sahaja mata-mata yang memerhatikan dirinya. Walaupun ayahnya tegas, namun perasaan risau seorang ayah pada anaknya masih terpahat. Tariq mencium tangan ayahnya sebelum mengundur diri untuk ke kamar tidurnya. Selepas selesai membersihkan diri dan bersolat Isyak, dia terus melayarkan dirinya di atas katil dan terus tidur.

**********

Pagi itu, ayahnya mengajak Tariq untuk solat Subuh bersama-sama. Ikutkan sudah lama mereka anak-beranak tidak solat bersama. Lain pula perangai ayahnya hari ini. Tariq ikutkan sahaja kehendak ayahnya.

"Tariq, lepas ni jom teman ayah pergi ke pasar. Ayah nak cari ikan haruan sikit."

"Ikan haruan? Buat pe ayah?" Tariq hairan.

"Ni, nenek kamu suruh ayah carikan ikan haruan. Katanya pasar kat sana cepat betul ikannya habis."

"Ayah, nenek okay ke?"

"Macam itu lah die, sakit orang tua. Kamu kalau ada kelapangan, jenguk lah dia." jawab ayahnya sayu.

"Insyaallah. Kelas saya minggu ini sampai hari Rabu je. Khamis kita pergi ye ayah."

"Dah la, pergi bersiap. Lepas pergi pasar, kite terus ke balai amik kereta tu."

Tariq pun terus menyalin pakaian dan menemani ayahnya ke pasar dengan menaiki kereta Kancil, yang juga dikenali sebagai kereta pergi pasar. Setibanya mereka di pasar, alhamdulillah ikan haruan yang dicari masih ada. 10 ekor diborong ayahnya, siap disiang. Kemudian, mereka anak-beranak singgah duduk di gerai kopi untuk bersarapan. Tariq membuka seleranya dengan sebungkus nasi lemak sambal kerang bersama segelas teh ais, manakala ayahnya pula cukup sekadar 2 biji telur separuh masak dan secawan kopi hitam. Sambil makan, mereka pun berbual-bual kosong.

"Macam mana sekolah kamu? Okay?" tanya ayahnya.

"Setakat ni sume okay, 2 sem lagi nak habis."

"Ayah bukan apa, risaukan kamu. Ayah tahu ayah paksa kamu belajar kos tu, tapi semuanya untuk kebaikan kamu juga."

"Insyaallah ayah, Tariq belajar sungguh-sungguh, tapi Tariq tak sedia nak handle business arwah mak lagi."

"Pasal tu kamu jangan risau, ayah dah aturkan semuanya untuk kamu."

"Atur?" Tariq tertanya-tanya. Ayahnya gemar sungguh membuat kejutan.

"Dah la, cepat habiskan nasi kamu. Lepas ni kita nak ke balai pulak." gegas ayahnya.

Setelah itu, mereka pun terus ke balai bagi berurusan dengan pihak polis berkenaan kes samun yang berlaku semalam.

**********

Setibanya mereka di hadapan balai polis...

"Ayah berentikan kamu kat sini." kata ayahnya.

"Ayah tak masuk sekali?" tanya Tariq.

"Tak, ayah nak kamu uruskan sendiri kes kamu ni. Ayah nak tengok kamu berdikari. Kamu pon bukan kecik lagi." ayahnya berkata tegas.

"Erm, boleh ke?" Tariq was-was.

"Ape pulak tak bolehnye. Ayah nak kene balik cepat ni, nanti busuk pulak ikan haruan nenek kamu ni. Lepas semuanya selesai, terus balik rumah. Ayah nak kenalkan kamu dengan seseorang."

Tariq bersalaman dengan ayahnya sebelum orang tua itu memandu pulang. Dia kemudian menyusun langkah dan kata-kata sebelum melangkah masuk ke pintu balai.

"Assalamualaikum, encik. Saya datang nak buat laporan tentang kes samun semalam." kata Tariq kepada salah seorang anggota polis yang sedang bertugas.

"Waalaikumussalam. Ni pasal kes samun kereta Mercedes hitam yang kat luar sana tu ke?" anggota polis itu menjawab salam sambil menunjukkan jarinya ke arah kereta Mecedes hitam yang berada di luar balai.

"Yup saya." Tariq mengangguk.

"Boleh adik ceritakan sedikit bagaimana kejadian itu boleh berlaku?"

"Sebenarnya saya sedang menunggu kawan saya kat taman permainan dalam pukul 8:00 malam. Dia janji nak jumpe kat taman tu. Bila saya dah sampai, die suruh saya tutup mata saya dengan kain hitam yang die tinggalkan kat buaian. Katanye nak buat surprise. Saya pon ikatlah kain tu kat mata saya. Lepas saya dah ikat, tiba-tiba saya ditumbuk dibahagian perut. Dompet saya diambiknya. Tapi selamat die amik duit je. Lepas tu penyamun tu terus lari dengan kereta sekali." jelas Tariq pada anggota yang bertugas tersebut.

"Nasib baik adik tak apa-apa. Boleh saya ingin tahu siapa nama kawan yang adik tunggu tu?"

"Nama penuhnya saya tak tahu, yang saya tahu namanya Kamal." jawab Tariq dengan hati yang geram.

"Okay, kami akan buat siasatan lanjut. Boleh saya tahu lagi, kereta yang adik pandu tu kepunyaan siapa?" tanya anggota polis itu lagi.

"Itu kereta ayah saya, tapi die suruh saya yang uruskan sendiri kes ni."

"Sebenarnya adik, kereta tu pemilik die je boleh tebus balik. Sepatutnya ayah adik kene datang ambik. Adik yakin yang ayah adik tiada buat pindaan nama?"

"Erm, rasanye takde." jawab Tariq yakin.

"Boleh adik berikan saya nombor kad pengenalan adik?"

"Boleh, 940916-10-6767."

"Erm, adik. Saya baru sahaja periksa dalam sistem Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), kereta ini 100% milik Muhammad Tariq Ziyaad Bin Abdul Abbas." 

"Itu nama saya, encik." Tariq terkejut.

"Mungkin ayah adik sudah menukar nama kereta ini tanpa pengetahuan adik. Kalau macam tu tak menjadi masalah lah untuk adik mengambil kereta ini." anggota polis tersebut tersenyum sambil menghulurkan kunci kereta tersebut kepada Tariq.

"Oh, mungkin kot. Terima kasih encik. Kalau takde ape-ape lagi, saya minta diri dulu ye."

Sungguh Tariq tak sangka, dalam diam ayahnya telah menukar nama kereta yang selalu dipandunya itu ke atas namanya. Ayahnya memang tak boleh dijangka. Dalam tegasnya itu, tersembunyi sifat sayang pada anaknya itu. Tariq pun menghidupkan enjin kereta, lalu memandu pulang ke rumahnya. Teringat pesan ayahnya bahawa dia ingin mengenalkan seseorang kepada dirinya. Hatinya berdebar-debar, takut-takut ayahnya mahu berkahwin lagi, takut lagi kalau ayahnya sudah mencarikan jodoh untuk dirinya.

**********

 "Assalamualaikum. Ayah, saya dah balik." Tariq memberi salam pada ayahnya sambil melihat seorang jejaka sedang duduk membelakangi dirinya di ruang tamu.

"Waalaikumussalam. Dah balik pun anak ayah. Mari sini, ayah nak kenalkan seseorang pada kamu." pelawa ayahnya.

Saat jejaka itu menoleh kebelakang sambil mengukir senyuman, Tariq berasa terperanjat. Air mukanya berubah, jantungnya berdegup kencang. Jejaka itu kemudiannya terus memberi salam.

"Assalamualaikum, Tariq."

..........to be continue

12 June 2014

BUDAK GERAI - CHAPTER 05


Sudah hampir seminggu berlalu sejak pertemuan yang tidak dijangka antara Tariq dan Kamal. Insiden kehilangan dompet milik Tariq telah mempertemukan mereka. Setelah membuat laporan polis sejak insiden tersebut, segalanya berjalan lancar. Alhamdulillah, kad pengenalan, lesen memandu dan kad-kad ATMnya semuanya dalam proses. Akan tetapi seperti mula ada kekosongan di dalam hati Tariq. Dia mula rindukan seseorang, dan yang anehnya seseorang itu adalah jejaka. Tariq tahu perasaan songsangnya itu sudah lama ada dalam dirinya, tetapi dia tidak menyangka perasaan itu boleh berubah menjadi cinta dan mampu membahagiakan dirinya.

Hari ini hari Isnin, biasanya Kamal akan berada di kolam renang bagi mengetuai latihan renang buat kelab tersebut. Tariq pun membuat keputusan untuk mencari Kamal di sana. Setibanya dia di sana, bayang Kamal tidak dinampaknya. Yang ada hanyalah seorang gadis Cina yang mengetuai sekumpulan pelajar membuat gimrama dalam air.

"Ye encik, cari apa ye?" seorang jejaka menyapa Tariq.

"Saya cari abang Kamal, dia ade tak?" jawab Tariq.

"Oh, cari abang Kamal. Abang Kamal dah tak mengajar kitorang dah. Dia dah letak jawatan sebagai pengerusi kelab ni Selasa minggu lepas."

"Dah letak jawatan? Ada die cakap kenape?" perasaan ingin tahu Tariq membuak-buak.

"Dia cakap ade masalah peribadi yang tak dapat dielakkan."

"Oh, kalau macam tu tak mengapalah. Saya mintak diri dulu ye." Tariq pun menyusun langkahnya untuk mengundur diri. Perasaannya sedikit kecewa.

"Sebelum encik pergi, abang Kamal ade pesan kat saya kalau ade sesiape cari die, die suruh saya kasi nombor telefon ni kat orang tu."

"Ye ke, terima kasih!"

Perasaan kecewa Tariq berubah sedikit gembira. Dia yakin masih ada harapan untuk dia mendekati jejaka tersebut. Cadangnya malam ini dia ingin membuka tirai bicara. Bicara hatinya yang perlukan kasih sayang dan perhatian. Perasaannya berdebar-debar namun tetap teruja. Tariq meneruskan hari Isninnya dengan penuh semangat. Tak sabar dirinya ingin pulang ke rumah.

**********

Sampai sahaja Tariq di kediamannya, gia terus membersihkan diri dan menunaikan solat Maghrib. Cadangnya lepas solat nanti baru dia mahu menghantar mesej ringkas pada Kamal.

"Salam Kamal, tengah buat ape tu?" mesej klise orang Melayu yang tak tahu nak memulakan bicara dihantar pada Kamal.

"Yup, siapa ni?" jawab Kamal.

"Ni aku lah, Tariq. Lama tak jumpa kau. Rindu."

"Rindu aku ke? Jom lah jumpa. Aku kat Shah Alam ni."

Jumpa? Tariq mula teruja. Cadangnya dia ingin berjumpa di gerai makan Seksyen 8, Shah Alam. Mungkin mereka boleh berbual-bual dan mengenali diri masing-masing sambil menikmati makan malam.

"Kamal, kau dah makan? Kalau belom, jom lah kita pegi makan. Aku belanja." cadang Tariq.

"Boleh jugak. Aku pon tengah kering ni. Ape-ape hal nanti ko call aku, kredit aku dah nak habis ni. Aku tunggu kau kat taman permainan dekat ngan gerai tu." balas Kamal.

"Lah, whatsapp kan ade." sakat Tariq.

"Aku suruh call, call je lah. Banyak bunyi pulak budak ni!"

"Ye lah, nanti aku jumpa kau kat taman tu ye cik abang."

Tariq pun segera bersiap untuk keluar bertemu dengan jejaka yang berjaya membuat dirinya angau. Dia mengenakan sehelai baju-T putih dan berseluar jeans lusuh. Lalu dia berlari mengetuk pintu bilik milik ayahnya untuk meminjam kereta seperti biasa. Seperti biasa jugalah ayahnya akan menasihatinya supaya berhati-hati dan jangan pulang lewat.

Tariq pun memulakan panduannya menuju ke destinasi. Malam ni rasanya dia nak sental nasi goreng pataya dengan air limau ais. Tidak sabar rasanya dia ingin mencipta sejarah, "date" dengan lelaki. Sebelum ini dengan perempuan pun tak pernah. Jadi malam ini Tariq ingin membuang sifat malunya dan digantikan dengan keyakinan diri.

**********

Akhirnya Tariq pun tiba di taman permainan tersebut, namun kelibat Kamal langsung tidak kelihatan. Hatinya mula gelisah akan tetapi dia perlu berfikiran positif. Mungkin Kamal terlewat sikit, ataupun jalan raya sesak. Apa pun dia perlu positif. Tariq tidak dapat menahan kegelisahannya lalu terus menghubungi Kamal.

"Hello Kamal. Aku dah sampai kat taman ni. kau kat mana?" tanya Tariq kerisauan.

"Aku ada je kat area sini. Tengah perhatikan kau dari jauh. Comel je kau kan." jawab Kamal.

"Comel? Hehehe. Ade-ade je kau ni. Cepat lah datang sini, aku dah lapar ni." merah padam muka Tariq pabila Kamal mengatakan dirinya comel.

"Aku nak datanglah ni, tapi sebelum tu aku nak kau keluar tunggu aku kat buaian."

"Kat buaian? Tak nak lah. Gelap la kat situ." jelas Tariq.

"Nak takut pe? Aku kan ade menemani kau. Kat buaian tu aku ade tinggalkan kain hitam. Aku nak kau ikat mata kau ngan kain tu dan tunggu aku kat buaian tu. Aku ade surprise untuk kau."

"Surprise? Okay lah, aku buat ape yang kau nak." Tariq teruja.

Tanpa berfikir panjang, dia pun segera keluar daripada kereta yang dipandunya menuju  ke buaian tersebut lalu diikatnya kain hitam tersebut menutupi matanya. Kemudian Tariq pun menggagau menekan butang dail pada telefon bimbitnya dan menelefon Kamal semula. Perasaannya amat teruja.

"Hello Kamal, aku dah buat dah apa yang kau suruh." kata Tariq.

"Kejap ye sayang. Lagi 5 saat abang sampai." jelas Kamal.

Tariq pun mematikan talian. Beberapa saat kemudian, dia terdengar samar-samar bunyi langkah seseorang sedang berjalan menghampirinya. Tariq gementar, namun dia cuba menenangkan dirinya.

"Kamal ke tu?" tanya Tariq pada jejaka yang menghampirinya itu.

"Shhh... Jangan cakap kuat-kuat, nanti orang dengar." jelas jejaka itu.

"Kenape awak lambat sangat, kite takut la." Tariq berkata-kata kecil dengan nada manjanya.

"Sayang, berdiri kejap boleh?"

Tanpa berlengah, Tariq pun segera berdiri. Dia dapat merasakan tangan Kamal meraba tubuhnya dari belakang. Dari dada turun ke pinggul, lalu ke peha. Kamal meraba pelahan, walaupun tanpa intimasi.

"Kamal, kau buat ape ni?" Tariq keliru.

"Sayang diam-diam lah. nanti orang dengar pulak."

Akhirnya tangan Kamal meramas punggung milik Tariq, dan kemudiannya menyeluk tangannya ke poket belakang seluar Tariq. Tariq berdebar-debar. 3 saat kemudian, Kamal mengeluarkan selukan tangannya itu.

"(Dush!)" satu hayunan penumbuk hinggap ke perut Tariq. Dia jatuh tersungkur lalu telefon bimbit yang dipegangnya tercampak beberapa kaki dari tempat dia tersungkur.

"Untung aku malam ni dapat samun budak kaya macam kau. Tapi sayang, gay rupanye! Baru ayat sikit, dah masuk perangkap. Bodoh!" jejaka tersebut mengambil duit dari dompet milik Tariq lalu mencampakkan dompet itu ke muka Tariq. Kereta yang dipandunya juga turut dikebas.

**********

Perasaan teruja menjadi tragedi. Malang sungguh nasib budak bernama Tariq itu. Malam tersebut dia disamun pula. Dia pun membuka kain penutup matanya, menenangkan diri, lalu mula meraba-raba mencari telefon bimbitnya yang terjatuh tadi. Waktu sudah hampir pukul 10:30 malam. Rasanya hampir 2 jam dia di taman permainan itu dalam keadaan rungsing. Tiba-tiba, seorang jejaka bermotosikal Honda EX5 berwarna putih lalu berhampiran taman permainan tersebut.

"Assalamualaikum. Abang cari apa tu?" tegur jejaka bermotosikal tersebut.

"Erm, takde ape. Saya cari phone saya tercicir tadi." jelas Tariq.

"Tercicir? Abang buat apa kat taman permainan ni sorang-sorang?" jejaka tersebut mematikan enjin motosikal miliknya lalu berjalan menuju ke arah Tariq untuk menghulurkan bantuan.

Jejaka itu bermata kuyu, berbadan kurus, berkulit sowo matang dan berkaca mata. Oh, dialah budak yang kerja sebagai pelayan dekat gerai makan kegemaran Tariq itu.

"Eh, awak rupanya!" Tariq mengukir senyuman.

"Abang Mercedes! Apa abang buat kat sini? Sini gelap lah, bahaya!" jejaka itu kelihatan kerisauan.

"Panjang ceritanya awak. Dipendekkan cerita, abang kene samun. Dari tadi abang duduk sini cari phone abang. Rasanye penyamun tu tak sempat nak ambik phone abang." jelas Tariq.

"La, ye ke. Kesian kat abang. Bagi nombor abang, saya try missed call."

"Ye tak ye jugak kan? Ni no abang, 012-251 8851."

"(Kring, kring, kring!)" bunyi tersebut datang dari dalam longkang.

"Ha, ni pun. Rupanya kau menyorok dalam longkang, kesian tuan kau penat cari kau. Nah abang, phone abang." Jejaka tersebut menyerahkan telefon bimbit tersebut pada Tariq.

"Terima kasih awak."

"Takde hal la. Ni macam mana abang nak balik?" tanya jejaka tersebut.

"Entah. Abang call ayah je kot minta tolong die jemput." 

"Tak pun macam ni, biar saya je hantar abang balik. Okay tak?" Cadang jejaka tersebut.

"Tak menyusahkan ke?"

"La, nak munyusahkan ape pulak. Hari tu abang dah tolong saya kan, ni time saya pulak tolong abang." jelas jejaka itu.

"Okay lah kalau awak dah cakap macam tu."

"Tapi sebelum tu kite singgah gerai jap, nak amik extra helmet."

Tariq pun membonceng motosikal itu bersama jejaka tersebut yang memanggil dirinya abang. Gerai tersebut tidak jauh dari taman permainan itu, lebih kurang 30 saat sahaja. Dengan kelajuan 60 km/j bagi sebuah motosokal, mereka pun tiba di gerai itu.

"Jap eh abang, saya amik helmet jap."

"Okay."

"Abang dah makan ke ni?"

"Belom la. Tadi sebenarnye abang nak makan kat sini, tapi lepas kene samun, terus terbatal niat." jelas Tariq kecewa.

"Ye ke. Kalau abang nak makan ape-ape, order lah. Nanti saya masakkan." pelawa jejaka itu.

"Betul ke ni? Tak menyusahkan awak?"

"Tak la. Sebut je abang nak makan ape, saya masak."

"Okay, kalau macam tu abang nak nasi goreng USA. Boleh?"

"Minum?"

"Abang nak minum horlick ais."

"Okay, abang duduk kejap. Dalam 15 minit siaplah ni."

"Awak, abang nak tanya. Nama awak siapa?" tiba-tiba terdetik pula hati Tariq untuk bertanyakan nama jejaka tersebut.

"Nazril. Nama saya Nazril." jawab jejaka tersebut.

Selesai memasak, Nazril pon segera membancuh air horlick ais dan kemudian menghidangkan menu tersebut pada Tariq yang kelihatan lapar.

"Macam mana abang, okay tak?" tanya Nazril.

"Lazat, memikat selera abang nak makan. Lepas ni bleh la abang makan kat sini hari-hari." usik Tariq.

Selepas makan, Nazril pun membawa pulang Tariq ke rumahnya. Lebih kurang dalam 20 minit, mereka pun sampai di kawasan perumahan USJ Heights. Nazril pun memberhentikan motosikalnya berhampiran pondok pengawal.

"Oh, abang duduk area sini ke. Besarnye rumah-rumah kat sini!" Nazril teruja.

"Biase-biase je lah Nazril."

"Abang sure ke nak saya hantar sampai sini je?"

"Takpe abang okay je. Jangan risaukan abang."

"Okay lah abang, saya mintak diri dulu. Tapi nama abang siape ye? Lupa nak tanya tadi."

"Panggil Tariq je."

"Okay lah abang Tariq, saya minta diri dulu ye. Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam, bawak moto elok-elok kay."

Nazril pun melambai-lambai tangannya lalu beransur pulang. Manakala Tariq pula menyusun langkah berjalan kaki menuju rumahnya di hujung simpang. Jantungnya berdegup kencang memikirkan apa yang harus dia jawab atas kejadian samun tadi.

Setibanya dia di rumah, saat daun pintu dibuka, kelihatan ayahnya sedang duduk menunggunya di ruang tamu.

..........to be continue

10 June 2014

KONTROVERSI CHE TA DAN ZAIN SAIDIN BERCIUM

Hi semua pengunjung laman sesawang GGE! Ni first entry Gibb nak tulis pasal gosip artis Malaysia. Actually bukan gosip pon, kontroversi yang ingin diketengahkan di sini

Kisahnye bermula pabila si Che Ta ni pegi cium laki die si Zain Saidin tu kat depan Eiffel Tower (depan ke?), dan detik mereka bercium itu telah dirakamkan menjadi beberapa megabites gambar (nak kata sekeping, sure die tak print pon gambar tu). Kemudiannya gambar yang hot tu, dimuat naik ke Instagram.

Zain Saidin & Rozita Che Wan.
Jadi pabila orang Melayu kita ni dipampangkan dengan gambar tersebut, mula la nak melatah masing-masing. Ade yang cakap Che Ta nak menunjuklah, ade gak yang back up cakap Che Ta tak salah sebab die cium laki die sendiri. Aku takde pon nak sokong sape-sape sebab aku bukannye minat sangat Che Ta tu, and aku pon baru je tahu pasal isu ni walaupun gambar tu dah diupload 4 minggu yang lalu. Tapi aku kadang-kadang nyampah gak tengok sikap orang Melayu kita yang terikat ngan adab, padahal tak tengok hukum agama. Yang menyokongnye pulak kemain obses sampai dah macam hilang pegangan agama. So konklusinya aku pon buat research sikit n nak menyuarakan pandangan. So aku bagi 2 situasi budaya berbeza kat sini.

Isu cium.
ISU PERTAMA:

Bila Melayu bercium di Paris:
"Eee, apelah Cik Ta tu cium laki die, tak sopan betul!"

Bila orang putih bercium di Paris:
"Alah, biarlah. Itu budaya dorang."


ISU KEDUA:

Bila Melayu bercium di Malaysia:
"Apalah dorang ni, tak tahu malu betul la! Macam takde adab!"

Bila orang putih bercium di Malaysia:
"Alah, biarlah. Itu budaya dorang."

Nampak tak apa yang aku cuba sampaikan? Orang Melayu kita ni memang suka sangat terikat dengan adab. Ko ingat orang barat nak amik kesah ke sape yang nak bercium kat negara dorang? Dorang buat tak tahu je dan anggap itu normal je. So apa yang orang Melayu kita kene kaji adalah hukum dan adab dalam Islam. Apa-apa pun kite check it out video kat bawah ni:

Hujah ringkas tentang hukum mencium isteri di khalayak ramai.

Masing-masing dah dengar kan? Tiada hukum yang disebut, tetapi Islam merumuskannya sebagai menggugurkan maruah. Boleh je cium, tapi macam tak molek la orang tengok. Dekat sini gak aku nak rumuskan bahawa peribahasa "masuk ke dalam kandang kambing mengembik, masuk ke dalam kandang kerbau menguak" dah tak boleh guna pada zaman moden ni. Sebab Cik Ta cium kat negara Perancis, kat sana kan normal je. Lagipun Che Ta bukannya menggomol secara rakus dengan suami die, just simple kiss je. Jadi situasinya hanyalah ajaran Islam sahaja yang bersesuaian sehingga ke hari kiamat.

Aku ni takde lah bijak pandai sangat dalam hal agama, tapi apa yang tak tahu kita belajar. Jangan nak ikut sangat budaya Melayu ni, nanti memakan diri sendiri.

BTW, kepada Che Ta, minta maaf sebab menulis isu ini. Tetap puji hasil gambar yang cuba disampaikan daripada kota cinta. Very romantic! Kalau aku ade boyfriend pon, teringin nak bergambar macam gini walaupun hanya berlatar belakangkan Sungai Sendat (dipanah petir).

Tapi satu je aku masih tertanya-tanya, kalau Che Ta tak update gambar tu, agaknye boleh je kot nak cium suami die? Sebab kat Perancis tu bukannya ada orang Islam sangat. Lagipun kat sana bukannya ada larangan bercium pon. Tapi Gibb lupa, Tuhan nampak la. Hihihihi...

7 June 2014

GAY DAN GAME

Bila korang baca tajuk entry aku kali ni, mesti macam korang penah dengar, kan? Aku dapat idea nak tulis entry ni lepas aku terbaca blog di-satu-sudut.blogspot.com dengan tajuk yang sama.

Bagi jejaka straight kat luar sana, mesti pelik kan bile tengok budak-budak gay ni selalu hebat bile main game. Korang mesti tak sangka spesis macam kami ni sangat berkebolehan. Kalau korang nak tahu, kebanyakan daripada kitorang memang mempunyai zaman kanak-kanak yang agak sukar berbanding kanak-kanak lelaki sebaya yang lain. Okaylah, aku nak cerita sikit sejarah aku dengan game.

Kisahnya aku membesar sama je macam budak-budak sebaya yang lain, still bermain sama-sama dengan anak-anak jiran. Memang nampak gembira, tapi aku akan rasa sedih gile bila anak-anak jiran lain ejek aku "pondan". Walaupun aku nampak macam tak amik kesah hal tersebut, tapi emosi aku cukup tersentuh dan rasa macam nak nangis je, tapi kalau nangis, lagi lah dorang ejek. Korang bayangkan time tu aku baru umur 8 tahun, dah nak kene dealing dengan dunia yang penuh pancaroba ini.

Rasa tersisih, tapi masih tabah mengharungi.
Sampaikan pada suatu hari (time tu aku dalam umur 10 tahun), anak jiran sebelah rumah mandikan aku dengan sebotol air kencing. Time tu aku memang dah tak tahan, terus menangis balik rumah. Mak aku tanya kenapa pun, aku diam je. Rasa malas nak kecoh-kecoh sebab tak nak nanti bermasam muka dengan jiran pulak.

So lepas tu, memang aku dah tak tegur dah ngan budak tu, kuar rumah pon dah jarang. Aku pon cari inisiatif lain untuk gembirakan hati. Kebetulan parents aku baru je beli komputer sebab kakak aku nak masuk universiti, jadi aku pon explorelah komputer tu. Sekali ade game Daytona USA, almost everyday aku main game tu. Rasanya tu lah game pertama yang aku main. Kalau pergi game arcade ngan kawan-kawan kat shopping mall, aku mesti main game tu.

Inilah game Daytona USA. Pernah main tak korang?
Yang ini korang boleh main sampai 8 player. Aku pernah main bende alah ni kat Subang Parade dulu.
Bila aku naik Darjah 5, aku dah mula pandai menginstall game kat dalam PC (personal computer). Bukannye susah, masukkan CD game, klik "Next, Next, Next", klik "Install", then klik "Finish". terus boleh main. Kalo tak boleh main tu, aku terus delete sebab takut kakak aku marah install game banyak sangat. Kalo tak main game kat rumah, aku pon pegi la CC (cyber cafe). Gigih menapak sebab nak main game je. Kat bawah ni antara game-game yang aku kerap main sekitar umur 11 hingga 18 tahun:

SEGA Sonic the Hedgehog
Pokemon
SEGA Bubble bobble
Digimon - Digital Card Battle
The Sims
Chocobo Racing
Ragnarok Online
Need for Speed Underground 2
Need for Speed la game terakhir aku main time sekolah dulu. Lepas tu aku dah jarang main game sampailah ke zaman universiti. Maybe sebab time tu komputer rumah aku dah rosak dan hormon main game aku dah berkurangan. Hahaha. Time tu zaman Myspace, rajin gila aku melayan natang tu. Siap aku ade buat peruntukan duit saku khas untuk pegi CC je setiap minggu. Masa tu jugak lah hormon gay aku meningkat dengan mendadak.

Late 2007, aku pon melangkah masuk ke alam universiti. Time tu mak aku belikan laptop baru, brand Acer. Aku rasa memang terbaik lah laptop tu. Ram die support banyak game dan grafik kad die pon gempak. Aku pon mulelah membeli game-game yang berkenan di hati dan segera ku install ke dalam laptop. Walaupun mak aku dah pesan supaya gune laptop tu time perlu je (agak-agak mak korang pesan bende yang sama tak?), tapi apakan daya, kehidupan di universiti sangat membosankan. Laptop digunakan secara multi-purpose. Berikut adalah game-game yang aku khusyuk main time kat universiti:

Desperate Housewives the Game
Singles
Need for Speed Most Wanted
The Sims Life Stories
Diablo 2
Simcity 4
Spore
Paling aku tak sangka, aku gigih main Diablo tu ngan kawan-kawan aku. Biasanye strategy game aku lemah sikit, aku lebih suke main arcade or puzzle game. Sebab tu aku suke main game The Sims, game tu tak payah strategi, nyawa pon takde.

Time kat universiti la aku dapat tahu yang banyak pondan-pondan (dorang pon gay jugak) suke main game. Aku dengar dorang main game lagi epic daripada aku. So aku pon buat lah kajian mengapa golongan gay ni gemar main game. Antaranya sebab terlalu sunyi sebab dipinggirkan, mencari inisiatif lain untuk menggembirakan diri sambil mengurangkan stress, dan ingin membuktikan bahawa meraka lebih berkebolehan dalam bermain permainan komputer berbanding lelaki tulen. Mostly kaki game ni mesti ala-ala nerd dan berkaca mata. Aku ade sorang kawan yang suke main game online, aku panggil die "pondan game".

Umur sebenarnya tidak menjadi ukuran. Daripada kita duduk layan porno, baik kita main game!
Actually daripada game la aku start belajar banyak pasal computer. Aku kenal megabites, ram, hard disc, motherboard. Time remaja dulu rumah aku setakat ade PC je, Playstation ke, gameboy ke, sume takde. Satu hari Tuhan tu bagi anugerah, aku dapat CD game Digimon World 2. Korang mesti pernah dengar sesetengan game PC perlu dimainkan bersama-sama CD die sekali. Tidak aku sangka game Digimon tu menginstallkan PC rumah aku ngan installer Playstation. So aku boleh main game Playstation gune PC je.

Kan best kalau abang ni main game ngan aku.
Kesimpulannya jangan pandang lelaki gay takde mata. Kitorang pon pandai main game jugak la. Dengar cerita The Sims 4 baru aje dilancarkan bulan lepas. Bestnye, hope ade peluang nak main game tu. Okay lah, sampai di sini saje Gibb nak celoteh, ade umur yang panjang kita berjumpa kembali. Enjoy video kat bawah ni.

 
 The Sims 4