Pages

27 June 2014

FANTASI DAN LAMPU NEON

Since aku dengar lagu Neon Lights yang dinyanyikan oleh Demi Lovato, aku macam suka plak dengan lampu-lampu neon. Warna-warna yang seolah-olah "glow in the dark" sungguh mistikal buat aku. Mostly warna-warna neon ni tergolong dalam warna-warna yang terang yakni striking colour. Ade juga sesetengah daripada kita memanggil ia dengan warna "fluorescence".

Fantasi.
Aku ade satu fantasi aku tentang lampu neon. Kononnya satu hari nanti aku dan si dia akan bercuti di sebuah cabin dalam hutan. Malam tu si dia akan buatkan beef lasagna kegemaran aku  dan aku pulak akan setting table and environment untuk dinner. Aku nak letak lampu neon banyak-banyak kat sekeliling meja dan kerusi, disamping pemandangan yang bertatahkan bintang di angkasa. Alahai, romantiknye. Sesudah makan, aku terus tarik tilam ke veranda dan kitorang baring bersama menikmati keindahan malam ciptaan Tuhan. Sambil tu kitorang akan mengimbau kisah-kisah lama dan ketawa tentangnya. Aku akan biarkan dia tidur kat atas lengan aku dan cium dahinya, rambutnya pula akan aku belai. (Ini hanyalah fantasi!)

Cabin in the woods.
Lagi bahagia kalau dapat kahwin style macam ni.
Sebenarnya lampu neon boleh mewujudkan intimasi di antara kau dan pasangan. Contohnya sebuah bilik gelap yang dihiasi dengan lampu neon. Kau tercari-cari bayangan si dia di dalam kegelapan yang berwarna-warni. Di dalam perasaan takut itu, tiba-tiba tangan si dia mencapai tanganmu dan kemudiannya memeluk dirimu dan berbisik, "Aku tidak akan membiarkan kau sesat lagi di dalam kegelapan. Biar lampu-lampu neon ini menjadi saksi cintaku padamu." Si dia pun kemudian mengucup bibirmu. Hah, kan romantik tu.

Contoh warna-warna neon.
Kebanyakan lampu neon boleh dilihat di bandar-bandar besar dan biasanya digunakan sebagai signboard, tapi kat Malaysia ni normally dorang hias pokok-pokok tepi jalan dengan lampu-lampu neon. Aku teringat masa dulu, waktu tu arwah nenek datang rumah dan dia jakun tengok pokok-pokok tepi jalan berwarna-warni. Waktu tu aku kecik lagi, tersenyum kat sebelah nenek lepas dengar die cakap macam tu. Memang teruja sebab dapat tengok lampu yang berwarna-warni. Ada juga yang menggunakan lampu neon untuk menghias kereta.

Di I-City Shah Alam, cantik tapi panas.
Floria Festival 2014 di Putrajaya. Walaupun tidak menggunakan lampu neon, tapi masih menggunakan warna-warna terang seakan-akan neon.

Chak Tu Chak Market, Bangkok, Thailand.
Bandar Osaka, Japan.
Muzium Neon di Las Vegas, USA.
Siapa tengok pokok ini, mesti mengimbau semula kenangan waktu bapak korang bawak korang pergi dinner sekeluarga dekat warung atau gerai berhampiran dengan rumah korang.
Penggunaan lampu neon yang minima untuk menghiasi bawah kereta.
Warna-warna neon juga tidak ketinggalan untuk turut serta bagi memainkan peranannya sendiri dalam dunia fashion. Warnanya yang sangat menyerlah juga mampu mengekspresikan jiwa ceria dan positif seseorang itu. Sometimes memang sakit mata tengok orang pakai baju berwarna terang. Aku ade seorang kawan ni, suke sangatlah beri barang-barang berwarna fluorescence. Contonya baju, kasut, laptop, tapi sekurang-kurangnye aku tahu die berada dalam keadaan gembira. Ye lah, kalau orang tengah sedih, mana mahu nak pakai baju warna terang-terang.

T-shirt, clutch, seluar, suit, shades dan topi berwarna fluorescence.
Kasut, beg dan swimming trunks berwarna fluorescence.
Kasut berlampu. Aku tahu time korang kecik-kecik mesti merengek kat parents korang sebab nak kasut macam ni. Sekarang berani tak nak pakai?
Rambut pon boleh dineonkan. Siape yang takde idea untuk fesyen rambut hari raya, ni aku bagi sample.
Warna-warna neon ini sesuai dipadankan dengan aksesori mahupun pakaian lain yang berwarna hitam, ataupun paling senang cerita ia sangat padan dengan orang yang berkulit tanned atau gelap. Tapi satu je lah aku nak bagi tahu, time aku pening memamg benci tengok bende-bende yang berwarna stricking. Rasa macam darah dalam otak ini berderu-deru je.

Agak-agak korang berani tak nak keluar jalan-jalan pakai macam ni?

6 comments:

  1. ada certain org jer yg sesuai pakai kaler2 M Daud Kilau nih....aku pon malu nak pakai...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. awak, awak...

      kalau muka hensem, badan mantap, pakai ape pon cantik... hahaha

      Delete
  2. not my cup of tea.. i'm more into darker color. aku rasa orang yang pakai neon color ni memang confident level tinggi gila! haha. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. maybe, aku suke pastil colour, nampak ceria... dark colour actually aku tak berapa minat...

      depend to people. different people think different things...

      ifu not like the tea, u can try soft drink. much better n refreshing....

      Delete
  3. sangat suka tgk orang pakai pelik2 ni... hehe

    ReplyDelete