"Waalaikumussalam." jawab Tariq sambil memerhatikan jejaka yang berdiri di hadapannya.
Jejaka itu memakai kemeja ungu dan berseluar jeans hitam. Ya, Kamal sedang berdiri di hadapannya sambil tersenyum. Tariq masih lagi kebingungan. Kalau jejaka yang berada di depan matanya sekarang adalah Kamal, siapa pula yang menyamunnya semalam?
"Tariq, mari sini. Kenalkan ini..."
"Kamal!" Tariq lantas memotong percakapan ayahnya.
"Kamu berdua kenal?" tanya ayahnya.
"Yup, pakcik. Kami berdua belajar kat kolej yang sama." jawab Kamal.
"Oh, kalau dah kenal bagus lah. Tariq, mulai hari ni Kamal akan jadi driver kau. Ayah tak mau tengok kau berpelesaran sana-sini tanpa pantauan. Jadi lepas ni kalau kau nak ke mana-mana, Kamal akan ikut kau sekali." jelas ayahnya.
"Tapi ayah..."
"Tak ade tapi lagi. Hah Kamal, kalau anak pakcik ni degil, kau bagi tau pakcik terus. Tahu la pakcik nak menguruskannya." tegas ayahnya.
"Baiklah pakcik. Tak ade masalah punye." kata Kamal sambil tersenyum.
"Tariq, pergi tunjuk kat Kamal bilik tamu. Dia akan tinggal dengan kita mulai hari ini."
"Seriously?" Tariq terpinga.
"I don't care what else you willing to say young man, but I'm serious about this. Okay lah Tariq, ayah nak balik kampung dah ni, nak hantar ikan haruan ni kat nenek kamu. And Kamal, I'm happy to have you around. Anggap je rumah ni macam rumah kamu." kata Encik Abbas.
Tariq lalu menghulurkan tangan dan bersalam dengan ayahnya sebelum ayahnya berangkat pulang ke kampung. Kamal hanya berdiri 5 kaki dari anak-beranak itu, memerhatikan mereka sambil tersenyum. Kemudian dia dan Tariq mengiringi encik Abbas ke kerate lalu melambaikan tangan disaat kereta itu berlalu pergi. Kemudian mereka berdua pun masuk ke dalam rumah.
"Hah, aku rase kau tahu je bilik tamu kat mana kan? Pergi je lah sendiri." kata Tariq dengan nada sinis.
"Eh budak kecik, kau ni ape pasal nak marah aku tiba-tiba?" kata Kamal.
"Kau dah samun aku semalam, lepas tu kau nak pura-pura baik depan bapak aku pulak!" berang Tariq.
"La, pasal semalam ke. Ayah kau dah cerita semuanya kat aku. Kau betul-betul ingat tu aku ke? Kau ni lawak la." jelas Kamal sambil tersenyum.
"Dah la, aku malas nak cakap dengan kau. Dan jangan nak ikut aku ke mana aku pergi! Aku benci kau!" Tariq mencapai kunci kereta miliknya lalu keluar dari rumah itu sendirian.
Kamal hanya mampu melihat jejaka itu pergi. Hati kecilnya berkata mungkin Tariq perlukan masa untuk meredakan kemarahannya. Kemudian Kamal segera ke bilik tamu, yakni bilik miliknya sekarang. Pakaiannya digantung rapi di dalam almari, buku-buku dan barang-barang keperluannya disusun di atas meja. Sesudah itu, dia membaringkan dirinya di atas katil, kedua belah tangannya diletakkan di belakang kepalanya sambil matanya memerhatikan sayap kipas di siling berpusing.
Beberapa ketita kemudian, Kamal bangun daripada baringannya dan terus ke meja belajar. Dia mencapai sebatang pen biru dan juga sehelai kertas berwarna biru muda bersaiz A4. Sel-sel otaknya berhubung dengan pantas lalu dia mula menulis beberapa nota untuk Tariq. Sesudah selesai, Kamal mengambil langkahnya menuju ke bilik Tariq dan meninggalkan nota tersebut di atas meja belajar milik jejaka yang sedang berang itu.
Disaat Kamal ingin meninggalkan bilik itu, die terlihat segumpal kertas kecik di atas lantai yang betul-betul mengganggu pemandangannya, lalu dikutipnya kertas itu dengan niat untuk membuangnya ke dalam tong sampah. Namun sebelum itu, gumpalan kertas tersebut dibukanya lalu dibaca.
"Hurm, patutlah pun." Kamal bermonolog.
Lalu die mengoyakkan nota buat Tariq yang ditinggalkannya di atas meja tadi dan segera membuat nota-nota baru. Sekarang dia hanya menunggu tuan besarnya untuk pulang ke rumah.
**********
Daun pintu kedengaran dibuka dari ruang tamu bawah, Kamal menyedari yang Tariq baru sahaja pulang. Dia melihat jam di dinding, baru sahaja pukul 8:00 malam. Lama juga budak tu keluar merayap, sedikit sebanyak merisaukan hati Kamal. Bukan apa, Tariq sekarang seolah-olah tanggungjawabnya yang utama selain daripada menelaah buku-buku pelajaran.
Sekarang Kamal hanya menunggu di dalam biliknya. Pintunya dibuka sedikit untuk mendengar dan mengintai tindak-tanduk si Tariq itu. Beberapa minit kemudian, die terdengar langkah Tariq menaiki tangga rumah dan terus menuju ke bilik.
Sementara itu di dalam bilik, Tariq segera menanggalkan pakaiannya untuk membersihkan diri. Hatinya masih tidak tenang memikirkan Kamal kini duduk serumah dengannya. Lebih kurang setengah jam dia menghabiskan masa di dalam bilik air. Sesudah selesai, badannya dilap kering, bahagian sulitnya ditutupi dengan tuala, dan kemudiannya berjalan keluar dari bilik air menuju ke almari. Boxer ketat berwarna hitam dipilih bersama sehelai baju-T berwarna biru muda. Tariq tiada keinginan untuk keluar dari bilik. Dia kemudian duduk di meja belajarnya untuk mengulangkaji pelajaran. Saat dia ingin mencapai buku Prinsip Perakaunan, kelihatan sehelai kertas berwarna biru muda terlipat dua terselit di antara celah-celah aturan buku. Di hadapan kertas itu tertulis, "Nota untuk Tariq". Tariq pun segera membuka nota itu dan membacanya.
"Aku dah tahu dah sebab ape kau marah. Macam mana aku tahu itu tak penting, yang penting sekarang aku tak bersalah. (Nota seterusnya terselit di bawah pemain DVD dekat ruang tamu.)"
Kerana perasaan ingin tahu, Tariq segera mencapai seluar trek berwarna putih, dipakainya, lalu berjalan menuju ke ruang tamu. Dia segera mencari nota di bawah pemain DVD, dan kemudian dibacanya.
"Hurm, seronak kan main cari-cari dengan aku? Sekarang aku nak amik DVD cerita yang kau rasa mcm nak tengok, dan kemudian kau pegang je DVD tu sambil kita main permainan ini. (Anda diminta untuk keluar dari rumah dan menuju ke peti surat.)"
Tariq tersenyum seketika. Dia mencapai DVD bertajuk Just Like Heaven dan kemudian berjalan menuju ke peti surat di luar rumah. Di dalam peti surat itu, kelihatan sekeping nota ditinggalkan dengan origami berbentuk burung berwarna putih. Nota itu dicapai dan dibacanya.
"Huhu, sekarang cuba kau dial no telefon ni, 019-3987191. Kalau kau lupe bawak phone, kau boleh gune phone yang aku tinggalkan kat bawah rak kasut depan pintu rumah."
Dia terus berjalan menuju ke rak kasut, diselitkan tanganya perlahan-lahan mencari telefon bimbit tersebut. Setelah dijumpainya, Tariq terus mendail nombor telefon yang ditinggalkan pada nota yang dibacanya sebelum itu. Dalam 6 kali juga dicubanya, tetapi masih tidak terjawab seolah-olah menelefon pemilik nombor yang sudah mati. Tariq pun berputus asa. Belum sempat dia melangkahkan kaki masuk ke dalam rumah, dia menerima satu mesej pada telefon bimbit yang dipegangnya. Tariq segera membaca mesej itu.
"Dah give up? Hahahaha. Sekarang lihat nota di bahagian bawah sayap burung tadi."
Tariq segere menoleh ke bahagian bawah sayap burung itu dan tertulis, "Tuan, saya haus. Boleh tak tuan ambilkan saya air jus mangga dalam peti sejuk?"
Tariq tersenyum seketika. Dia segera mengambil langkah ke dapur. Sampai sahaja di dapur, dia membuka peti sejuk dan kelihatan satu kotak jus mangga 1 liter betul-betul di hadapan matanya. Bersama jus itu turut diselitkan satu lagi nota.
"Sebenarnya burung ni tak haus, tapi kawan die yang haus. Sekarang kau amik jus ni dan terus menuju ke tangga rumah ni. Sampai je kat tangga tu, aku nak kau letakkan semua barang yang kau bawak pada anak tangga yang atas sekali. Apa yang perlu ada kat tangan kau adalah phone yang aku bagi pinjam tadi dan nota no 3. Lepas tu aku nak kau cari nota seterusnya kat bawah karpet anak tangga yang ke 75. Aku tahu anak tangga ni jumlahnye hanye 21 je. Kalau kau pandai kau cari lah! Hahahahaha! (gelak jahat)"
Tariq pun berjalan terus ke tangga rumahnya. Barang-barang yang dibawanya diletakkan seperti kehendak nota tadi. Dia pun memerhatikan anak-anak tangga itu. Dia mula melangkah dari satu anak tangga ke satuanak tangga. Sesudah sampai pada anak tangga yang paling atas, Tariq mengakui dalam hatinya yang nota itu tidak berbohong. Memang kesemua anak tangga itu berjumlah 21. Ke mana datangnya 75? Tariq kelihatan sedikit mengalah, namun hatinya nekad untuk menyelesaikan teka-teki tersebut. Dengan kepandaian matematik bertaraf sederhana, Tariq mula membuat sifir 21. Dia mula mengira, 21, 42, 63, 84.
"So nombor paling hampir adalah 63. Jadi 75 tolak 63 sama dengan 12 lah." andaian Tariq.
Dia bermula semula dari bawah. "Satu, dua, tiga, ..... dua belas." Diselaknya karpet pada anak tangga nombor 12, kelihatan tiada nota pada anak tangga tersebut. Kemudian Tariq bercadang untuk bermula dari atas pula. Dikiranya sekali lagi, "Satu, dua, tiga, ..... dua belas." Masih tiada apapun di bawah karpet. Selepas itu, Tariq duduk di tangga itu, raut wajahnya kelihatan mengalah. Namun otaknya masih berfikir. Tiba-tiba telefon bimbit yang dipegangnya berbunyi. Satu pesanan ringkas diterima, lalu dia terus membacanya.
"Alahai, takkan mengalah kot? Cuba kira satu persatu. Okay lah, aku bagi satu clue. Clue die lantai di bawah tidak dikira sebagai anak tangga. Selamat mengira!"
Tariq segera bangun dan memulakan langkahnya mengira anak tangga dari bawah. Satu, dua, tiga, empat, ..... dua puluh satu. Kemudian dia memusingkan badannya dan menyambung kiraan dari atas ke bawah. Dua puluh dua, dua puluh tiga, dia meneruskan kiraannya. Setelah naik turun tangga buat beberapa kali, akhirnya dia memijak ke anak tangga yang ke 75. Tariq segera menyelak karpet untuk nota yang seterusnya.
"Aik? Kenape tak ade jugak? Tariq bingung.
Rasanya kiraan telah dibuat dengan berhati-hati, Namun segala usahanya hanya sia-sia. Dia kelihatan sedikit kecewa bertambah marah, seolah-olah dirinya dipermainkan oleh nota-nota bodoh itu. Tiba-tiba, hatinya tergerak untuk menyelak karpet yang berada pada anak tangga seterusnya. Wajahnya kelihatan berubah dari murung kepada gembira. Terselit sekeping nota di bawah karpet itu. Tariq segera membacanya.
"Tahniah di atas kejayaan anda mencari saya. Segala usaha penat lelah anda membuahkan hasil. Sekarang sila dial no phone ini, 019-3987197."
Tariq pun segera mendail nombor telefon yang diterimanya itu. Tidak sampai lima saat, panggilannya terjawab.
"Hello tuan. Sekarang saya nak tuan lihat nombor telefon yang tuan baru sahaja dial dan nombor telefon pada nota no 3 tadi." kata jejaka dalam telefon itu.
Tariq mula membezakan nombor-nombor telefon tersebut. Dia melihat ke kiri, ke kanan, kedua-duanya serupa hinggalah ke nombor yang terakhir. Ada perbezaan nombor, 1 dan 7. Tariq segera menelefon semula nombor telefon yang baru diterimanya itu.
"Hello, Kamal..."
"Tak ape, aku faham. Ni semua salah faham je." kata Kamal tenang.
"Maafkan aku."
"Tak ade apelah, sekarang kau pusing belakang." pinta Kamal.
Tariq segera memusingkan pandangannya, kelihatan Kamal berdiri di hadapan pintu biliknya sambil tersenyum. Tariq segera berlari dan memeluk Kamal.
"Kamal, sorry sangat-sangat sebab aku marah kau tak tentu pasal!" teriak Tariq.
"Ala, hal kecik je tu. Biasa lah tu tersalah no phone." kata Kamal.
"Tapi mana kau menghilang? Aku rindu kat kau! Aku call tak angkat-angkat."
"Aku ade prob sikit. Phone aku yang nombor lagi satu tu buat hal, aku pergilah hantar repair, semalam baru siap. Tadi tu no aku yang lagi satu. Tak tahu pulak yang kawan aku kat kelab renang tu tersalah tulis." jelas Kamal.
"Ye ke. By the way, aku gembira dapat jumpa kau balik." tambah Tariq.
"Dah la tu. Mana DVD dan jus mangga yang aku pesan tu?"
"Nah, tapi untuk ape?" Tariq menyerahkan DVD cerita yang ingin ditontonnya bersama satu 1 liter jus mangga.
"Aku tahu kau lapar, aku ade masak nasi ayam untuk kau. Malam ni kite makan dalam bilik je sambil tengok cerita yang kau nak tengok sangat tu. Tapi sorry lah, makanannya dah sejuk sebab kau tu lambat sangat selesaikan teka-teki aku. Hahahahaha!" ketawa Kamal.
"Tak ape, aku on je." kata Tariq.
Kamal pun segera memainkan cerita Just Like Heaven pada komputer ribanya. Kemudian mereka berdua duduk bersila menikmati makan malam sambil menonton cerita itu.
"Lama jugak kau keluar tadi eh." kata Kamal sambil tersenyum.
"Hehehe..." Tariq tersenyum.
"By the way, aku rindu kau jugak."
..........to be continue
gigih si Tariq ikut apa yang Kamal tulis....hahahaha...
ReplyDeletewatak die kan macam lurus sikit, thats why la die kene rompak tempoh hari.
Deletesi bongok!
I like it!
ReplyDeletetq mcdreamy...
Deletecomel2x..hahaa..sy suka watak yg cute2 ni!
ReplyDeletetq adam hakim.
Deletemaybe penulis mengambil inspirasi daripada cerita siam pasal budak sekolah yang kapel tu. btw nice try.. penceritaan masih boleh diterima cuma jalan cerita agak longgar di sana sini... keep it up ur good work
ReplyDeletecerita siam? wtf! ni idea sendiri la...
Deletehahaahha...
kalau ade persamaan, mungkin secara kebetulan saja.
walau bagaimanapun, kritikan diterima..
Mama like the story...x kesahlah orang ckp jalan cerita agak longgar...
ReplyDeletekeep coming dear
tq mama, hargai sokongan itu!
DeleteTak puas baca. Hahaha...
ReplyDeletela. ye ke... nanti saya cuba siapkan chapter 8 kay..
Deletebtw, tq for the support, betul2 membina moral dlm diri in
ish...tggu punya la sebulan lamanya...ni je...hahaha chapter 8 pliss~~
ReplyDeleterasanya 2 bulan.. hahahah
Deletebtw, sila bersabar kay... saya akan cuba sedaya upaya
Sronok bc... Xsbr tunggu sambungan story ni... Tahniah bro
ReplyDeletesabar eh, dalam minggu ni juga akan release new chapter..... n tqvm sbb sudi baca
Delete