Pages

2 August 2014

KAD RAYA

First sekali aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat pembaca dan pengunjung blog ini. Aku nak minta maaf kepada pembaca tegar yang menunggu sambungan Budak Gerai, aku busy sikit ngan hobby baru aku, harap maaf. Apa-apa pun terima kasih sebab membaca, sayang korang.

Berbalik kepada topik sebenar, kad raya. Apa itu kad raya? Kalau kau tu seorang manusia, tentu kau sendiri tahu ape bende tu kad raya kan? Well, tak perlulah aku nak terangkan and tunjuk contoh kat korang sebab aku bukan Wikipedia. Lagi pun kau tu bijak pandai dan teknologi sentiasa melekat kat tangan, leh Google sendiri ape bende nye natang kad raya tu.

Since musim perayaan ni, aku still suke hantar kad raya pada kawan-kawan aku. Mesti kau rase macam aku ni old school kan? Aku ni takde lah old school sangat, cuma aku suke hantar kad raya sebab mesej yang disampaikan pada penerima lebih bermakna dan mempunyai keistimewaan tersendiri.

Aku memang tak mengamalkan mesej hari raya yang dihantar menerusi Whatsapp, Wechat, dan sebagainya sebab mesej-mesej itu hanyalah sekadar mesej copy-paste yang takde nilai ape-ape pun.

Tak kesah la kad raya itu serendah RM0.50 sekalipun, aku lebih menghargai ucapan yang ditulis oleh pengirim sebab ianya lebih ikhlas dan bermakna. Kalau kau sendiri pun, kau suke ke kawan-kawan or boyfriend kau hantar mesej copy-paste?

Kad raya atau mesej menerusi teknologi?
Memanglah sesetengan orang cakap yang kad raya ni macam membazir je, tapi apa salahnya nak keluarkan duit sikit untuk insan-insan yang kita sayang kan.

BTW, aku ade minat kat seorang mamat ni secara diam. Resultnye hampeh. Actually senang je nak tahu seseorang tu nak serius dengan kita ataupun tidak, kau try mintak alamat rumah die. Kalau die tak bagi tu maksudnya there is no chance at all for you to enter his heart. Sekian.

4 comments:

  1. teknik nk tahu rumah org tu.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. teknik nak tahu orang tu serius or tak nak kawan ngan kita...

      Delete
  2. x pe cuba lagi....hihihihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. try and error je....

      i believe many good guys out there..

      Delete