Isu serangan zionis kat Gaza tu aku tengok dah parah sangat. Pedih hati aku melihat si zionis ni memperlakukan manusia sejagat sedemikian rupa. Aku memang tak sanggup nak tengok orang post gambar bumi Gaza bertumpahan darah di merata laman sosial. Aku juga akui bahawa kadang-kadang aku hide post-post tersebut daripada news feed aku kat Facebook sebab aku tak sanggup nak melihat. Even time aku tengah tulis entry ni pun air mata bergelinangan kat mata ni.
Di sini juga aku nak menaikkan isu boikot yang semakin meluas bukan sahaja di Malaysia, malah turut dilakukan di sesetengah negara maju yang lain. Namun segelintir rakyat Malaysia begitu taksub dengan isu boikot ini sehinggakan mereka berperangai tidak berperikemanusiaan.
"Kau buat macam tu kat pekerja McD tu tak ape ke? Kesian la kau caci dan buli mereka."
"Kan aku tengah boikot ni. Itu bukan masalah aku! Siapa suruh dorang bekerja untuk Israel!"
"Tapi mereka kan cari rezeki tu."
"Banyak lagi tempat dorang boleh cari rezeki yang halal. Dengan Israel jugak dorang nak kerja!"
"Kesian la kat mereka."
"Nak kesian buat apa? Kalau dorang tu orang Islam, dorang tak kerja dengan zionis yang nak musnahkan umat Islam!"
"Habis tu kau caci dan buli mereka, kau pun tak kurang macam zionis jugak lah!"
(SENTAP)
Kalau kau nak boikot, kau hentikan pembelian produk yang menyokong Israel. Bukannya kau pergi belasah atau herdik pekerja itu sesuka hati. |
Dialog kat atas tu hanyalah rekaan semata-mata. Mungkin mesej ringkas itu dapat disampaikan dan mampu membuka minda korang untuk berfikir secara matang dan rasional. Bukan ape, aku kesian gak sebab ade khabar-khabar mengatakan yang staf McD selalu dibuli oleh pihak-pihak yang kurang bermoral. Ade gak dengar cerita rider McD menjadi mangsa buli di jalan raya. Ape dorang ni tak ade otak ke buat kat manusia mcm tu? Kesian kot.
Last sekali aku nak manusia-manusia yang memboikot secara buta kayu ni sedar diri sikit agar mengawal tindak-tanduk anda. Lagi satu aku nak yang rajin solat tu sentiasa selitkan doa korang untuk penduduk Palestin agar keganasan ke atas bumi mereka dapat dihentikan secepat yang mungkin.
Gibb turut berdoa agar mereka di sana sentiasa tabah dan dilindungi oleh-Nya. Insyaallah.
Produk-produk yang menyokong Israel, dihuraikan secara terperinci. |
Amin....doa adalah senjata yang hanya orang Islam je ada...
ReplyDeletepasal boikot tu...aku pun boikot mana yang mampu...lagipun hampir keseluruhan produk2 yang ada kat negara kita ni adalah milik dorang...at least ada jugak usaha yang kita buat....semuanya bergantung kepada diri sendiri...:)
apa-apa pun, boikotlah dengan bijak kay...
Delete