4 August 2014

KESALAHAN DALAM BINTANG-BINTANG KITA

Korang mesti dah menyaksikan cerita yang vavavoom bertajuk The Fault In Our Stars kan? Yang sedang membaca entry ni sure dah tengok punye, aku tahu sangat kepala otak korang. Nak-nak kalo yang jenis obses tu, nampak je The Fault In Our Stars kat mana-mana, terus terkinja-kinja obses.

Actually entry ni aku bukan nak bercerita pasal cerita tu pun. Aku kat sini nak cerita pasal minat membaca yang aku cuba tanamkan dalam diri aku. For those yang tak tahu, aku ni sangatlah tidak suka membaca, terutama fakta yang panjang berjela. Aku rasa buku terakhir yang aku baca pada tahun 2004, sekarang dah 2014 (dah 10 tahun mengikut perkiraan). Even time sekolah menengah dulu kan ade novel macam Meniti Kaca, Konserto Terakhir, dan sebagainya, seriously aku just beli je sebab cikgu suruh and tak pernah baca langsung (kalau korang tengok novel-novel tu, semuanya nampak macam baru lagi).

So, macam mana sekarang aku boleh datang minat nak membaca?

Kisahnya macam ni. Pada suatu petang, kawan aku ni bawak aku keluar pergi berbuka puasa. So dalam kereta tu kitorang berdua je lah menempuhi rintangan jalan raya yang sesak di kota raya. Die ade bercuti ke suatu tempat menarik tempoh hari dan nak bagi souvenir kat aku. Die suruh aku amik barang tu dalam beg die kat seat belakang. Aku pun bukak la beg die dan amik barang tu. Guess what? Aku terjumpa sebuah buku dalam beg die. Dalam hati aku berkata, "For real budak ni membaca? Buku Bahasa Inggeris pulak tu".

Kawan aku tu kalau korang judge luaran die, korang mesti rase die tu seorang pemalas, messy, dan pentingkan diri. Tapi actually die superb, adventurous, caring, setiakawan, pengemas, dan kelakar. Sebab tu bila aku dapat tahu die membaca buku, aku sedikit terkejut. He is really an unpredictable guy. Dalam hati kecil aku berkata, kalau die boleh buat, for sure aku boleh buat gak. For that time, aku putuskan nak mula membaca. Keesokkannya aku beli 2 buah buku which is salah satunye buku The Fault  In Our Stars.

Edisi Bahasa Malaysia berjudul "Tertulis Di Bintang-bintang" juga boleh didapati.
Walaupun dah 2 minggu aku beli buku ni, tapi aku baru baca sampai chapter 4. Nampak sangat pemalasnye kan. Janji aku baca. Hahahaha. Korang doakan aku berjaya tamatkan sesi bacaan aku sebab buku ke-dua yang aku beli tu lebih tebal daripada buku ni.

14 comments:

  1. Selamat berjaya! Haha boleh punye. :)

    ReplyDelete
  2. Aku baca version melayu punya. ok la not bad. Movie pun best. cuma Augustus terlalu kacak utk mati. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. awat hang bagitau si Augustus tu mati! dah tak surprise dah.

      chek dah lo tak habih baca lagi...

      huhuhu

      Delete
    2. Alamak. ye ke. Sorry weyh. aku ingat hang dah tengok movie version. Terasa bersalah pulak sekarang.

      Delete
    3. tak berkesampaian nak tengok la...

      Delete
    4. Nanti tengok bro! Bagi aku best la movie dia. Tak taw la orang lain macam mana. apa2 pun selamat membaca hingga page terakhir

      Delete
  3. klu nk pupuk minat membaca, cari lh benda yg ko suka n senang nk relate dgn diri sndiri.. then dr tu akan boleh timbulkan minat utk baca lg.. contohnya klu ko ko baca novel PLU.. hahaha.. for sure ko akan mudah utk minat.. mcm novel2 PLU melayu yg femes mcm Nafas, Aku Rama2 and byk lg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq cik putera. actually bukan sebab topik, saya ni mmg x minat baca full paper with writing word.

      even topic pasal konek pon kat surat khabar, kalau full page die cerita, baca sampai separuh je then terus selak mukasurat lain.

      even baca cerita si Shark tu pun, satu chapter sudah buat saya mengantuk. bukan sebab x best, tapi jiwa ini lebih kepada something praktikal dari tiori.

      Delete
  4. My favorite book!!! Tak tau pun dah ada edisi BM

    ReplyDelete
    Replies
    1. ade je...

      ini malaysia, semua ade.

      Malaysia BOLEH!

      Delete
  5. Selamat membaca...nanti nak beli juga,mcam best je.

    ReplyDelete