16 October 2016

3 YEARS ANNIVERSARY



Wah! Blog hambar Gibb dah berumur 3 tahun lah. Excited kot! Thank you semua rakan-rakan blogger, dan tidak lupa juga kepada semua pembaca di luar sana. Rasa macam saya mahu hug and kiss semua. Sayang kalain!

Untuk tahun ke-3 ini, for sure lah Gibb mahu bercerita perihal diri ini. Tujuannya untuk kalian di luar sana lebih mengenali Gibb. Okay, now kita putar semula masa ke belakang. Kali ini, Gibb ingin bercerita tentang diri Gibb sewaktu di sekolah rendah. Mesti kalian nak tahu Gibb ini waktu kanak-kanak perangainya macam mana. Lets story!!!



TADIKA

Gibb mula bersekolah tadika seawal umur 6 tahun, tadika Islamik lagi. Apa maksud tadika? Tadika merupakan singkatan daripada taman asuhan kanak-kanak. Berbeza pula dengan tabika, singkatan daripada taman bimbingan kanak-kanak.

Ada sebab kenapa ayah tidak mendaftarkan Gibb ke tadika sewaktu berumur 5 tahun. Ini kerana dia tak mahu Gibb cepat bosan. Sebenarnya ayah belajar daripada kesilapan sebab sebelum ini, abang Gibb di hantar ke tadika seawal umur 5 tahun. Ayah dapat lihat di situ bahawa abang Gibb ini cepat rasa bosan dan hilang minat untuk belajar.

Dekat tadika ini ade 10 mata pelajaran. Boleh dikatakan I was a bright kid back then, mungkin sebab rakan-rakan sekelas pun tak berapa pandai, so Gibb jadilah budak pandai. Hahaha! Tinggi Gibb waktu itu hanyalah 109 cm, berberatkan 19 kg. Tiny! Yang penting cita-cita Gibb waktu itu adalah bomba. Why bomba? Sebab most of rakan sekelas nak jadi ahli bomba, lagi-lagi Gibb ini suka main air.


Gibb masih simpan lagi buku Rekod Kemajuan Murid waktu tadika dulu.




SEKOLAH RENDAH AGAMA

First time masuk sekolah agama, I felt kinda exciting. Sebabnya Gibb sekelas dengan cucu jiran depan rumah, dan kami naik van ke sekolah. Sekolah agama tu agak jauh juga, but just berhampiran dengan sekolah tadika Gibb. Sebab jauh, so dapatlah naik van sardin tu. Gibb tak tahulah berapa orang kanak-kanak yang makcik van itu sumbat untuk mendapatkan keuntungan. Hahaha!


Inilah rupa paras van yang Gibb naik dahulu.


Sekolah agama tak silap Gibb bermula dar 7:30 pagi hingga 11:00 pagi untuk sesi pagi, manakala 2:30 petang hingga 5:30 petang untuk sesi petang. Agak pelik sebab sesi pagi tempoh persekolahannya selama 3 jam 30 minit, walhal untuk sesi petang hanya 3 jam sahaja. Weird?? Perbetulkan Gibb kalau Gibb salah letak waktu persekolahan.

Dekat sekolah agama, Gibb tiada masalah untuk membuat kawan sebab banyak budak-budak yang sama tadika dengan Gibb kat sekolah ini. Lagipun, kebanyakan mata pelajaran di sekolah agama ini, Gibb dah belajar terlebih dahulu dekat tadika. So, ia memudahkan sesi pembelajaran Gibb berjalan dengan lancar.




SEKOLAH RENDAH

Waktu di sekolah rendah pula, Gibb dimasukkan ke sekolah kebangsaan berhampiran dengan rumah. Untuk budak kecil macam Gibb, sekolah itu mengambil masa 10 minit sahaja jika berjalan kaki. Untuk Tahun 1, Gibb bersekolah pada sesi petang. Perasaan waktu first masuk sekolah itu, tak berapa nak ingat lah. Tapi tidaklah terlalu akward, sebab adalah 3 ke 4 orang kanak-kanak yang setadika dengan Gibb, sekelas dengan Gibb. Sekolah kebangsaan ini mungkin undang-undangnya agak ketat sedikit untuk kanak-kanak, Serious Gibb tak suka pergi sekolah kebangsaan, dan mata pelajarannya juga agak sukar. Tapi untuk Tahun 1, mungkin mudah lah

Waktu persekolahan untuk sesi pagi bermula dari 7:30 pagi hingga 1:05 petang (5 jam 35 minit), manakala untuk sesi petang pula bermula dari 1;10 petang hingga 6:45 petang (5 jam 35 minit) pada hari Isnin hingga Khamis, dan 2:20 petang hingga  6:45 petang (4 jam 25 minit). Gibb rasa waktu yang Gibb bagi ni agak salah, sebab Gibb x pernah hafal pun tempoh persekolahannya sebab sekolah kebangsaan agak bosan juga.


Paling benci perhimpunan sekolah kebangsaan sebab kene berdiri.




MATA PELAJARAN KEGEMARAN

Untuk sekolah agama, Gibb paling suka subjek Feqah dan Tauhid. Feqah kebanyakannya belajar pasal solat, puasa, haji, mostly pasal rukun-rukun. Tauhid pula belajar pasal malaikat, nabi dan rasul, dan juga kitab-kitab. Dari Tahun 1 hingga 3, kebanyakan subjek dekat sekolah agama adalah advance daripada apa yang Gibb belajar waktu di tadika. Masih boleh dikatakan agak mudah.

Di sekolah kebangsaan pula, Gibb paling suka subjek Matematik, Pendidikan Seni, dan Pendidikan Jasmani. Gibb dulu Matematik sentiasa A. Tak tahulah kenapa obses dengan Matematik, pernah sekali sahaja dapat B waktu peperiksaan penggal ke-2, Tahun 5. Pendidikan Seni pula, Gibb paling suka buat anyaman tikar dan origami burung. Sampai sekarang Gibb masih buat origami burung itu. Untuk Pendidikan Jasmani pula, Gibb agak suka sebab each week akan ada permainan baru dan tak limited. Paling seronok waktu Tahun 1 lah, sebab Gibb dapat kelas yang panjang seakan-akan dewan mini. Walaupun kadang-kadang hari hujan, kami akan bersukan di belakang kelas sebab ada satu ruang legar yang besar.


Mainan baling tin ini paling Gibb suka waktu kelas Pendidikan Jasmani.




PERWATAKAN

Hurm, perwatakan Gibb dulunya agak lembut lah juga, tapi Gibb senang dapat kawan sebab Gibb ni seorang yang rendah diri, baik dan pandai (aku yang tengah menaip ini pun rasa nak muntah). Serious okay!!! Gibb juga merupakan seorang yang jujur dan tidak berani menipu.


Gibb sebenarnya hanyalah seorang budak baik yang sedikit lonely.


Why rendah diri? Mungkin sebab Gibb bukan dari keluarga yang senang, duit belanja Gibb dulu sehari RM1.20 je untuk 2 sekolah. Mostly Gibb akan bawa bekal ke sekolah, bersama air trademark Gibb, air ais. Setiap malam mak akan isi air dalam botol dan bekukan. By the morning, air itu akan bertukar menjadi ais dan akan di bawa ke sekolah. So, air minum Gibb sentiasa sejuk.

Air ais Gibb ni sangat popular waktu hari yang ada pelajaran Pendidikan Jasmani. Sebab most of budak lelaki akan kehausan dan dahagakan air yang dingin. So, Gibb share lah dengan mereka. Kalau dekat sekolah agama, lagilah laku. Sekolah agama waktu rehatnya 30 minit, dan akan dihabiskan dengan bermain police entry (sebetulnya police and thief), lompat tikus, ataupun konda-kondi.

Gibb jarang berkata tidak jika ada orang minta tolong atau nak pinjam duit (walaupun aku tahu si peminjam tak akan pulangkan pun) mahupun pinjam barang. Mulut ini macam susah sikit nak berkata tidak. Entahlah, hendak kata selalu dibuli, macam tidak sahaja. Mungkin sebab itu ramai orang suka berkawan dengan Gibb.

Lagi satu, Gibb paling tak pandai nak ejek orang atau nama bapa orang. Bila orang ejek Gibb, rasa stress juga sebab tak tahu bagaimana nak diamkan mulut si tukang ejek tersebut.




KAWAN BAIK

To be honest, Gibb memang banyak kawan waktu di sekolah rendah mahupun sekolah agama. Paling best sekolah agama lah sebab kalau main jadi watak-watak Mask Rider, Gibb akan ada sebuah kereta dan motor dalam bentuk manusia. Untung jadi kanak-kanak kecil dan ringan. Gibb akan dikendong oleh mereka untuk menyerang watak-watak jahat. It was fun! Kawan-kawan perempuan pun kadang-kadang ajak Gibb main getah dan batu seremban waktu rehat. Syok!


Mask Rider with his car.

Mask Rider with his bike.


Realitinya, mereka tak tahu apa yang Gibb rasa. Dekat rumah tak seronok, tak ada apa-apa permainan, selalu kene marah sahaja. Kalau dekat sekolah dapat jumpa dan bermain bersama rakan-rakan. Even kalau hari minggu pun, Gibb akan keluar merayau dengan anak-anak jiran. Kalau balik lepas senja, sure kene rotan!

Jealous jugalah tengok rakan-rakan hidup senang, mereka dapat apa yang mereka inginkan. Mak ayah Gibb memang tak bagi beli mainan semua itu. Agak sedih la juga. Waktu raya pun Gibb beli mainan senyap-senyap guna duit raya, sebab tak mahu dilabel sebagai seorang yang membazir.

Kesimpulannya, sebab Gibb ini rendah diri sangat, Gibb tak tahu siapa yang betul-betul baik dengan Gibb. Dorang sekadar baik sebab nak minta tolong, ataupun memang ikhlas nak berkawan (kecil-kecil lagi sudah fikir macam ini). Setiap kali tulis dalam buku biodata, jarang sangat orang nak minta biodata Gibb, rasa macam tak diperlukan sahaja. Kalau ada yang minta pun, ruangan "kawan baik" itu Gibb akan skip. Selalu juga intai-intai biodata kawan-kawan yang lain, tak ada pun nama Gibb kat ruangan "kawan baik".




MENCURI

Gibb mula mencuri duit ayah waktu Tahun 4. Kisahnya pada Tahun 4, berlakunya rombakkan kelas di mana para pelajar akan dikelaskan mengikut taraf kepandaian. Alhamdulillah, Gibb sentiasa di kelas pertama sehingga Tahun 6.

Duduk dekat kelas pandai ini adalah pro dan kontranya. Kebaikkannya, semua murid dalam kes mempunyai pemikiran yang agak setaraf. Kontranya, persaingan jadi lebih sengit. Tambahan pula, kebanyakan pelajar pintar ini berlatar belakangkan dari keluarga yang senang.

Setiap kali datang rumah mereka, agak cemburu jugalah. Gibb ada kenal dengan seorang pelajar baru ini, dia selalu invite Gibb ke rumahnya untuk bermain game di PlayStation. Best sangat! Selalu main game Digimon Trading Card dan Hugo. Baik budaknya (tapi sekarang dah tak rapat sudah).


Anda masih ingat pada Hugo?


Tapi sampai bila Gibb hendak main dekat rumah orang? Jadi Gibb pun mulalah curi duit ayah. Gibb selalu curi duit ayah time die baru dapat gaji. Sebabnya Gibb tahu waktu itu ayah akan keluarkan duit banyak-banyak, and if Gibb ambil sehelai dua, mungkin ayah tidak akan perasan. 

Cara Gibb nak pecahkan duit RM50 itu, Gibb akan pergi ke kedai runcit Cina dan beli satu tin susu harga RM3.50. Why beli susu? Sebab Cina itu tak akan suspek apa-apa dan mungkin mak yang suruh beli susu tersebut. Kalau Gibb beli mainan, sure lah Cina itu akan suspek, "Dari mana budak ini dapat wang banyak-banyak?". Cerdik tak Gibb? Mohon jangan tiru. Dalam 3 ke 4 kali juga lah Gibb ulangi proses yang sama.

Lebihan duit itu Gibb belilah permainan apa-apa yang boleh membahagiakan diri. kebanyakannya Gibb beli figurines Pokémon dan Digimon. Big fan sangat! Waktu itu Pokémon dan Digimon tersangatlah popular dan baru sahaj keluar. Mostly duit-duit hasil mencuri dihabiskan ke arah itu, dan juga mainan-mainan lagha yang lain. Ada jugak rasanya guna untuk belanja sekolah, sampaikan ada kawan yang pelik sebab hari-hari Gibb makan nasi ayam waktu rehat.


Dulu, Gibb selalu pergi Carefour Subang Jaya sebab mahu beli figurines ini. RM1.50 setiap satu, tapi  beli 8 harga dia jadi RM10.00


Akhirnya kantoi juga, sebab mak ayah pelik gibb selalu sangat bawa balik permainan baru. then ayah tanya, dan Gibb mengaku. Habis kena sebat denga tali pinggang. No mercy okay! Ayah kalau naik hantu, habislah aku dilibasnya. Memang perit, tapi salah sendiri juga.

Alhamdulillah, isu Gibb mencuri itu tiada pun ahli keluarga ungkit pada waktu sekarang ini. Actually lepas 3 tahun berlalu, Gibb ada curi duitayah sekali lagi untuk beli Digivice waktu Tingkatan 1, tapi lepas itu tak mencuri dah sebab takut kantoi lagi.




KENANGAN MANIS

Kebanyakan kenangan manis yang Gibb ingat semuanya berlaku dekat sekolah kebangsaan. Antaranya macam dapat ambil peperiksaan PTS (Penilaian Tahap Satu) waktu Tahun 3. Rasanya peperiksaan PTS ini wujud sampai tahun 2000 saja. Rasa macam agak pintar jugalah kalau kau dipilih untuk menduduki ujian ini sebab hanya beberapa orang sahaja dipilih mengikut prestasi dalam pembelajaran. Markah lulus ujian ini adalah 80 markah dan ke atas. Waktu peperiksaan percubaan, aku agak berjaya juga dengan memperoleh markah 82, Namun, waktu peperiksaan sebenar, aku kurang bernasib baik, mungkin kerana demam pada hari peperiksaan.Aku sedikit kecewa sebab kawan-kawan aku dapat melangkah terus ke Tahun 5, dan aku tidak. Hahahaha. Cemburu juga hendaknya.

Kenangan manis seterusnya merupakan kawad kaki peringkat kebangsaan. Rasa bangga teramat. Kelebihan masuk kelas pandai, kau senang sahaja dapat lobang untuk aktiviti-aktiviti macam itu. Gibb dapat juga skip waktu persekolahan sebab kena pergi latihan kawad dekat Sekolah Menengah SAAS. Hasilnya, markah ko-kurikulum meningkat, walaupun tak ada niat pun nak masuk sekolah berasrama.

Ada satu kenangan manis dekat sekolah agama adalah ketika aku jadi model jenazah waktu Gibb di tahun 5. Kisahnya macam ini, biasanya lepas peperiksaan akhir tahun, sekolah akan mengadakan banyak kursus-kursus agama. Waktu itu ada kursus pengurusan jenazah dekat masjid untuk murid Tahun 5 dan Tahun 6. Jadi, waktu kami berkumpul dalam masjid itu, ustaz tanya soalan direct, "Ada siapa-siapa  nak jadi jenazah esok?", dan aku terus angkat tangan. Terus jadi centre of attention sekejap. So, keesokan harinya, Gibb jadilah model jenazah. Lepas kursus itu, orang tanyalah dekat Gibb, tak takut ke jadi mayat? Gibb pun jawablah, "Nak takut apa?". Dan lepas moment itulah, guru besar baru tahu yang Gibb ini anak AJK masjid. Sebelum itu, guru besar just kenal abang Gibb sahaja. Dapat reward RM10 okay! Bagi budak miskin macam Gibb, RM10 itu sangat banyak!


Percayalah, yang Gibb dibungkus sampai stage akhir ini.




KENANGAN PAHIT

Yang ini sure Gibb ingat. First sekali waktu Tahun 1, di mana Gibb tak berapa sihat, sedikit demam, dan tersirit dalam seluar. Sengsara okay! Kenangan ini sangat memalukan untuk budak yang baru masuk sekolah. Sepanjang waktu sekolah itu, Gibb tido sahaja dalam kelas sampai kakak bawak baju persalinan yang baru. Paling tak bestnya, Gibb tertinggal pencil box yang baru sahaja mak belikan semalam dekat bawah meja. Esoknya tengok bawah meja, dah lesap!

Kenangan seterusnya adalah time Gibb kene serangan lelah, Gibb inilelah tak teruk, tapi kalau dia start menyerang, seksanya. Actually, Gibb kene serangan lelah itu since dekat sekolah kebangsaan pada sesi pagi. Jadi balik sahaja dari sekolah sesi pagi, Gibb bagi tahu dekat opah yang Gibb tak larat nak pergi sekolah agama. Opah Gibb itu macam marah, dia cakap kalau Gibb tak pergi sekolah, nanti ayah rotan. Sebab Gibb takut kene rotan, jadi gigihkan diri jugalah pergi sekolah, jalan kaki okay! Gibb naik bas sekolah sampai darjah 3 saja. Mak ayah pula kerja, Sampai sahaja sekolah, Gibb duduk sahaja diam-diam. Ustazah pun tak ada tanya keadaan Gibb sebab Gibb pura-pura sihat. Tapi bila waktu balik sahaja, serius lelah itu datang lagi kuat, bila bernafas tu berbunyi kuat lah juga. Ingat tak motor dan kereta Gibb waktu main Mask Rider tadi, mereka lah yang tolong kendong Gibb sampai ke rumah. Mereka gilir-gilir bawak Gibb. Ada juga gunanya kawan dengan orang bersaiz besar. Sampai saja di rumah, Gibb pun berehat. Malam itu barulah ayah bawak pergi klinik sedut gas apa entah. Huhu. Lupa pula, waktu itu Gibb di Tahun 5.


Gibb baru tahu nama nama benda alah ini ialah Nebulizer.


Okay, kenangan pahit yang ini paling pahit sekali. Berlaku waktu Gibb di Tahun 6. Gibb main lari-lari dekat court badminton depan kelas, rasanya waktu itu Gibb nak tangkap bola kecil, seakan-akan bola tennis. Waktu tengah kejar bola itu, tiba-tiba kaki kanan Gibb termasuk dalam longkang. Then Gibb pun tersungkur. Lepas itu Gibb berdiri, dan rasa terencot-encot sedikit. Bila kawan tanya, Gibb cakap tak ada apa-apa (padahal tengah menahan sakit). Then waktu bali pun tiba, kawan-kawan semua sudah melambai-lambai tangan sambil gelak-gelak sebab tengok Gibb sakit. Gibb tahankan saja air mata itu. Bila semua orang dah balik, Gibb pun nangis seorang diri dalam kelas. Macam mana nak balik, kaki tak boleh jalan? Dah lah hari itu hari Jumaat, semua orang berpusu-pusu hendak balik. Sekali ada kawan perempuan sekelas Gibb tanya kenapa Gibb menangis. Gibb pun ceritalah keadaan kaki Gibb. Kawan Gibb itu bergegaslah ke bilik guru dan melaporkan keadaan Gibb, lagi pun dia seorang pengawas. Nasib baik ada seorang cikgu yang baru sahaja ingin pulang ke rumah. Cikgu itu pun tolonglah hantar Gibb ke rumah. Alhamdulillah, terseliuh biasa sahaja. Isnin itu Gibb kembali semula ke sekolah dengan keadaan tempang. Hahaha!




KENANGAN PELIK

Kenangan pelik ini merupakan kenangan yang tak manis, namun tidak juga pahit. Mula-mula sekali aku mahu cerita kisah bawa batu. berlaku sewaktu Gibb di Tahun 4. Cikgu Sains meminta murid-murid membawa batu ke sekolah untuk ujian makmal, Nak tahu Gibb bawa batu apa? Batu berbetuk kiub yang yang berat itu. Malu sangat time itu. Orang lain semua bawa batu yang kecil-kecil itu. Berpeluh jantan Gibb mengangkat batu itu!


Terjumpa pula batu konkrit ini dekat Google. Kau bayangkanlah Gibb yang kenit itu mengusung batu ini ke sekolah.


Kenangan berikutnya turut berlaku pada Tahun 4. Ini kes sorok beg waktu kelas Muzik. Ada seorang budak perempuan kelas Gibb mempunyai perangai pelik di mana dia suke menyorokkan beg rakan sekelas waktu kelas Muzik. Sakai ke tidak? Actually, Gibb ini merupakan mangsa sorok beg kedua dia. Gelabah sangat Gibb bila beg sekolah hilang. Biasanya dia akan sorok dekat-dekat sahaja, dan akhirnya Gibb jumpalah beg itu. Pada suatu hari, Gibb dapat tahu daripada kawan perempuan yang lain bahawa dia lah si jahat yang menyorok beg Gibb waktu kelas Muzik. Jadi, Gibb pun bertindak untuk menyembunyikan beg dia. Haha, dia menagis okay sebab tak jumpa! Tak silap Gibb, adalah mulut-mulut yang bagi tahu dia bahawa Gibb yang sorok beg dia. Dia pun report dekt cikgu sebab pagar dekat tangga dah nak kunci. Kemudian, dia report pada yaha dia. So petang itu jugalah ayah dia datang ke rumah Gibb untuk berjumpa Gibb. Gibb just bagi tahu keadaan sebenar dan lokasi beg itu disembunyikan (Gibb sorok beg dia belakang tong sampah dalam kelas). Yang lawaknya, ayah dia ini kenal ayah aku, dan kakak ipar ayah dia adalah kawan baik ayah aku. terus tahu rahsia keluarga. Hahaha. Nasib baiklah malam itu ada kelas tambahan, so bolehlah dia ambil semula beg dia yang telah disorok. Kes ini belum selesai lagi. Keesokan harinya, cikgu nak jumpa aku. Dia just tanya aku, kenapa akau sorokkan beg perempuan itu? Aku pun jawablah, "Dah dia sorokkan beg saya dahulu, saya sorokkan lah beg dia!". Lepas itu cikgu itu diam sahaja.

Seterusnya, kisah aku ponteng kelas Muzik. Dua kali Gibb ponteng kelas ini. First sekali dengan seorang perempuan dan seorang lelaki. Second time dengan perempuan yang sama dan 2 orang lelaki yang berbeza. Why Gibb ponteng kelas? Sebab Gibb tak suka cikgu muzik itu. Lokasi sembunyi adalah dekat stor kelas sebelah (korang tahu kan, biasanya kelas-kelas berhampiran dengan tangga hujung akan ada stor dalam kelas itu). Kali pertama tak kantoi, Kali kedua baru kantoi, mungkin kawan gibb lelaki yang tak ikut sama itu yang bagi tahu lokasi penyembunyian kami, Jadi, kami berempat pun dihadapkan ke bilik Guru Penyelia Petang. Kawan-kawan Gibb yang 3 orang itu dah start menangis dah, Gibb masih steady. Penyelia Petang pun tanyalah Gibb, kenapa ponteng? Gibb pun jawab yang muzik itu mainan syaitan! Mampu? Mainan syaitan konon! Padahal sekarang akulah yang suka terpekik-terlolong. Then, Penyelia Petang bagi nasihat dan melepaskan kami semua pulang.


Cikgu Muzik yang garang!


Kenangan ini juga turut berlaku pada Tahun 4. Di mana ustazah bertanya pada murid-murid, siapa pernah tengok video porno? Aku dengan selambanya mengangkat tangan (nampak tak, yang Gibb ini memang gemar mengangkat tangan). Ustazah itu dah peliklah. Then dia panggil aku ke meja dia dan bertanyakan perihal yang sebenar. Aku pun berceritalah perihal itu. Kisahnya macam ini, jiran sebelah rumah aku pergi curi tape (zaman tape, okay) milik abang dia. Tajuk dia pelik jugalah. Then pasang dekat rumah aku, Yang tengok waktu itu adalah aku, abang aku, dan jiran aku. Kami tengok pun skip-skip aje. Then, tak tengok dah. Kemudian, sewaktu aku dalam perjalanan ingin pulang ke rumah, ada rakan sekelas menahan aku. Dia cakap, ustazah minta tolong dia untuk geledah rumah aku kalau-kalau terjumpa bahan-bahan berbentuk pornography. Seriously? Sah-sah lah sudah tiada. Bukankah aku sudah cakap yang tape itu milik jiran aku. What the fish!

Kenangan yang ini pula tentang ke cyber cafe. Berlaku waktu Gibb berada di Tahun 6, mungkin. Gibb bersama 3 orang kawan yang lain secara randomly merancang hendak pergi ke cyber cafe. Tak ingat pula waktu itu mereka nak buat apa di sana. Sebabkan Gibb ini odd man out, so terpaksalah bersetuju. Mereka ini semuanya orang yang hidup lebih senang daripada Gibb. Jadi, mereka sentiasa ada duit. Gibb dulu kalau keluar, mana ada duit pun. Keluar sehelai sepinggang sahaja. Dalam perjalanan, Gibb cakap pada mereka, yang Gibb mahu ikut jalan lain, Kononnya nak berlumba siapayang akan sampai dulu ke destinasi. Mereka pun bersetuju. So, I take my own path. Padahal sebenarnya Gibb terus balik sebab tak ada duit nak pergi Cyber Cafe. Hahaha. Bila later mereka tanya kenapa Gibb tak pergi, Gibb cakap yang Gibb sakit perut. Sekian.




KO-KURIKULUM

Untuk badan beruniform, Gibb ada join PBSM (Persatuan Bulan Sabit Merah). Waktu Tahun 4 sahaja Gibb aktif. Tahun seterusnya sudah malas sebab sikit-sikit kene kawad! Mak ayah ada berpesan, ko-kurikulum kena aktif kalau hendak masuk asrama. Sure lah Gibb tidak mahu. So, Gibb tak aktif pun ko-kurikulum. Lagi satu, Gibb malas pergi sebab mahu menonton Cardcaptor Sakura dekat NTV7 setiap pagi Sabtu.


Biasanya, lelaki yang joined PBSM ini mesti bapok. Kau rasa?


Kalau kelab pula, Gibb joined Kelab Sains dan Matematik. Aktiviti kelab ini agak menarik juga, banyak kuiz dan berfikir secara kreatif. Dekat sini jugalah Gibb bertemu dengan seorang kawan berbangsa India yang Gibb masih berkawan dengannya hingga kini.




PERASAAN GAY

Perasaan suka dengan kaum sejenis ini mula datang sekitar Gibb berusia 10 tahun (tahun 4 lagi). Mungkin sebab kelas Gibb ramai mamat-mamat lembut, dan Gibb agak selesa berkawan dengan mereka. mereka juga suka berjenaka mengenai homoseksual. Seriously? Baru umur 10 tahun kot! Contohnya kalau lelaki terpegang tangan lelaki, maka 2 orang tersebut mulalah dipanggil homoseks. Budak-budak kan.

Gibb ada satu kawan gila ini. Time rehat dia suka buat free show belakang blok paling hujung di sekolah. Dia akan buka seluar, dan tayang konek dia. Gibb agak rapat juga dengan dia, and maybe ada crush sikit. Sebab perangai dia macam itu, Gibb agak turn off sedikit. Tapi kenapa Gibb perlu malu? Diakan lelaki, Gibb juga lelaki. Then I realize yang Gibb ini ada minat pada kaum sejenis rupanya.

Waktu Tahun 6, Gibb ada termimpi tentang ketua pengawas sekolah Gibb. Bukan mimpi yang bukan-bukan tau, mimpi berjumpa sahaja. Then secara tak langsung, Gibb mula ada perasaan dekat dia. Orangnya kacak, bagi Gibb lah. yang penting dia rapat dengan Gibb. Dia kata Gibb comel macam adik dia (celah manalah comelnya, aku serius buruk). He also nickname me cutie (ewww). Time khemah ibadah pun, Gibb tidur sebelah dia. Gibb suka kawan dengan dia sebab dia boleh menerima manusia pelik macam Gibb. Time pertandingan nasyid, Gibb bagi sokongan kat dia habis-habisan, dari mua training sampai lah hari pertandingan, walaupun akhirnya kelas Gibb kalah. Hahaha!!!




APA YANG AKU BELAJAR?

Sejujurnya, setelah menaip segala benda di atas, Gibb sendiri dapat menilai yang perwatakan Gibb sekarang terbentuk dari zaman kanak-kanak lagi. Mungkin ada yang telah berubah, namun masih ada yang sama. Gibb juga adalah seorang yang terlalu banyak berfikir walaupun masih diawal usia.

Kemiskinan juga mengajar Gibb untuk lebih matang. Actually tak adalah miskin mana. Hahaha. Mencuri juga bukanlah jalan penyelesaian masalah. Berlaku jujur itu adalah perkara yang terbaik, walaupun kebenaran itu amat pahit untuk ditelan.

Kalau suatu hari nanti Gibb ada anak, Gibb akan biarkan dia melakukan kesilapan, kerana kesilapan itu sendirilah yang mengajar Gibb, membina perwatakan Gibb. Jadi budak baik is so boring okay! Dia kena nakal sedikit, baru best!

Idea menulis entry kali ini diinspirasikan daripada komik ini.

Pemberian abang Gibb.

Kegemaran terbaru Gibb.

12 October 2016

PERJALANAN KECIL BERSAMA ABANG

Salam Gibbonizer!

Entry ini merupakan sambungan daripada entry DATING YOUR SENIOR BE LIKE, kerana ia berlaku pada hari yang sama.

Balik sahaja daripada aktiviti dating, aku masuk rumah, minum air sikit, then duduk kejap dekat ruang tamu. Waktu itu, aku ternampak abang aku turun dari tingkat atas. Secara spontan, aku pun mengajak dia keluar minum-minum. Dia pun on je. So, kami pun keluar dengan bertejuan untuk mencari Cikedut. Tahu tak Cikedut itu apa benda?

Rupa paras Cikedut.
Seperti ayat dalam gambar rajah, itulah istilah Cikedut ini. Bagi aku pula, Cikedut ini adalah dadih berperisa yang dilapiskan untuk mendapatkan effect ala-ala aiskrim paddlepop itu. Pada pandangan aku, apa yang bestnya tentang benda ini adalah kerana ia dimakan dengan menyedut menggunakan penyedut minuman. Memang sedap menyedut benda alah ini ketika tekak kekeringan. Huhuhu!

Yang berminat untuk membuat tempahan atau ingin tahu lebih lanjut tentang produk ini, bolehlah jenguk-jenguk Facebook mereka CIKEDUT BY SARIP DOL. Brand Sarip Dol ini paling popular!

Maaf, iklan sekejap.

Okay, sambung cerita. So, aku dengan abang aku pun bergegas ke Dataran Shah Alam untuk mencari kereta seorang abang yang menjual benda alah ini. Sampai sahaja di dataran tersebut, malangnya kereta abang tersebut tidak dijumpai. Jadi, abang aku mengajak aku jalan-jalan ke Bundle Jalan Raja Bot, Kuala Lumpur. Aku terus je on, walaupun aku sebenarnya tak tahu pun dekat mana bundle itu berlokasi.

Setibanya di lokasi, baru aku tahu yang bundle tu terletak berhampiran dengan Pasar Chowkit. Mostly apa yang aku nampak dekat pasar itu merupakan pisang dan petai, hahaha! Terasa lapar, tapi waktu itu masih belum tiba lagi di lokasi sebenar. Kami perlu menempuh terlebih dahulu jalan-jalan kecil di celah-celah pasar tersebut. Dalam 10 minit menempuh jalan-jalan kecil itu, akhirnya tiba di lokasi sebenar. So, park la kereta itu.

Not your typical everyday bundle.
Bundle ini tak macam bundle-bundle yang pernah aku pergi. Mostly para penjual hanya membentang tarp and lay down whatever they wanna sell. Kalau yang up sikit, mereka belilah rak untuk sangkut baju, or beli khemah mini as bumbung untuk tapak perniagaan mereka. But mostly, apa yang aku tengok, kebanyakannya hanyalah berbumbungkan langit malam sahaja.




Actually, aku tak ada niat pun nak beli apa-apa sebab aku tak ada duit. Namun, ada beberapa barang yang menarik perhatian aku seperti kaset dan telefon bimbit retro. Malangnya, aku tak ada duit! Hahaha! Abang aku pun tak beli apa-apa sebab tak ada benda yang berkenan. Jadi kesudahannya, cuci-cuci mata sahaja.

Bagi aku, tempat itu agak menarik juga. Pertama, sebab aku dapat lihat satu bentuk urusniaga yang agak berbeza. Di mana kau masuk sesuatu kedai, kau tengok-tengok barang, tuan kedai akan buat hal dia sahaja, kau tanya harga, tuan kedai jawab, kalau kau tak mahu, kau senyum dan berlalu pergi. Apa yang berbezanya? Penjual itu tak memaksa, dan most of them pendiam dan mungkin pemalu. Kedua, Aku seolah-olah masuk ke dalam sesuatu jenis pasar gelap. Sebab mostly kedai-kedai dekat situ tidak berlampu. Mereka hanya menggunakan sistem pencahayaan daripada lampu-lampu jalan yang berwarna jingga itu.

Lepas sudah habis pusing-pusing, kami singgah sebentar ke kedai minuman dan dapatkan air soda untuk membasahkan tekak. Almaklumlah, tak dapat Cikedut kan.

Air soda ini kalau balik kampung selalu ada time orang meninggal je.
Kesimpulannya, Kalau anda seseorang hippie, ataupun anda seperti Gibb yang sukakan custom fashion ataupun sesuatu yang unik, bundle adalah tempat paling best untuk shopping. Okay, habis cerita Bundle Jalan Raja Bot.

Seterusnya, before pulang ke bandar Shah Alam, kami singgah sebentar ke SS15 Subang Jaya untuk mendapatkan takoyaki. Beli 3 pack, then terus pulang ke rumah.

Harganya RM5.00 untuk 6 bebola takoyaki, dan wasabinya tidak menyengat sangat.

8 October 2016

DATING YOUR SENIOR BE LIKE

Hello, Gibbonizer!

Kali ini aku nak cerita kisah dating, which is between me and my school senior. Umur aku dengan senior aku ini hanyalah berbeza setahun. Kami actually kenal dalam Grindr dan aku lupa siapa tegur siapa dulu. Dah 10 tahun aku tinggalkan sekolah and now I have a courage to talk to him. Kami sebenarnya banyak connections sebab aku ini dulunya berjiran dengan dia. Kami juga berkongsi kelas yang sama di sekolah once, which is dia di sesi pagi dan aku di sesi petang. Okay, done with a little intro.


Macam mana aku boleh terkeluar date dengan dia?


Aku kenal dia dalam bulan Julai yang lalu dan perkenalan kami membawa ke Whatsapp. Walaupun dia ini kinda sissy, namun aku tak kisah pun sebab I can be in a sissy mode too. I just be friend to whoever I want! Then one day, dia ajak aku borak something (by borak I mean chatting via Whatsapp lah). So, I said okay. Turn out dia nak borak about a broken heart. Kisahnya dia ini sudah 3 bulan broke up dengan boyfriend dia. Yang paling sadisnya, his ex-boyfriend lives in front of his house. Ya, mereka berjiran, dan aku pernah je chat dengan ex-boyfriend dia dekat Grindr. Thanks Grindr, you make the world become small each day.

Worst, his ex-boyfriend dah ada partner baru and he need to see them together everyday. Aku dalam mode "I am your shoulder to cry on" terus suruh dia move on and his kinda wanna move on walaupun masih rasa keperitannya.

Senior : I kena buka hati untuk orang sayang I.

Gibb : I ada.

Senior : Susahnya, I dah penat nak mencari. Aduh...

Gibb : You tak nak try?

Senior : Boleh. Haha!

Gibb : Esok kita keluar date. Kenal-kenal.

So, dia ajak aku pergi book fair dekat Cheras. Katanya nak cari novel. Aku on je lah. Walaupun aku ini tak minat sangat dengan buku, but mungkin aku bakal jumpa sesuatu yang menarik di sana. He said he will pick me up after his home from work. Aku ada cakap nak belanja dia makan, tapi aku siap cakap bajet aku RM50, sebab aku tengah kering. Hahaha, miskin!

Gibb : Nak pakai baju warna apa?

Senior : Wah, Baju kena sama juga ke? Haha!

Gibb : Tak, sebab I tak nak warna sama. Nanti nampak gay sangat.

Senior : Haha! Tau pun. Tapi kalau kebetulan apa salahnya.

Turn out kami pakai baju warna yang berbeza. Sepanjang perjalanan, it's akward but we talk a lot of things. Daripada topik lagu yang berkumandang di corong radio, sehinggalah topik kegemaran aku, gadget! Kami ada argued tentang several things, but then we laughed about it.

Setibanya kami di lokasi, kami terus mencari book fair tersebut. Semua buku berharga RM5. What? Murahnya! Then dalam hati aku berkata, "Oh, inilah rupanya book fair!". Then aku split direction dengan dia sebab dia cari buku motivasi. Mula-mula aku berasa bosan juga dekat situ. Then aku terjumpa section yang menarik, which is DIY! Disebabkan wang aku tidak mengizinkan, jadi aku utuskan untuk membeli 2 buah buku sahaja. After I've done, aku masih melihat dia berlegar-legar mencari buku. Oh, God! I still need to wait. But it's okay, aku kene bertolak ansur. Not everything is about me, right?

Inilah rupa paras pesta buku itu.
Buku pemberi inspirasi dan buku DIY, totally me!
Lepas habis tengok buku, kami pun pergilah dinner. I asked him to choose the place to eat. Then he chose to dine at Old Town White Coffee. Aku pun okay je lah, walaupun aku sebenarnya tak pernah pun makan dekat situ. 

Waktu kami berjalan menuju ke lokasi, dia ada tanya aku dulu belajar jurusan apa? Then aku cakap yang aku belajar jurusan yang sama dengan dia (well, actually I do a little stalking before I'm going out with him). He was kinda shocked, sebab dia ingat aku belajar interior design. Turn out juga kawan sekelas dia pernah jadi supervisor aku dulu.

Setibanya kami di Old Town, Kami pun cari lah tempat duduk yang paling selesa (dapat lah juga kerusi yang berkusyen itu). Then, pilih lah makanan. Mula-mula itu aku agak blur dengan menu dia, but then I understand how's the combo menu works. Lagi pun dia ada cakap yang dia selalu makan dekat Old Town itu. Sementara hendak menunggu makanan tiba, dia sempat juga lah lari pergi cucuk duit dekat ATM. He asked me to guard his bag. Then I said, "You jangan lari terus tau!" sort of.

A man handbag!
Time makan itu, mostly kami sembang tentang time dekat sekolah dulu, and mostly about cikgu-cikgu. Then ada lah topik about his ex-boyfriend, about kehidupan, dan about sex sikit. Dia cakap tentang ketuk lutut. Mula-mula aku tak tahu apa benda itu, then dia terangkan.

Ketuk lutut ini sebenarnya salah satu cara untuk hilangkan ereksi pada penis anda. Dia tahu pun sebab budak-budak pejabat dia yang ajar. Almaklumlah, pejabat kan dingin. Jadi teknik ketuk lutut ini mungkin berguna.

Yang penting aku cuba waktu itu jugak. First, I tried to get an erection on that time. After that, aku pun ketuk lah lutut aku, dan teknik itu tidak berkesan. I tried some more, and it's still doesn't works! Hahaha, bengong! Satu pujian yang aku dapat adalah dia cakap aku ini kinda high confident, sebab dia tengok aku selamba je duduk silang kaki, lepas tu letak kaki itu atas kerusi. Then aku cakap. itu bukanya confident, itu selamba namanya.

Food pic is too mainstream, so tayang pic invoice je lah.
Then time hendak bayar pula, dia berkeras tak mahu bagi aku belanja. Tapi aku cakaplah, kan aku dah janji. End out dia bagi aku RM10, then aku terima je lah walaupun berkali-kali aku cuba tolak. Before balik, kami sempat singgah ke kedai gadget untuk intai-intai harga iPhone 6s. Okay, ada penurunan sebanyak RM1000. It's kinda good bila kita boleh bersembang tentang perkara yang ramai orang tak minat, rasa ada sedikit appreciation di situ.

Dalam perjalanan pulang ke rumah, dia ada cerita tentang pengalaman dia bercuti sorang-sorang ke Indonesia sebab kawan-kawan dia tak jadi pergi. Cerita dia agak bosan sebenarnya, tapi at the same tima, aku agak respect dengan pengalaman dia sebab dia ini agak penakut dengan persekitaran baru, lagi-lagi being alone di negara orang at the first time.

Then kami berborak tentang tempat praktikal lama. Agak terkejut juga sebab kami sebenarnya buat internship dekat tempat yang sama, cuma semester yang berbeza. Dah, mula lah cerita pasal mutual friends. Aku melayankan je lah moment throwback itu, walaupun aku tak suka kenal orang yang banyak mutual friends dengan aku. Betul lah orang cakap, dunia PLU ini memang kecil. Damn!!!

Okay, now sudah sampai di rumah. We said thank you and goodbye to each other. No kiss muah muah! Hahaha!

Overall, I have a great time that night. Rasanya last time I had a proper date pun waktu hujung bulan Jun yang lepas. Do I see any potential love? I guess the answer is no. Sebabnya aku rasa dia keluar date dengan aku pun untuk mengisi masa lapang. Lagi pun, aku tak pernah nampak kesungguhan dia untuk text aku just untuk bertanya khabar. Tambahan lagi, aku kurang sikit nak date seseorang yang banyak sangat mutual friends dengan aku. I feel weird about that. Good thing is, we still text, but saldomly.

Masuk rumah je, aku minum air kejap, then terus ajak abang aku keluar minum-minum. Nanti aku sambung cerita pada entry yang berikutnya.