Unstoppable bromance. |
Haha, selamat kembali mendengar kisah Gibb tentang my bromance relationship. Kalau korang terlepas entry sebelum ni, better baca dari mula kay. Boleh klik kat sini BROMANCE PART 01 dan BROMANCE PART 02. Then baca sampai habis, baru layan kisah ni (layan ke?), hahaha.
Sekarang aku nak cerita pasal minat yang kitorang kongsi bersama. Okay lah, I love musical movie. Kalau aku bukak cerita musical kat dalam bilik yang dipenuhi ngan straight guy, memang aku tengok sorang je lah. Sampaikan cerita yang bergenre musical, semuanya dilabelkan dengan nama aku oleh kawan-kawan. Tapi die tak, surprisingly die suke gak melayan cerita bergenre musical. Korang penah tak tengok High School Musical? Die tukar label cerita macam tu kat aku kepada "cerita kita". Dalam hati aku cakap, "For real?". Dan pernah sekali tu time buat assignment ngan die kat bilik aku, aku bukak lagu 7 Things by Miley Cyrus dan die boleh menyanyi lagu tu. Now like everytime I am with him, I don't need to pretend to be someone else. Aku dah tak payah nak pura-pura nyanyi lagu Avenge Sevenfold and play cool. Sebab kalau ngan kawan-kawan aku, kalau nyanyi lagu Miley Cyrus je, saya mesti kene ejek. Damn it!
Are you ready to sing along boys? |
Kisah seterusnye time aku ditinggalkan keseorangan di dalam bilik. Yang ada pon sorang je kawan aku tengan main game kat meja study. Entah mana tah dorang pergi malam tu, bersosial kot. Suddenly someone knock the door, and guess who was coming? It's him. Die bawak pendrive dan ajak aku tengok movie. So aku pasang cerita tu kat laptop aku, dan kitorang duduk side by side kat atas katil. Time watching tu aku selalu tengok muke die dan senyum sorang-sorang. Time tu dah la bukak study lamp je, feeling-feeling romantic jugak la.
Inilah movie yang kitorang tengok malam tu. Cuba teka ini cerita apa? |
Die suke panggil aku giler, retarded. Aku selalu peluk die dari belakang kalau aku jumpe die, then die akan jalan 4 ke 5 langkah ke depan, then kitorang ketawa. Die pun suke kejutkan aku dengan peluk pinggan aku dan angkat aku, even aku ni berat. Sampai some of my friends pelik macam mana kitorang boleh berkawan baik, sebab we totally different person. Tapi semuanya berakhir lepas ade class swap, which is aku dah tak sama kelas ngan die lagi, ade satu kelas je kitorang sama. Walaupun sometimes aku akan pandang die dan die akan pandang aku, and we exchange smiles, semuanya dah tak sama macam dulu. Time tu aku cube cari "bro" yang baru, tapi sayangnye takde yang sama macam die. Time Friendship Day, aku ade kirim gift kat die. Die still text aku dan ucapkan terima kasih. Di jugak ade puji aku time aku botakkan kepala, hahaha. Sebab waktu kelas masing-masing dah berbeza, memang jaranglah kitorang nak bertembung. Rasanye semester tu sekali je die ade ajak aku keluar lepak, itu pun dengan geng-geng die. Walaupun aku rasa sangat-sangat tak selesa (sebab geng-geng die tu macam tergolong dalam kaum lelaki yang kacak dan kaum hawa yang cantik), tapi aku gigihkan jugak diri ini. Aku memang tak enjoy sikit pon masa itu.
Okay lah, skip terus sampai hujung sem. Disebabkan aku bawak transport sendiri (which is kapcai), so aku decide nak balik umah dengan kapcai tu jelah rempit ngan roommates aku. Tak payah susah-susah nak pos, kira macam aktiviti kitorang yang terakhirlah before keluar practikal sem depan. Barang-barang aku semuanya family aku dah angkut, tinggal 2-3 helai pakaian je untuk aku pakai before balik rumah. Aku ngan roommates aku tu gile juga, suke buat bende yang mencabar. So kitorang dah decide nak merempit sama-sama dari timur Malaysia ke Kuala Lumpur. Seminggu sebelum tu, si die ade datang bilik aku dan tanya aku balik rumah naik ape. Aku cakap lah aku merempit. Then die decide nak balik ngan aku jelah. Time tu aku happy gile, tak sangka aku akan balik KL ngan die lagi (before this ade lah 2-3 kali aku balik KL dengan die, tapi naik kereta ngan kawan-kawan lain). Kali ni kitorang akan naik motor berdua je.
Before bertolak, kitorang breakfast roti canai kat gerai biasa, then baru gerak balik KL. Seronok sangat, die yang bawak and aku just membonceng je kat belakang. Dalam perjalanan tu tangan aku tak renggang peluk die dari belakang, sempat tidur lagi. Almost 10 jam kitorang atas motor and akhirnya sampai gak KL.
Scooter impian aku. |
Sampai je KL, aku tak balik rumah dulu, aku lepak umah kawan aku yang super kaya ni. Walaupun si die penat, tapi die still join gak teman aku. Kitorang bincang nak buat picnic kat air terjun hujung minggu tu. So aku ajak lah die join sekali, tapi sepeti biasa die tak janji die akan pergi atau tidak. Malam tu, Kitorang 7 orang hantar die balik rumah naik SUV. Time dalam kereta, aku pegang je tangan die (kononnye macam lepas ni tak jumpa lagi). Bile dah sampai rumah die, aku macam nak menangis je, then kawan aku yang tengah drive cakap, "Hujung minggu ni kan jumpa lagi."
Time picnic tu, sekali lagi die buat surprise dan die muncul, bawak superbike die. Aku happy gile time tu. Simpan lagi gambar kitorang berdua time picnic tu. Seriously I spend time a lot with him at that time. Lepas aktiviti mandi-manda tamat, kitorang ramai-ramai lepak kat restoran mamak buat kali terakhir sebelum semua buat haluan masing-masing. Then before berpisah, aku siap salam cium tangan die lagi. I know at that time mungkin ini kali terakhir aku dan dia berjumpa, mungkin lepas tu keadaan kitorang tak akan sama lagi.
Lepas tu masing-masing keluar praktikal. Surprising aku dan dia masih connect with each others. Die ade buat account Facebook (actually kawan aku ni memang tak berapa nak minat bersocial networking), dan die ade add aku. Aku rajin chat ngan die dan tanya khabar, cakap yang aku rindu die, suruh die jaga diri dan jangan tinggal puasa. Banyak la bende personal yang kitorang borakkan.
Then after tamat praktikal, coursemates aku rancang nak berkumpul semperna raya, at that time aku dapat jumpa die balik. Happy gile time tu, even aku macam malu-malu kucing sikit dengan die. Dan at that time jugak die tanya aku soalan yang mengejutkan kat aku time aku tengah makan kuih raya.
"Jom kapel ngan aku."
Aku macam terkejut gak sebab die tanye soalan macam tu kat aku, tapi aku jawab selamba je kat die yang aku dah ade boyfriend time tu. Aku tahu maybe die bergurau je, tapi soalan tu bermain-main dalam fikiran aku bila aku sampai rumah. Sampailah ke hari ini, aku masih terfikirkan soalan tersebut. Dan kadang-kadang aku tertanya-tanya kenapa aku jawab tidak sedangkan aku sanggup tinggalkan mana-mana lelaki demi die.
Lepas dah habis diploma, aku dah jarang jumpa die. Walaupun dulu aku pernah cakap yang nak sambung study sama-sama, tapi aku mungkiri janji itu. Die gak yang sambung degree dan berjaya tamatkan pengajian dengan cemerlang. Sekarang ni pun die merupakan seorang pensyarah di sebuah kolej terkemuka di selatan tanah air.
Memang mula-mula aku takde perasaan kat die, tapi bile dah kenal lama-kelamaan aku rasa die lah lelaki paling awesome dan sesuai untuk aku. Sampaikan every password yang aku gune untuk semua laman sesawang adalah gabungan nama aku dan die. Tapi apakan daya, naluri kami berbeza
Kepada sahabatku, kalau kau terperasan aku buat entry ni, aku minta maaf. Tapi aku tahu kau tak akan marah punye sebab kau tahu perangai aku macam mana. Aku sentiasa doakan kau sentiasa berjaya and yang penting cepat kahwin. Insyaallah.
Memang mula-mula aku takde perasaan kat die, tapi bile dah kenal lama-kelamaan aku rasa die lah lelaki paling awesome dan sesuai untuk aku. Sampaikan every password yang aku gune untuk semua laman sesawang adalah gabungan nama aku dan die. Tapi apakan daya, naluri kami berbeza
Ni jari die, time ni kitorang tengah buat assignment kat library. |
Sekian.
Jelly gila! Bestnya dapat kawan macam tu. Aku doakan persahabatan korang kekal selamanya. Amin.
ReplyDeletetq awak... aku memang harap aku dapat hangout ngan die lagi.
DeleteAla sweetnyer kau ngan dia Gibb.
ReplyDeleteGigih simpan gambar jari. PSIKO giler. HAHA.
Selamat Hari Raya Gibb!
mana ade PSIKO, jaga privacy org la..
Deletebtw, PSIKO adelah impression die yang pertama pada diri aku