15 February 2014

AKU, SI PLU YANG MEMILIH

Hi semua penziarah blog GGE! Lama aku tak buat entry baru kat sini. Sekarang ni kononnye aku nak fokus kat jalan cerita Budak Gerai, nak buat cerita tu vavavoom! Hahahaha, selayaknye lah kan. Hope korang suke lah baca cerita tu, maybe beginning cerita tu agak mendatar sikit. Tapi aku janji akan buat cerita yang tu sebaik mungkin.

Berbalik pada tajuk asal entry ni. ADAKAH SAYA TERLALU MEMILIH? Mesti korang rasa aku ni poyo gile buat entry ni and macam aku ni perasan hot je. Actually aku ni serius tak hot, kerja pon biasa-biasa je, tak berjawatan pon. Pergi kerja pon merempit untuk mencari sesuap nasi. Kawan pon tak ramai, weekends duduk rumah je lah.

Ok, tukar topik. Well, di dalam dunia serba moden sekarang, pelbagai aplikasi dan laman sesawang menarik untuk kaum PLU bertemu or berkenalan antara satu sama lain. Kalo kat internet, kite ade PR, Manjam, Tagged dan Boyahoy. Kalo yang berduit sikit, bleh beli Blackberry, boleh BBM ngan banyak jantan. Kalo yang berduit banyak, dorang beli iPhone. Kat iPhone leh download Grindr, Jack'd, Hornet, dan sebagainye.

Well, aku banyak habiskan masa online, berkenalan dengan strangers. To be honest, aku mmg cepat sangkut ngan orang yang bagi banyak perhatian kat aku, and sometimes sex. Inilah cara aku kenal ngan PLU yang lain since I'm not really into public very well. Aku ni agak pendiam and pemalu orangnye. Dipendekkan cerita, kalau aku kenal sesorang tu dan aku macam berminat, aku akan request untuk berjumpa dengan orang tersebut secara terbuka, personal, or atas katil.

Date secara terbuka, yakni ditempat awam.
Date secara personal, selalunye ditempat di mana tiada orang lain selain anda dan pasangan.
Date atas katil, for sure kat bilik.



For sure, 95% aku biasanya date orang secara personal dan atas katil. Aku kurang sikit nak berjumpa secara open sebab aku tak suke orang lain pandang-pandang and cop aku ni gay. Hahahaha. Kadang-kadang bile date pon, aku dah dapat baca orang tu suke aku ke tak. Ade jugak yang tanya, aku ni dah ade boyfriend or not? For sure aku jawab takde. Tapi takde sorang pon yang nak cakap, "Saya suka awak" or "Awak ni attractive" kat aku. Statement tersebut telah menjelaskan yang aku tidak memilih, tetapi aku yang dipilih.

Time chatting plak, ade gak orang slalu tanya kat aku, "Awak dah berpunya ke?", "Awak ni memilih kot." ataupun "Dah berapa lama awak single?", "Awak terlalu memilih kot."

Oh Lord, aku pon tak tau lah aku ni jenis memilih ke ape. But lepas agak ramai gak budak-budak PLU tanya kat aku soalan tu, baru aku sedar yang aku ni agak memilih sebenarnye. Memang la dunia PLU ni for sure relationship die takkan kekal lama, tapi aku nak gak ade orang yang bleh share banyak perkara bersama-sama, dan yang pandai buat hati aku gembira. Beratus lelaki sudah aku date, tapi satu pon tak melekat. Kes malang dalam cinta.

Kadang-kadang orang nak kawan je ngan aku, tapi aku plak nak lebih. Endingnye kawan pon tak, cinta pon tak. Kes seterusnya orang tu plak minat aku sangat-sangat, tapi aku plak tak berapa nak minat. Mungkin dia terlalu cepat, or aku yang belum bersedia. I think my day in this PLU thing mostly over. Aku actually cemburu gak ngan orang yang berkapel bagai, tengaok dorang macam happy je. Muke tak hensem pon laku je. Tersangatlah jealous!

Aku ade fikir gak, mungkin Allah nak tunjuk kat aku yang dunia PLU ni tak sesuai ngan aku. Tapi aku tersangatlah ingin dibelai and membelai. Selalu rasa lonely je. Kalo text pon, dengan boyfriend orang. Semua yang aku minat, semuanye milik orang. Aku redha je ngan ketentuan Ilahi.

Kepada mamat-mamat PLU kat luar sana yang masih single, korang percaya ke yang satu hari nanti mesti ade seseorang yang istimewa dalam hidup korang? Aku nak percaya pon tak tahu lah. Dah berharap beratus kali, tapi keputusannya hambar. 

Aku masih berharap agar aku akan diketemukan dengan seseorang yang boleh buat aku happy, even lelaki or perempuan pon aku tak kesah. As long as I am happy, that's enough.

Okay lah, sampai kat sini je kot. Kalo aku rajin, aku sambung cerita Budak Gerai tu malam ni, or tak pon esok je lah. Hope korang sudi-sidi lah baca kay. Love you guys, peace out, muah muah!

14 comments:

  1. Sye pon tgh tunggu someone dlm hidop ...arap dpertemukan...
    Boring single nie..so sesame la kite mgharap ye...
    Pasal memilih tu pd sye de baiknye MEMILIH. ... xla murah n jelojoooh sgt..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, hope someday....
      penat kan menunggu, n bosan single

      Delete
  2. baca cerita u mengingatkan i pada seseorg.. i minat dgn dia ktorg dah jumpa almost 5month.. dah share everything. dia lebih kurg mcm u lah selalu jmp dgn laki lain tp still cntct dgn i. sometime kt org selalu gaduh pasal benda yg kecik2. padahal kt org bukan couple pun tp dia cemburu n jelez i juar dgn org lain.. xtah lah dia ada perasaan kat i or x.. hurmmm

    ada ym x? i nak chat dgn u nak mintak pndgan boleh?.. kitakyushu24@yahoo.co.uk

    ReplyDelete
    Replies
    1. i takde ym la, tp nanti i email kat u je....

      Delete
    2. Ok tqvm Gibb Zernow.. I tg u email ya.

      Delete
    3. i dah email lo encik kitakyushu

      Delete
  3. saya xdapat pun emai awak =[

    ReplyDelete
  4. i send dah kat email u kitakyushu24.. i try send sekali lagi

    ReplyDelete
  5. hi.. can i be your friend? me, male, age 30, melaka.. pls reply my email: morgana7580@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. sure.... a chatting friend will be nice

      Delete
  6. bagi aku, semakin meningkat umur ku, semakin tipis perasaan di hati untuk berkapel, hanya sekadar TnG je... sebab penagalaman2 berkapel yg penah aku lalui dulu buat aku malas nak bekapel dah ngan pondan2 ni semua... baik aku single.. boleh buat apa yg aku nak, tak yah nak menjawab kat sesiapa kecuali Tuhan kelak ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. maybe you right..

      gibb pon sekarang mcm suke single, dan alhamdulillah dapat cari alternative lain daripada terjebak dengan aktiviti kurang bermoral setakat ini...

      kalau ade rezeki, ade lah kapel nye.. kalo takde, saya tak kisah n saya okay

      Delete
  7. setuju sgt dgn perenggan ke-5.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq, tak sangka ade jugak org nak baca entri yang lama ni...

      Delete