Pages

10 February 2014

BUDAK GERAI - CHAPTER 01


Jam sudah menunjukkan pukul 4:00 petang, Tariq keluar daripada kelas Marketing yang membosankan itu tanpa menghiraukan rakan-rakan sekuliahnya yang lain. Dia terus menuju ke stesen bas berhampiran bagi menunggu bas untuk pulang ke rumah. Dilahirkan dalam keluarga yang berada, Tariq tidaklah segembira rakan-rakannya yang lain. Bapanya, seorang bekas tentera merupakan seorang yang tegas dan disiplin. Dia selalu sahaja berselisih faham dengan ayahnya. Kedua-dua abangnya pula sudah berjaya menjadi ahli perniagaan yang berjaya. Melihat kejayaan abang-abangnya, Tariq juga dipaksa untuk menyambung pelajaran di dalam jurusan perniagaan.

"Hurm, apelah nasib aku ni. Bapak dan abang kaya-raya, aku gak kene naik bas hari-hari. Kalau arwah mak ade, mesti die jemput aku hari-hari." Tariq mengeluh dalam hatinya.

Akhirnya bas Rapid KL pun tiba. Tariq mengambil langkahnya lalu masuk ke dalam bas menuju ke Subang Jaya.

**********

"Hah, kau baru balik?" tegur ayahnye yang sedang duduk membaca surat khabar.

"Yup, ayah. Saya baru balik. Saya naik atas mandi dulu."

Tariq terus menuju ke bilik tidurnya lalu meletakkan begnya di kerusi. Dia lalu baring sebentar di atas katil memikirkan nasibnya kemudian hari. Kini Tariq hanya tinggal berdua sahaja dengan ayahnya di rumah banglo enam bilik tersebut. Keadaan rumahnya sunyi. Abang-abangnya hanya pulang sebulan sekali membawa isteri masing-masing. Makan pakainya terpaksa diuruskan sendiri diusia yang baru mencecah 20-an. Walaupun dia seorang anak hartawan, ayahnya sedikit pun tidak memandikan dirinya dengan kemewahan. Ayahnya mahu Tariq belajar hidup susah dan hanya membekalkan anaknya duit alaun RM1000 setiap bulan.

"Ayah, ayah. Kenapa lah kau buat anak kau macam ni. Apelah salahnye kau belikan aku motosikal ke, tak adelah aku hari-hari tercongok menunggu bas. Dah la, aku nak mandi, nak bersiap keluar makan. Lepas ni nak mengadap muka orang tue tu lagi." Tariq berbicara sendiri di dalam biliknya.

**********

"Hah! Kau nak ke mana tu Tariq?" sergah ayahnya.

"Nak keluar makan kat Shah Alam." jawab Tariq.

"Pukul berapa kau nak balik?" tanya ayahnya lagi.

"Maybe before 10:00pm Tariq balik. Ayah, nak pinjam kereta boleh?"

"Pergi amik kunci kat atas meja telefon tu. Hati-hati, jangan kau dok mengangkut anak dara orang ke hulu ke hilir. And lagi satu, lain kali keluar rumah tu pakai le seluar panjang, kau ingat cantik sangat ke lutut kau tu!" Ayahnye membebel.

Tariq pun mengambil kunci kereta Mercedes hitam milik ayahnya dan dipandunya menuju ke gerai makan di Seksyen 8, Shah Alam. Setibanya Tariq di situ, dia terus mengambil tempat duduk di hujung gerai lalu memesan teh ais dan mee goreng mamak. Sementara menunggu pesanannya siap, dia pun mengambil telefon bimbitnya dan menghantar pesanan ringkas kepada kawan-kawannya yang duduk berhampiran. Namun malangnya tiada siapa pon yang membalas mesejnya itu.

"Dorang ni dok busy ngan awek le tu. Aku gak yang duduk makan sorang-sorang kat sini." Tariq bermonolog seorang diri.

"Erm, abang ade order teh ais ngan mee goreng mamak kan tadi?" pelayan gerai itu menegurnya.

"Yup." Tariq mengangguk-angguk kepalanya.

"Maaf ye lambat abang. Tadi tukang masak pegi solat Isyak pulak." jelas pelayan tersebut.

"Takpe, no hal la bro."

Tariq pun mula menjamu hidangan bujangnya itu. Namun dalam kepalanya masih terbayang lagi wajah pelayan gerai tadi. Matanya kuyu, berbadan kurus, berkulit sowo matang dan berkaca mata. Inilah malangnya nasib si Tariq, dilahirkan dengan nafsu songsang. Tiada siapa pun di dalam dunia ini tahu tentang nafsunya itu yang menyukai kaum sejenis. Walaupun masih teruna, matanya masih meliar mencari pasangan yang boleh membahagiakan dirinya.

Setelah menghabiskan makan malamnya, Tariq terus menuju ke kaunter dan membuat pembayaran. Kemudian dia beredar daripada gerai tersebut dan pulang ke rumah. Semasa dalam perjalanan...

"Eh, budak tadi, ape die buat kat stesen bas tu?" Tariq memberhentikan keretanya di hadapan stesen bas tersebut lalu menurunkan tingkap automatiknya. "Bro, nak pegi mane?" tanya Tariq.

"Erm, saya nak balik rumah. Tengah tunggu bas ni." jawab jejaka tersebut.

"Meh la tompang. Kat sini bas Rapid jarang lalu. Sekarang pun dah pukul 9:30 malam." pelawa Tariq.

"Erm, boleh jugak. Tapi saya duduk kat Batu Tiga, belakang kilang gula tu. Rumah saya kene lalu tepi kubur tau. Tak menyusahkan ke?" jelas jejaka itu.

"Kubur? Takpe, aku okay je. No hal la. Lagipun aku balik lalu jalan belakang kat area Subang High Tech tu. Lebih kurang je jalan." kata Tariq.

Jejaka tersebut tanpa berfikir panjang lalu terus masuk ke dalam kereta. Tariq pun meneruskan perjalanan menuju ke Batu Tiga. Mereka pon berbual-bual di dalam kereta.

"Abang, besarnye kereta abang. Abang kerja ape? tanya jejaka itu.

"Tak adelah. Abang study lagi kat MSU tu. Ni kereta ayah, abang pinjam je. Bertuah badanlah kalau ni kereta abang, bapak abang tu kedekut." jelas Tariq.

"Oh. Tapi untung jugak la abang dapat bawak kereta besar macam ni. Saya tak pernah naik kereta besar-besar, ni first time kot. Abang study ape kat MSU?"

"Untung apenye? Abang-abang aku sume dapat kereta free. Sampai kat aku je orang tue tu kedekut tak nak belikan ape-ape. Dah la study pon kene paksa belajar pasal business." bebel Tariq.

"Ye ke, habis tu abang minat pe?"

"Abang minat Graphic Design, Photography ke. Tapi ayah kate bidang-bidang tu tak ade masa depan. Die paksa abang belajar business pun sebab nak suruh amik alih perniagaan arwah mak. Sekarang ni abang-abang yang handle, tapi dorang tengok-tengok macam tu jelah. Sebab dorang pun ade business sendiri." jelas Tariq. "Yang kau ni cepatnye habis kerja. Gerai tu bukan tutup lewat lagi ke? Sekarang baru pukul berapa?"

"Tadi nak pegi keje, tiub tayar motor bocor. Petang tadi pon pegi keje naik bas. Nak suruh housemates amikkan, dorang keluar lepak KL pulak. So mintak kebenaran tuan gerai balik awal. Eh abang, tu rumah saya kat tepi selekoh jalan tu."

Tariq pun memberhentikan kenderaannya. Jejaka tersebut menhulurkan tangan, berjabat dan mengucapkan terima kasih kepada Tariq. Sebelum membuka pintu rumah, jejaka itu sempat melambai tangan serta senyum kepada Tariq sebelum keretanya berlalu pergi.

Dalam perjalanannya pulang ke rumah, Tariq masih memikirkan wajah serta senyuman budak gerai tersebut. Dia juga tidak menyangka dapat bertemu dan berbual bersama jejaka tersebut tanpa sengaja. Dia asyik tersenyum sendiri sambil memandu menuju ke Subang Jaya.

Setibanya di rumah, Tariq menuju ke biliknya dan menyalin pakaiannya. Dia bersolat Isyak dan kemudian terus meletakkan kepalanya ke bantal untuk beradu.

..........to be continued

8 comments: