Hi semua pengunjung laman sesawang GGE! Ni first entry Gibb nak tulis pasal gosip artis Malaysia. Actually bukan gosip pon, kontroversi yang ingin diketengahkan di sini
Kisahnye bermula pabila si Che Ta ni pegi cium laki die si Zain Saidin tu kat depan Eiffel Tower (depan ke?), dan detik mereka bercium itu telah dirakamkan menjadi beberapa megabites gambar (nak kata sekeping, sure die tak print pon gambar tu). Kemudiannya gambar yang hot tu, dimuat naik ke Instagram.
Zain Saidin & Rozita Che Wan. |
Jadi pabila orang Melayu kita ni dipampangkan dengan gambar tersebut, mula la nak melatah masing-masing. Ade yang cakap Che Ta nak menunjuklah, ade gak yang back up cakap Che Ta tak salah sebab die cium laki die sendiri. Aku takde pon nak sokong sape-sape sebab aku bukannye minat sangat Che Ta tu, and aku pon baru je tahu pasal isu ni walaupun gambar tu dah diupload 4 minggu yang lalu. Tapi aku kadang-kadang nyampah gak tengok sikap orang Melayu kita yang terikat ngan adab, padahal tak tengok hukum agama. Yang menyokongnye pulak kemain obses sampai dah macam hilang pegangan agama. So konklusinya aku pon buat research sikit n nak menyuarakan pandangan. So aku bagi 2 situasi budaya berbeza kat sini.
Isu cium. |
ISU PERTAMA:
Bila Melayu bercium di Paris:
"Eee, apelah Cik Ta tu cium laki die, tak sopan betul!"
Bila orang putih bercium di Paris:
"Alah, biarlah. Itu budaya dorang."
ISU KEDUA:
Bila Melayu bercium di Malaysia:
"Apalah dorang ni, tak tahu malu betul la! Macam takde adab!"
Bila orang putih bercium di Malaysia:
"Alah, biarlah. Itu budaya dorang."
Nampak tak apa yang aku cuba sampaikan? Orang Melayu kita ni memang suka sangat terikat dengan adab. Ko ingat orang barat nak amik kesah ke sape yang nak bercium kat negara dorang? Dorang buat tak tahu je dan anggap itu normal je. So apa yang orang Melayu kita kene kaji adalah hukum dan adab dalam Islam. Apa-apa pun kite check it out video kat bawah ni:
Hujah ringkas tentang hukum mencium isteri di khalayak ramai.
Masing-masing dah dengar kan? Tiada hukum yang disebut, tetapi Islam merumuskannya sebagai menggugurkan maruah. Boleh je cium, tapi macam tak molek la orang tengok. Dekat sini gak aku nak rumuskan bahawa peribahasa "masuk ke dalam kandang kambing mengembik, masuk ke dalam kandang kerbau menguak" dah tak boleh guna pada zaman moden ni. Sebab Cik Ta cium kat negara Perancis, kat sana kan normal je. Lagipun Che Ta bukannya menggomol secara rakus dengan suami die, just simple kiss je. Jadi situasinya hanyalah ajaran Islam sahaja yang bersesuaian sehingga ke hari kiamat.
Aku ni takde lah bijak pandai sangat dalam hal agama, tapi apa yang tak tahu kita belajar. Jangan nak ikut sangat budaya Melayu ni, nanti memakan diri sendiri.
BTW, kepada Che Ta, minta maaf sebab menulis isu ini. Tetap puji hasil gambar yang cuba disampaikan daripada kota cinta. Very romantic! Kalau aku ade boyfriend pon, teringin nak bergambar macam gini walaupun hanya berlatar belakangkan Sungai Sendat (dipanah petir).
Tapi satu je aku masih tertanya-tanya, kalau Che Ta tak update gambar tu, agaknye boleh je kot nak cium suami die? Sebab kat Perancis tu bukannya ada orang Islam sangat. Lagipun kat sana bukannya ada larangan bercium pon. Tapi Gibb lupa, Tuhan nampak la. Hihihihi...
kalau bukan budaya melayu nak ikut budaya orang putih la? come on, kalau kambing masuk kandang harimua and mengaum pun, kena sedar diri jugak yang dia adalah kambing, so, xperlu la dari kecik duk makan rumput, tibe2 nak g baham binatang lain...
ReplyDeletewell, kalau nak amik pic n untuk sendiri2 xpe la, like i care, laki die, xyah la nak share kat orang bagai... igt ko sorang ade laki hot? ahahaha
kita ikut budaya sendiri je... kalo nak ikut budaya melayu 100%, takdelah sekarang ni aku jadi gay! Jadi gay ni ujian yang paling sukar sekali Tuhan bagi kat aku....
Deleteso, budaya apa yang kita selesa, kita ikut je. janji x memakan diri sendiri kelak.