Pages

9 August 2015

CARROT CAKE

Carrot cake atau kek lobak merah adalah salah satu kek yang sangat popular di Switzerland, terutama untuk sambutan hari jadi kanak-kanak. Kebanyakan resipi asal kek lobak merah ini biasanya akan ditambah dengan bahan-bahan tambahan seperti kirsch (brandy buah-buahan), kulit kayu manis, kekacang, nenas dan kismis.

Di Eropah, Kebanyakan penduduk tempatan akan menggunakan gula aicing bersama kirsch sebagai aicing pada kek lobak merah mereka. Sementara di Amerika pula, penduduknya lebih menggemari adunan cream cheese sebagai aicing pada kek lobak merah mereka.


Disebabkan Gibb suke sangat dengan carrot cake, so gibb berhajat nak buat sendiri kali ini. Well, mana nak cari resipi, tentulah dekat Google kan. Tapi bila fikir balik, kekadang resipi kat internet ni macam susah sikit nak percaya. Tanpa berlengah, Gibb terus mintak resipi dekat Mr. Dominic Unknown. So dia pun bagi lah resepinya pada Gibb,


Walaupun resipi yang dia bagi ni merupakan resipi copy-paste, at least resipi ni tested dan Gibb takde lah ragu-ragu sangat nak cuba. Then Gibb berlari ke dapur untuk menengok balik semua bahan-bahan. Okay, minyak jagung takde, serbuk kulit kayu manis takde, gula perang takde, nenas takde, kelapa kering takde, dan walnut takde.

Adakah Gibb akan batalkan niat suci murni ini, sudah tentulah tidak. Lantas Gibb meng-engineer resipi sendiri. Berikut adalah resipi kek lobak merah Gibb:


BAHAN-BAHAN KEK:

1 cawan tepung gandum
1 camca teh baking powder
1/2 camca teh soda bicarbonate
1/2 camca teh garam
3 biji telur gred C
3/4 cawan minyak bunga matahari
3/4 cawan gula kastor
2 cawan parutan lobak
1/2 cawan oat

BAHAN-BAHAN TOPPING:

100 gram butter
1 cawan topping Ace (disejukkan terlebih dahulu)
2 titik pewarna jingga



**********


LANGKAH-LANGKAH (mengadun kek):
  1. Panaskan oven pada suhu 170 darjah celcius. lenserkan tin bulat berukuran 8 inci dengan sedikit minyak dan alas dasar tin dengan kertas minyak.
  2. Campurkan tepung gandum, baking powder, soda bicarbonate dan garam. Kemudian ayak bahan-bahan tersebut.
  3. Dalam bekas lain, masukkan gula, telur dan minyak. Putarkan dengan menggunakan whisk sehingga sebati selama 5 minit dengan kelajuan sederhana. Kemudian, masukkan bahan yang telah diayak itu tadi sedikit demi sedikit ke dalam adunan. Putar semula dengan kelajuan perlahan
  4. Selepas adunan telah sebati, masukkan parutan lobak merah dan oat ke dalam adunan. Gaul sehingga sebati dengan menggunakan spatula.
  5. Akhir sekali, tuangkan adunan ke dalam tin dan bakar selama 45 minit hingga 1 jam. Selepas membakar selama 45 minit, periksa kek dengan menyucuk lidi di bahagian tengah kek. Jika kek masih belum masak sepenuhnya, bakar semula kek pada suhu 160 darjah celcius selama 15 minit.
  6. Setelah kek masak sepenunhnya, sejukkan kek terlebih dahulu sebelum meletakkan toppingnya.

Well, kek ni macam hangit sikit (agak kecewa). Tapi Gibb tetap tak putus asa. First sekali Gibb buat levelling untuk mengusir bahagian yang hangit itu (sambil-sambil tu lebihan kek tersebut telah masuk ke dalam mulut). Then, Gibb terbalikkan kek tersebut.



Wah! Teruja gile time tu! Kek tu nampak sangat cantik dan gebu (siap tepuk-tepuk kek tu macam tepuk punggung bayi). Almaklumlah, first time kot buat kek from scratch. Selalunya buat kek instant je. Okaylah, sesambil nak tunggu kek tu sejuk, kita buat dulu adunan toppingnya.


LANGKAH-LANGKAH (topping):
  1. Putarkan butter sehingga lembut dan gebu.
  2. Kemudian, masukkan pewarna jingga. Putar semula sehingga sebati.
  3. Akhir sekali, masukkan topping Ace yang telah disejukkan sebelum ini dan putarkan sehingga sebati bersama-sama butter itu tadi. Kelihatan butter akan membentuk ketulan-ketulan kecil kerana terkena pada topping Ace yang bersuhu sejuk. Ketulan-ketulan kecil ini akan kelihatan seperti hirisan lobak merah (ajaib tak? kau mampu?).
  4. Setelah adunan topping telah siap, ratakan pada kek menggunakan kreativiti anda sendiri.

Inilah hasilnya. Takdelah cantik macam kat kedai tu, tapi Gibb berpuas hati. Rasanya tidak terlalu manis, akan tetapi rasa toppingnya amat horrible. Next time kene cuba lagi dan perbaiki mana yang silap.

(Post script: If korang ade resipi-resipi menarik yang nak Gibb cuba, bolehlah kongsikan resipi-resipi tersebut dengan menghantar e-mail ke naquibzernow@gmail.com. Sayang korang.)

11 comments:

  1. Macho giler nama unknown kau bagi. Hahaha. He is unknown no more.

    Cake nampak sedap, walaupun hangit sikit, biasalah first trial :)

    ReplyDelete
  2. pergh...pandainya hias kek..bab topping i memang tak kreative..nanti buatkan untuk i k..

    ReplyDelete
  3. gibb ni cdgn resepi frosting yg u boleh guna utk mne2 kek yg u buat nnti:
    1) cream cheese frosting:
    150g unsalted butter (softened)
    240g cream cheese (Philadelphia is the best one)
    840g icing sugar (sifted)

    2) Butterceeam frosting:
    200g butter (softened)
    450g icing sugar (sifted)
    2tbsp milk
    1/2 tsp vanilla extract

    Cara buat: sme je utk mne2 frosting
    1. pkul butter 5 minit (medium to high speed) smpi butter bertukar pudar or putih (if buat cheese frosting pukul ngan cream cheese skali).
    2.masukkn icing sugar half2
    3. masukkn milk n vanilla extract (exclude for cream cheese frosting).
    tips: utk dptkn frosting yg betul2 gebu ialah masa n kesabaran :-) Selamat Mencuba...resepi tested!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah! Tq so much for giving me those frosting recipes. Gibb akan manfaatkannya sebaik mungking. Sayang awak!

      Delete
    2. ahaha....ok..selamat mencuba! Nnti klo u da berjaya buat frosting, post la entry baru (in case u guna resepi yg saya bagi la) nak tau gak kot2 berhasil ke tidak.
      p/s: bila Budak Gerai nak muncul lagi? :-\

      Delete
    3. Btw, tq so much. I will try my best. Pasal budak gerai, kita abaikan buat seketika.

      Delete
  4. Wahhhhhh ! That cream looks fantastic !! Pandainya u decorate !

    ReplyDelete