Hello Gibb,
Sebelum nak cakap apa-apa, just nak bagi tahu aku peminat nombor 1 blog kau. Seriously, entry semua bermaklumat and bagus untuk dibaca as a PLU.
Actually, nak mengadu and luahkan apa yang terpendam dekat hati. Lama sangat terpendam, tak tahu nak cerita dekat siapa. Okay, ceritanya start macam ni. Ada seorang budak lelaki satu batch dengan saya, simply gelarkan dia Z. Z ni tersangatlah handsome and perfect pada aku. Aku suka dia dari Form 1 (now Form 3). Entah la, Tak tahu kenapa boleh fall in love dengan dia. Bila aku ask kawan perempuan aku, semua cakap si Z ni biasa je. And aku pula rasa dia tu sangat perfect.
Aku ni ada penyakit pemalu yang amat, lagi-lagi nak cakap dengan budak lelaki yang handsome, budak perempuan tak malu pulak. So dari Form 1 la aku tak tegur dia. Ada pun cakap bende mengarut like "Panggil cikgu kau -,-", tu je. Dia sebenarnya ada dalam friend list Wechat aku, and dia kalau aku update moment, dia like. Even dekat sekolah pun tak pernah tegur, dekat Wechat pun sama, I was like, "Kenapa dia like moment aku?". Sebab dekat sekolah, aku sombong, dia pun sombong, and semua macam biasa from Form 1 until now.
About last week, aku ada jalan dengan kawan perempuan aku dari kantin ke kelas macam couple, padahal tak pun. And aku ada berselisih dengan si Z ni. Muka dia berubah bila nampak aku berjalan dengan kawan aku, nampak macam marah (normally muka dia still sombong but tak lah macam tu). Dari hari itu, dia dah tak like moment aku lagi, macam boikot la. Hahahaha. And buat aku pelik, mungkin dia jealous kot (sebab dia ni dengan aku lain, lain macam mana jangan tanya, sebab tak tahu nak jelaskan). Tapi tak nak la perasan, and aku pun dah lama sangat suka dekat dia. Tak pernah suka sesiapa macam aku suka dia. 3 tahun dah suka dia, buat aku jadi keliru.
What should I do? And for your information dia ni single. Aku macam tak percaya, kenapa dia single? Sebab normally budak handsome sekolah aku semua dah ade awek. And aku rasa dia suka aku. Benda ni semua menguatkan yang dia suka aku, but aku tak tahu nak buat apa. Tegur dia pun aku takut, lagikan nak luah benda ni. Please bagi pandangan. Thanks.
(Jack)
**********
Hi Jack,
Terima kasih sebab sudi berkongsi masalah, aku berbesar hati untuk memberikan pandangan mahupun pendapat.
Firstly, bila aku baca kisah kau ni, aku teringat kat seseorang yang pernah alami masalah yang sama. Orang tu adalah aku. Aku pun pernah jatuh hati dekat seorang mamat yang paling handsome dalam batch aku time sekolah dulu, tapi bezanya mamat tu straight la.
About si Z ni, orientasi seks dia macam aku masih kurang pasti la. Nak kata straight, macam tak. Nak kata gay, mungkin kot. Reason aku nak katakan dia ni gay, mungkin sebab die like status kau kat Wechat. Tapi lepas kau kata dia macam marah tengok kau jalan dengan perempuan, aku rasa he might be gay, tapi masih belum dibendung la. Mungkin dia masih cari identiti sebenar dia.
Kalau macam aku dulu, aku try cari situasi yang akan melibatkan diri aku dan si dia. Contohnya macam study group sama-sama, or join kelab yang sama ke. So dari situasi tersebut, aku boleh sedikit sebanyak berinteraksi dengan dia. Kalau tak pun, aku akan try mintak tolong dekat that person secara spontan. Mungkin macam akward dan kitorang akan berborak dalam kuantiti yang minima, tapi lama-lama nanti, hilanglah segan silu tu (tapi sayangnya dia straight). Hahahaha.
Macam keadaan kau sekarang, kau berada dalam dunia yang serba canggih (for now). Kalau kau macam segan-segan nak tegur dia face to face, gunakanlah Wechat tu. Tegur biasa-biasa je dulu, say "hi" ke. Kalau bernasib baik, for sure dia akan reply. Sebab aku rasa si Z ni pemalu la, ataupun dia takut kawan-kawan lain ejek yang dia tu budak gay. Almaklumlah, zaman sekolah. Kadang-kadang memang orang suka bergurau dengan perkataan gay tu, tapi bila tuan empunya badan itu sendiri adalah gay, memang terasa pedih kot perkataan tu.
By the way, tahun ni kau nak PT3 kan (dahulunya dikenali sebagai PMR), so mesti sekolah kau banyak buat aktiviti motivasi dan perkampungan ilmu. Aku cadangkan kau join la benda-benda macam tu. Sambil-sambil tu kau ajak la dia join sekali. If dia join, kau leh spend time ngan dia, paling busuk pun kau boleh intai-intai dia dari jauh, hahahahaha.
Final words, hati kecil aku mengatakan yang dia suka dekat kau. So cepat-cepatlah make move. Tahun depan dah nak Form 4, takut either one of you guys pindah sekolah, nanti melepas pulak. Nasihat aku, jangan mulakan perbualan secara drastik. please keep it slow and fly with the flow. Memang makan masa, tapi keputusannya memuaskan.
Gunakan Wechat secara berpedoman (nasihat daripada penaja).
Never lose hope.
(Post script: Terima kasih kepada semua pembaca yang masih mengirim soalan dan menyokong slot ini. Gibb sayang korang. Teruskan mengirim perutusan anda, Gibb akan berusaha untuk memberi pendapat dalam membantu kehidupan kalian yang berliku itu.)
whoa baru form 3 *tepuk dahi*
ReplyDeleteYou go Jack, just go for it.
Standard la budak sekolah menengah ade crush.. Hehehhe...
DeleteHaving said that, I respect his feeling. Bagus dia dah rectify isu ni muda2. Allez vouz Jack!
DeleteJe ne comprends pa monsieur Existence... hahaahh
DeleteJe ne parle pas Francais bien Monsieur Gibb, desole. Votre Francais est complitement magnifique! Bravo!
ReplyDeleteJe ne parle le malaisie et anglais.
DeleteSorry, my french is really bad. Lama gile tak praktis... But i see what u mean there.
Zaman sekolah jangan expose sangat dik. Bahaya. Duduk diam-diam dalam closet.
ReplyDeleteBetul, tapi semuanya terletak di tangan adik.
DeletePilihlah jalan mana yang terbaik.
Good advice.. make move bro..then the kings will be yours..gotcha!!
ReplyDeleteIf you make the move, you are the king now!
DeleteHahaga...entire kingdom will fall..long live the king!
Deletekemain, penggalak LGBT hahaha
DeleteOppsss😍
Delete