Pages

30 June 2014

MY BROMANCE RELATIONSHIP (SEQUAL)

Okay, ni sambungan daripada entry yang lepas which is MY BROMANCE RELATINSHIP. Aku nak cerita lebih lanjut pasal kawan aku tu.

Bromance (Gossip Girl)
Kawan aku ni sebenarnye budak sport. Die main ragbi dan hoki untuk kolej (sebab tu bile aku baca cerita Asrama karya Inche Shark, aku macan terasa related sikit ngan watak Haikal). So obviously die ramai kawan dengan budak kos lain berbanding aku. Aku ingat lagi satu hari time baru balik dari library menuju ke kolej, aku jalan kaki ngan roommate aku. Before sampai kolej tu memang kitorang akan jumpe padang dulu. Kebetulan hari tu die ade praktis hoki, aku buat-buat tak nampak sebab segan la kalau aku nak melambai-lambai tangan, nanti member-member die cakap pe pulak. But surprisingly die yang senyum dan lambai tangan kat aku, then berlari kat aku dan tanya aku dari mana. Oh, how sweet, die x hiraukan langsung ape kawan-kawan die nak kata. Roommate aku ni dah biasa dah ngan keadaan macam tu, sebab die tahu I always have a boy crush to anyone (walaupun roommate aku tu straight, die tahu aku ni memang mereng dengan my sex orientation).

Tergoda tak dengan pemain hoki ni?
Even aku penah ajak die overnite together, then he ask me back, "Kira macam date la ni?". Then aku senyum. Malangnye malam "date" die x dapat hadir sebab die kene lepak ngan geng-geng die. Too shame. So malam tu aku lepak ngan kawan aku jelah isap rokok.

Kecewa kejap sebab die cancel date.
Kisah lain pulak time aku terseliuh masa main basketball. Aku terseliuh hari Rabu, so Khamis tu sehari suntuk aku tak pergi kelas. Nak suruh orang lain bawak pergi klinik, sume orang ade kelas. Kebetulan petang tu die takde kelas, jadi die lah bawak aku pergi klinik kerajaan (naik scooter ye). Sampai je klinik, doktor suruh aku pegi hospital sebab kat klinik tu xde perkhidmatan x-ray. Doktor nak call ambulan pon, dah pukul 5:00 petang time tu. Doktor kata ambulan takde dah time tu (mesti korang pelik kan, nape hospital tu xde khidmat ambulan lepas pukul 5:00 petang). So die lah tolong bawak aku pegi hospital ngan scooter die tu. Sampai je hospital, die lah papah aku ngan kaki aku yang tempang tu. Lepas tu die tolak aku ngan wheelchair pegi bilik x-ray, ambik ubat, sume die yang uruskan. Aku rasa bersalah gak sebab nyusahkan die petang tu (sebab aku ni jenis suka buat sendiri sume kerja, jenis yang jarang nak minta tolong kat orang), tapi I'm kinda enjoy spending a little private time with him. Even time kitorang kat hospital, die ade cakap kat aku ex-girlfriend die ajak die pergi pasar malam petang tu (pasar malam kan start around pukul 5:00 petang), aku siap cakap kat die tak payahlah pergi, gedik je perempuan tu. Die pun tergelak dengar aku cakap macam tu. Bile sume urusan dah sattle, alhamdulillah terseliuh biasa je. Aku sangat-sangat berterima kasih kat die. So bertambah rapat la hubungan persahabatan kitorang. Seminggu lepas tu aku dah kembali normal, boleh jalan macam biasa dah.

Masih tersenyum tatkala terkenangkan memori bersama dia.
Lagi memori best time aktiviti dinner fakulti, time tu die x dapat join sebab ade tournament hoki. Aku macam kecewa gak sebenarnya. Malam tu surprisingly die muncul singgah kejap depan dewan. Bile aku nampak je die aku terus jerit nama die, lari pada die dan terus peluk die. Ada je lecturer yang PLU jeling-jeling, but I didn't care less. Then I pulled him aside dan senyum kat die. soalan yang aku tanye, "How's the game?" dan aku serius x ingat die menang or kalah. Tapi tak kesah lah sebab malam tu die sangat sexy sebab pakai short and sleeveless shirt, dan kulit die gelap sikit sebab seharian berjemur kat padang. Aku simpan lagi gambar kitorang berdua time malam tu.

You could not saying NO to those legs.
Rapatkan hubungan kitorang? Everyday dalam kelas die akan duduk sebelah aku. Kalau lepas kelas pagi, sure kitorang akan pegi breakfast sama-sama kat gerai favourite (merempit je ngan scooter), makan roti canai, bitching and talk shit about people. Hahaha, mostly aku je,die gelak je dengar aku cerita. 

Roti canai telur bersama kuah dal sambal, kegemaran aku ni.
We are unsaperatable, unstoppable besties! I help him alot with his study. Die pernah mention kat aku, since die kawan dengan aku die dah jarang ponteng kelas. That's a good achivement. Die selalu gak put his arm around my back in class, make feel very safe. Time aku partner ngan die buat assignment kat library, itu pon best memory (rasa macam dah pernah mention kat entry sebelum ni). Kitorang duduk kat lantai (ade karpet la), boleh manja-manja ngan die, letak kepala kat bahu die sambil belek-belek buku cari info. Romantik tak? Hahaha. Dah la assignment tu aku dapat markah paling tinggi, bangga gile.

Ganjaran untuk tugasan yang cemerlang.
Okaylah, sambung lagi kat entry berikutnye. Ade 2 ke 3 memori indah lagi kot. Kalau buat list x best, So aku nak gak cerita panjang.

..........to be continue
(sabar ye)

28 June 2014

MY BROMANCE RELATIONSHIP


Fuh, akhirnya aku dapat gak curi klip video kat atas ni dari Facebook. Gigih aku study tutorial macam mana nak save video from facebook! Resultnya BERJAYA.

Actually aku tertarik ngan video kat atas ni sebab rase macam sweet je tengok dua orang sahabat ni bermesra bagai. Itulah dinamakan bromance. Perkataan bromance terbentuk daripada gabungan dua perkataan antara BROTHER dan ROMANCE.

Bromance bermaksud hubungan yang sangat rapat antara dua orang insan yang bernama lelaki tanpa membabitkan perasaan intimasi ataupun seksualiti. Kadang-kadang hubungan bromance ini dilihat tersangat rapat oleh orang sekeliling sehingga adakalanya mereka dituduh sebagai pasangan gay. Mana tidaknya, kau tengok dorang selamba je manja-manja, suap-menyuap dekat public, of course la kau akan cakap dorang tu gay. Kalau mandi kat air terjun tu, siap gosok-menggosok belakang badan masing-masing. Makan hati je mata ni tengok. Hahaha.

Ted dan Barney (How I Met Your Mother)
Aku ade je bromance relationship time aku study dulu. Walaupun die tahu aku ni gay, namun persahabatan kami still akrab. Aku pun tak tahu macam mana die dapat detect sex orientation aku. Maybe sebab die daripada boys school, so die biase kot bergaul ngan PLU.

Kitorang selalu lepak berdua-duaan bersama. Breakfast sama-sama, ponteng kelas sama-sama, even pagi pun aku akan kejut die bangun untuk pergi kelas sama-sama. Kitorang start clicking with each other time penghujung semester 2. Waktu tu aku feeling down sikit and he come to the rescue. Yang peliknye before this kitorang jarang nak bertegur sapa. Even die berasal dari mana, apa yang die minat, aku tak pernah nak amik kesah pon.

Tapi lepas kenal die, surprisingly kitorang banyak minat yang sama. Walaupun hidup die agak sosial, kaki clubbing, minum dan main perempuan (which is lelaki yang terakhir aku akan berkawan), tapi tak sangka deep down die lelaki yang baik, hormat orang tua, gentelman, dan yang paling penting jaga perasaan kawan-kawan.

Aku teringat pulak peristiwa first time aku lepak teman die hisap rokok kat tandas, die siap hulur rokok die kat mulut aku, dah la time tu aku puasa. Time tu jugaklah die cerita kat aku yang die malas nak pegi dinner fakulti (die ni memang pemalas sikit nak melibatkan diri dengan aktiviti fakulti, kecuali sukan). So aku pun pujuk la die supaya pergi. Aku cakap kat die, tak best lah kalau die tak pergi.

Malam dinner tu, die pun muncul  memakai kemeja putih, bertali leher hitam, and give a smile to me. Kitorang berkepit tangan dan berjalan masuk ke dalam dewan. Walaupun duduk berlainan meje (sebab die nak duduk dengan geng-geng die), he still look at me and flash a smile. Aku simpan lagi gambar kitorang selfie berdua dan pernah gune pic tu buat background kat laptop.

Perasaan aku boleh digambarkan macam dalam gambar ni bile die hadir pada malam itu.
Hari-hari berikutnya lepas dinner fakulti, aku dan die dah macam belangkas. Berlanjutan pula ke semester 3, kitorang super akrab, ke mana-mana sahaja bersama. Even kalau group assignment pon mostly aku buat dengan die. Sampaikan roommates aku kuar lepak pegi mana pon aku malas nak amik tahu. Kitorang dah bukan lagi bromance, tapi dah macam PDA (public display of affection) couple. Even kat library pun kitorang duduk kat ceruk-ceruk rak buku dan duduk side by side. Kalau naik kereta balik KL, aku sure akan tidur atas riba die kat sit belakang. His like my partner in crime for a little while. Kalau die tak datang kelas, orang mesti tanya aku kenapa die tak datang. Yang bestnye classmates aku tak pernah pun anggap kitorang ni gay.

Bromance paling awesome, Chuck dan Nate (Gossip Girl). Makan hati tengok dorang ni.
Alamak, banyak pulak nak cerita kan. Next entry la aku sambung. Hahaha...

..........to be continue
(nak jugak)

YEAY, RAMADHAN!


Assalamualaikum semua! Korang, esok kita sebagai umat Islam akan berpuasa! Excited tak? Atau kau dah buat muke tahi dan bermalas-malasan? Rileks la, kejap je. Puasa bukannya susah, dan bulan ni lah kau nak buktikan kuat ke tak ketahanan iman dan nafsu kau. Ingat, setan semue dah kene rantai, sekarang kau kene lawan satu bende je, si halimunan bernama NAFSU!

Sebelum berpuasa, aku nak kau mantapkan diri sambil melawan cuaca yang panas kat luar sana. Lepas tu aku nak kau minum air banyak-banyak supaya kau tak dehydrate time puasa nanti. Jangan lupa bangun sahur, sahur tu penting supaya kau tak mati kering dipertengahan hari. Untuk rakyat Malaysia yang duduk di tanah semenanjung, aku rase better kau set alarm jam dalam pukul 4:30 pagi. Time bangun tu kau sempat lah gak nak masak nasi goreng atau menu-menu segera yang lain. Kalau kau jenis nak makan nasi dan lauk sedap-sedap time sahur, better buat mice en place di malam hari before kau tidur. So pagi tu kau takde la terkejar-kejar nak masak.

Lepas kau dah kenyang makan, now kau boleh mula berniat puasa.

Niat berpuasa (sehari) Ramadhan.
Niat berpuasa Ramadhan untuk sebulan.
Kalau kau jenis banyak makan semut macam aku, aku sarankan kau niat je sebulan terus. So hati kau akan tenang dan takdelah rungsing bagai memikirkan yang kau ni dah niat puasa atau belum. 

Aku biasanya akan bangun sahur pukul 5:00 pagi kalau mak masak (untunglah mak masak). Tapi kalau mak macam ala-ala malas bersahur, aku akan bangun dalam pukul 4:30 pagi dan sediakan juadah yang simple-simple. Aku ni jenis tak kesah bersahur dengan juadah lain selain nasi. So sometimes aku akan goreng mee, buat roti sardin, atau sosej dan omelet. Tak pun makan je leftovers daripada waktu berbuka semalam.

After siap sahur, rutinnye aku akan berus gigi, then minum segelas air bagi melancarkan saki-baki makanan yang masih ade kat rongga tekak ni. Kemudian baru kemas dapur dan cuci pinggan sementara nak tunggu azan subuh. Biasanya kalau belum azan Subuh, aku akan curi-curi minum air sikit, hahaha. Bila azan dah dilaungkan, aku terus solat Subuh dan bersiap untuk ke tempat kerja.

Bagi mereka yang kadang-kadang terlajak tidur dan terjaga pukul 5:30 pagi, korang jangan risau. Segera tenangkan diri dan makan je ape yang ade dalam peti ais tu. Ingat, waktu Imsak itu wujud sebab taknak umat Islam terlajak makan waktu sahur sampai ke azan Subuh (setahu aku lah). So, tak batal pun puasa kau kalau kau nak melantak lepas time Imsak, janji kau tak terlajak sampai ke azan Subuh.

So, lepas kau dah seharian menahan nafsu, dahaga dan lapar, solat kau jaga, pancaindera dah kau disiplinkan diri dari buat perkara-perkara keji, sekarang kau boleh berbuka dengan hati yang riang sambil meraikan kemenangan kau pada hari tersebut. So time berbuka kau bolehlah baca niat kat bawah ni.

Niat berbuka puasa.
Time berbuka tu jangan plak melantak bagaikan jin, slow-slow makan tu. Anggap lah kau tengah dinner dengan kekasih hati, sopan je makan ayam goreng tu. Lepas tu solat Maghrib, and get ready for Tarawih!

(Post Script: Segala niat-niat di atas bersumberkan daripada Google search. Ada banyak lagi versi  niat berpuasa, ada juga yang pendek dan mudah dihafal. Niat dalam Bahasa Malaysia juga diterima pakai dalam Islam. Apa yang penting sekali niat itu datang daripada kesungguhan hati. Insyaallah puasa anda akan dirahmati oleh-Nya.)