Pages

21 August 2014

TIP-TIP MEMBELI KONDOM BUAT SI PEMALU

Okay lah, seperti yang anda sedia maklum, before this aku ade buat entry tentang PENGETAHUAN SEBELUM MEMBELI KONDOM. Kali ni aku nak kongsi tip-tip untuk membeli kondom bagi mereka yang pemalu, mahupun yang masih innocence.

Abang nak beli ape tu? Beli kondom eh?

1) Pengetahuan tentang produk

First thing first, korang kene baca entry aku yang sebelum ni dengan mengklik link yang diberikan di perenggan pertama (tetap nak promote kan). Ye lah, kalau korang tak baca, so korang takde ilmu le nak beli kondom. Karang tersalah beli, time nak main bile bukak je kotok, sekali gula-gula yang keluar (sebab mostly packaging kondom ni berwarna-warni seakan gula-gula).

Salah satu bungkusan kondom yang kelihatan seperti gula-gula.

2) Bajet

Bile kau dah yakin nak beli, kau kene sediakan fulus yang mencukupi. Rata-rata kondom yang normal kat Malaysia ni bernilai di bawah RM10:00 untuk 2 ke 3 peket kondom di dalam satu kotak. Namun aku sarankan kau bawaklah sekurang-kurangnya RM20:00. Mana tahu tetibe kau rase macam nak beli lubricant ke, or nak beli 2 kotak sekali gus ke, tak salah kan.

No money, no condom. No condom, no sex!

3) Lokasi

Bajet dah ade, korang kene cari lokasi kedai yang sesuai untuk membeli korang punye first time kondom (or maybe second or third). Aku sarankan lokasi tu kalau boleh biarlah berjauhan dengan tempat tinggal korang. Contohnya kau tu budak kampung, kau belilah kondom tu kat kampung sebelah. Kenapa kene buat macam? Sebab kau tu pemalu! Kalau kau beli kondom tu kat kampung sendiri, sekali terserempak pulak ngan member mak kau berjoyah time ko tengah bayar kat kaunter, kan malu. Kau juga boleh survey lokasi 7-Eleven yang berhampiran dengan kawasan kilang, sebab biasanya kat kawasan macam tu banyak foreigner je. So takde sape kenal kau. Lagi satu, aku tak sarankan mereka yang pemalu ni membeli kondom di pasaraya besar ataupun di farmasi dalam shopping mall. Sebab for sure kat situ ramai orang. Kalau tak ramai customer pun, mungkin pekerja farmasi tu sendiri yang ramai.

Salah satu lokasi kegemaran aku. Hahaha!

4) Masa

Yang ni paling penting. Timing kene tepat. Kau mesti tak nak beratur panjang kat kaunter hanya sebab kau tu nak membeli kondom kan? So bagi aku masa yang paling sesuai adalah di waktu petang dalam lingkungan 1:00 petang hingga 4:00 petang bagi hari bekerja. Sebab time-time macam ni sape yang nak masuk farmasi? Lagipun mostly orang bekerja pada waktu itu. Kalau hari minggu pulak, Kau boleh start membeli seawal jam 10:00 pagi hingga 3 petang. Kenapa? Sebab sape yang tergedik-gedik nak pegi farmasi pagi-pagi buta di  hari minggu? Kau je yang nak pegi sebab nak beli kondom. Hahaha. Then tengahari tu pulak mostly ramai rakyat Malaysia nak lunch ngan family mahupun kawan-kawan, jadi farmasi akan menjadi lengang. Kalau korang tu pemalu teramat sangat dan kelam-kabut, kau beli je lah kat 7-Eleven pukul 3:00 pagi (itu pun kalau ade stock lagi). Waktu yang aku tak sarankan adalah dari pukul 4:00 petang hingga 10:00 malam. Sebab waktu tu memang tempat-tempat seperti farmasi ni ramai orang. Almaklumlah, cekki-cekki sibuk nak beli shampu, blusher, moisturizer, dan macam-macam lagi lah.
 
Kebiasaannya, hari Isnin adalah hari di mana kurangnya bilangan manusia sejagat di pusat membeli-belah tanah air.

5) Susun atur kedai

Bile dah sampai ke lokasi kedai atau farmasi tu, kau kene study kedudukan di mana kondom yang kau nak beli tu diletakkan. Adakah ia diletakkan berhampiran kaunter juruwang, ataupun di gondola. Kenapa pentingnya kau kene tahu susun atur kedai? Sebab kalau kau masuk sesebuah kedai tu macam pencuri, terintai sana, terhendap sini, nanti staf kedai pun akan mula bersuara dan menanyakan satu soalan yang kau agak menyampah nak dengar, "Ye bang, cari ape?" Time tu kau mulalah menggelabah ketam tak tau nak jawab apa. So kau buat releks je, cari gondola kondom kat farmasi tu slow-slow. Then bile kau dah sampai lokasi yang dituju, kau nak duduk lama-lama sambil membelek kondom tu satu-persatu pun takpe. Sebab biasanya kalau kau dah pegang kotak kondom tu, staf kedai tu pun rasa malu nak tanya apa-apa kat kau. Kene confident sikit ye!

Kau buat releks je time tengah mencari tu.
6) Jantina dan umur juruwang

Faktor ni nampak macam merepek, tapi bagi aku agak penting juga. Aku rasa lebih berkeyakinan diri bila bayar kat cashier perempuan (mungkin sebab aku ni PLU). Sebab biasanya cashier perempuan akan berasa sedikit segan bile ade customer lelaki membeli kondom. On the flip side, cashier lelaki juga akan berasa segan bile ade customer perempuan beli panty liner. Biasalah, orang Malaysia ni kan pemalu sikit when it is come to intimate things. Lagi satu, kalau boleh carilah cashier yang kau rasa lebih muda dari umur kau. Sebab budak-budak ni kadang-kadang bodoh sikit, gula-gula dengan kondom pun tak dapat nak bezakan.

Situasi seperti ini mungkin boleh berlaku pada diri anda.

7) Beli secara borong di lokasi yang berlainan

Kalau kau tu bernafsu kuda, seelok-eloknya belilah 2 ke 3 kotak sekali gus (kalau kau beli 7 ke 8 kotak, nampak sangat kau ni binatang buas). Sebab bila kau selalu datang kedai yang sama membeli kondom, nampak sangat kau ni bernafsu tinggi. Kalau kau ni jenis bijak mengatur strategi, buatlah satu kelender khas tentang kehidupan seks korang. Tanda kat kalendar tu tarikh kau membeli kondom, tarikh kau melakukan seks, jumlah kondom yang dibeli dan lokasi kondom dibeli. Sebaik-baiknya kau kene ade 2 ke 3 lokasi kedai tempat kau membeli kondom. Ini bertujuan agar imej suci korang tu dapat dipelihara dan tak dilabel sebagai "SLUT". Hahahaha!

Mark pada kalendar anda. Contohnya warna merah untuk hari anda membeli kondom , dan warna biru untuk hari di mana anda melakukan seks.

8) Membeli bersama-sama barang keperluan lain

Kalau kau tak mampu nak ikut semua tip kat atas, contohnya kau ni duduk luar bandar, takde masa terluang, kedai-kedai semua jauh, so aku cadangkan sambil-sambil kau beli barang-barang keperluan rumah tu kat merket, kau selitkanlah sekotak kondom kat kaunter tu time kau nak buat pembayaran. Tapi kau jangan selit-selit kat tempat yang tak nampak, kalau boleh kau letak terus kat depan cashier tu, biar de scan terus. Sebab kalau kau letak selit-selit, nanti cashier tu akan tanya kat kau, "Yang ni encik punye ke?" (sambil memegang kondom tu). Time tu baru kau rasa merah padam muke kau. Hahahaha. Lagi pun kalau kau beli barang banyak-banyak, kau nak sembang dengan jiran-jiran kau pun dorang tak akan perasan punye yang kau tu beli kondom. Jadi ada win-win situation kat situ.

Situasi dalam video ini mungkin pernah berlaku atau akan berlaku kepada anda.

Kesimpulannya, aku dah cuba semua tip di atas, dan keputusannya amat memberangsangkan. Walaupun aku dah banyak kali beli, tapi memang kadang-kadang tu still rasa malu. Hahahaha! BTW, cara-cara ni kau boleh gak gune if kau nak beli lubricant, or even buying underwear (aku tau masih ade gak orang yang masih malu beli underwear, hahahaha). Kalau dah cuba tip-tip ni, kongsikan pengalaman korang ngan kawan-kawan.

PLAY SAFE

SELAMAT MENCUBA

15 August 2014

PENGETAHUAN SEBELUM MEMBELI KONDOM

Variasi kondom.

Kondom? Apa itu Kondom? Alah, malas la nak terang, for sure kau tahu ape itu kondom dan tahu kegunaannya. Kalau yang tak tahu tu, kau Google je lah, malas aku nak terangkan. Tapi make sure sebelum kau nak beli kondom tu, kau kene ade pengetahuan tentangnya.

Di sini aku nak kongsi sedikit pengetahuan aku tentang kondom. Almaklumlah, adik-adik yang baru akil baligh mesti nak tahu kan macam mana nak pilih kondom yang terbaik untuk keselesaan semasa memakainnya. Jadi, sebelum beli apa kata kau baca dulu faktor-faktor yang aku rasakan agak penting dalam pemilihan kondom sebelum ia dibeli.

1) Latex atau non-latex (polyurethane)

Setakat ni aku tahu ade 2 je jenis kondom iaitu latex dan non-latex. Kebanyakkan kondom kat Malaysia ni semuannya berjenis latex. Ianya lebih stretchable berbanding non-latex. Kondom jenis non-latex ini pula dicipta khas buat manusia yang kulitnya alah pada getah. Kondom jenis non latex juga less stretcable, tapi lebih nipis dan memberi extra sensuality pada zakar si pemakai. Aku tak sure sama ada kat Malaysia ni ade atau tidak kondom jenis non latex ni. Tapi bagi aku latex lebih selamat kerana ia lebih tebal dan mengurangkan risiko kondom untuk pecah.

Polyurethane (non-latex) kelihatan lebih nipis (0.02mm) berbanding latex (0.05mm).

2) Saiz

Kat Malaysia ni rata-rata panjang zakar lelaki adalah dalam lingkungan 4 hingga 6 inci (mungkin ade yang lebih pendek atau ade yang lebih panjang). Hahaha. Clearly kau tak akan ade masalah nak mencari punye sebab kondom kat Malaysia ni mostly dijual dengan kepanjangan 6 inci dan for sure akan muat punyelah kat konek kau. Melainkan kalau konek kau tu kecik seminimal 3 inci atau panjang sampai melebihi 2 genggam, aku rasa kau terpaksa cari dengan gigih di semua farmasi seluruh Malaysia. Sebab kondom ni macam baju jugak. Kau nak tak pakai baju yang tersangat kecik or tersangat besar? For sure tak nak kan.

Saiz memainkan peranan penting agar si pemakai berasa selesa.

3) Straight cut atau slim fit, dotted atau ribbed

Actually, definition sebenar adalah normal or contoured. Aku dulu pernah bergurau ngan bos aku pasal kondom, which is yang normal kondom kitorang bagi nama straight cut, dan yang contoured kitorang namakan slim fit. Alah, macam seluar jeans jugak, ade straight cut and slim fit. Yang ni korang beli ikut keselesaan korang lah. Kalau nak rase lebih pleasure time main, slim fit adalah pilihan terbaik sebab kondom ni die akan ikut shape zakar si pemakai. Lepas tu ade extra features pada kondom which are dotted and ribbed. Tujuan dotted dan ribbed ini dicipta adalah untuk menambahkan sensitiviti pada pasangan semasa anda menghayunkan zakar ke dalam "lubang" pasangan anda.

Pilihlah mengikut keselesaan anda.

4) Perisa

Kondom juga turut didatangi dalam pelbagai perisa seperti vanila, coklat, strawberi, kopi, dan lain-lain. Tujuan perisa ditambah dalam pembuatan kondom ini adalah untuk menambahkan selera semasa melakukan seks, khususnya seks oral. Ia juga mungkin mampu untuk menambahkan keghairahan pada pasangan dan juga turut memberikan keseronokan semasa melakukan seks. Perisa pada kondom juga ditambah supaya memberi peluang bagi mereka yang mempunyai masalah alahan bau getah pada kondom untuk mempunyai pilihan lain dalam pembelian kondom yang bersesuaian mengikut citarasa mereka. (Amacam bahasa melayu aku? Awesome tak?) Ingin juga saya ingatkan di sini bahawa maksud perkataan perisa dan perasa adalah berbeza. Jadi, bila anda menjilat kondom yang berperisa, jangan terkejut jika rasanya tidak sama seperti apa yang anda jangkakan.

Tidak boleh dimakan, ambil bau sahaja.

Kesimpulannya, 4 perkara di atas ini adalah faktor-faktor utama (bagi akulah) dalam pemilihan kondom. Sebab kondom harus dipilih dan dibeli mengikut keselesaan si pemakai. Faktor-faktor lain seperti warna, harga dan jenama boleh di tolak ke tepi. Apa yang paling penting adalah ia dapat melindungi seseorang itu daripada terdedah dengan jangkitan kuman mahupun virus yang boleh membawa maut.

Agak-agak kalau kondom macam ni korang nak pakai tak?
(Post script: Lepas ni aku akan create entry tentang tip-tip macam mana nak beli kondom bagi orang yang pemalu dan konon innocence. Korang tunggu je lah sehari dua lagi. Gibb sayang korang.)

14 August 2014

PERBUALAN YANG TAK DIJANGKA

Copy paste daripada perbualan aku di Facebook bersama seorang surgeon. Aku tak pasti bahawa dia adalah seorang surgeon yang sebenar ataupun tidak, tapi melihat daripada profile pic dia, kelihatan seperti seorang surgeon. 

Okay lah, aku gelar die ni dengan nama KM (bukan Kifli Mally tau!). Perbualan di bawah ini adalah benar, yang diedit hanyalah kesalahan beberapa ejaan. Sila baca dengan teliti dan nilai di mana silapnya.

KM:
thank sudi accept.

Gibb:
sama2.

KM:
sihat?
dari mane?

Gibb:
shah alam doc.

KM:
owh.
cheras.
lewat tido?

Gibb:
aah.
abang kenal khai syazuddin tu?

KM:
kenapa?
kawan ke?

Gibb:
x la.
kenal sebab die femes je.

KM:
ye ke?
femes kat mne tu?
pernah jumpa dia la ni?

Gibb:
die kan femes kat fb ni.
mne pernah jumpe.
tegur pun x.

KM:
owh ye ke.
ok je dia.
mne pic awk?

Gibb:
sorry.
not up for pic doc.

KM:
patut la x ditegur kalo mcm ni punya perangai.

Gibb:
ini akaun rahsia.
i ade akaun lagi satu.

KM:
ok nite.

Gibb:
nite.

KM:
bye.

Gibb:
bye.

KM:
kalo perangai mcm ni x payah banyak akaun pun x pe.
bdk hingus betul...
pas tu nak meroyan bagai.

Result daripada kesilapan aku bertutur bicara. Hahaha.