Pages

20 March 2015

#ASKGIBB : AKU SUKA BUDAK LELAKI ITU


Hello Gibb,

Sebelum nak cakap apa-apa, just nak bagi tahu aku peminat nombor 1 blog kau. Seriously, entry semua bermaklumat and bagus untuk dibaca as a PLU.

Actually, nak mengadu and luahkan apa yang terpendam dekat hati. Lama sangat terpendam, tak tahu nak cerita dekat siapa. Okay, ceritanya start macam ni. Ada seorang budak lelaki satu batch dengan saya, simply gelarkan dia Z. Z ni tersangatlah handsome and perfect pada aku. Aku suka dia dari Form 1 (now Form 3). Entah la, Tak tahu kenapa boleh fall in love dengan dia. Bila aku ask kawan perempuan aku, semua cakap si Z ni biasa je. And aku pula rasa dia tu sangat perfect.

Aku ni ada penyakit pemalu yang amat, lagi-lagi nak cakap dengan budak lelaki yang handsome, budak perempuan tak malu pulak. So dari Form 1 la aku tak tegur dia. Ada pun cakap bende mengarut like "Panggil cikgu kau -,-", tu je. Dia sebenarnya ada dalam friend list Wechat aku, and dia kalau aku update moment, dia like. Even dekat sekolah pun tak pernah tegur, dekat Wechat pun sama, I was like, "Kenapa dia like moment aku?". Sebab dekat sekolah, aku sombong, dia pun sombong, and semua macam biasa from Form 1 until now.

About last week, aku ada jalan dengan kawan perempuan aku dari kantin ke kelas macam couple, padahal tak pun. And aku ada berselisih dengan si Z ni. Muka dia berubah bila nampak aku berjalan dengan kawan aku, nampak macam marah (normally muka dia still sombong but tak lah macam tu). Dari hari itu, dia dah tak like moment aku lagi, macam boikot la. Hahahaha. And buat aku pelik, mungkin dia jealous kot (sebab dia ni dengan aku lain, lain macam mana jangan tanya, sebab tak tahu nak jelaskan). Tapi tak nak la perasan, and aku pun dah lama sangat suka dekat dia. Tak pernah suka sesiapa macam aku suka dia. 3 tahun dah suka dia, buat aku jadi keliru.

What should I do? And for your information dia ni single. Aku macam tak percaya, kenapa dia single? Sebab normally budak handsome sekolah aku semua dah ade awek. And aku rasa dia suka aku. Benda ni semua menguatkan yang dia suka aku, but aku tak tahu nak buat apa. Tegur dia pun aku takut, lagikan nak luah benda ni. Please bagi pandangan. Thanks.

(Jack)


**********


Hi Jack,

Terima kasih sebab sudi berkongsi masalah, aku berbesar hati untuk memberikan pandangan mahupun pendapat.

Firstly, bila aku baca kisah kau ni, aku teringat kat seseorang yang pernah alami masalah yang sama. Orang tu adalah aku. Aku pun pernah jatuh hati dekat seorang mamat yang paling handsome dalam batch aku time sekolah dulu, tapi bezanya mamat tu straight la.

About si Z ni, orientasi seks dia macam aku masih kurang pasti la. Nak kata straight, macam tak. Nak kata gay, mungkin kot. Reason aku nak katakan dia ni gay, mungkin sebab die like status kau kat Wechat. Tapi lepas kau kata dia macam marah tengok kau jalan dengan perempuan, aku rasa he might be gay, tapi masih belum dibendung la. Mungkin dia masih cari identiti sebenar dia.

Kalau macam aku dulu, aku try cari situasi yang akan melibatkan diri aku dan si dia. Contohnya macam study group sama-sama, or join kelab yang sama ke. So dari situasi tersebut, aku boleh sedikit sebanyak berinteraksi dengan dia. Kalau tak pun, aku akan try mintak tolong dekat that person secara spontan. Mungkin macam akward dan kitorang akan berborak dalam kuantiti yang minima, tapi lama-lama nanti, hilanglah segan silu tu (tapi sayangnya dia straight). Hahahaha.

Macam keadaan kau sekarang, kau berada dalam dunia yang serba canggih (for now). Kalau kau macam segan-segan nak tegur dia face to face, gunakanlah Wechat tu. Tegur biasa-biasa je dulu, say "hi" ke. Kalau bernasib baik, for sure dia akan reply. Sebab aku rasa si Z ni pemalu la, ataupun dia takut kawan-kawan lain ejek yang dia tu budak gay. Almaklumlah, zaman sekolah. Kadang-kadang memang orang suka bergurau dengan perkataan gay tu, tapi bila tuan empunya badan itu sendiri adalah gay, memang terasa pedih kot perkataan tu.

By the way, tahun ni kau nak PT3 kan (dahulunya dikenali sebagai PMR), so mesti sekolah kau banyak buat aktiviti motivasi dan perkampungan ilmu. Aku cadangkan kau join la benda-benda macam tu. Sambil-sambil tu kau ajak la dia join sekali. If dia join, kau leh spend time ngan dia, paling busuk pun kau boleh intai-intai dia dari jauh, hahahahaha.

Final words, hati kecil aku mengatakan yang dia suka dekat kau. So cepat-cepatlah make move. Tahun depan dah nak Form 4, takut either one of you guys pindah sekolah, nanti melepas pulak. Nasihat aku, jangan mulakan perbualan secara drastik. please keep it slow and fly with the flow. Memang makan masa, tapi keputusannya memuaskan.

Gunakan Wechat secara berpedoman (nasihat daripada penaja).

Never lose hope.

(Post script: Terima kasih kepada semua pembaca yang masih mengirim soalan dan menyokong slot ini. Gibb sayang korang. Teruskan mengirim perutusan anda, Gibb akan berusaha untuk memberi pendapat dalam membantu kehidupan kalian yang berliku itu.)

17 March 2015

#ASKGIBB : SUKA ATAUPUN TIDAK?


Dear bro Gibb,

Actually aku just blogwalking je, then nampak this section and kinda interested. Memandangkan aku memang tengah ada problem and tak tahu nak tanya siapa, so this is it.

Aku jenis guy yang still inside the closet. Masih takut nak reveal my own self. One day, aku jumpa seorang mamat ni, knew him from one of my friends. At the first place, aku tertarik dengan dia, dengan pembawakan dia and everything. So, we met and berkenalan. Jarak umur dia jauh jugaklah dengan aku, so aku bahasakan diri dia abang.

Then we met a few times just to hangout and borak-borak. The problem is, bila aku text dia, dia macam tak interested je nak text dengan aku. Dia kata dia jenis yang tak suka text just because less of human touch whatsoever. And I'm quite confused dia ni suka kat aku ke tak? And each time, aku je kene start conversation and cerita itu ini.

Aku perceived yang dia tak suka kat aku and tried to forget him. But later tak boleh la, I can't really forget him. He's one of a kind and aku jenis yang susah nak attached to someone and fall in love.

So, what should I do? Forget him? How?

(anonymous)


**********


Firstly Gibb nak minta maaf sebab mengambil masa yang lama untuk memberikan pandangan Gibb pada masalah you, and thanks sebab sudi memblogwalking kat blog I, sekaligus sudi berkongsi masalah you.

Berbalik pada masalah you. At first I rasa you sangat beruntung sebab dapat mengenali someone yang mungkin boleh I consider as a man of your dream (since you stated that he is one of a kind).

Tentang perangai si dia yang tak berapa suka nak texting. I akui memang manusia seperti ini masih wujud di muka Bumi ini. Memang spesis manusia macam ni lebih sukakan face-to-face conversation berbanding texting. Dan I rasa dia ni seorang yang membosankan dan maybe merendah diri, that's why die jarang nak start conversation, takut-takut topik yang dia nak sampaikan buat you rasa tak senang hati.

If you like him, and if he's gay, I think you should go for it and try harder. Sebab deep down dalam hati I berkata yang maybe he likes you too, but he just don't know how to tell you that. Mungkin sebab dia malu nak mengaku. Kalau tak, takkan lah dia rajin nak keluar hangout dengan you, borak-borak. Manalah ada lelaki yang sanggup nak keluar dengan lelaki yang baru je kenal just untuk borak-borak je.

Sebab bagi I, if you lupakan dia tanpa ask him about his feeling towards you, macam rugi je sesi perkenalan korang. At least if you tanya dia, or confront to him about your feeling towards him, you dapat selesaikan satu masalah yang bermain-main dalam pemikiran you.

Have balls and take that risk. It's okay if he's answering no, and it's okay if your feeling getting hurt. It is all for temporary, later everything will relieve. Namun, apa-apa keputusan pun semua di tangan you. Gibb hanya mampu memberi perangsangnya sahaja.

Bukan senang tau nak cari mister one of a kind. Opportunity knocks.

Never lose hope.

16 March 2015

#ASKGIBB : TERLANJUR CINTA DENGAN ABANG SENDIRI


Hi abang Gibb,

Saya nak minta tolong abang advice sikit.

Saya dah jadi PLU ni masa saya masuk sekolah menengah. Ada seorang kawan saya, saya gelar dia V. V sangat ganas dan orang semua takut pada dia, including me. Kalau boleh saya nak jauhkan diri dari dia lah, tak mahu jadi mangsa tetak dia, padahal dia baru Form 5. Saya pulak muda setahun je dari dia.

Satu hari tu, dia tiba-tiba panggil saya. I have no idea mana dia tahu nama saya. Saya pergi la pada dia, dia senyum dan usap kepala saya. Dia cakap saya sangat cute. Saya lelaki kot? Haha! First time tengok dia senyum, saya mula rasa dupdap-dupdap. Kacau betul la time tu, ade ke saya rasa macam tu. Sejak tu, saya dengan dia bersama. Orang nak cakap ape pun saya tak kisah. Saya mula ada perasaan pada dia, abang Gibb.

Suatu hari, saya dapat call yang V dekat hospital. Time tu saya ada projek dekat Cameron Highlands, jauh nak balik KL. Tapi sebab sayang, saya balik jugak. Tapi saya sampai lewat dekat hospital.

Sampai sana, doktor cakap V hilang memori. Lebih mengejutkan, family dia is my family! Kami berdua sebenarnya adik beradik, lain bapa! Dia darah daging saya.

Abang Gibb, parents saya tahu hubungan saya dengan V. Dorang nak jauhkan saya dari dia. Saya cakap terus terang yang saya kerap terlanjur dengan V.

Kini, sekarang, V dah nak kahwin. Sudah 3 tahun dah, V still tak ingat saya. Siapa nak lindungi saya? Saya rasa macam nak mati je. Dulu saya gemuk, sekarang saya kurus sangat. Sebab V, saya tak makan pun, just makan sikit sangat. Abang Gibb, tolong nasihatkan saya untuk jangan bunuh diri. Saya sayang parents saya. Saya nak berjaya dalam hidup. Saya gay tapi hanya untuk V seorang. Tolong abang Gibb, nasihatkanlah saya. Saya sekarang kat rumah, tak study, tak dapat masuk U or Form 6 pun sebab SPM saya fail.

Abang Gibb, tolong nasihatkan saya, bagi kata-kata semangat dekat saya. Please...

(LEAVING)


**********


Hi LEAVING,

Gibb rasa simpati dengan situasi yang sedang awak lalui. Memang agak sukar untuk melupakan insan yang kita hargai. Gibb pun agak terkejut lepas mengetahui yang V adalah abang seibu awak. Memang agak rumit di situ. Memang agak sukar untuk awak berpatah balik.

Bagi Gibb, bukanlah salah awak kerana telah jatuh cinta dengan abang sendiri. Family awak, terutama ibu sangat bertanggungjawab dalam hal ini. Sebab hal darah daging ini bukannya boleh dibawak main, dan bukannya boleh disorok-sorok. Mungkin ibu awak ada tujuan sendiri mengapa dia menyembunyikan rahsia ini daripada awak, tapi dia juga harus memandang rasional dan serius tentang hal ini. Gibb bukan nak salahkan ibu awak 100%, mungkin dia ingin melindungi awak.

Gibb rasa, mungkin Tuhan takdirkan V hilang ingatan untuk menguji awak sekeluarga. Keadaan V sekarang mungkin ada sisi positif dan negatifnya sendiri. Mungkin bagi awak, ia umpama malapetaka kerana awak kehilangan seorang yang betul-betul boleh melindungi awak. Tapi bagi Gibb, ada baiknya ia kekal begitu. Gibb tahu awak merana, nak-nak si V pula bakal mendirikan rumah tangga. Namun Gibb rasa mungkin keadaan akan bertambah rumit jika V tidak hilang ingatan.

Kalau awak sayangkan parents awak, kalau awak nak berjaya dalam hidup, tolonglah fikir secara rasional. Bunuh diri bukanlah jalan terbaik, masih banyak yang perlu awak terokai di dalam dunia ini. Walaupun awak gagal dalam SPM, tak mengapa. Dunia ini terbentang luas, awak pasti berjaya suatu hari nanti.

Tentang V, walaupun Gibb tahu memang sukar untuk awak hadapi semua ini, tapi yakinlah, pasti ada sesuatu yang baik menanti awak di hadapan kelak. Tuhan hanya menduga insannya yang mampu menempuhi dugaan. Stay strong okay.

Gibb tahu yang Gibb tak mampu tawarkan apa-apa pertolongan pada awak, hanya kata-kata semangat sahaja yang mampu Gibb beri. Gibb du'akan agar awak kembali bangun untuk menghadapi semua ini dengan tabah. Insyaallah.

Never lose hope.