Pages

14 December 2014

SUKU ABAD HIDUPKU

Hai semua! Aku baru je menjangkau umur 25 tahun (cliché, setiap blogger mesti nak cerita pasal hari jadi). Kat sini aku takde la nak cerita impian-impian aku, ape yang aku nak time birthday, boring la topik tu. So, kat sini aku nak ubah sikit (rasanya banyak kot) topik "birthday" ni supaya ia menjadi sedikit menarik.

Inilah cerita bagaimana aku dilahirkan ke dunia.

How my parents knew each other? Actually mak aku ade cerita yang dorang kenal melalui kawan masing-masing. Bapak aku punye kawan punye girlfriend, dan girlfriend die ni kawan mak aku. So dorang pun berkenalan. Mak aku ni datang dari keluarga yang berada, manakala bapak aku pula datang dari keluarga yang sangat daif. Aku ingat lagi bapak aku pernah cerita, telur goreng tu 2 biji je untuk 14 orang makan. Walaupun bapak aku sekolah sampai darjah 4 je, tapi die tetap berusaha untuk memajukan diri. So die pun berhijrah ke Kuala Lumpur.

Jalan Tun Perak, Kuala Lumpur pada akhir 70-an.

Mungkin sebab kecekalan dan sifat leadership, bapak aku berjaya memikat hati mak. Maklumlah, mak aku anak bongsu, bapak aku pula anak lelaki sulong. Bila aku dengar mak aku bercerita time dorang bercinta, macam lawak pula. Mak aku ni jenis takut naik motor. Jadi setiap kali keluar date, dorang akan naik bas aje. Lepas tu kalau shopping, mesti pergi kat Petaling Street.

Aku tak sure pulak dorang bercinta berapa lama, tapi for sure akhirnya dorang kahwin. Tak silap aku, time tu bapak aku mula bekerja kat Pulau Pinang, mak aku pula kerja kat Seremban. Time tu bapak aku dah ade kereta. Walaupun kerja jauh, tapi incredibly dorang leh duduk bersama. Time tu bapak aku kerja dengan Malaysia Airlines, so mak aku akan pergi kerja naik flight sampai Airport Subang Jaya, then naik bas sampai ke Seremban. Kalau dengar balik memang macam tak masuk akal, tapi possibility is definitely there. Dulu jalan raya tak la sesak macam sekarang. Lepas setahun kahwin, akhirnya kakak aku dilahirkan.

Dalam lebih kurang 2 tahun kemudian, bapak aku dipindahkan tempat bertugas ke Airport Subang Jaya. So family aku berhijrah ke Pantai Dalam, Kuala Lumpur. Time tu dorang duduk rumah setinggan je. Then abang aku yang pertama dilahirkan. Bile aku dengar balik cerita mak aku, susah gak kehidupan dorang time tu, rumah yang didiami tu selalu bocor tatkala hari hujan. Abang aku time tu pulak demam panas. Sebab kekurangan wang, dan tempat tinggal yang kurang selamat, akhirnya dia meninggal dunia.

Lepas kejadian tu, tak silap aku pihak kerajaan nak naik taraf rumah penduduk setinggan tu ke rumah pangsa 2 bilik. Alhamdulillah, lepas tu kehidupan keluarga aku semakin selesa, dan seterusnya abang aku yang kedua pun dilahirkan. Time tu ekonomi keluarga aku dah sedikit stabil. Dengan duit simpanan bersama, akhirnya parents aku membeli sebuah rumah pangsapuri kat Shah Alam. Rumah tu selesa, lebih besar daripada rumah sebelum ni. Harga dalam RM39000 (oh my, murahnye rumah zama dulu). Rumah yang kat Pantai Dalam tu bapak aku decide nak jual je.

Berikutan ekonomi keluarga dah stabil, dan mak aku pun dah dapat transfer kerja kat Shah Alam, so dorang decide to have another baby. Jadi wujudnya aku. Time mengandungkan aku, mak aku mengidam nak makan kuey teow goreng, so selalulah dia dan seorang kawan die yang mengandung jugak beli kuey teow goreng tu.

Mak aku cerita, time mengandungkan aku, kandungannya sedikit berat berbanding yang sebelumnya. So mak aku expect yang mungkin kali ni die akan dapat anak kembar (berikutan yang mak aku dulu pun kembar). Mak aku berharap sangat nak dapat anak kembar lelaki perempuan. Tapi hampa, tanggapan mak aku salah. Mak aku tahu sebab doktor mengesahkan yang kandungannya songsang. So in order nak mengeluarkan aku, mak aku perlu menjalankan pembedahan caesarean.

Kedudukan bayi songsang dan normal dalam kandungan ibu.

Kelebihan bersalin secara pembedahan ni adalah si ibu boleh memilih tarikh untuk bersalin. So mak aku mempercepatkan due date dari 8hb Disember ke 1hb Disember. Lepas tarikh ditetapkan, aku pun selamat dilahirkan pada jam 11:29 pagi, pada hari Jumaat bersamaan 3 Jamadil Awal 1410 Hijriah, dengan berat sebanyak 3.15kg. Pada awalnya, bapak aku nak namakan aku dengan nama Mohd Naquib, tapi sebab mak aku kata nama tu macam payah nak sebut, so ayah aku tukar la nama lain. Aku dilahirkan di Hospital Ampuan Rahimah, Klang.

Hospital Ampuan Rahimah, Klang.

Aku dibesarkan dengan baik time tu, kehidupan pun sederhana tapi sempurna. Walaupun mak aku cerita yang aku ni banyak sangat alahan, kulit pun sensitif, susu lembu tak boleh minum, tambahan pula aku ada lelah, so aku dijaga dengan sepenuh perhatian. Bila aku dah mula boleh berjalan, bapak aku selalu bawak kami sekeluarga melancong. Even melancong dalam Malaysia je, tapi alhamdulillah anak-anak diberi peluang membuka mata melihat tempat orang. Paling jauh kitorang pergi pun Thailand je.

Sampai aku berumur 5 tahun, then mak aku melahirkan lagi seorang bayi perempuan. Time tu aku dah tak boleh nak manja-manja sangat dah. Kitorang dibesarkan dalam 3 rumah berbeza sampailah aku masuk universiti. Time tu ayah aku dah bersara dan decide nak beli rumah baru yang lebih besar dan selesa. Walaupun just rumah teres, tapi bersyukur la aku dapat bilik sendiri.

Sampai umur aku 22 tahun, bapak aku pun meninggal dunia sebab sakit barah hati. Time tu aku tengah kerja, siap gelak tawa lagi dengan kawan-kawan. Sekali adik aku call aku, cakap bapak aku dah takde. Aku blur kejap time tu. Then aku terus bagi tahu pengurus aku, cakap yang bapak aku dah meninggal. Then die pun suruh aku balik. Berikutan tempat kerja aku yang hanya 5 minit je dari rumah, aku pun bergegas pulang naik teksi.

Tiba je kat depan rumah, aku pun segera tengok jenazah bapak. Tiada apa yang dapat aku ungkapkan. Aku tak menangis setitik pun, perasaan bercampur aduk. Sebab bapak aku meninggal lepas Asar, jadi pihak masjid mencadangkan agar jenazah dikebumikan pada esok pagi. Ramai jugak orang datang time tu sebab bapak aku merupakan salah seorang ahli jawatankuasa masjid. Then esoknya jenazah bapak selamat dikebumikan.

Tanah Perkuburan Seksyen 21, Shah Alam.

Mungkin aku tak berasa amat sedih sebab hubungan aku dan bapak tidaklah terlalu akrab. Tapi lepas ketiadaannya, baru aku sedar apa yang dimarahinya pada aku selama ini adalah sesuatu yang betul. Dan aku rasa kami selalu berkelahi dulu sebab sebenarnya perangai kami sama sahaja. Aku dapat lihat pada hari ini yang perangai aku mostly serupa dengan arwah bapak, even mak aku pun cakap macam tu.

Kadang-kadang teringat arwah ayah, aku pergi ziarah pusaranya selepas waktu kerja. Kadang-kadang tu menangis jugak bila teringat kat dia, tapi apakan daya, die sudah pun tiada. Alhamdulillah sebelum dia pergi aku dapat menjaga dia, suapkan dia makan, sapukan minyak kat belakang badan dia. Dia pernah cakap kat mak aku yang aku ni pandai sapu minyak, tak kasar macam anak-anak dia yang lain (menagis kejap). Tersenyum aku bila dengar dia cakap macam tu.

Lepas bapak dah takde, memang aku berasa sangat bebas. Keluar sana-sini (korang jangan jadi macam aku). Tapi aku tak pernah tinggalkan mak duduk seorang kat rumah. Bila balik kerja, aku masakan untuk mak, kemas rumah sikit-sikit. Walaupun aku selalu bergaduh dengan mak, tapi kitorang gaduh kejap je. Sampailah sekarang, aku bersyukur sebab dapat seorang mak yang penyabar dengan sikap aku.

Walaupun aku tak cerita semua bende kat sini, tapi inilah kisah bagaimana wujudnya aku yang sekarang ni. Walaupun aku tak seberjaya mana, sekurang-kurangnya aku tak menyusahkan orang lain. Dan yang penting, aku happy dengan kehidupan aku yang sekarang.

(Post script: Korang yang masih ada mak bapak, jagalah dorang dengan baik kay. Biasalah tu kalau korang tak bersefahaman dengan mak bapak korang. Tapi bila dorang dah takde esok, baru korang sedar betapa pentingnya nasihat-nasihat mak bapak kita itu.)

1 December 2014

1 DISEMBER 2014

Aku rasa dah 12 tahun aku tak celebrate birthday sendiri. So hari ni aku decide nak buat birthday cake sendiri, nak bagi mak makan.

Birthday boy making his own birthday cake on his own birthday.

Alhamdulillah, mak kata sedap. "Ini barulah kek!" kata emak. Sebab before this aku buat kek bantat, Hahahaha.

Seronok tengok mak happy.