Pages

16 October 2015

2 YEARS ANNIVERSARY


Alhamdulillah, dah 2 tahun umur blog aku ni. Walaupun lately aku macam takde mood nak menulis sangat, tapi aku masih gigih menghadirkan diri ini pada yang masih sudi belek-belek entry-entry aku. Thank you so much!

Kali ini aku nak cerita sikit (maybe panjang) macam mana aku boleh dapat idea nak mula menulis blog ini.





SEJAK BILA AKU MULA BER-BLOGGING?

Tak silap aku pada tahun 2009. Waktu itu pensyarah aku suruh buat laporan dalam bentuk blog. Dia suruh aku buat 5 entry. Zaman tu aku macam blur sikit. Blog? Apa tu? Nasib baiklah ada seorang classmate aku terangkan dan aku instantly terus faham.

Time tu Blogspot merupakan medium blogging yang paling popular. Sebab aku malas nak buat account baru, aku decide nak buat blog guna account Myspace je. Benda paling malas sekali adalah semua kerja kene buat dekat Cyber Cafe. Zaman dulu internet dah la susah nak dapat. Lepas tu ada masa-masa tertentu nak dapatkan internet yang laju.

Namun, semua usaha aku berbaloi. Pensyarah aku tu siap call aku pukul 1:00 pagi dan memberi pujian pada hasil kerja aku. Rasa sangat happy sebab pensyarah aku yang garang dan cerewet tu suka hasil penulisan aku.






PERTAMA KALI AKU TAHU KEWUJUDAN BLOG GAY?

Awal tahun 2010. Time tu kolej aku baru je dilengkapkan dengan sistem WiFi. Pondan-pondan dekat kolej aku sibuk nak tayang satu blog yang sangat popular, blog ItaLembutJohnson. Dorang suka sangat tengok blog ni sebab banyak gambar konek, plus kak Ita sangat berani! Lagi satu blog yang aku kerap tengok dorang bukak adalah blog KisahPencintaLelaki. Blog ni pulak banyak gambar jantan handsome.

Waktu itu aku hanyalah diidentifikasi sebagai curious gay atau sex orientation confuse. Jadi aku takde lah nak menghadap sangat blog-blog tersebut. Namun aku macam terkejut jugak lah yang Malaysia masih mampu menghasilkan individu yang berani menonjolkan isu yang agak taboo ini di internet. Waktu itu juga aku telah diperkenalkan dengan laman sesawang PlanetRomeo (dahulunya dikenali sebagai GuysForMen). Surprisingly aku sign up account tu, hahahahaha. Dekat situlah bermulanya perjalan kehidupan songsang aku.






KEHIDUPAN AKU SELEPAS PLANETROMEO?

Boleh dikatakan aku adalah pengguna PlanetRomeo yang tegar. Everyday aku akan log in dan chat dengan orang baru. Tujuannya hanya satu, mencari seseorang yang boleh faham aku. Tahun 2010, waktu tu golongan gay dekat Malaysia ni masih ada sikap penyabar. If balas mesej lambat sampai seminggu pun tak mengapa. Maklumlah, zaman tu tak semua orang ade telefon bimbit yang ada sistem GPRS, apatah lagi 3G.

Macam-macam jenis orang aku jumpa. Kalau dapat berkenalan dengan orang yang duduk jauh, webcam je lah yang mampu, itu pun sangkut-sangkut. Biasanya if aku boleh click dengan seseorang itu, kami akan tukar-tukar nombor telefon or Yahoo Messenger ID. Kuno sangat cara tu, tapi aku merindui cara tersebut. Kalau hubungan semakin rapat, bolehlah add dekat Facebook.

Walaupun tujuan asal aku dekat PlanetRomeo tu adalah untuk mencari cinta, tapi mostly semuanya ended atas katil. Boleh dikatakan every week aku mesti dapat seorang. Sebab aku terlalu banyak sangat jumpa orang dan mostly student UiTM, aku terpaksa batalkan niat nak sambung study dekat UiTM dan teruskan hidup aku  dengan bekerja. Aku bekerja pun jauh dari kawasan rumah aku, dan yang paling penting sekali jauh dari Seksyen 7 sebab aku sangat tak selesa dan dekat situ banyak gay.






BAGAIMANA AKU DAPAT IDEA NAK BUAT BLOG GAY SENDIRI?

Selepas zaman kegemilangan PlanetRomeo dan kemudiannya zaman BBM berlalu, aku rasa yang aku ni sudah agak tua dan bosan untuk semua orang. Each time aku online je, semuanya muka-muka yang dah biasa aku lihat. Kalau ada muka baru pun, semuanya budak-budak baru nak up dan seriously aku rasa macam aku memang tak layak untuk dorang. Nak-nak pulak zaman sekarang ni sume nak jadi budak gym, badan semua nak katang je. Setakat budak macam aku ni, siapa je yang pandang. Seriously aku dah tak ada tempat nak ekspresi diri.

Sebelum ni, aku ade blog yang lain. Dekat blog tu pun semua cerita tipikal budak-budak baru nak up. pergi shopping, buat restaurant review, dan semuanya benda-benda yang happy aje. Aku kurang sikit nak update benda-benda menagih simpati sebab aku rasa kisah-kisah macam tu macam murah je (padahal sekarang pun aku still buat lagi).

Suatu hari, ada seorang kawan baik aku bagi dorongan supaya aku buat blog yang bertemakan kehidupan gay. Dia kata dekat aku sure mesti ada orang nak baca punya. 2 ke 3 tahun jugak aku memikirkan idea tersebut.,

Dalam bulan Ogos 2013, rumah aku dah pasang WiFi. Jadi aku decide nak beli sebuah komputer riba sebagai pusat entertainment aku. Bila dah tetiap hari online, lama-lama aku pun dah jadi bosan. Then tergerak hati nak cari dan baca blog-blog PLU Malaysia. Blog pertama yang aku jumpa adalah blog Malaysian PLU Story. Aku tak ingat entry apa yang aku baca, tapi overall aku rasa blog ni bukan macam blog-blog yang aku pernah jumpa sebelum ini. Lepas tu aku terklik pulak blog My Name is Shark. Aku tertarik nak baca kisah Asrama. Kekadang aku terjaga waktu malam dan membaca beberapa chapternya sebelum kembali tidur.

Tapi blog yang paling aku suke baca adalah blog Kisah Dunia Lelaki. Gaya penulisan dia memang kene dengan style aku. Entry yang ringkas tapi menarik. Pandai melakha dan berceloteh namun turut menyelitkan unsur-unsur nasihat.

Lepas dah sebulan lebih asyik membaca blog orang, sekali aku tergerak hati nak buat blog sendiri. Mungkin dah sampai masanya aku merealisasikan idea kawan aku buat sekian lamanya. Aku rasa kalau orang lain boleh buat, mesti aku pun boleh buat. Disebabkan sebelum ini aku pernah menulis di beberapa blog lain, so this is gonna be easy for me to start a new platform. Hahahaha!






KENAPA AKU NAK BUAT BLOG GAY SENDIRI?

Kenapa ye? Mostly korang kenal blogger yang kebanyakannya still behind the closet or discreet kan? Well I am not one of those. According to my friend, aku ni somewhere in the middle, not behind the closet and not openly gay. Aku rasa aku merupakan satu individu  menarik dan mempunyai kisah yang mampu diperketengahkan (muntah sekarang).

The truth is, aku rasa kelompok gay dekat Shah Alam ni mostly dah kenal aku. Aku dikenali dengan sikap slut, ONS, dan gerak hati aku selalu cakap yang nama aku agak busuk dekat area Shah Alam ni. Aku dah lah belajar tak tinggi, muka tak kacak, kerja pun tak seberapa, dan aku rasa mostly orang pandang aku sebagai alternatif lain untuk memuaskan nafsu sahaja. Ia seolah-olah seperti tiada siapa mahu mendengar kisah aku. Tambahan pula sikap aku yang bipolar, membuatkan orang ramai kerap menjauhkan diri daripada aku.

Sejak aku rasa bahawa diri ini lebih dikenali dengan persona yang kurang menyenangkan, jadi aku bercadang nak create satu identiti rahsia. Sebab apa? Sebab aku nak orang dengar kisah aku tanpa menilai sikap dan masa silam aku.

Selain daripada itu, aku nak cuba bersaing dengan blog-blog yang already famous. Walaupun perjalanan aku masih jauh dan aku rasa aku tak mampu pun nak bersaing dengan blog-blog yang dah lama bertapak, namun aku akan tetap mencuba dan berusaha.

Yang paling penting, I know that I can bring something to the table.






ADA ORANG NAK BACA BLOG AKU KE?

Ada lah kot rasanya. Sebab kalau takde orang nak baca, aku takkan nak menulis pun. Memang nak cari reader tu agak susah, tapi aku still berusaha jugak untuk bagi yang terbaik. Contohnya slot #ASKGIBB. Aku tahu dengan cara ini aku dapat mendekatkan diri dengan para pembaca sekaligus berkongsi masalah mereka yang mungkin orang di luar sana mempunyai masalah yang sama. Walaupun slot tu terhenti buat seketika, namun aku akan tingkatkan usaha untuk naikkan semula slot tersebut.

Tentang kisah Budak Gerai, aku tahu segelintir insan yang mengikutinya mesti rasa kecewa sebab kisah Tariq dan Kamal macam terhenti seketika kat Kuala Selangor tu. Biarkanlah dorang tidur sekejap.

Lagi satu, aku ni jenis suka bercerita kisah-kisah lama aku sebab aku mahu para pembaca mengambil iktibar dan tidak mengulangi kesilapan yang pernah aku lakukan. Aku tahu, kalau aku cerita kat orang secara face to face, sure orang ingat aku ni poyo, berlagak bagus, and slut.






ADAKAH AKU SEDANG MENCARI CINTA DISEBALIK BLOG INI?

Yup! Masih mencari. Walaupun hujung tahun lepas aku macam dah jumpa dengan cinta, tapi disebabkan beberapa circumstances yang tak dapat dielakkan, harapan aku musnah. Menangis jugak lah, tapi ape nak heran, aku ni memang jenis senang menangis kot. Menangis bukan tandanya aku lemah, tapi kerana ingin melepaskan sesuatu yang pahit keluar dari dalam tenaga badan.

Aku tak mudah mengalah, dan aku tidak akan mengalah. Nanti ade lah tu... (ayat cliché orang Melayu)






HARAPAN AKU UNTUK BLOG INI?

Harapan aku sebenarnya nak bantu orang. Aku tahu ramai insan di luar sana yang masih perlukan bantuan. Walaupun aku ni bukanlah therapist dan tiada ilmu dalam bidang psikologi, namun aku sentiasa akan memberi yang terbaik untuk bantu orang. Aku tahu kalau korang jumpa aku in person, aku ni bukanlah seperti apa yang orang jangkakan. Aku kelihatan seperti seorang yang tiada pengalaman hidup.

Seterusnya, aku nak bantu diri sendiri. Walaupun sudah 2 tahun, namun aku masih tidak banyak berubah kepada insan yang lebih baik. Perangai aku masih sama, mood swing aje. Kadang-kadang aku rasa tiada gunanya aku berkenalan dengan orang yang baru, sebab penghujungnya pasti ada kebencian. Orang selalu cakap, berkawan biar seribu. Tapi kalau ada seribu pun time aku susah takde siape nak tolong, nak buat apa kan?






BOLEH TAK SIMPANKAN RAHSIA AKU?

Kepada 2 orang yang dah tahu siapa aku sebenarnya, aku mengucapkan terima kasih sebab masih tetap menyimpan rahsia walaupun kita sudah tidak akrab lagi. Aku betul-betul nak minta maaf sebab aku selalu buat benda-benda yang menyakitkan hati. Du'akan kesejahteraan aku okay.

Kepada sesiapa yang macam dah dapat hint tentang siapa diri aku, buatlah perkara yang terbaik sama ada nak mengaku ataupun stay that way. I always open my heart to know you. Yang penting, tolonglah simpan rahsia ini.

Kepada sesiapa yang pernah texting dengan aku, aku minta maaf jika aku berkasar sebelum ini. Bukan kerana aku tidak mahu berhubungan baik, akan tetapi aku tidak mahu kalian disakiti dengan lebih teruk dikemudian hari.

Kepada yang masih tidak tahu siapa aku yang sebenarnya, aku harap kalian tidak perlulah tahu kerana aku tidak mahu kalian menyesal kelak.






IMPIAN AKU SEBELUM HUJUNG TAHUN INI?

Pertama aku nak kucing-kucing aku semuanya sihat.

Kedua, setahun yang lepas, Encik Muhd Zacky ada bagi cadangan suruh aku beli iPhone 6. Well sebabkan aku ni bertangan besar, so aku decide nak memiliki iPhone 6s Plus. Yang penting nak warna Rose Gold.


Aku dah belek Apple punye website. Harga dia, masyaallah! Kene fikir sejuta kali sebelum nak beli. Insyaallah, ada rezeki lebih nanti, ada lah.