Hello everyone! Korang sihat tak? Gibb sehat je. Okay lah, kalo tengok tajuk kat atas, golongan gay pasti dikurniakan dengan anugerah yang dipanggil Gaydar. Gaydar ni adalah kebolehan mengesan orientasi seksualiti seseorang sama ada die cenderung kepada golongan sejenis ataupun tidak. Honestly, Gibb punye Gaydar sangatlah lemah berbanding mak hayam lain yang Gibb pernah kenal. Sesetengah orang kata golonngan bottom mempunyai reaksi Gaydar yang lebih kuat berbanding golongan top. Betul ke? Cube try tengok video kat bawah ni.
Kalau korang tengok video kat atas ni, korang pon mesti konfius jugak kan? Sebenarnye zaman sekarang ni memang susah kita nak bezakan yang mana straight dan yang mana gay sebab banyak lelaki lurus pun dah mula berpakaian yang sangat kemas and sharp. Roommate Gibb dulu pon pernah dituduh gay kerana cara pemakaian die yang sangat rapi dan terlalu metrosexual.
Berikut adalah beberapa perkara yang dilihat ketika mengaktifkan Gaydar korang:
*LIHAT CARA BERJALAN: Kalo dah jalan kepit tu sah-sah gay.
*CARA PERCAKAPAN: Kebiasaannya nada percakapan lelaki gay dan lelaki lurus sangat berbeza, Gay akan bercakap sedikit lembut. Namun ada juga gay yg suaranya macam lelaki biasa, cuma kalau diteliti masih ada juga nada lembut.
*CARA PEMAKAIAN: Gay selalunya dress-up dengan bermain terlalu banyak warna. Lebih berani mengenakan warna-warna kontra dan lebih banyak pendedahan kulit seperti mengenakan short pants dan singlet. Mereka juga bijak memilih pakaian mengikut ukuran bentuk badan mereka.
Ciri-ciri di atas ini tak semestinya 100% betul, sebab zaman sekarang ni golongan gay datang dalam pelbagai ciri. Gay juga menjalani kehidupan seperti manusia biasa, bekerja sebagai guru, arkitek, penjual sayur, polis, dan lain-lain. So jangan terkejutlah bile kawan korang yang kerja cikgu tu mengaku kat korang yang dia gay.
Neil Patrick Harris, jejaka gay paling cool pada pendapat aku. |
So, korang yang kat luar sana tu, jaga-jaga kerana ada yang sedang memerhati gerak-geri korang. Kalo dah terkantoi tu, janganlah nak menyombong okay. Kita hidup dalam dunia PLU ni, dunia kita ni kecik je. Pusing sana pusing sini jumpe orang yang sama balik. Yang pasti, hidup kene sentiasa ceria dan enjoy!