"Weh Kamal, ko dah nak gerak ke? Meh ah lepak ngan kitorang dulu." ajak salah seorang teman Kamal daripada hotel tempat dia menyanyi.
"Takpe lah bro. Aku nak balik rest la. Lagi pon tadi jadual aku pack giler." jawab Kamal.
Kamal pun terus menuju ke medan parkir kereta dan duduk berehat sebentar di dalam Myvi kuning miliknya sambil menikmati tiupan angin penghawa dingin bersama alunan muzik yang dihasilkan daripada corong radio. Beberapa ketika kemudian, fikirannya terbawa semula kepada situasi petang tadi di mana dia berkenalan dengan Tariq.
"Bosan jugak malam ni. Rasa macam nak lepak rumah mamat tadi la. Die pon macam tengah bosan je. Jam dah nak pukul 3:00 pagi, rase-rasenye die dah tido ke blom? Call je lah." Kamal mengambil keputusan untuk menghubungi Tariq.
"Hello!" Tariq menjawab panggilan telefon bimbitnya yang berdering pada jam 2:53 pagi.
"Hello, Tariq. Ni Kamal la. Ko tengah wat pe?"
"Oh, Kamal. Aku baru lepas habis basuh baju, ni tengah sidai ni." jelas Tariq.
"Basuh baju time macam ni? Haha! Eh, aku on the way nak pegi rumah kau ni. Boleh tak aku datang?" tanya Kamal.
"Datang je lah. Belikan jajan ape-ape, aku macam lapar la, hehe."
"Okay je. Jap lagi aku singgah 7E belikan kau something. Dalam 9 minit lagi aku sampai." jelas Kamal.
"Sembilan? Kenapa tak sepuluh?" Tariq bingung.
"Orang kan selalu asyik cakap, tunggu 10 minit lah, hape lah. Aku tukar le 9 minit pulak. Saje-saje jer." kata Kamal.
"Ade-ade je kau ni. Kau kat mane dah ni?" tanya Tariq.
"Aku kat hotel lagi lah. Rileks la, ke tak sabar nak jumpe aku?" sakat si Kamal.
"Mana ade. Cepatlah datang. Aku bagi 10... Opps, 9 minit je kat kau."
"Amboi cik abang, mengugut. Okay, okay. Aku dah nak gerak ni. See you in 9 minutes. Bye." Kamal memutuskan panggilan telefon tersebut.
Kamal pon meneruskan perjalanannya menuju ke kediaman Tariq. Semasa dalam perjalanan, dia singgah sebentar di sebuah kedai serbaneka untuk membeli jus dan beberapa makanan ringan untuk Tariq yang sedang menunggunya.
**********
"(Ding dong!)" loceng rumah berbunyi.
"Ah, sampai pon kau. Meh la masuk." Tariq membuka pintu rumahnya dan menyambut kehadiran Kamal dengan gembira.
"Terima kasih. Cantik la rumah kau. Nah, ni aku ade belikan sedikit snek dan jus. Kau cakap kau lapar kan tadi." Kamal menghulurkan bungkusan plastik yang dipenuhi dengan snek kepada Tariq.
"Yeay! Thank you. Kau duduk la dulu, buat la macam rumah sendiri. Aku pegi amik gelas jap kat dapur."
"Bro, rumah kau takde Astro ke?" Kamal mencari-cari alat kawalan jauh Astro.
"Tak ade lah Kamal. Aku tinggal berdua je ngan bapak aku. Pasang Astro pon buat rugi je sebab kitorang jarang tengok tv. Kalau kau nak layan DVD, kau bukak laci bawah tv tu. Pilih la cerita ape yang kau nak tengok." jelas Tariq.
Kamal pun mula membelek-belek sejumlah DVD di dalam laci tersebut. Sedang dia asyik membelek, dia terjumpa sebuah filem seram dari Thailand,
"Eh, cerita Shutter. Aku minat cerita ni. Tariq, aku pasang ye cerita Shutter ni, kau on tak?" tanya Kamal.
"Aku on je. Pasang je lah." jerit Tariq dari dapur.
Lalu Kamal pun memasang cerita tersebut dan kemudiannya duduk menyelesakan dirinya di atas sofa. Beberapa saat kemudian, Tariq pun muncul disebelahnya dengan membawa segelas jus oren yang dibawa oleh Kamal tadi. Meraka pun duduk sebelah-menyebelah.
Hampir setengah jam mereka berdua duduk menyaksikan cerita tersebut tanpa berkata-kata antara satu sama lain. Ianya seolah-olah tiada topik yang menarik yang boleh dibualkan, hanya beberapa paket makanan ringan dan jus oren yang menghubungkan mereka.
Malam tersebut semakin terasa bahang walaupun jam sudah menunjukkan hampir pukul 4:00 pagi. Dalam keadaan spontan, Kamal menanggalkan baju dan seluarnya di hadapan Tariq dan hanya mengenakan boxer biru menutup bahagian syahwatnya. Tariq disebelahnya mula merasa keliru.
"Tariq, panaslah malam ni. kau tak panas ke?" tanya Kamal melihat Tariq memakai seluar trek dan baju lengan panjangnya.
"Tak ade lah panas mana. Aku biasa dah." jelas Tariq.
"Oh. Nak tanya sikit, bapak kau selalu balik kampung ke?" tanya Kamal.
"Yup. Setiap minggu die balik. Kampung kitorang dekat je, kat Kuala Selangor. Lagipun nenek macam agak kurang sehat, maklumlah orang dah berusia." jelas Tariq.
"Oh. Kau ade adik-beradik lain?"
"Ade. Aku ade 2 orang abang, dua-dua dah kahwin. Tinggal le aku seorang ngan ayah kat rumah ni. Ayah pon hujung minggu memang takde pon kat rumah."
"Ermm, kau tak ade kawan-kawan ke area ni?" tanya Kamal lagi.
"Tak ade. Kitorang baru je pindah sini tak sampai setahun. Sebelum arwah mak meninggal, die beli rumah ni dan nak ayah lupakan memori kat rumah lama dan mulakan hidup baru kat sini." kata Tariq lalu mencapai gambar ibunya di meja tepi sofa dan menunjukkannya pada Kamal.
"Dia tentu seorang ibu yang penyayang. Dia mesti berbangga sebab ade seorang anak macam kau." Kamal memberi semangat pada Tariq dan meletakkan lengannya di belakang jejaka itu lalu memeluk erat.
Tariq terkedu seketika dan mempersoalkan tindakan jejaka itu memeluk belakang tubuhnnya. Di dalam benak hatinya terlintas tentang orientasi seks jejaka bertubuh sasa tersebut. Hendak ditanya, tetapi mereka baru sahaja berkenalan. Mungkin Tariq hanya perlu mendiamkan diri dan membiarkan masa membongkar segala tanda tanya.
"Ah, terlupa pulak. Aku ade beli ni untuk kau." Kamal mencapai seluarnya dan menghulurkan kupon tambah nilai kepada Tariq.
"Really? Terima kasih Kamal." Tariq teruja.
"Time kat 7E tadi, aku teringat yang wallet ko hilang. Lagipun phone ko tak ade kredit kan, mungkin ini dapat membantu." jelas Kamal.
"Terima kasih Kamal, aku tak tahu macam mana nak balas budi baik kau."
"Rileks la, aku dapat lepak ngan kau ni pon dah best. Siap tengok cerita hantu lagi. Hehehe. Tapi bro, aku serius dah ngantuk la." kata Kamal.
"La, ye ke? Ko nak tido kat bawah ni ke or kat dalam bilik?" tanya Tariq.
"Dalam bilik la." kata Kamal.
"Okay, tapi bagi aku 5 minit boleh? Aku nak siapkan tempat tidur." jelas Tariq.
"Boleh je. Sementara tu aku tolonglah kau kemas ape yang patut kat bawah ni." kata Kamal.
**********
Tariq pun naik ke tingkat atas, menuju ke bilik tetamu dan mula mengemas serba sedikit. Ingatannya mula berfikir bahawa bilik tetamu itu tidak pernah digunakan semenjak mereka sekeluarga berpindah ke kediaman tersebut. Dia mula membersihkan habuk serta sawang labah-labah di penjuru siling. Tiba-tiba, daun pintu terbuka dengan perlahan dan sejenis makhluk berdiri dihadapan pintu tersebut. Tariq pun membaca bismillah lalu menoleh kebelakang.
"Ya Allah! Terperanjat aku. Aku ingat siapalah tadi." Tariq lalu menarik nafas lega melihat Kamal berdiri di hadapan kamar tersebut dengan keadaannya yang boleh dikatakan separuh bogel.
"Tariq, asal lambat sangat? Dah 15 minit aku tunggu. Ngantuk lah bro." Kamal kelihatan mamai.
"Sorry lah lambat. Bilik ni jarang guna, so aku nak bersihkan sikit. Habuk banyak ni, aku tak nak kau jatuh sakit." jelas Tariq.
"Ye ke. Lama lagi ke?" tanya Kamal.
"Ermm, malas lah kemas bilik ni." Tariq mencapai pergelangan tangan Kamal lalu menariknya masuk ke kamar miliknya.
"Malam ni kau tido sini je lah." jelas Tariq.
"Ni bilik siapa?" tanya Kamal.
"Ni bilik aku. Malas pulak nak kemas bilik tadi."
"Kau tido mana?" tanya Kamal lagi.
"Aku tidur bilik bapak aku je lah. Kalau ko nak ape-ape, bilik bapak aku kat sebelah je." jelas Tariq lalu mengambil langkah untuk ke kamar sebelah.
Sewaktu Tariq hendak berlalu pergi, lantas Kamal mencapai pergelangan tangan milik Tariq dan berkata, "Malam ni ko teman aku tidur boleh?"
Saat itu, Tariq berasa keliru sebentar. Fikirannya mengatakan jangan namun hatinya tidak mahu menolak peluang yang datang. Tariq tahu dia tidak pernah bersama dengan sebarang lelaki sepanjang hidupnya, apatah lagi berdua-duaan di atas katil. Namun reaksi yang ditunjukkan oleh Kamal padanya, positif membuatkan Tariq ingin mendampingi jejaka tersebut. Setelah berfikir, dia membaringkan tubuhnya beberapa sentimeter di sebelah tubuh Kamal.
"Thank you sayang." Kamal lantas memeluk tubuh Tariq dari belakang lalu mengucup kepalanya.
Walaupun Tariq berasa janggal pada situasi tersebut, namun bibirnya tersenyum seketika sambil memegang erat tangan Kamal.
"Esok kita sama-sama kemas bilik tadi eh." bisik Kamal ke telinga kiri Tariq.
Kamal memeluk erat tubuh milik Tariq dan mereka tidur bersama pada malam tersebut. Fikiran Tariq masih berfikir mengapa Kamal melayannya sebegitu rupa? Apakah sebenarnya niat Kamal ke atas dirinya?
..........to be continue
not bad..teruskan menulis..
ReplyDeletehope so...
Deletebtw, tq sbb sudi membaca...
Hahaha, baru jer jumpa blog ni.. nice writing, nice info.. tq
ReplyDeletetq awak sbb sudi baca blog saya... kisah saya.. cerpen saya...
Delete