Pages

9 August 2015

CARROT CAKE

Carrot cake atau kek lobak merah adalah salah satu kek yang sangat popular di Switzerland, terutama untuk sambutan hari jadi kanak-kanak. Kebanyakan resipi asal kek lobak merah ini biasanya akan ditambah dengan bahan-bahan tambahan seperti kirsch (brandy buah-buahan), kulit kayu manis, kekacang, nenas dan kismis.

Di Eropah, Kebanyakan penduduk tempatan akan menggunakan gula aicing bersama kirsch sebagai aicing pada kek lobak merah mereka. Sementara di Amerika pula, penduduknya lebih menggemari adunan cream cheese sebagai aicing pada kek lobak merah mereka.


Disebabkan Gibb suke sangat dengan carrot cake, so gibb berhajat nak buat sendiri kali ini. Well, mana nak cari resipi, tentulah dekat Google kan. Tapi bila fikir balik, kekadang resipi kat internet ni macam susah sikit nak percaya. Tanpa berlengah, Gibb terus mintak resipi dekat Mr. Dominic Unknown. So dia pun bagi lah resepinya pada Gibb,


Walaupun resipi yang dia bagi ni merupakan resipi copy-paste, at least resipi ni tested dan Gibb takde lah ragu-ragu sangat nak cuba. Then Gibb berlari ke dapur untuk menengok balik semua bahan-bahan. Okay, minyak jagung takde, serbuk kulit kayu manis takde, gula perang takde, nenas takde, kelapa kering takde, dan walnut takde.

Adakah Gibb akan batalkan niat suci murni ini, sudah tentulah tidak. Lantas Gibb meng-engineer resipi sendiri. Berikut adalah resipi kek lobak merah Gibb:


BAHAN-BAHAN KEK:

1 cawan tepung gandum
1 camca teh baking powder
1/2 camca teh soda bicarbonate
1/2 camca teh garam
3 biji telur gred C
3/4 cawan minyak bunga matahari
3/4 cawan gula kastor
2 cawan parutan lobak
1/2 cawan oat

BAHAN-BAHAN TOPPING:

100 gram butter
1 cawan topping Ace (disejukkan terlebih dahulu)
2 titik pewarna jingga



**********


LANGKAH-LANGKAH (mengadun kek):
  1. Panaskan oven pada suhu 170 darjah celcius. lenserkan tin bulat berukuran 8 inci dengan sedikit minyak dan alas dasar tin dengan kertas minyak.
  2. Campurkan tepung gandum, baking powder, soda bicarbonate dan garam. Kemudian ayak bahan-bahan tersebut.
  3. Dalam bekas lain, masukkan gula, telur dan minyak. Putarkan dengan menggunakan whisk sehingga sebati selama 5 minit dengan kelajuan sederhana. Kemudian, masukkan bahan yang telah diayak itu tadi sedikit demi sedikit ke dalam adunan. Putar semula dengan kelajuan perlahan
  4. Selepas adunan telah sebati, masukkan parutan lobak merah dan oat ke dalam adunan. Gaul sehingga sebati dengan menggunakan spatula.
  5. Akhir sekali, tuangkan adunan ke dalam tin dan bakar selama 45 minit hingga 1 jam. Selepas membakar selama 45 minit, periksa kek dengan menyucuk lidi di bahagian tengah kek. Jika kek masih belum masak sepenuhnya, bakar semula kek pada suhu 160 darjah celcius selama 15 minit.
  6. Setelah kek masak sepenunhnya, sejukkan kek terlebih dahulu sebelum meletakkan toppingnya.

Well, kek ni macam hangit sikit (agak kecewa). Tapi Gibb tetap tak putus asa. First sekali Gibb buat levelling untuk mengusir bahagian yang hangit itu (sambil-sambil tu lebihan kek tersebut telah masuk ke dalam mulut). Then, Gibb terbalikkan kek tersebut.



Wah! Teruja gile time tu! Kek tu nampak sangat cantik dan gebu (siap tepuk-tepuk kek tu macam tepuk punggung bayi). Almaklumlah, first time kot buat kek from scratch. Selalunya buat kek instant je. Okaylah, sesambil nak tunggu kek tu sejuk, kita buat dulu adunan toppingnya.


LANGKAH-LANGKAH (topping):
  1. Putarkan butter sehingga lembut dan gebu.
  2. Kemudian, masukkan pewarna jingga. Putar semula sehingga sebati.
  3. Akhir sekali, masukkan topping Ace yang telah disejukkan sebelum ini dan putarkan sehingga sebati bersama-sama butter itu tadi. Kelihatan butter akan membentuk ketulan-ketulan kecil kerana terkena pada topping Ace yang bersuhu sejuk. Ketulan-ketulan kecil ini akan kelihatan seperti hirisan lobak merah (ajaib tak? kau mampu?).
  4. Setelah adunan topping telah siap, ratakan pada kek menggunakan kreativiti anda sendiri.

Inilah hasilnya. Takdelah cantik macam kat kedai tu, tapi Gibb berpuas hati. Rasanya tidak terlalu manis, akan tetapi rasa toppingnya amat horrible. Next time kene cuba lagi dan perbaiki mana yang silap.

(Post script: If korang ade resipi-resipi menarik yang nak Gibb cuba, bolehlah kongsikan resipi-resipi tersebut dengan menghantar e-mail ke naquibzernow@gmail.com. Sayang korang.)

2 August 2015

TERMIMPIKAN JOE

Last night boleh pulak aku termimpikan si Joe ni. Nak kata aku minat dia, takdelah minat sangat. Sedar je dari mimpi, satu badan rasa sejuk. Mungkin kerana suhu pagi yang dingin.

Mimpinya simple je, aku duduk dalam kelas (mungkin waktu itu aku adalah pelajar sekolah menengah), dan si Joe ni merupakan guru pelatih kat sekolah aku.


"Bagi pendapat encik, pekerjaan apakah yang paling seimbang untuk kaum lelaki dan wanita?"


Itulah soalan yang aku tanya pada dia. Then, mimpi itu pun tamat yakni aku sudah terjaga dari tidur. Waktu aku terjaga tu, aku terus tertanya-tanya, kenapa aku termimpi pasal dia? Lepas tu dengan pantasnya aku mencari phone, belek Instagram, stalker profile dia. Comel juga mamat ni. Haish, jauh sangat aku mengelamun.






So here you go! This is Joe. Mana aku kenal Joe ni? Reality TV show. I'm not a big fan of his game play, but still excited to see his action again this upcoming September.

To all the Survivor fans out there, don't forget to mark your calendar on September 23rd 2015 for the Survivor: Cambodia (Second Chance) premier!

Hatiku berdebar-debar!

(Post script: BTW thanks kepada para pembaca yang still hantar soalan kat slot ASKGIBB tu. Aku minta maaf sebab dah lama tak luangkan masa untuk menyelesaikan masalah kalian. Walaupun ade je soalan yang berbulan-bulan terperap kat slot tu, insyaallah aku akan reply. Lagi satu thanks kepada insan yang menegur kesalahan Bahasa Inggeris aku, kekadang aku pun tak perasan aku buat silap. Muah dekat awak.)