Pages

14 February 2014

BUDAK GERAI - CHAPTER 02


Jumaat, hari yang paling digemari oleh budak-budak IPT di kota raya. Almaklumlah, esoknya hari minggu. Seperti biasa bermulalah aktiviti berjimba dan belibur untuk para pelajar sekitar kota. Ada yang pergi membeli-belah, cuci mata, menonton wayang, dan tak kurang juga kepada belia-belia yang akan berpeleseran sesama sendiri mahupun bersama teman pilihan hati.

Berbeza dengan Kamal, belia berumur 21 tahun ini sibuk dengan kerjanya sebagai penyanyi bar di sebuah hotel di Subang Jaya. Sedang menuntut dalam jurusan pengurusan perlancongan, jejaka kelahiran Ipoh ini amat berbakat. Dia boleh memasak, memegang jawatan pengerusi untuk kelab renang di kampusnya, pandai bermain piano dan guitar, menyanyi dengan suara yang lunak, serta mempunyai senyuman menawan. Tidak hairanlah ramai gadis amat meminatinya. Dia umpama putera impian kampus.

Setiap petang Jumaat, Kamal akan mengetuai ahli-ahli kelab renang di kampus. Tugas yang diberikan olehnya amat mudah, mengajar perenang-perenang amatur untuk berenang dengan lebih baik disamping menjadikan renang itu sebagai aktiviti yang sihat.

**********

"Okay semua, bersurai. Have a nice weekends." ucap Kamal kepada semua ahli kelab renang.

Dia kemudiannya berjalan ke bilik mandi untuk membersihkan diri dan menyalin pakaian. Sesudah itu, dia pun menuju ke parkir kereta di tingkat bawah bagi mengambil keretanya untuk terus pulang ke rumah. Sewaktu dia sedang memanaskan enjin keretanya...

"(Tuk, tuk, tuk!)" seseorang mengetuk cermin keretanya.

"Alahai, siapa pulak yang ketuk cermin kereta aku ni?" Kamal berbisik di dalam hatinya sambil menurunkan cermin kereta.

"Encik, boleh saya pinjam phone tak? Saya nak call ayah saya. Kredit phone saya dah habis la." kata seorang jejaka yang kelihatan letih dan kusut.

"Oh, boleh je. Nah, ambillah." Kamal menghulurkan telefon bimbitnya.

Jejaka tersebut pun terus menelefon ayahnya untuk beberapa minit. Kamal sebenarnye dalam keadaan risau juga, takut-takut dirinya akan disamun, tetapi dia meredhakan sahaja apa yang akan berlaku sebentar nanti.

"Encik, nah. Thanks tau." jejaka tersebut menghulurkan kembali telefon bimbit yang dipinjamnya sebentar tadi.

"No problem bro. By the way, sekarang dah pukul 6:30 petang, ape ko buat kat kampus ni lagi? Tak balik rumah ke? tanya Kamal.

"Actually, my wallet tercicir. Phone pulak baki tidak mencukupi. So saya nak minta tolong ayah saya amikkan, tapi die dah balik kampung pulak. So..." jejaka tersebut mengeluh.

"Sadisnya. So how you will go back home?" 

"Jalan kaki kot, maybe..."

"Erm, rumah ko kat mana? If you don't mind, aku boleh tumpangkan. Maybe this is the akward moment to introduce myself, but my name is Kamal. Masuklah dalam kereta." Kamal menghulurkan tangannya ke luar tingkap kereta untuk berjabat tangan.

"Looks like I don't have any choices, boleh je lah. Nama saya Tariq. Terima kasih Encik Kamal sebab sudi nak tolong saya." Tariq menyambut tangan Kamal untuk bersalaman.

"Lembutnye tangan kau dol! Dah, masuklah dalam kereta. By the way, rumah kau kat mana?" tanya Kamal.

"Rumah saya dekat USJ Heights, dekat-dekat dengan area Subang High Tech tu. Kalau nak senang leh ikut jalan belakang, yang dekat Batu Tiga tu je encik." jawab Tariq sopan.

"La, sekali jalan je. Aku stay kat USJ 19 la. And lagi satu, tak payah berencik-encik ngan aku. Aku baru 21 tahun lah. Aku student gak macam kau." jelas Kamal sambil tersenyum.

Kamal pun membawa Tariq menuju ke Subang High Tech. Mereka berdua berbual-bual kosong tentang diri masing-masing. Sehinggalah tibanya di hadapan kediaman keluarga Tariq.

"Ah... Dah sampai pon. Besarnye rumah kau! Ni first time aku masuk kat area rumah ni. Selama ni aku tengok dari luar gate je." Kamal teruja serta kagum melihat rumah milik keluarga Tariq.

"Hehehe... Biasa je lah Kamal. Lagi pon ni rumah ayah la, aku menumpang je kot." jelas Tariq.

"Rumah bapak kau, rumah kau jugak la bro. Eh, aku chow dulu lah ye." kata Kamal.

"Eh, nak balik dah ke? Masuklah dulu, lepak-lepak, minum-minum ngan aku. Aku stay sorang je malam ni."

"Tak leh la bro. Lepas ni aku kene kerja. Erm, bagi no phone kau. Kalo lepas keje aku takde bende nak buat, insyaallah aku datang." jelas Kamal.

"Okay, ni no phone aku, 012-251 8851."

"Cun. Aku habis keje maybe dalam pukul 3:00 pagi macam tu. Kalo aku free aku contact ko kay. Aku chow dulu, adios!"

"Aku tunggu je kot. Jaga diri bro, and thanks sebab selamatkan aku hari ini." kata Tariq.

"Anytime bro."

Kamal pun beredar dan terus menuju ke rumahnya untuk bersiap-siap dan terus ke hotel, tempat dia dan kugirannya membuat persembahan. Mungkin peristiwa pertemuannya dengan Tariq tadi bakal mecoret sejarah di dalam kamus hidupnya. Kamal hanya berdoa agar semua perkara baik bakal datang kepadanya di hari-hari yang bakal menjelang datang.

..........to be continue

4 comments:

  1. penggunaan bahasa inggeris x kene ar bro. haha.
    but dont worry, gua still suke bace.

    ReplyDelete
    Replies
    1. i pon rase macam tu, macam poyo pon ade..
      kononnye nak wat mamat Kamal tu high class la sangat

      Delete
  2. Kan, lain kali jangan guna english lah. Nampak awkward gila

    ReplyDelete
    Replies
    1. hope so.. n sorry xlarat nak sambung chapter 3... baru 25%..
      gibb sebok online bende alah lain... hahahahaahh

      Delete