Pages

21 February 2015

BUDAK GERAI - CHAPTER 09


Hari ini sudah masuk hari Khamis, hari ketiga Kamal bekerja di kediaman milik keluarga Tariq. Pagi itu kelihatan indah sekali. Kamal bangun dari katilnya dan berdiri di hadapan jendela, kelihatan sekawan burung merpati sedang bermain-main pada dahan pokok. Udara yang dihirupnya terasa nyaman, matahari juga memancar tidak terlalu terik.

"Sekarang baru jam 7:30 pagi, agak-agaknya si Tariq ni dah bangun ke belom?" Kamal bermonolog sendiri lalu segera ke bilik Tariq.

"(Tuk, tuk, tuk!) Tariq, kau dah bangun ke?" Kamal mengetuk pintu bilik milik Tariq.

"Aku dah bangun dah. Masuk la."

Kamal pun masuk ke dalam kamar milik Tariq. Kelihatan Tariq sedang berdiri di hadapan jendela menikmati keindahan pagi tersebut. Lalu Kamal terus berjalan ke arah Tariq dan segera memicit-micit bahunya.

"Hari ni tuan besar kelas pukul berapa?" tanya Kamal.

"Aku takde kelas hari ni. Pagi ni kau buat breakfast ape?"

"Aku tak buat lagi. Kau nak makan ape? Sebut je, nanti aku buatkan."

"Aku takde selera la pagi ni." kata Tariq, air mukanya berubah suram.

"La, kenapa ni? Kau risaukan nenek kau kat kampung ke?"

"Risau jugak. Pagi tadi lepas subuh ayah ade call, die cakap keadaan nenek macam dah nazak la. Aku risau." jelas Tariq.

"Ye ke. Kampung kau kat Kuala Selangor je kan?"

"Aah."

"Kalau macam tu kau pergi la siap-siap. Dalam pukul 8:15 pagi nanti kite gerak pergi balik kampung kau." kata Kamal.

Tariq pun lalu mencapai kain tualanya untuk mandi. Kamal pula terus ke biliknya untuk mengemas beg pakaiannya. Melihat si Tariq tadi, rasa kesian Kamal padanya mula timbul. Budak itu kelihatan seperti tiada arah tuju, seperti masih tercari-cari sesuatu. Setelah siap mengemas, Kamal pun segera ke dapur untuk membuat sedikit bekalan makanan untuk tuannya.

**********

"Hah Tariq, kau dah siap semuanya?" tanya Kamal yang sedang menunggunya di ruang tamu.

"Dah, jom le gerak." balas Tariq lesu.

"La, kenapa macam ni? Senyum la sikit. Kan nak balik kampung jumpa nenek kau ni."

"Aku okay je lah. Jom la gerak."

Mereka berdua pun masuk ke dalam kereta. Selepas Kamal menghidupkan enjin kereta, tali pinggang keledar dipakai kemas, lalu kamal menghulurkan bekalan makanan yang dibuatnya tadi pada Tariq.

"Nah, amik ni."

"Ape pulak ni?" tanya si Tariq.

"Makanan untuk kau la. Mana tahu kau lapar ke nanti, boleh la makan ni sikit." jelas Kamal sambil tersenyum.

"Thanks." kata Tariq sambil mengintai kandungan bekalan makanan itu.

"Egg Mayo Sandwiches. Suke tak?" tanya Kamal.

"Thank you Kamal."

"Before gerak ni, kau nak lalu Meru ke or masuk highway?"

"Lalu Meru la, then masuk Kapar."

"Okay boss!"

Mereka pun memulakan perjalanan meraka dari Subang Jaya menuju ke Kuala Selangor. Semasa dalam perjalanan, Tariq kelihatan termenung sahaja. Kadang-kadang air matanya menitis, tetapi Kamal di sebelah hanya buat-buat tak nampak sahaja. Bekalan makanan yang diterimanya itu langsung tidak dijamah. Lebih kurang sejam perjalanan, akhirnya mereka tiba di  destinasi.

"Eh, kenapa ramai orang ni?" tanya Kamal kebingungan.

Tariq tidak dapat menahan lagi, lantas dipeluknya Kamal dengan erat. Air matanya mengalir, dia kelihatan teresak-esak.

"Kamal, nenek aku dah takde..." jelas Tariq.

"Ya rabbi! Asal tak bagi tahu aku awal-awal?"

"Entahlah. Tadi lepas mandi, ayah aku ade hantar mesej, die cakap nenek dah tak ade..."

"Sudah le tu, pergi cepat naik, pegi jumpa nenek kau." kata Kamal sambil menenangkan keadaan Tariq.

Lantas Tariq keluar dari kereta, lalu terus berjalan naik ke dalam rumah sambil menahan air mata. Kelihatan sekujur badan seorang wanita tua di tengah rumah. Berhampiran jasad, kelihatan ayah, 2 orang abangnya serta kakak-kakak iparnya sedang meratapi si arwah.

"Ayah!" teriak Tariq memanggil ayahnya. Dia segera memeluk ayahnya dengan erat.

"Mujur kamu dah sampai. Nenek kamu baru je selamat dimandikan. Ni kami semua tengah tunggu kamu saja." kata ayahnya.

"Ini anak kamu Abbas?" tanya seorang lelaki berjubah kelabu, kelihatannya seperti seorang Imam.

"Yup, ini anak saya tok." jawab ayah Tariq.

"Adik, pergi cium nenek kamu tu. Lepas ni kami dah nak bawak die ke masjid, nak solatkan die." kata Imam tersebut dengan nada tenang.

Lantas Tariq pun segera mencium dahi neneknya, diratapi wajah neneknya buat kali terakhir. Setelah itu, jenazah diusung ke dalam van jenazah lalu dibawanya ke masjid. Kamal yang sedang menunggu di bawah rumah segera mendapatkan Tariq lalu dipeluknya.

"Sabar tau Tariq." ucap Kamal pada Tariq.

"Eh Kamal, ada kamu rupanya. Pakcik ingat si Tariq ni datang sorang je." tegur ayah Tariq.

"Ade je pakcik, saya yang drive tadi. Risau gak dekat si Tariq ni." jelas Kamal.

"Ah sudah la tu, mari kite ke masjid. Kamu bawaklah si Tariq tu." pinta ayah si Tariq.

"Erm, pakcik tak ikut kitorang sekali ke?"

"Takpe la, pakcik tumpang kereta abang si Tariq ni."

**********

Setibanya di masjid, jenazah pun segera disolatkan. Alhamdulillah, cuaca hari itu agak baik, tidak terlalu panas, tidak terlalu mendung. Selesai disolatkan, jenazah diusung semula ke tanah perkuburan yang terletak di sebelah masjid. Dengan lafaz bismillah, jenazah diturunkan perlahan-lahan ke dalam liang lahat. Ahli keluarga dan sahabat handai berkumpul di sekeliling pusara mendoakan kesejahteraan si mati.

Penghujungnya, air mawar disiram membasahi tanah tempat dikebumi. Pohon puding dipacak buat perlindung sinar sang matahari. Sedikit demi sedikit langkah manusia meninggalkan tanah perkuburan tersebut. Kamal masih berada di sisi Tariq. Dia turut berasa sedih dan simpati walaupun dia tidak mengenali si mati. Namun die sudah menganggap Tariq itu umpama adiknya sendiri, walaupun mereka baru sahaja kenal.

"Ayah, along ngan angah nak beransur dulu ye." kata abang sulong si Tariq sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan ayahnya.

"Eh, dah nak balik ke?" tanya si ayah.

"Kami minta maaf sangat-sangat. Kerja kami masih banyak lagi belom sattle." terang si angah.

"Kalau ye pun tunggu lah dulu, malam ni kan ade majlis tahlil." kata ayahnya.

"Tariq kan ade. Malam ni die boleh tolong ayah." kata si abang sulong sambil menepuk-nepuk perlahan belakang bahu Tariq.

"Takpe lah, along ngan angah balik la dulu. Malam ni Tariq bantu ayah uruskan majlis." jelas Tariq.

Selepas bersalaman, abang-abangnya pun mengundur diri bersama isteri-isteri mereka untuk pulang ke Kuala Lumpur. Kamal yang turut berada dalam situasi tersebut hanya mampu menyaksikan sahaja babak keluarga itu. Kemudian, dia bersama-sama Tariq dan ayahnya pulang semula ke teratak milik neneknya.

**********

"Tariq, ayah nak pegi rumah Mak Buyung kejap, nak order makanan untuk majlis malam ni." kata ayahnya.

"Mak Buyung? Ayah, minta tolong die buatkan masak lemak telur itik boleh?" pinta Tariq pada ayahnya.

"Kat kampung ni susah dapat telur itik. Tapi kalau ade nanti ayah suruh die masakkan. Lagipun arwah nenek kamu suke lauk tu. kamu berdua tolonglah kemas rumah ni dan buatlah ape yang patut." balas ayahnya. Kemudian orang tua itu terus menghidupkan enjin kereta untuk menuju ke rumah Mak Buyung.

"Siapa Mak Buyung tu Tariq?" tanya Kamal.

"Oh, Mak Buyung tu pembantu rumah kitorang, merangkap anak angkat nenek. Die jaga aku dari aku kecik sampailah aku berumur 10 tahun." jelas Tariq.

"Then?" tanya Kamal lagi.

"Then, after she got married, die pun berhenti la keje dan pulang ke kampung ni. Suami die tauke daging lembu, orang berada." sambung Tariq.

"Oh... Lepas tu die bukak business katering lah ek?"

"Aah. Sejak 4 tahun lepas. Die cakap kat nenek, die boring duduk rumah tak buat ape. Lagipun die memang pandai masak. So nenek suggest die bukak business katering yang sekarang ni." jelas Tariq lagi.

"Oh, macam tu rupenye. Tariq, sorry tau aku banyak tanya." kata Kamal.

"Eh, tak ape lah. Aku okay je. Beside, I really need someone to talk to. Kau ade ni pun aku dah sangat bersyukur." senyuman kecil terukir di wajah Tariq di penghujung katanya.

Kerisauan Kamal pada keadaan Tariq mula pudar selepas jejaka itu kembali tersenyum, Mereka berdua menyambung semula aktiviti mengemas rumah untuk persediaan majlis tahlil malam tersebut. Sejam kemudian, ayah Tariq pulang bersama-sama nasi bungkus dan beberapa jenis lauk-pauk untuk santapan mereka bertiga. Tikar mengkuang dibentang di permukaan gazebo kecil di laman hadapan rumah, lalu menjamu seleralah mereka bertiga sambil menghirup udara kampung.

**********

Selepas solat Isyak, majlis tahlil pun dilangsungkan. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Makanan yang ditempah juga kelihatan seperti tiada pembaziran. Majlis itu kelihatan sempurna. Biarpan bilangan ahli keluarga itu kecil, namun orang kampung yang datang menziarahi sudah cukup untuk menggembirakan semula keadaan yang suram.

"Alhamdulillah, semuanya dah selesai." kata si ayah menghembus nafas lega.

"Ye, pakcik. Ramai juga kenalan nenek ye." kata Kamal.

"Mak pakcik memang orang lama kat kampung ni. Die menetap di sini sejak die kecil lagi." jelas ayah Tariq sambil mengunci pintu rumah.

"Ayah, Tariq dah kemas bilik arwah nenek. Kalau ayah nak masuk tidur, pergi la." kata Tariq yang baru sahaja keluar dari bilik tidur arwah neneknya selepas siap mengemasnya.

"Takpe lah Tariq, kamu dan Kamal pergi la tidur dalam bilik tu. Ayah tidur kat depan ni je. Kamu pergi ambilkan ayah toto dengan bantal." kata ayahnya.

Mendengar kata-kata itu, Kamal yang sedang duduk berehat di atas kerusi rotan di ruang tamu menelan air liur. Mukanya merah padam. Tariq pula segera mengambil bantal dan keperluan lain untuk ayahnya tidur.

"Ayah, ni Tariq dah siapkan tempat tidur ayah."

Ayahnya segera melabuhkan tubuh dan mencari sisi yang selesa untuk beradu. Matanya ditutup perlahan-lahan. Kamal pula segera menuju ke billik tidur. Tariq pula memadamkan lampu utama di tengah rumah. Rumah yang terang-benderangnya tadi berubah menjadi sedikit malap, diterangi lampu mentol berwarna jingga, Tariq pun kemudiannya masuk ke dalam bilik tidur.

"Kamal, kau okay ke nak tido sekatil ngan aku?" tanya si Tariq.

"La, okay je la. Bukannya aku tak pernah tido ngan kau." Kamal ketawa kecil.

Tariq pun segera meletakkan kepalanya ke bantal. Kamal mengiringkan tubuhnya menghadap Tariq. Tariq pun mula tersenyum.

"Tariq, daripada riaksi kau dalam kereta tadi, I am sure yang kau sangat rapat ngan nenek kau." kata Kamal.

"Ye, Kamal. Kat sinilah aku melalui zaman remajaku."

"Tak nak cerita ape-ape kat aku ke?" tanya Kamal.

"Kau nak tahu pasal ape?"

"Pasal kau. Kampung ni. Macam mana kau boleh duduk sini? Ape jadi kat kau lepas Mak Buyung kawin?" ujar Kamal,

"Okay la, aku cerita sikit. Lepas Mak Buyung kawin, 2 tahun gak aku duduk ngan mak ayah aku tanpa penjaga. Time tu abang-abang aku sume sekolah berasrama. So everyday aku akan duduk rumah seorang diri sampailah mak balik kerja. Ayah aku pulak time tu tentera, jarang balik rumah. So lepas aku tamat sekolah rendah, ayah aku decide nak hantar aku balik kampung ni, tinggal ngan nenek. Sekurang-kurangnya ade orang nak tolong tengok-tengokkan aku. Lagipun Mak Buyung pun ade kat sini." jelas Tariq.

"So, kau sekolah kat sinilah ye?" tanya Kamal lagi.

"Yup, dan aku tinggal kat sini sampailah aku dapat tawaran sambung belajar."

"Patut la kau rapat ngan nenek kau. By the way, sorry la aku nak tanya sikit. Mak kau meninggal bila ye?"

"Dalam setahun yang lepas."

"Die sakit ke?" tanya Kamal dengan nada sayu.

"Yup, tumor." jawab Tariq, tenang.

"Sorry." Kamal simpati. So memang dalam tempoh 2 tahun lepas Mak Buyung kawin, tak ade siapa lah jaga kau?" tanya Kamal.

"Actually ade, tapi tak sampai seminggu pun. Arwah mak cakap die lari. Aku pun tak ingat nama die siapa." jelas Tariq.

"Oh, ye ke. Sadisnya, lari pulak. Hahahaha." Kamal ketawa kecil.

"Kamal, thanks for everything today. Kau banyak bantu aku hari ni." kata Tariq.

"La, tak ade ape la. Aku kan bodyguard kau. Kau pulak tuan putera aku, tak ade hal la."

Tiba-tiba, riaksi wajah Tariq berubah menjadi suram. Air mata kelihatan membasahi pipinya. Dia segera memalingkan wajahnya dari Kamal.

"Eh, Tariq. Kau okay tak ni?" tanya Kamal, gusar.

"Aku teringat kat mak, aku teringat kat nenek. Kenapa dorang harus pergi?" teriak Tariq.

"La, releks la. Jangan le sedih-sedih macam ni. Ayah kau ade lagi kan. Aku pun ade ni." Kamal segera memeluk Tariq, cuba untuk menenangkannya.

"Kamal, aku minta maaf. Aku tak bermaksud nak buat kau risau." ujar Tariq. Air matanya masih mengalir.

"Eh, tak de ape lah. Aku ade ni, untuk kau. Kan sekarang aku tengah peluk kau ni, jaga kau."

Tariq segera mengesat air matanya. Dia masih dalam dakapan Kamal. Kesian budak itu, Kamal tidak mampu berbuat apa-apa selain membuatkan tuannya itu berasa selamat. Dia mungkin tidak mengerti perasaan kehilangan orang tersayang, namun tugasnya adalah untuk menjaga Tariq, tetap harus dilaksanakannya.

Beberapa minit kemudian, Tariq pun terus nyenyak tidur dalam dakapan. Kamal perlahan-lahan melepaskan dakapannya, dan kemudian menyelimutkan tuannya itu.

"Tariq, Tariq. Aku harap hari esok akan lebih baik buat kau." Kamal bermonolog sendiri. Sebelum tidur, dengan perlahan dia mengucup dahi Tariq.

**********

"Selamat pagi, ayah!" ujar Tariq, ceria.

"Selamat pagi, anak ayah dah bangun rupanya. Pergi makan nasi lemak bawah tudung saji tu, ayah beli tadi." kata ayahnya.

"Ayah, Kamal mana?"

"Oh, die kat gazebo depan rumah tu." jawab si ayah.

Tariq pun segera berlari menuju ke gazebo itu. dilihatnya Kamal sedang duduk menikmati udara desa. Pagi Jumaat yang indah, jauh dari kesibukan kota.

"Hai Kamal!" sergah Tariq.

"Eh, hai! Tuan Putera dah bangun la. Meh duduk sini nagn aku." kata Kamal.

"Kamal dah breakfast?" tanya Tariq sambil tersenyum.

"Belom la." jawabnya.

"Aku pegi amik nasi lemak jap eh. Kita breakfast sama-sama kat sini." cadang Tariq.

"Okay gak. Pergi la ambik, aku tunggu."

Tariq pun kembali semula ke dalam rumah untuk mengambil nasi lemak yang dibeli ayahnya tadi. Dia juga sempat membancuh teh untuk mereka berdua minum. Sesudah itu, dia pun kembali semula ke gazebo tersebut.

"Lamanya cik abang oii!" sindir Kamal.

"Ni hah, aku buat air sekali, untuk kau jugak minum." jelas Tariq.

"Ye ke. thanks."

Mereka berdua pun menikmati sarapan pagi bersama-sama. Kamal gembira melihat Tariq kembali tersenyum. Perasaan dalam hatinya melahirkan rasa syukur, mujurlah budak itu kembali gembira. Mendengar kisah hidup Tariq semalam, sedikit sebanyak melahirkan rasa sayang Kamal pada tuannya. Tatkala itu, si ayah pun datang menyampuk.

"Ayah nak balik rumah dah ni. Korang berdua nak balik pukul berapa?" tanya si ayah.

"Erm , kejap lagi..." jawab Kamal.

"Kitorang balik Ahad ni!" lantas Tariq memotong ayat Kamal.

"Ahad?" ragu Kamal.

"Yup, Ahad. Tariq nak lepak-lepak lagi kat sini." ujar Tariq.

"Ikut kamu la, janji tak buat bende mengarut. Kamal, tolong tengokkan anak pakcik ni, kalau die degil, bagi tahu pakcik."

"Baiklah pakcik." kata Kamal.

"Jaga rumah ni elok-elok. Jangan lupa kunci pintu." pesan si ayah.

Mereka pun bersalaman. Kemudian, ayahnya pun beransur pulang ke rumah. Tariq hanya mampu tersenyum pada Kamal. Kamal pula mula menggeleng-gelengkan kepalanya. Lantas Tariq terus berbisik pada telinga Kamal, "Aku tahu kau cium dahi aku semalam."

..........to be continued

14 February 2015

"LOVE LETTER" TO YOU

Hai semua! Apa khabar? Aku harap setiap pengunjung blog ni sentiasa ceria. Okay lah, mengenai topik utama. Aku tahu mesti segelintir daripada kalian mesti nak tahu ape jadi dengan aku lepas aku come clean ngan mamat tu kan (pada yang tak tahu cerita, silalah rujuk entry lepas berjudul COME CLEAN). So inilah keputusannya.

Basically lepas aku tulis entry tu, aku sepatutnya nak bongkarkan identiti aku (bongkarkan?) malam tu jugak. Tapi sebab keadaan dia yang agak letih, so kitorang bincang pada keesokan malamnya.


Malam esoknya, kitorang pun sama-sama nervous. Maklumlah, aku ni kan perahsia gila babi. Tapi sebab aku rasa macam nak get serious ngan dia, aku pun mencari keberanian diri. Mula-mula sekali dia nak tahu nama sebenar aku dan mintak nombor phone aku supaya kitorang boleh Whatsapp saje. Aku pun bagi jelah tanpa berfikir panjang. Lepas aku dah dapat keberanian itu, dia pulak yang nervous. Jadi dia pun bagi tahu kat aku, bagilah gambar pakai shades dulu. Then aku pun bagi la. Aku dapat reaksi positif sejurus itu, "Okay je tengok," katanye. Beberapa minit kemudian, kitorang pun dah sesama bersedia untuk tahu siapa diri aku sebenarnya. So aku pun ceritalah siapa sebenarnye diri aku, apa yang aku buat sekarang, kerja apa yang aku buat, dan semuanya tentang kehidupan aku yang perlu dia tahu. Maklumlah, nak build a relationship ni, kita kene ambil tahu pelbagai aspek dan kehidupan pasangan kita. 

Lepas aku dah cerita semuanya perkara-perkara penting tentang diri aku, clearly I've got a good vibe from him. Then dia pun dah ready nak tengok muka aku yang sebenar, lantas aku pun bagilah ID Instagram aku. Aku turut mengaku kat dia yang aku ade follow Instagram dia beberapa bulan yang lepas (yes, I know I am a sneaky and a huge stalker). Malam tu, banyak bende yang dia tanya aku. Kitorang message sampai phone dia 2 kali terhempap atas muka (nampak sangat dah ngantuk benor). So kesimpulannya conversation malam tersebut berjalan dengan baik. Aku pun dapat tido dengan nyenyak (perlu ke nak mention?). Hahahahaha...


Esok harinya, aku kembali message dia macam biasa. Clearly dia kelihatan penat sebab siapkan assignment. So aku biarkan je dia tido dan tak ganggu dia pun hari itu. Sebelah malamnya dia ade text aku kat Wechat, tapi aku plak tido awal sebab letih menjaga kucing yang baru di-adopt. So conversation kitorang pada hari tersebut hanyalah setakat itu je.


Esoknya lagi, hari Sabtu, aku duduk scroll Instagram, sekali ternampak dia post gambar passport. Aku pun terus message dia. Katanye nak ke Thailand, ade urusan. Then tetiba dia message aku, dia cakap yang sekarang ni dia pulak rasa takut jika dia lukakan hati aku. Dia kata die macam masih teragak-agak sama ada boleh terima aku seadanya atau tidak. Lepas dia dah habis menerangkan pendapatnya, aku cakap yang aku bagi tempoh selama seminggu kat dia supaya dia betul-betul buat keputusan, sebab aku seriously tak selesa berada dalam keadaan tergantung. Stop sampai situ jelah message kitorang.

Dalam seminggu tu, kitorang langsung tak contact each other. Aku terperasan jugak dia ade upload beberapa foto kat Instagram, tapi aku biarkan saja. Rasa malas nak tegur, takut aku kelihatan seperti terlalu memaksa. So, I still keep waiting until the day will come.


Selepas seminggu, maka hari yang ditunggu-tunggu pun tiba. Aku mulakan conversation dengan bertanya khabar and all that crap. Then he said his fine. Dia pun kemudiannya menerangkan yang dia takut suatu hari nanti aku yang akan terluka dengan sikapnya. Dia berasa sangat was-was sama ada boleh terima aku ataupun tidak. Lepas tu dia decide nak kawan je dengan aku, macam time mula-mula kitorang kenal dulu. Aku dengan serta-mertanya menjawab "TIDAK", sebab aku rasa like I just cannot do it anymore. Kalau kawan pun, aku akan rasa janggal.

Dia cakap kenapa nak janggal, sebab dulu pun kitorang bermula sebagai kawan. Aku cakap balik pada dia yang aku tak mahu try apa-apa dah dengan dia. I know is never gonna work because he don't even wanna try it with me. Then dia pun mengaku yang semuanya salah die sebab bagi harapan kat aku.


**********THE END**********



Lepas perkara ni berlaku, aku rasa kecewalah jugak. Tapi normal la kan, lepas kene reject mesti rasa kecewa. Maybe dalam permainan kali ni aku kalah. Mungkin sebab curse kot. Sebab sejak di bangku sekolah lagi aku rasa yang aku ni memang hopeless in love. Memang betul sometimes love doesn't happen to everyone. Maybe because I am choosing the wrong path.

4 hari jugak la aku takde selera makan. BLINDSIDED, itulah perkataan yang kene lempar setepek kat muka aku. Dah la kucing yang aku baru adopt tu hilang. Memang rasa macam malang menimpa-nimpa. But when I look at the bright side, everything happen for a reason. Aku mengaku yang aku ade terbangun pukul 3:00 pagi dan menangis macam orang gila, tapi lepas nangis tu, I feel like brand new. Terapi la konon.


Alhamdulillah, lepas kemurungan itu berlalu, banyak perkara baik yang berlaku pada diri aku. Kucing aku yang hilang tu dah balik rumah. Berat badan aku pun dah turun sikit. Then aku nak berterima kasih pada seorang pembaca blog aku yang sudi membantu aku untuk get through all of these.

Tapi malangnya aku dapat tahu yang one of my reader kene cancer. Even though aku macam malas nak layan die sekarang ni sebab he seem like he don't take it too serious about our friendship because it is only on the "internet", tapi aku masih doakan kesejahteraan dia.

So para pembaca tak payah la kesian kan aku ye. Sah-sah aku yang bodoh pergi jatuh cinta kat internet. Hahahaha. Takpe, nanti ade lah tu yang datang. Mungkin salah sorang daripada pembaca aku ke will be my other half? Siapa tahu kan.


**********


Kepada awak,

Saya minta maaf sebab tulis semua ni.
Saya rasa benci pula pada awak.
Saya rasa awak kejam,
Awak tak membantu saya.
Awak tak cuba bagi sokongan pada saya.
Awak mungkiri janji.

(Akan aku mencarimu)
(Akan aku utuskan surat perkabaran)
(Walaupun tiada balas daripadamu)

JANJI MANIS BELAKA


**********


Maaf la entry kali ni macam sakai. Penggunaan bahasa rojak yang tidak terkawal dan banyak time jumping. Lepas tu emosi macam orang meroyan. Siapa yang tak team dengan Gibb, it's okay. No big deal. Aku dah okay sekarang. So kepada blogger-blogger lain yang masih single, boleh la masuk line. Hahahaha. Boleh la tahu how crappy I am. I love you all and thanks for the support.