Pages

21 September 2014

BUDAK GERAI - CHAPTER 08

 

"Morning my prince!" sapa Kamal pada Tariq.

"Morning honey!" balas Tariq.

"What do you wanna have for breakfast, dear?" tanya Kamal.

"How about a simple french toast and couple slices of beef bacon, please?" pinta Tariq manja.

"Here you go my prince." Kamal menghidangkan juadah sarapan seperti apa yang dipinta tuan puteranya.

Kemudian Kamal duduk di hadapan Tariq dan menyuap sarapan itu ke mulut tuan puteranya. Mereka kelihatan intim pagi tersebut. Setelah habis suapan terakhir, Kamal hanya tersenyum melihat Tariq mengunyah makanannya penuh sopan. Sesudah itu, dia memegang kedua belah tangan Tariq, digenggamnya lalu dikucup lembut jejaka itu di bibirnya. Detik dikira, satu, dua, tiga...

**********

"...empat, lima, enam." Kamal menyambung kiraannya lalu menjentik kepala Tariq.

"Woi! Ape kau buat ni?!" Tariq terjaga dari tidurnya.

"Haha, kau dengan patung pon jadi kan? Bangunlah, dah pukul 6:30 pagi, solat!" Kamal ketawa kecil dan meletakkan semula patung aksi Power Rangers berwarna merah itu tadi ke dalam rak koleksi milik Tariq.

"Yelah, aku bangun. Tapi lain kali jangan main lagi ngan koleksi Power Rangers aku tu! Aku tak suka." Tariq tegas.

"Baik boss. Nanti lepas solat, terus turun sarapan tau. Aku ade masak sikit untuk kau." kata Kamal.

Lalu Kamal pun terus turun ke dapur dan menyediakan meja makan untuk tuan kecilnya. Tariq pula terus mencuci muka dan memberus gigi, lalu mengambil wuduk untuk menunaikan solat Subuh. Selepas solatnya, dia berdu'a pada Tuhan agar dirinya menjadi seorang yang tabah mengharungi hari-hari yang akan datang, tambahan pula Kamal kini tinggal sebumbung dengannya, bertambahlah dugaan yang perlu ditempuhinya. Sesudah itu, dia pun turun ke dapur untuk bersarapan.

Setibanya Tariq di dapur, die kelihatan terperanjat melihat roti telur dan bacon daging lembu terhidang di atas meje. Susun atur meja kelihatan rapi, seperti bersarapan di hotel berprestij. Dia mula meragui kebolehan Kamal. Adakah jejaka kacak itu dilahirkan dengan kuasa mistik?

"Hah, ade pun kau. Jemputlah duduk makan." sapa Kamal.

"Kamal, mana kau tahu apa yang..." kata Tariq.

"Apa yang kau suka makan?" Kamal memotong ayat Tariq. "Ayah kau ade pesan kat aku yang kau ni suke makanan Barat. Western food kononnya, so semalam lepas kau tertidur aku pergi la kejap Cold Storage kat Subang Parade tu. Selamat tak tutup lagi." jelasnya.

"By the way, terima kasih sebab sediakan sarapan untuk aku, dan aku minta maaf mood aku tak berapa baik time kau kejut aku tadi." kata Tariq sambil meneruskan suapannya.

"Takpe, aku okay je. Tapi kenapa kau macam emo je tadi?" tanya Kamal.

"Sebenarnya koleksi Power Rangers tu arwah mak yang belikan time aku sekolah tadika sebab aku dapat tempat pertama dalam kelas. Sejak ade koleksi tu, aku tak pernah mintak kat arwah mak mainan lain. Aku happy gile time tu." jelas Tariq.

"La, ye ke. Kalau macam tu aku pun minta maaf gak sebab kacau barang kau." kata Kamal.

"Kau tak tahu Kamal, takpe. Sebenarnya dari kecik aku memang tak ade kawan sangat. Even abang-abang aku pun tak nak main ngan aku sebab kitorang lain-lain mak. Ayah pun lebih sayang abang-abang aku sebab dorang sangat excel dalam sukan dan akademik. Walaupun aku ni anak kandung ayah, tapi die tak pernah pandang pun ape yang aku capai. Mujur ade mak, dielah yang selalu bersama ngan aku." air mata Tariq kelihatan membasahi matanya.

"Eh, janganlah nangis. Rileks la, aku ade kan kat sini. Chill la sikit." Kamal cuba menenangkan keadaan Tariq.

"Sorry Kamal, aku cerita semua ni kat kau."

"Tak ape la, aku okay je. Kau kalau nak cerita ape-ape, cerita je kat aku kay. takde masalah punye."

Suasana pagi itu bertukar menjadi suram seketika. Sedikit demi sedikit Kamal cuba untuk mengenali diri Tariq. Selepas bersarapan, mereka pun bersiap untuk ke kolej bersama.

**********

"Okay, kita dah sampai. Kelas kau habis pukul berapa hari ni?" tanya Kamal pada Tariq sambil mematikan enjin kereta.

"Kelas aku habis pukul 2:00 petang."

"Oh, ye ke. Kelas aku habis pukul 3:00 petang la Tariq. Nanti kau boleh tunggu aku tak?" pinta Kamal.

"Kalau macam tu aku balik naik bas je lah." jawab Tariq sambil menutup pintu kereta, lalu dia terus berlalu pergi.

"Eh, kau nak pegi mane tu?" jerit Kamal.

Tariq langsung tidak mempedulikan Kamal. Die terus berjalan menuju ke kelas Ekonomi. Fikirannya masih agaak kusut. Jantungnya berdegup kencang tatkala setiap kali bersama Kamal. Dia tidak mahu nalurinya itu mengganggu pembelajarannya. Kalau boleh, dia mahu mengelak perasaannya pada Kamal. Dia tidak mahu jatuh cinta dengan jejaka itu.

Langkah demi langkah, akhirnya sampai juga dirinya ke tempat yang dituju, kelas Ekonomi. Kelihatan hanya beberapa orang sahaja yang baru hadir, 3 orang gadis duduk sebaris di meja tengah kelas, betul-betul di bawah penghawa dingin, 2 orang lelaki sedang duduk di meja tepi, berbual-bual kosong, dan seorang jejaka berbangsa India duduk di penjuru kanan belakang kelas, kelihatan die sedang sibuk bermain dengan telefon pintarnya. Tatkala Tariq tiba sahaja di hadapan pintu kelas, semua mata mengalihkan pandangan padanya, namun kemudian masing-masing tidak ambil peduli akan kewujudannya. Tariq menyusun langkahnya, lalu duduk di baris meje yang tengah, selang dua baris ke belakang dari meja 3 orang gadis tadi.

Tariq hanya menyaksikan gelagat 3 orang gadis tadi. Walaupun mereka duduk sebaris, namun masing-masing buat hal sendiri. Tariq agak hairan, sekarang sudah hampir penghujung semester 4, tak mungkin pelajar-pelajar dalam kelas ni masih tak kenal satu sama lain? Atau mungkin mereka juga seperti dirinya, suka bersendirian tanpa memikirkan orang lain. Tiba-tiba, telefon bimbit di dalam kocek seluarnya bergetar. Kelihatan ada 1 pesanan ringkas yang diterimanya. Tariq pun segera membaca mesej itu.

"Tariq, kelas kau yang pagi ni habis pukul 11:00 jugak kan? Kalau sama nanti jom teman aku brunch kat mana-mana." tanya Kamal.

"Kau nak makan kat mana?" balas Tariq.

"Ala, kita pusing-pusing je nanti kat Batu Tiga tu. Nampak kedai tu macam best, kite berenti la makan." cadang Kamal.

"Okay, aku ikut je." balas Tariq.

"Sayang kau! Muah muah muah! Nanti tunggu aku kat kereta tau." Kamal kelihatan gembira.

Tariq tersenyum seketika. Beberapa ketika itu, kelas pun mulai penuh dengan pelajar dan pensyarah pun sudah tiba. Tatkala kelas dimulai, Tariq menumpukan sepenuh perhatian di dalam kelas kerana dia tidak mahu tertinggal sedikit pun info tentang apa yang diajar. Sejak semester pertama lagi dia sudah nekad agar setiap keputusan pelajarannya adalah cemerlang. Dia mahu buktikan pada ayahnya bahawa dia juga mampu berjaya seperti abang-abangnya.

**********

Jam sudah pun melepasi 11:00 pagi. Sudah sahaja keluar dari kelas, Tariq segera berjalan menuju ke parkir kereta. Dia duduk bersila, lalu menyandarkan belakang tubuhnya ke badan kereta. Beberapa minit kemudian, Kamal pun muncul di depannya.

"Lama kau tunggu?" tanya Kamal.

"Tak la, aku pun baru je sampai. So, kite nak makan kat mana?"

"Kite cari kat Batu Tiga la." jawab Kamal.

Meraka berdua pun masuk ke dalam kereta dan memulakan pencarian tempat makan di Batu Tiga. Mengenangkan sekarang sudah hampir waktu makan tengah hari, kebiasaannya kebanyakkan kedai makan mahupun restoran akan dipenuhi dengan pengunjung. Jadi Kamal memutuskan untuk masuk ke jalan kampung dan mencari lokasi kedai makan di sana. Selang beberapa blok bangunan berhampiran stesen komuter Batu Tiga, kelihatan sebaris gerai makan berada di tepi jalan. Kamal pun mengambil keputusan untuk berhenti di situ.

"Tariq, kita berenti makan kat sini je lah eh?" tanya Kamal.

"Okay je. Lagipun tak ramai orang kat sini." balas Tariq.

Jadi mereka pun mengambil meja makan yang berada di luar Gerai yang lebih terang. Seorang pekerja gerai datang pada mereka dan mula mengambil pesanan. Kamal memesan sepinggan nasi ayam dan segelas kopi ais, manakala Tariq pula memesan sepinggan nasi goreng paprik daging dan segelas milo ais. Sambil menunggu pesanan mereka siap, mereka pun berbual.

"Kamal, nak tanya sikit boleh tak?"

"Kau nak tanye ape Tariq?" Kamal membalas semula dengan soalan.

"Mana kereta Myvi kau?"

"Oh, kereta tu aku dah hantar balik Ipoh. Banyak kos lah pakai kereta. Lagipun ayah kau kan provide kereta untuk aku, hahaha." Kamal ketawa kecil.

"Dan kenapa kau kerja ngan bapak aku?" 

"Oh, sebab kerja die mudah je, jadi driver dan jaga kau je. Aku rasa kerja ni paling senang yang pernah aku buat sepanjang hidup aku." kata Kamal.

"Really? Berapa ayah aku bayar gaji kau?" tanya Tariq.

"Sebenarnya ayah kau suruh rahsiakan, tapi takpe lah, aku berterus terang lebih baik. RM5000." Kamal tersenyum.

Tercengang si Tariq mendengar amaun tersebut. Raut wajahnya betul-betul bertukar. Mana tidaknya, ayahnya hanya memberi wang saku padanya sebanyak RM1000 sebulan. Dia kelihatan seperti tidak berpuas hati dengan tindakan ayahnya memberi tawaran sejumlah wang besar kepada orang yang baru dikenali.

"Dah, kau jangan marah ayah kau. Nanti setiap kali kita pergi makan, aku belanja kay. Sayang aku tak?"

"Ye lah. Janji kau akan jaga aku betul-betul?" Tariq bertanya sambil tersenyum.

"Ye boss, aku akan lindungi kau dengan penuh berhemah!" jawab Kamal.

Selepas pesanan mereka tiba di meja, mereka pun mula menjamu selera. Beberapa ketika itu, pandangan Tariq beralih seketika. Matanya tertumpu pada seorang jejaka berkulit sowo matang dan berkaca mata yang sedang membeli nasi kukus di gerai yang hujung. Oh, itulah budak gerai.

"Kamal jaga kejap barang aku. Aku nak pergi jumpa kawan aku." kata Tariq spontan.

"Kau ade kawan ke?" kata kamal.

Tariq segera mengangkat punggungnya lalu berjalan ke arah jejaka itu yang sedang berdiri selang 4 gerai di belakang Kamal. Kamal hanya menoleh seketika menyaksikan Tariq berjalan menuju pada jejaka itu. Namun, sepinggan nasi ayam yang berada di hadapannya tetap menjadi fokus utama.

"Nazril!" tegur Tariq pada jejaka itu.

"Eh, abang Tariq. Abang buat ape kat sini?" tanya Nazril.

"La, makan le. Abang datang ngan kawan abang. Tu dia, tengan melantak kat meja sana tu." kata Tariq sambil menudingkan jarinya pada meja tempat mereka makan.

"Oh. Abang, saya minta diri dulu. Kawan saya tengah tunggu saya bawakkan makanan ni kat rumah. Die demam la abang." kata Nazril sambil mengenakan helmet pada kepalanya.

"Ye ke, kesiannye. Okay le kalau macam tu, jaga diri elok-elok kay. Kalau ade masa abang datang makan kat tempak kau kerja tu kay."

"Okay abang. Abang pun jaga diri gak ye." kata Nazril lalu menunggang motosikalnya dan berlalu pergi.

Kamal hanya melihat sahaja motosikal itu berlalu pergi. Die tersenyum sebentar sebab tidak disangkanya si Tariq itu mempunyai kawan. Kemudian Tariq pun kembali ke meja makan untuk menjamu selera.

"Yang kau ni tersenyum kenape?" tanya Tariq pada Kamal.

"Takde ape lah. Tu classmate kau ke?"

"Tak la, itu budak yang tolong aku time aku kene samun hari tu." jawab Tariq.

Selepas makanan sudah dihabiskan, Kamal pun pergi ke kaunter untuk membuat pembayaran. Kemudian mereka pun masuk ke dalam kereta dan pulang semula ke kolej. Setibanya di kolej, Kamal berjalan mengiringi Tariq ke bilik kuliah yang berikutnya.

"Eh, yang kau sibuk ikut aku ni nape?" tanya Tariq, hairan

"Ala, aku kan guardian angel kau."

"Poyolah kau." jebik Tariq.

"Kelas aku start pukul 1:00 petang la. Lagipun aku nak pegi library, kan satu hala je jalannya." jelas Kamal.

"Okay. Nanti lepas aku habis kelas, aku tunggu kau kat library je lah. Aku nak cari beberapa buku rujukan. Lagipun kau habis kelas pukul 3:00 petang kan?" kata Tariq.

"Yup. Eh, bukan kau nak balik naik bas ke?" sindir Kamal.

"Shut up you!" kata Tariq.

Mereka berdua terus berjalan seiringan sehingga tiba di hadapan pintu kelas yang dituju. 2 tangan saling melambai, mengucapkan selamat tinggal buat seketika. Kemudian, Kamal meneruskan perjalanannya menuju ke perpustakaan. Mereka berdua meneruskan pembelajaran mereka pada petang itu seperti biasa.

Selepas jam 3:00 petang. mereka berdua berjumpa semula di perpustakaan, dan seterusnya berjalan menuju ke kereta, lalu terus pulang ke rumah. Masih banyak perkara yang perlu diterokai mereka tentang diri masing-masing.

..........to be continue

30 comments:

  1. Semakin menarik cte nie..folo dr 1st chapter lg

    ReplyDelete
  2. Best r citerw niew... I like it so much... (^_^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq sbb sudi membaca... hargai sangat2... muah2

      Delete
    2. Welcome... X sabar nk tggu sambungannyerw.... Hikhikhikkk..

      Delete
    3. kalo menunggu tu die lambat sikit la.... maybe 2 ke 3 minggu... hahahhahahah

      Delete
    4. Alaaaa.... :( but it's ok, I will wait for it... Muah2...

      Delete
  3. Akhirnya.. lme tggu sambungan cite ni. tiap2 ari check kot2 da msk new chapter. makin mnrik. can't wait for another chapter

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala, swweetnye die tunggu.. tq.....

      Delete
    2. Hahah. sweet ke?? hahaha. sama2 cpt2 la sambung. hehe

      Delete
    3. Aiyoo lmenye.. huhuhu.. x pe la as long ade smbungn tggu jerk la.. hehe

      Delete
  4. Saya nak tunggu kat hari awak boleh? Hehe

    ReplyDelete
  5. Lamanya nk tggu next episode...huhu

    ReplyDelete
  6. Wawwwwww good job

    ReplyDelete
  7. Seriously every moment i going to check ur blog in case u have update the story..look forward for next episode...

    ReplyDelete
  8. 'to be continued' la syg....bukan 'to be continue'....apa pun aku suka giler citer ko...pls continue..x sabar menunggu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. awak, thanks tegur... saya pun actually confuse nak gune continue or continued.. nanti i check balik...

      Delete
  9. Replies
    1. awak, sebenarnya kita dah takde mood nak menulis.. huhuhuhuhuhu

      Delete