Hari ini hari Isnin, biasanya Kamal akan berada di kolam renang bagi mengetuai latihan renang buat kelab tersebut. Tariq pun membuat keputusan untuk mencari Kamal di sana. Setibanya dia di sana, bayang Kamal tidak dinampaknya. Yang ada hanyalah seorang gadis Cina yang mengetuai sekumpulan pelajar membuat gimrama dalam air.
"Ye encik, cari apa ye?" seorang jejaka menyapa Tariq.
"Saya cari abang Kamal, dia ade tak?" jawab Tariq.
"Oh, cari abang Kamal. Abang Kamal dah tak mengajar kitorang dah. Dia dah letak jawatan sebagai pengerusi kelab ni Selasa minggu lepas."
"Dah letak jawatan? Ada die cakap kenape?" perasaan ingin tahu Tariq membuak-buak.
"Oh, kalau macam tu tak mengapalah. Saya mintak diri dulu ye." Tariq pun menyusun langkahnya untuk mengundur diri. Perasaannya sedikit kecewa.
"Sebelum encik pergi, abang Kamal ade pesan kat saya kalau ade sesiape cari die, die suruh saya kasi nombor telefon ni kat orang tu."
Perasaan kecewa Tariq berubah sedikit gembira. Dia yakin masih ada harapan untuk dia mendekati jejaka tersebut. Cadangnya malam ini dia ingin membuka tirai bicara. Bicara hatinya yang perlukan kasih sayang dan perhatian. Perasaannya berdebar-debar namun tetap teruja. Tariq meneruskan hari Isninnya dengan penuh semangat. Tak sabar dirinya ingin pulang ke rumah.
Sampai sahaja Tariq di kediamannya, gia terus membersihkan diri dan menunaikan solat Maghrib. Cadangnya lepas solat nanti baru dia mahu menghantar mesej ringkas pada Kamal.
"Salam Kamal, tengah buat ape tu?" mesej klise orang Melayu yang tak tahu nak memulakan bicara dihantar pada Kamal.
"Yup, siapa ni?" jawab Kamal.
"Ni aku lah, Tariq. Lama tak jumpa kau. Rindu."
"Rindu aku ke? Jom lah jumpa. Aku kat Shah Alam ni."
Jumpa? Tariq mula teruja. Cadangnya dia ingin berjumpa di gerai makan Seksyen 8, Shah Alam. Mungkin mereka boleh berbual-bual dan mengenali diri masing-masing sambil menikmati makan malam.
"Kamal, kau dah makan? Kalau belom, jom lah kita pegi makan. Aku belanja." cadang Tariq.
"Boleh jugak. Aku pon tengah kering ni. Ape-ape hal nanti ko call aku, kredit aku dah nak habis ni. Aku tunggu kau kat taman permainan dekat ngan gerai tu." balas Kamal.
"Lah, whatsapp kan ade." sakat Tariq.
"Aku suruh call, call je lah. Banyak bunyi pulak budak ni!"
"Ye lah, nanti aku jumpa kau kat taman tu ye cik abang."
Tariq pun segera bersiap untuk keluar bertemu dengan jejaka yang berjaya membuat dirinya angau. Dia mengenakan sehelai baju-T putih dan berseluar jeans lusuh. Lalu dia berlari mengetuk pintu bilik milik ayahnya untuk meminjam kereta seperti biasa. Seperti biasa jugalah ayahnya akan menasihatinya supaya berhati-hati dan jangan pulang lewat.
Tariq pun memulakan panduannya menuju ke destinasi. Malam ni rasanya dia nak sental nasi goreng pataya dengan air limau ais. Tidak sabar rasanya dia ingin mencipta sejarah, "date" dengan lelaki. Sebelum ini dengan perempuan pun tak pernah. Jadi malam ini Tariq ingin membuang sifat malunya dan digantikan dengan keyakinan diri.
**********
Akhirnya Tariq pun tiba di taman permainan tersebut, namun kelibat Kamal langsung tidak kelihatan. Hatinya mula gelisah akan tetapi dia perlu berfikiran positif. Mungkin Kamal terlewat sikit, ataupun jalan raya sesak. Apa pun dia perlu positif. Tariq tidak dapat menahan kegelisahannya lalu terus menghubungi Kamal.
"Hello Kamal. Aku dah sampai kat taman ni. kau kat mana?" tanya Tariq kerisauan.
"Aku ada je kat area sini. Tengah perhatikan kau dari jauh. Comel je kau kan." jawab Kamal.
"Comel? Hehehe. Ade-ade je kau ni. Cepat lah datang sini, aku dah lapar ni." merah padam muka Tariq pabila Kamal mengatakan dirinya comel.
"Aku nak datanglah ni, tapi sebelum tu aku nak kau keluar tunggu aku kat buaian."
"Kat buaian? Tak nak lah. Gelap la kat situ." jelas Tariq.
"Nak takut pe? Aku kan ade menemani kau. Kat buaian tu aku ade tinggalkan kain hitam. Aku nak kau ikat mata kau ngan kain tu dan tunggu aku kat buaian tu. Aku ade surprise untuk kau."
"Surprise? Okay lah, aku buat ape yang kau nak." Tariq teruja.
Tanpa berfikir panjang, dia pun segera keluar daripada kereta yang dipandunya menuju ke buaian tersebut lalu diikatnya kain hitam tersebut menutupi matanya. Kemudian Tariq pun menggagau menekan butang dail pada telefon bimbitnya dan menelefon Kamal semula. Perasaannya amat teruja.
"Hello Kamal, aku dah buat dah apa yang kau suruh." kata Tariq.
"Kejap ye sayang. Lagi 5 saat abang sampai." jelas Kamal.
Tariq pun mematikan talian. Beberapa saat kemudian, dia terdengar samar-samar bunyi langkah seseorang sedang berjalan menghampirinya. Tariq gementar, namun dia cuba menenangkan dirinya.
"Kamal ke tu?" tanya Tariq pada jejaka yang menghampirinya itu.
"Shhh... Jangan cakap kuat-kuat, nanti orang dengar." jelas jejaka itu.
"Kenape awak lambat sangat, kite takut la." Tariq berkata-kata kecil dengan nada manjanya.
"Sayang, berdiri kejap boleh?"
Tanpa berlengah, Tariq pun segera berdiri. Dia dapat merasakan tangan Kamal meraba tubuhnya dari belakang. Dari dada turun ke pinggul, lalu ke peha. Kamal meraba pelahan, walaupun tanpa intimasi.
"Kamal, kau buat ape ni?" Tariq keliru.
"Sayang diam-diam lah. nanti orang dengar pulak."
Akhirnya tangan Kamal meramas punggung milik Tariq, dan kemudiannya menyeluk tangannya ke poket belakang seluar Tariq. Tariq berdebar-debar. 3 saat kemudian, Kamal mengeluarkan selukan tangannya itu.
"(Dush!)" satu hayunan penumbuk hinggap ke perut Tariq. Dia jatuh tersungkur lalu telefon bimbit yang dipegangnya tercampak beberapa kaki dari tempat dia tersungkur.
"Untung aku malam ni dapat samun budak kaya macam kau. Tapi sayang, gay rupanye! Baru ayat sikit, dah masuk perangkap. Bodoh!" jejaka tersebut mengambil duit dari dompet milik Tariq lalu mencampakkan dompet itu ke muka Tariq. Kereta yang dipandunya juga turut dikebas.
**********
Perasaan teruja menjadi tragedi. Malang sungguh nasib budak bernama Tariq itu. Malam tersebut dia disamun pula. Dia pun membuka kain penutup matanya, menenangkan diri, lalu mula meraba-raba mencari telefon bimbitnya yang terjatuh tadi. Waktu sudah hampir pukul 10:30 malam. Rasanya hampir 2 jam dia di taman permainan itu dalam keadaan rungsing. Tiba-tiba, seorang jejaka bermotosikal Honda EX5 berwarna putih lalu berhampiran taman permainan tersebut.
"Assalamualaikum. Abang cari apa tu?" tegur jejaka bermotosikal tersebut.
"Erm, takde ape. Saya cari phone saya tercicir tadi." jelas Tariq.
"Tercicir? Abang buat apa kat taman permainan ni sorang-sorang?" jejaka tersebut mematikan enjin motosikal miliknya lalu berjalan menuju ke arah Tariq untuk menghulurkan bantuan.
Jejaka itu bermata kuyu, berbadan kurus, berkulit sowo matang dan berkaca mata. Oh, dialah budak yang kerja sebagai pelayan dekat gerai makan kegemaran Tariq itu.
"Eh, awak rupanya!" Tariq mengukir senyuman.
"Abang Mercedes! Apa abang buat kat sini? Sini gelap lah, bahaya!" jejaka itu kelihatan kerisauan.
"Panjang ceritanya awak. Dipendekkan cerita, abang kene samun. Dari tadi abang duduk sini cari phone abang. Rasanye penyamun tu tak sempat nak ambik phone abang." jelas Tariq.
"La, ye ke. Kesian kat abang. Bagi nombor abang, saya try missed call."
"Ye tak ye jugak kan? Ni no abang, 012-251 8851."
"(Kring, kring, kring!)" bunyi tersebut datang dari dalam longkang.
"Ha, ni pun. Rupanya kau menyorok dalam longkang, kesian tuan kau penat cari kau. Nah abang, phone abang." Jejaka tersebut menyerahkan telefon bimbit tersebut pada Tariq.
"Terima kasih awak."
"Takde hal la. Ni macam mana abang nak balik?" tanya jejaka tersebut.
"Entah. Abang call ayah je kot minta tolong die jemput."
"Tak pun macam ni, biar saya je hantar abang balik. Okay tak?" Cadang jejaka tersebut.
"Tak menyusahkan ke?"
"La, nak munyusahkan ape pulak. Hari tu abang dah tolong saya kan, ni time saya pulak tolong abang." jelas jejaka itu.
"Okay lah kalau awak dah cakap macam tu."
"Tapi sebelum tu kite singgah gerai jap, nak amik extra helmet."
Tariq pun membonceng motosikal itu bersama jejaka tersebut yang memanggil dirinya abang. Gerai tersebut tidak jauh dari taman permainan itu, lebih kurang 30 saat sahaja. Dengan kelajuan 60 km/j bagi sebuah motosokal, mereka pun tiba di gerai itu.
"Jap eh abang, saya amik helmet jap."
"Okay."
"Abang dah makan ke ni?"
"Belom la. Tadi sebenarnye abang nak makan kat sini, tapi lepas kene samun, terus terbatal niat." jelas Tariq kecewa.
"Ye ke. Kalau abang nak makan ape-ape, order lah. Nanti saya masakkan." pelawa jejaka itu.
"Betul ke ni? Tak menyusahkan awak?"
"Tak la. Sebut je abang nak makan ape, saya masak."
"Okay, kalau macam tu abang nak nasi goreng USA. Boleh?"
"Minum?"
"Abang nak minum horlick ais."
"Okay, abang duduk kejap. Dalam 15 minit siaplah ni."
"Awak, abang nak tanya. Nama awak siapa?" tiba-tiba terdetik pula hati Tariq untuk bertanyakan nama jejaka tersebut.
"Nazril. Nama saya Nazril." jawab jejaka tersebut.
Selesai memasak, Nazril pon segera membancuh air horlick ais dan kemudian menghidangkan menu tersebut pada Tariq yang kelihatan lapar.
"Macam mana abang, okay tak?" tanya Nazril.
"Lazat, memikat selera abang nak makan. Lepas ni bleh la abang makan kat sini hari-hari." usik Tariq.
Selepas makan, Nazril pun membawa pulang Tariq ke rumahnya. Lebih kurang dalam 20 minit, mereka pun sampai di kawasan perumahan USJ Heights. Nazril pun memberhentikan motosikalnya berhampiran pondok pengawal.
"Oh, abang duduk area sini ke. Besarnye rumah-rumah kat sini!" Nazril teruja.
"Biase-biase je lah Nazril."
"Abang sure ke nak saya hantar sampai sini je?"
"Takpe abang okay je. Jangan risaukan abang."
"Okay lah abang, saya mintak diri dulu. Tapi nama abang siape ye? Lupa nak tanya tadi."
"Panggil Tariq je."
"Okay lah abang Tariq, saya minta diri dulu ye. Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam, bawak moto elok-elok kay."
Nazril pun melambai-lambai tangannya lalu beransur pulang. Manakala Tariq pula menyusun langkah berjalan kaki menuju rumahnya di hujung simpang. Jantungnya berdegup kencang memikirkan apa yang harus dia jawab atas kejadian samun tadi.
Setibanya dia di rumah, saat daun pintu dibuka, kelihatan ayahnya sedang duduk menunggunya di ruang tamu.
..........to be continue